Showing posts with label malay cuisine. Show all posts
Showing posts with label malay cuisine. Show all posts

Friday, July 20, 2012

Sarapan pagi terakhir


sarapan pagi terakhir sebelum bulan Ramadhan. semoga dipersiapkan diri dalam melawan hawa nafsu sepanjang bulan yang mulia ini. sama-sama kita mengejar keberkatan di bulan yang mulia umpama, inilah bulan Ramadhan terakhir kita.

amin..

*bon appetite*

Friday, June 22, 2012

#anak dara belajar masak: Ayam Percik Lada Hitam

salam semua.

Ya Allah, rasa berzaman je cik nak update entry pasal masak-masak ni. rasanya cik masak bulan lepas kot. tapi disebabkan kesibukan, cik tak berapa ada mood sangatlah nak update dan nak bercerita. draft entry memang lah banyak sampai penuh satu page. tak tahu lah macam mana.

tak pelah, abaikan yang lepas, mari kita memaksimumkan kerajinan sementara cik memang tengah rajin. kerajinan sampai terpercik-percik peluh membasahi laptop. kebetulan hari tu lepas ayah cik beli kan buku 1 Hari 1 Resepi, cik dok belek bahagian Ayam Percik je. teringin betul nak makan. alang-alang resepi mudah, jadi cik mulakan operasi dengan ibu cik. ada jugak yang di oter sikit bagi menyedapkan rasa. bukan oter banyak pun, cuma oter rasa je. 
gambar menyelerakan kauuuuu..mana cik tak cuci mata tetiap hari.
Ayam Percik Lada Hitam
Sumber: Chef Hanieliza - 1 Hari 1 Resepi
Bahan A:
1 ekor ayam - potong 4 (cik pakai setengah je lepas tu potong 8.hehehe..)
2 cawan santan
1 batang serai diketuk
3 keping asam gelugur
garam secukup rasa.
Bahan B:
2 sudu makan lada hitam
5 biji cili api
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
3 batang serai
1. jadi sila kisar bahan B sampai lumat.rajin nak tumbuk boleh. tapi bahan ni agak banyak untuk setengah ekor ayam, jadi cik bahagi dua dan baki simpan dalam peti ais buat next time.
2. blend sampai lumat gitu. terima kasih Kenwood. dengan hand-blender mu kerja ku menjadi lebih senang dan tak memedihkan mata.
3. bila dah habis belender beria-ria, masukkan Bahan A dan Bahan B yang baru dikisar tadi. ratakan sampai jadi macam kat atas tu.
4. masak kan sampai lah mendidih. kemudian keluarkan ayam, lepas tu susun atas loyang untuk bakar dalam oven, atau pun kalau korang ada pemanggang pon boleh. asal di bakar.
ni lah pes nya.siap label gitewwww..rajin ke idok cik ni.

5. nak membakar pun harus konfiden. cik guna oven je, senang sekali masak. mula-mula konon nak susun atas jaring bagai, last-last cik letak atas aluminium foil. cik bakar dengan suhu 200 c sampai lah kekuningan atau masak.
6. tapi jangan excited sangat bakar sampai ayam kering. sekali sekala kena keluarkan ayam lepas tu macam sapu-sapu sikit kuah yang lebih tadi tu. pastu masak lagi sampai la korang rasa korang puas hati dengan rupa ayam tuh.
7. kuah yang lebih tadi jangan buang tau. korang biarkan dia mendidih sampai pekat, lepas tu taruklah garam or gula sikit bagi mengelokkan rasa.
dah siap pun Ayam Percik Lada Hitam. makan pulak dengan nasi panas. keluarga cik siap tambah banyak kali. sedap la tuuuuu tapi malu nak pujikan? lepas ni kena cuba masak lain supaya disayangi bakal mak mertua. #eyh?

*bon appetite*

Friday, December 30, 2011

Mencari serpihan kenangan

 salam buat semua. 
(tetiba rasa nak nyanyi boria joget-joget kiri kanan)

ok fine! tak menarik langsung. tetiba je kan rajin nak update blog. maklumla baru balik dari kampung kan. masa ni la dok sibuk singgah sana-sini sebab nak makan segala macam benda yang jual tepi jalan. dari keropok sampai la ke makanan yang baru. betul cik kata, keluarga cik ni jarang memilih makan. janji cukup masin, manis, memang kitorang makan je la.

 kuih piring. sedap oh makan ni. bila makan melekat-lekat kat tepi mulut. tapi memang feeling habis la makan. kenyang memang la tak mungkin la kan. tapi nak bagi budak kecik makan memang layan habis la. bukan senang nak jumpa. kuih ni pun kebetulan ada kat lori yang menjual kat Perhentian Rehat Lebuhraya. kalau tak memang tak tau nak cari mana la kan.

durian dah banyak sangat, nak makan memang cik kureng minat la kan. jadi durian yang banyak ni, lenyek-lenyek lepas tu masak atas kuali campur gula. nanti jadi lempuk. lempuk ni macam jem la. makan dengan roti memang sedap. pakcik cik siap jual lagi tau. laku pulak tu. sedap tau. dodol durian pun boleh.

cik lain sikit. cik minat makan cucur durian. yang ni pon senang nak buat. macam buat cucur pisang la cuma ganti dengan durian je. makan panas-panas memang layan la. tapi kena makan pagi-pagi la, sebab sejuk kena makan dengan makanan panas. dah la masa ni memang makan macam orang gian durian je, dengan cucur durian, pastu serawa durian, makan durian lagi. nasib badan tak panas je.

 ini dia pesta durian. siap sediakan ais sekali. nak minum dengan air gas. durian ada gas, minum air gas, bergas-gas badan la. kenyang jugak la perut, badan pun nak demam. tapi cik yang sebelum ni dah demam memang hilang demam la makan memacam. tak boleh demam, silap-silap tak kerja pulak cik.

dah puas makan durian banyak sangat, cik balik kampung segamat nak makan Cendol Segar Amat. memang terbaik la rasa dia. murah pulak tu. dah la banyak sampai nak muntah. hahahha.. memang terbaik betul cendol dia. ABC dia memang cukup rasa la kan. siapa yang gi Segamat boleh lah singgah. alamat memang cik tak tau. cik kene cari la kot.

 makanan kat atas ni pulak Yee Mee Black Pepper. tapi yang ni bukan makan kat kampung la. ni kitorang singgah makan kat Restoran Tupai-Tupai dekat Jalan Reko - UKM. sedap jugak la makanan kat sana. tapi cik memang tak larat nak makan la kan. tetiba tengok rasa nak makan lagi lah. adoi, menyesal makan tak habis. 

*adik - adik jangan ikut perangai cik kedondong, makan memang susah nak habis. perut dah buncit, tapi tong perut kecik je*.

*bon appetite*

Saturday, September 3, 2011

Juadah hari raya yang bikin cik gila bayang

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.

dah 5 hari Syawal menjelma. rasanya ramai dah mula pulang ke tempat bekerja dengan perut buncit dan poket rabak macam cik. tapi ramai tegur cik dah kurus. hahahaahaha.. *kembang hidung*. kene berusaha turunkan berat badan ni.  biar lambat janji kekal je.

bila dah balik raya, lagi-lagi balik kampung, berkumpul dengan sanak saudara pulak kan, memang banyak la dok masak. konon nak jamu tetamu yang datang.  padahal, sendiri makan tak henti- henti. cik dah dua tahun raya balik malam raya sebab tuntutan kerja. jadi cik memang terlepas la moment gotong royong sehari sebelum raya.

jadi tahun ni raya istimewa lah sikit. sebab tahun ni nasi beriyani masak sendiri. auntie yang masak. selalumya tiap-tiap tahun tokmak tempah je. tapi kali ni, auntie cik rajin pulak nak masak, memang layan je la. sedaaapppp weyyyhhh. itu pun tak cukup rasanya. 



 nasi beriyani dan kari daging. rasa yang ummpphhh sampai cik terpaksa minum air banyak-banyak nak elak dari makan banyak punya pasal.

 nasi impit + lodeh + kuah kacang
yeay!! kegemaran cik yang ada dua tahun sekali je. pasal apa dua tahun sekali, sebab cik balik raya kat  Segamat dua tahun sekali. yang lagi setahun cik balik Perak. maklumlah ibu ayah dari lain-lain negeri. jadi kene take turn la nak balik raya. nasib la cik tak pernah hadapi pergaduhan balik raya ibu ayah cik. jadi cik kene la ikut demokrasi diorang bila cik kawin orang jauh nanti. tapi tak tau la kalau dapat laki yang memang tak bertimbang rasa, memang kene cabut awal-awal la.
 apa tah nama manisan ni. manisan india.
  baklava..dah lama tak makan baklava.
pemanis mulut dari Australia. di bawa khas ni oleh auntie cik. tu pun siap tokmak salah letak, jenuh mencari.tapi memang la manis kan. nasib tak bagi budak kecik. kalau tak, memang jadi hyper active la nanti. yang budak kecik pun ada sorang je. senang nak kawal la. kalau dulu, masa semua tengah kecik-kecik memang la bising kan. sekarang bising sebab semua dah bersembang gaya mak-mak je. hehehee.
siapa kenal ini apa? hehehe..sedap weyh. rugi la siapa yang tak rasa. memang makanan wajib masa Hari Raya  di Johor. Laksa Johor ni bukan macam laksa biasa. laksa biasa boleh la nak jumpa mana-mana. Laksa Johor ni dapat bila ada jamuan je tapi jamuan pun jarang jumpa. Hari Raya je jumpa.

macam semua tahu, Laksa Johor pakai spaghetti instead of mi laksa macam laksa yang lain. lepas tu, kuah laksa pekat macam bolognaise punya kuah. takda cair-cair ye. tapi masih pakai ikan sebagai bahan asas. lepas tu, mesti ada sambal belacan. perrghhhhh.. cik dah lapa.

pada sesiapa yang berminat nak  masak lodeh ke, kuah kacang ke atau laksa Johor, mai datang blog Kak Ita. sudah la gambar cantik, memang korang akan terliur la. bawah ni link dia. sila klik-klik dan melawatlah. semua makanan dia gambar cantik dan menyelerakan. lepas ni nak cuba masak mi rebus pulak.

*bon appetite*

Tuesday, August 23, 2011

# anak dara belajar masak: Bubur Gandum

*nanti cik kongsi resepi*

akhirnya rajin jugak cik nak kongsi resepi bubur gandum. sebenarnya cik tak tau pun nama bubur ni apa. cik main tibai je. hahaha.  tapi masa pertama kali cik rasa bubur ni, masa kenduri kawin kawan baik cik. maklumlah, kenduri kampung ada rewang kan. jadi memang cik asyik makan je la kan.

bubur ni salah satu yang diorang hidangkan pada cik. cik pun tak tau nak tolong apa. jadi cik tolong makan je. gambar atas tu bubur yang mak kawan cik hidangkan. yang bawah ni pulak errrrrr...bubur yang cik buat. walau pun rupa jauh beza tapi rasa dah lebih kurang dah. hahaha. 
*sorry gambar hodoh dan tak menyelerakan*

Gandum
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung pulut [nak liat boleh tambah lagi]
kapur makan sedikit [untuk hilang bau tepung pulut]
air
pewarna hijau

-uli bahan-bahan ini hingga menjadi doh lembik tak lembik sangat.
-kemudian bentuk kan. macam cik, cik bentukkan bulat2 la, pastu cik dok pakai maruku nye acuan la. rasanya macam-macam bentuk ada.
-lepas tu rebus dalam air yang telah di didihkan. nak tau dia masak, sama je macam buat kuih buah melaka. dah masak dia timbul.
- angkat dan toskan.

Kuah 
santan
gula
garam
daun pandan

-campurkan semua bahan. 
-kacau dan masak hingga masak dan pekat.hehehe.
- kene rajin kacau tau. nanti jadi macam yang cik buat. santan dia pecah-pecah pulak.
- tapi korang rasa la jugak. sebab rasa dia mesti lemak manis, masin sikit.
-bila dah pekat sikit, masukkan gandum yang dah dimasak. jadi kacau la sampai pekat. ikut suka korang nak pekat likat macam mana pun.

sorry la cik tak amik gambar pulak dalam proses pembuatan. rasanya cik kene buat lagi ni. sebab macam tak cantik pulak rupa dia tapi rasa memang sedap la kan. hahaha..puji diri sendiri seyh. lagipun hari tu cik pakai kamera henpon je. memang la tak canggih kan.

*bon appetite*

Thursday, June 10, 2010

hidangan kenduri kegemaran cik

hari ahad hari tu (6.6.2010), cik ikut ayah cik gi kenduri kawin anak kawan dia.memandangkan kitorang dari kampung dekat Perak, jadi alang-alang singgah lah kan, sebab rumahnya dekat Bukit Beruntung.cik paling suka kenduri kawin, makanan dia style kampung.memang cik boleh dudok situ untuk bedal makan je lah.

kat rumah kawan ayah ni dia buat konsep hidang.jadi kita takde lah berebut nak kejar amik makanan dekat meja buffet.apa kata korang tengok je gamba yang sempat cik snap.


pinggan antik ni.sekarang bukan senang nak jumpa dah.pinggan ni memori betul.lagi-lagi kat kampung pun orang dah tak de sangat pakai pinggan ni.ye la, kalau kat rumah opah cik, dah habis pecah dah.heheheh.

labu sayung! siapa tak pernah minum air dalam labu sayung angkat tangan! labu sayung ni asal nye dari perak.memandangkan ayah cik asal Perak, jadi kitorang agak teruja la nak minum air dari sini.lagi pulak tengah hari panas terik.tapi fail! sebab kalau air labu sayung yang segar ialah air yang disimpan semalaman.air dalam ni tak disimpan pun.cuma pelayan tu isi bila dah habis.jadi tak la segar sangat pun badan.

kalau korang nak beli, beli la yang untuk simpan air.jangan pulak beli yang rupa macam nak buat hiasan tuh.

konsep hidangan.pinggan semua diletak dalam dulang.jadi memudahkan pelayan untuk mengangkat dan menghidang.lauk-lauk dia takde la macam masakan kampung.siap yang buat cik teruja habis, masa datang tu, hidangan siap ditutup dengan tudung saji yang betul-betul mengingatkan kan cik pada kampung.sudah lah tema warna hijau.

bab nasi dekat kenduri kawin memang cik masalah.sebab cik susah sikit nak makan nasi selain warna putih.kecuali lah nasi gorang.cik boleh je nak makan.tapi cik kurang gemar je la.

ayah dengan semangat menuang air dari labu sayung.sekali ayah frust sebab tak segar.acik pulak dok cari kawan dia kot.sebab kawan ayah ni dulu duduk satu taman dengan cik.jadi anak dia kawan dengan acik la.tu yang dia cari kot.


p/s:seronok betul tengok pinggan lama macam tu.cik kawin nanti nak buat macam mana la ye?

*bon appetite*

Saturday, November 21, 2009

# anak dara belajar masak: MASAK LEMAK SIPUT SEDUT

yihaaa!!akhernya berjaya jugak cik upload gambar.seksa betol nak upload gambar sejak akher2 ni.hehe..
hari ni cik blajar buat MASAK LEMAK SIPUT SEDUT..fuhh..sedap hingga menjilat jari u olls..tak sangke cik pandai masak rupenye.walopon tak sehebat air tangan ibu cik.

mari kita mulakan dengan bahan2nya:
(tumbuk)
cili padi
kunyit hidup
bawang merah

serai(ketuk)
daun kunyit(koyakkan)

santan
siput sedut


korang tau tak camne nak potong siput sedut?cik pon xtau sangat.tapi kene buang hujung die sket supaya senang nak sedut nanti.kalo tak tau silelah mintak petunjuk orang yg lebih mahir ye?heheh..macam cik pakai ape bende tah nama die.basuh skali siput tuh.jangan lupe ye.

sila pastikan ada orang melihat anda ketika menggunakan benda tajam bagi memotong siput sedut ini.hehehe


pastu, tumbuklah bahan2 yang cik senaraikan tu.cili padi, kalo nak pedas tarukla banyak.cik taruk 15 biji.tu pon dah jadi pedas giler dah.tumbuk cili padi,bawang, dan kunyit hidup.


pastu humban la semua yang dah tumbuk tu dalam periuk yang dah siap humban siput2 itu.heheh..masak lemak senang je.sebab kene humban semua skali je.



pastu masukkan la santan.cik guna 1 1/2 kotak santan kat atas tu.campur sket air.ikut kepekatan yang korang suke la.senang.nak banyak kuah, bubuh banyak air.


biler dah bubuh santan, serai,daun kunyit leyh la pasang api.kene kacau tau..takut nanti santan berketul lak.jadi rajen2 la kacau ye.sampai la jadi macam kat bawah ni.jangan lupa taruk garam tau.biar sedap sket.nanti bakal mak mentua nak makan sejuk hati, bakal menantu pandai masak.hehehe..


baeklah...itu je kot steps die.senang je.jadi boleyh la korang blajar masak skang..heheh..

nota kaki:dalam gambar ni cik taruk peria sbagai sayur.bleyh gak taruk batang keladi.sedap woooo...selamat mencuba.


*bon appetite*

Wednesday, January 14, 2009

ayam percik

selamat datang lagi..huhu..pagi ni cik takde klas.kelas cik pukul 2.30.jadi ade mase la nak update resepi lagi.
:antok::antok::antok:
hari ni cik nak kongsi resepi ayam percik.simple je.tapi cik lupa la ayam percik asal dari mana.nanti cik search balik ok?
kalo rajen memang jadi la.senang cerita.bahan pon tak banyak.kire ni basic ayam percik la. ok kite mule dengan bahan2 die.
:pandaGeli_05::pandaGeli_05::pandaGeli_05:

bahan-bahan:

1 ekor ayam [potong 4 bahagian]
bahan blend
10 ulas bawang merah
3 ulang bawang putih
50 g halia
30 g lengkuas
5 batanag serai

1 litre santan pekat

cara-cara:kuah
masukkan santan dan bahan blend dalam periuk.masak hingga mendidih.

ayam
ade 2 cara nak masak ayam ni:
  1. bakar ayam separuh masak.dan tuang kan kuah percik kemudian bakar lagi.bukan tuang abes tau.cam salut la.atau
  2. masak ayam dalam kuah separuh masak.pastu bakar kat dalam oven atau atas grill.
bile ayam ni kering sket je, percik2 kan la kuah tuh.percik pon tak sedap lak bunyi die.sebab cik cam tuang2 sket2 kat atas ayam.sampai die masak.kuah yang lebih boleyh buat kuahGasp.[???]
tapi ari tuh cik buat kuah pakai half recipe bahan blend.tuh pun dah banyak da kuahnye.siap ade lebih2 lagi.

cara-cara kitorang buat ayam percik.aktiviti kitorang
ayam sblom bakar, tengah bakar, lepas bakar

bawah ni ade video lagi.nasib cik sempat amek.abaikanla komen chef cik.die sedang kutuk cik.


:pandaGeli_32::pandaGeli_32::pandaGeli_32:
p/s: kalo ade nak tambah boleyh la.sile2 la email cik.tak pun tinggalkan komen

*bon appetite*

Tuesday, January 13, 2009

sambal tempoyak daun kayu

hai semua..adakah anda rajin hari ni?Sarcasticsuke makan tempoyakGrin?hahha..hari ni cik nak kongsi satu resepi.kalo suke, resepi ini untuk anda.kawan cik baru je masak resepi ni mase kelas ASIAN CUISINE isnin ari tuh.tapi baru skang cik berkesempatan nak upload.resepi ni nama die sambal tempoyak daun kayu.asal resepi ni dari negeri sembilan.rasa die pedas.tak pelah.kite teruskan dengan resepi die.
:woooh::woooh::woooh:
bahan-bahan:
300 ml santan pekat
500 g tempoyak
100 g cili padi (tumbuk)
100 g ikan bilis
daun2 ulam (pucuk kadok, pucuk ubi, daun jambu, pucuk labu, petai, serai atau apa2 daun dan ulam2.semua mayang halus/hiris halus)

cara-cara:
  1. panaskan santan dan masukkan tempoyak.kacau hingga sebati.
  2. kemudian masukkan cili padi yang tlah ditumbuk.masuk ikut tahap kepedasan yang diinginkan.
  3. biarkan mendidih selama 5 minit.
  4. kemudian masukkan daun2 yang telah dimayang halus tadi.
  5. kacau rata.
  6. biler dah mendidih, boleyh lah hidang.makan dengan nasi panas pon sodap.
ni daun-daun yang terlibat dalam pembuatan sambal tempoyak.
sambal tempoyak mase tengah masak.
sambal tempoyak yang dah siap.patotnye kaler die laen sket.tapi sebab terlebih taruk daun, tros jadi gelap.

kat bawah ni ade video.boleh la buat jadi panduan.maaf kan la perbualan yang adeFrown.biase la dalam kelas kanFootInMouth.nak buat camne.




p/s: resepi ni bleyh la nak tawan hati mak mentua..hehehWink

selamat mencuba!
:pandaGeli_32::pandaGeli_32::pandaGeli_32:
*bonne appetite