Showing posts with label aku. Show all posts
Showing posts with label aku. Show all posts

Saturday, September 7, 2019

Bye kereta ku sayang.

Hai korang. 

Setiap orang mesti ada kereta atau kenderaan pertama dia kan. Lagi-lagi yang beli dengan duit sendiri. Kadang sentimental value dia lain macam sikit kan. 

Ye la. Susah payah bergerak dengan kenderaan tu je la. Macam kakda, kereta Myvi purple ni memang first kereta kakda. Masa beli dapat pulak nombor cantik tak payah beli pun. Memang lagi la sayang sangat. 

Jadi masa nak jual tu ingat macam lambat lagi. Sekali orang yang nak beli tu tengok pagi terus nak ambil dan dan tu jugak. Memang rasa nak pecah jantung. 

Balik kerja petang terus bergambar dengan anak-anak. Suami kakda memang pagi tu  la last dia tengok kereta ni. Bergambar pun tak da. Memang sedih la. 

Sebelum kahwin dia siap bawak kereta ni balik Ipoh, amik kerepek untuk buat goodie bag. 

Belum lagi cerita lepas kahwin. Sampai anak dua. Ni dah masuk 3 tu yang kena upgrade kereta family tu. 

Aisyaa ni kita suruh dia posing elok-elok, macam2 gaya dia bagi kat kita. 

Datang pulak si Amier. Hmmmm. Sepesen je adik beradik ni. Gambar nak pelik-pelik. 

Siap mintak nak posing dulu sebelum orang ambil pagi esok. Layan kan aje lah kan. 

So kakda nak simpan gambar ni kat sini buat kenangan. Nanti boleh anak cucu tengok balik. Tau dah kereta pertama apa. Hahahha. 

Semoga tuan yang baru dapat manfaatkan kereta ni. Kakda jaga dan sayang elok tau. Jangan korang buat huru hara pulak. 

Ok. Nak nangis ni tengok kereta. Waaaaaaa. Rasa nak beli balik je. 

Farida Tarmize
Tuan kereta yang merindu

Wednesday, January 24, 2018

2018 : New Journey begins

Assalamualaikum & Good Morning!!!

Ya Allah! Lama sangat tak bertandang kat blog ni. Tengok last post pun tahun 2016. Sebelum mengandungkan Amier. Ni dah masuk 2018. Amier pun nak dekat setahun dah. 

Hahahahahaha. Nampak tak lamanya di situ. Kalau ikut ada je blogging, tapi lebih pada blog makeup. Tak mau la campur2 kat sini. Nanti jadi caca marba pulak. Kalau korang nak tengok boleh klik

https://faridatarmize.blogspot.com

Skema je nama blog. Hahahah. Nampak la matang sikit kan. Tu blog alter ego namanya. Sebab blog tu memang cerita bab2 kecantikan, penjagaan kulit, dan makeup. Kat sini blog ala2 mak-meroyan-anak-buat-sepah-apa-resepi-nak-cuba-hari-ni. 

Tapi insya Allah korang takde la nengok post hari2 marah meroyan tak tentu pasal. Rugi tau tulis benda negatif je ni. Nanti jadi doa. Kalau orang baca nampak kita ni macam tak bersyukur je dengan apa ada. 

Betul tak? Rasa macam berjela pulak kakda taip. Hahahaha. Ok. Kakda ada Perhimpunan Tahun Baru 2018 dekat Cyberjaya ni. Nak mencari hala tuju organisasi sepanjang 2018. 

Jadi selamat berkerja dan have fun everyone!!!

Love sangat,
Kakda

Wednesday, March 23, 2016

Makeup Service

Assalamualaikum

Hehehehe. Korang tahu tak cik ada blog lagi satu. Tapi blog ni lebih pada nak share pasal makeup sahaja. 

Pada sesiapa yang tercari-cari servis makeup last minit, boleh tengok hasil kerja di instagram / Facebook. 

Kalau ada pertanyaan atau booking boleh whatsapp / email. Insya Allah. Natural makeup look at your service. Or any types of makeup at affordable service price. 


Don't forget to check out my blog faridatarmize.blogspot.com for my rave and review about makeup. 

Bye!!

Tuesday, September 22, 2015

Happy Birthday to Me!!!

Alhamdulillah

Syukur Allah masih limpahkan rezeki, dan dipanjangkan umur. Nak masuk 3 series tapi tak masuk lagi

Hehehe. Acaner tuh? Sipi je lagi. 

Semalam tercelebrate awal pulak dengan suami ngan aisyaa. Cam cik ni suka kek, tapi memang cerewet bab2 kek. 

Malam tu dok layan makan mi goreng seafood pattaya sedap bak hang. Tetiba en somi kata nak gi buang sampah. So biaq pi la kan tengok dia rajin. Alhamdulillah. 

Tetiba dah masuk rumah tu tak dia buat pa kat sinki tah. Masa tu cik dok ralit layan running man sambil pegang Aisyaa 

Tetiba dengar orang nyanyi Happy Birthday to Youuuu!!

Hahaha. En somi beli kek feveret kita sampai 4 potong. Lilin takdok. Taruk lampu buatan dia. Waaaa. Nangis terus kat situ. 


Kek kegemaran. Beli kat Dib Aloha kat ofis. Seriously kalau siapa suka basic or tradisional kek, sila rasa kek kat sini. 

Tak manis sangat, ada rasa crunchy ke rasa cemana nak desribe yang keras2 kat kerak atas dan tepi tu. Moist dia pon cukup je. 

Adoiii terkenang terus. Sebab dah makan 2 potong. Ada lagi 2 potong kena makan. Hehehe. 

Alhamdulillah. Seronok nya sambut hari lahir dah jadi isteri, dah jadi ibu. Insya Allah tahun depan jadi ahli perniagaan pulak. 

Aamiinnnnn

Wednesday, January 21, 2015

Dilema membeli set pantang

Assalamualaikum

Kemain lagi dilema. Hari tu dilema nak pilih baju kahwin. La ni dilema nak beli set pantang lak. Banyak sangat set pantang kat pasaran. Sebab anak pertama ni nak la merasa pantang tradisional. Yang guna param la, pilis la, bengkung bagai. Nasib baik ibu layan je anak dia. Hahah.

So mari senaraikan set pantang  yang wujud. Kot2 lah boleh dapat pendapat kan. Ataupun ada yang nak bagi suggestion siap free gift bagai boleh jugak. Sebab macam confuse nak beli apa. Semua rasa nak beli. Nampak tak nafsu besar. Ni yang hari tu dok survey je hari2 kan, lepas tu promosi kemain lak kan.

1. Set pantang moden dari Shaklee


Set pantang ni macam wajib amik la kan. Alang2 dan ejen Shaklee. Lepas tu kebanyakannya ada lagi sebab dari set hamil. So layankan ajer. Tambah Zinc tablet dah bantu untuk baiki luka2 dalam badan.

2. Tanamera

Set ni dah dengar lama dah kot. Dari zaman bila tah. Femes kot. Ni baru menumpukan perhatian apa yang dia ada.

 
Tengok dalam ni nampak la macam complete set. Siap bengkung bagai. Tapi tak tau lah nak beli ke dak kan siap bengkung. Ada jual satu2 tak?

Pehtu jamu2 ni kena cek jugak  orang kata sebab takut anak panas ke apa. Tapi baca feedback banyak kata ok je untuk anak.

3. Nona Roguy

Nona Roguy ni sebab ramai kawan pakai. Bila tanya dorang kenapa pakai, alasan dia sebab kawan2 semua pakai.

Nona Roguy antara jamu yang femes jugak, tapi cik tak pernah cuba sebarang produk, jadi tak boleh nak bagi tau la jatuh cinta ke tidak. Kena cari orang yang sudi nak menerangkan dengan sabar tanpa rasa kecewa kalau cik tak beli.

4. Set pantang kampung

Set pantang kampung ni memang orang kampung yang buat. Dari param, pilis, sampai lah ke air mandian akar kayu tu tradisional punya. Kalau moden ada yang dah jadi serbuk2 bagai kan nak bagi mudah telan. Kalau kampung punya memang piorrr la kata orang.

Tapi risiko untuk jamu kampung bila dia tak dapat pengesahan KKM. Jadi nak kena cek betul2 jugak, kang dia campur kayu lain ikut suka hati je kan. Badan sendiri merana.

Dilema sungguh nak cari set bersalin ni kan. Yang penting nak badan sihat, tak ganggu penyusuan eksklusif yang cik dah plan awal2 sebelum mengandung lagi, sambil tu nak kurus dan cantik semula macam sebelum kahwin. Eh..eh.. macam la sebelum kahwin cantik sangat kan. Hahahaha.

Farida Tarmize
Shaklee Independent Distributor ID : 1081732 Freelance Makeup Artist

Sunday, January 4, 2015

Makeup Service Promo 2015


Bismillahirahmanirrahim..

Announcing 2015 promotion 




1. Engagement/Nikah→ RM 150 

2. Reception → RM 200

3. Bertandang → RM 200

4. Nikah + Reception (same date) → RM 300 (worth RM 50)

5. Any events ( bridesmaid, dinner, convocation, post-wedding - (RM 100)

6. Add on - Bridesmaid, mak pengantin, sisters, flower girl → RM 50 each person
______________________________

1. This promotion is valid for any date in 2015 and its only limited to 20 customers only on first come first serve basis. T&C applied.
2. This deal is available if booked before end of Februari 2015.
3. I am not available on April and May
4. So hurry up dear sister, book before the deal is end. You absolutely don't wanna miss this! ______________________________

If you want to book, please WhatsApp (016- 3265401) me the following details;

Name:
Address:
Date:
Time:
Name of Service: ENGAGEMENT MAKEUP / DINNER MAKEUP etc 


Please visit my blog ida.tarmize makeup for any updates and details 

xoxo

Wednesday, December 31, 2014

2014 : in memories

 Alhamdulillah.

Dah hampir sampai ke penghujung 2014. Tak sangka betul dapat mengharung jugak. Apa entah bahasa. Hahaha. 2013 dok menangis la bagai kan. Alhamdulillah  2014 berlalu dengan penuh kebahagiaan walau ada cabaran yang melanda.

Awal2 2014 penuh cabaran sebab nak buat persiapan nak kahwin kan. Jenuh la tempah kasut la, baju pengantin la. Cari kerusi nak buat tempat bergambar bagai. Buat goodies sampai nak beertumbuk dengan adik. Hahaha. Rasa kelakar pun ada jugak.
Yang paling cik suka sekali tempat bergambar. Thank u kawan2 cik sudi datang tolong hiaskan. Panjat sana sini pasang langsir, lampu kelip. Tu amoi la yang buat. Anis tolong buat bunga dalam jar. Sebelum tu pun dia siap teman lagi beli barang2 kat IKEA. Best sungguh lah kan. Memang puas hati sangat.

 Alhamdulillah  semuanya  berjalan dengan lancar. Dengan sekali lafaz je dah jadi isteri orang. Tak sempat nak feeling terharu ke hiba ke apa. Tiba2 je sah. Misi nak buat perkahwinan yang mudah dan ringkas pun berjaya sebab ayah cik la yang banyak memudahkan kami.

Takde hantaran, takde bersanding. Lepas nikah terus bergambar je lepas tu makan beradab. Dah makan terus menyambut tetamu yang tak putus2 datang.

Terima kasih pada yang hadir.
Alhamdulillah  tak lama lepas tu Allah beri rezeki anak pulak. Dapat beraya dengan keluarga mertua. Berjalan sana sini. Rasa culture shock pon ada walaupun beraya kat Perak je. Hahaha.


Kenangan lain bila negara dikejutkan dengan kehilangan MH370 dan MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine. 

Walaupun tak ada keluarga yang terlibat tapi sangat2 bersedih hati kerana banyak nyawa yang terlibat dan majoritinya rakyat Malaysia sendiri.

Nangis je bila tengok berita. Macam mana lah keluarga nak hadapi kan. Moga Allah lapangkan dada keluarga yang terlibat. Ada hikmah di sebalik kejadian. 

Tahun ni jugak membuat kan cik berani nak join kelas mekap dan buat jugak freelance service. Sebab sebelum ni biasa je makeup, tapi tak pernah la nak mekap kan orang. Cuma tak tau bila mengandung, jadi macam minat sangat2. Join kelas kawan cik, Afidatul Anis yang dah start glemer.

Terima kasih atas ilmu yang dikongsi.
 Sebab apa buat makeup service? Sebab suka gila beli barang mekap. Kalau sendiri pakai memang  berzaman la kan nak habis. Jadi kalau mekap kan orang, boleh beli banyak2 jenis. Hahaha. Pandai tak.

Alhamdulillah. Nasib suami dah bagi green light. Dia kata buat betul2. Jangan membazir. Siap belikan kerusi untuk mudahkan mekap orang. Insya Allah.

Siapa berminat untuk makeup service boleh gi instagram saya : idatarmize atau blog faridatarmize. Apa info ke, pertanyaan ke, nak booking ke, boleh je tanya.

 Dan di penghujung tahun pulak macam semua tahu, pantai timur negara pasti akan dilanda banjir. Cuma pada tahun ini dikatakan banjir terburuk yang melanda negara. Sampaikan sekolah tempat perpindahan pun dinaiki air.

Semoga tabahlah mereka yang menghadapi musibah. Allah lebih tahu apa yang terbaik. Mungkin untuk hadirkan perkara yang lebih baik, mungkin juga untuk menyucikan diri dari dosa dan noda.

Insya Allah.

Moga tahun depan lebih baik buat diri. Dari segi agama, kewangan, dan keperibadian. Insya Allah.

Selamat Tahun Baru 2015.

Farida Tarmize
Shaklee Independent Distributor ID : 1081732
Freelance Makeup Artist

Sunday, December 28, 2014

Dinner JKK - Wild Wild West Theme

Assalamualaikum

Ni lagi satu blog yang tak berupdate berzaman. Laptop ada dah,internet lak cam hampeh. Maka siap2 tulis dalam word, buat draft siap2,balik umah kajang baru update siap schedule lagi. Boleh la untuk update selang dua hari sampai balik next. Hahahah

So blog ni akan bergabung dengan blog dapur-menjerit kot. Tak larat la nak jaga banyak blog. Buat dua je. Nama still sama la kot, misskedondong walau takla miss sangat pun. Satu pasal daily life,satu pasal kecantikan.eh..eh.. Cantik ke? Hahaha.

Sebenarnya entry ni nak kongsi pasal gi Dinner JKK hari tu. Tema dia kemainWild WildWest. Ni pun last minit, patutnya buat Family Day kat Gambang, tapi sebab tak mendapat sambutan, maka tukar lah jadi annual dinner je.

Memandangkan mak buyong tak berapa nak rajin beli atau sewa baju, maka pakai apa yang ada je. Cuma beli baju dress floral2 feeling country girl sket. Pakai jacket jeans dah la. Suami je la yang beria kan. Moh le nengok gambar dinner kami. 









Alhamdulillah rezeki baby. Suami dapat cabutan bertuah gi Arabian Bay Resort sekali dengan tiket masuk Gambang Waterpark. Tapi valid 6 bulan je lahaiii. Mana nak sempat. Bulan 4 dah nak bersalin, pantang sampai bulan 6. Bulan 7 dah puasa. Sebelum bersalin dah bajet habis nak beli barang baby. Maka, tengok je la dulu. Hahahaha.

Insya Allah ada rezeki boleh pergi. Dinner malam tu end up dengan tukar2 hadiah, so dapat la tudung, suami dapat cadar quilt tu. Cantik wooo. Makasih en Norrizal. Hahaha.

Cik kedondong ni memang jarang la bertuah bab-bab cabutan bertuah ni. Bukan jarang, tak pernah la. Mungkin bertuah dengan cara lain kot. Alhamdulillah. Tu yang kalau nak masuk cabutan bertuah ke, giveaway ke, macam tak berharap sangat. Jadi kita pasrah je la.

Makeup dah, bergambar dah, menyanyi dah, dapat hadiah dah, makan dah, tengok persembahan dah, maka balik la dengan senang hati. Jenuh nak mengangkut barang dengan dress panjang perut boyot.  Layankan aje.

Farida Tarmize
 Shaklee Independent Distributor ID : 1081732
Freelance Makeup Artist

Tuesday, August 13, 2013

RAYA 13: Versi Bergambar

Assalamualaikum.

tak sangka dah syawal ke 6. pantas sungguh masa berlalu sampai cik lupa cik letak duit raya kat mana (nampak tak punya comel sampai masih dapat duit raya lagi. hahaha). tahun ni giliran sebelah ibu, jadi cik balik segamat, johor lah. nak diikutkan dua-dua belah kampung ada keseronokan dia. kalau johor meriah dengan makanan dan sedara mara berkumpul. kalau perak lak, meriah sebab berjalan raya.

ini baru gambar sebahagian dari persediaan raya. korang nampak je sikit. ada banyak lagi. sebab tak sempat nak amik gambar, tu yang ada gambar ni je lah. nak gambar lebih-lebih tengok kat Instagram cik lah. tapi cik pun lupa apa id. hahahah. kat dapur-menjerit pun ada donggg..tapi kang korang menyesal pulak bukak.
 di pagi raya, dah jadi kebiasaan dan adat. bermaaf-maafan antara satu sama lain. memasing lah nak tunggu raya kan. padahal tiap-tiap hari boleh minta maaf. lebih elok minta maaf sebelum tidur, kot-kot la tak bangun-bangun. lagipun ada juga pendapat mengatakan cara nak mudah tidur lena ialah dengan belajar memaafkan.
 lepas tu siap-siap menghidang makanan untuk keluarga dan orang-orang yang datang. selalunya sebelah Johor, lepas je Solat Raya nanti ada tetamu datang marhaban. rumah tokmak yang pertama disinggah lah. jadi ramai la akan datang. tu kadang-kadang, tokmak siap order Nasi Beriani untuk hidang pada orang. tapi tahun ni tak ramai jugak lah. mungkin semangat nak berziarah tu dah kurang. anak muda lah katakan.
 bila orang dah habis melawat, memasing sibuk nak amik gambar la. memang kecoh lah kan. budak kecik, bapak-bapak, mak-mak sama je perangai. kecoh nak nyusun amik gambar je pun.hahaha. dengan cik sekali kecoh. dengan achik punya shutter censor macam kejap elok kejap tak, malas nak fikir dah.
 jadi ini gambar keluarga cik. tema masih mengekalkan tema Arab tahun lepas. tema kitorang renew dua tahun sekali. jimat sikit duit.
 yang ni pulak gambar dengan tokmak. lagi haru sebab tokmak dah penat duduk kat kerusi. berapa kali dia dok bangun nak masuk dalam. hahaha. 
pastuh dah petang sikit, kitorang dok amik gambar adik-beradik. cik buat gif file je. seronok sikit. tapi rasanya boleh tengok siapa yang ada gif apps la. kalau ikut mobile memang tak dapat kot. cik pun tak pasti. hahaha.

selesai jugak update blog. cik masih mencari-cari semangat nak berbaking semula nih. rindu dengan mixer dan oven. kesian diorang. sebab cik tak buat kuih raya pun tahun ni. tu pasal la diorang tak diguna pakai sangat.

Monday, December 31, 2012

2012

salam semua,

Alhamdulillah kita dah sampai ke penghujung tahun 2012. sepanjang tahun ini banyak dugaan yang melanda yang betul-betul menguji cik. hanya Allah, keluarga dan rakan-rakan jadi penguat semangat cik. diorang tak henti-henti bagi kata-kata semangat.

bermula awal tahun cik diiringi kebahagiaan. tersangat seronok. tapi cik lupa diri. cik tak bersyukur dan Allah datangkan ujian dipertengahan. Ya Allah! Hanya kepada Mu ku memohon ampun atas sikap lalai dan tidak bersyukur ku. Allah datangkan ujian yang bagi cik sangat berat untuk dihadapi.

tapi cik baru sedar, Allah sedang menegur cik. dia nak betulkan semula jalan cik. dia nak cik kembali kepada jalan yang sepatutnya. sedaya upaya cik cuba betulkan diri. tapi cik silap juga. sebab niat cik membetul diri untuk orang lain, bukan untuk cinta cik pada Allah.

cik cuba kembali semula. mencari semangat dan mencari jalan mencintai Allah. Ya Allah! Moga Kau jadikan hati ku istiqamah dalam mencari cinta dan redha Mu. sungguh aku yang telah menzalimi diri sendiri. sesungguhnya Kau telah sediakan hikmat yang tersirat buatku. Moga ujian ini menguatkan kami.

semoga kedatangan tahun 2013 ini dapat memberi sinar baru kepada ku. cik masih merangkak mencari jalan keluar. Allah beri cahaya di awal dan hujan ribut dipertengahan. kemudian hadir pelangi dan sinar untuk cik mencari. cik percaya perjalanan dan takdir Allah itu hebat. tiada siapa dapat menafikan nya dan cik sedaya upaya sedang meneguhkan peribadi cik.


_cik kedondong

Tuesday, December 25, 2012

Kembali menghadap Nya

salam,


lama betul cik tak update blog. terlalu banyak benda yang berlaku yang cik percaya ujian dari Allah untuk menegur dan membetulkan kembali perjalanan cik. hidup ini adalah jalan yang lurus tetapi penuh liku hingga kekadang boleh menjurus kita ke jalan yang sesat.

Allah, cik tak tahu kenapa. tapi dugaan ini amat berat. hanya Allah yang tahu apa cik rasa. tapi cik percaya Allah dah tuliskan perjalanan ni buat cik. mungkin ada hikmah tersirat yang masih cik belum jumpa. tapi cik percaya hikmah itu sedang menunggu cik. banyak yang perlu cik perbaiki diri. tak ada siapa pernah menyangka dugaan ini akan datang, cik tak salah kan sesiapa. kita semua punya salah dan silap.

cik percaya Allah dah tulis perjalanan ini dari azali sebelum cik lahir lagi. cik percaya bahawa pena yang menulis di Luh Mahfuz telah kering dan diangkat ke langit sebelum cik di ciptakan. cik percaya cik perlu hadapi apa yang berlaku ni dengan bantuan dari Allah. apa yang berlaku datang dari cik sendiri. cik tak mahu salahkan sesiapa sebab cik tahu tiada siapa salah. cik sedaya upaya mengikut kata Prof Dr Muhaya untuk audit diri. apa yang berlaku adalah teguran dan ujian dari Allah.

sesungguhnya cik tak punya daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah. cik hanya berserah atas perjalanan yang telah dia tulis. cik akan berusaha sedaya upaya cik dan serahkan pada Allah untuk melaksana. Dia Maha Mengetahui dan cik hanyalah hamba Nya yang pernah menzalimi diri.

bantulah cik untuk perbaiki diri bukan untuk orang lain. tapi kerana cik ingin rasa nikmat jatuh cinta pada Allah. melihat ramai rakan berubah menuju Nya membuat cik cemburu. cik ingin merasai nikmat itu. mungkin masih terlalu jauh, tapi cik percaya Allah takkan biarkan cik.

Salam ukhuwah dari ku. walau jauh dari kamu, tapi sangat dekat dihati.

p/s: maaf cik tutup blog sementara sebab nak buang post yang tak sempurna tutup aurat. dan ada jugak post yang diarahkan buang oleh beberapa orang.

_cik kedondong

Sunday, August 26, 2012

Raya 2012 - Kg Teluk Sareh: Hari Raya Pertama


Salam semua,

tak sangka kejap je masa berlalu, dah raya pun. hehehe. rasa-rasa berjaya kejar tak malam Lailatul Qadar? moga-moga semua dapat berjumpa ye. Malam rahmat tu. pahala sampai seribu bulan. cuba kalau tiap-tiap tahun dapat berjumpa malam Lailatul Qadar, tak ke untung sebagai hamba Nya?

hehehe. jadi tahun ni cik beraya dekat Perak, kampung sebelah ayah. kagum cik tengok ibu ayah cik bertolak ansur bab2 balik kampung ni. tahun lepas dah kat Segamat, Johor, tahun ni Perak. kami pun layan je la.

cuma tahun ni balik kampung malam.hehehe..jarang kot balik kampung malam. so excited dia lain macam sikit. itupon gerak pukul 11 sampai rumah opah nak dekat kol 5 pagi. memang sampai terus bersahur. malam balik tu pun dah banyak kereta atas highway.
bila dah sampai takkan nak tidur kan. apa lagi, kena kemas rumah la jawabnya, esok nak raya. beria-ria menyapu, mengemop bagai. rindu betul bau rumah papan. tapi bahananya habuk banyak la. memang dok bersin je la kan. tak boleh nak cakap apa.

kami sekeluarga je yang ada kat rumah. adik beradik ayah yang lain semua kat rumah mentua kot. lagi pun diorang dekat-dekat, jadi feel balik kampung tu mungkin tak ada sangat la kot. jadi kami lah buat peneman opah dengan makcik.

SELAMAT HARI RAYA!

tahun ni tema arab. baju kami disimpan nak dekat setahun. ibu ayah beli masa diorang buat haji tahun lepas. itupun diorang risau takut anak-anak tak nak pakai. tapi tengok adik-adik cik pakai rilek je. so memang feeling arab lah kami jalan sekampung beraya. hehehe


tahun ni jugak adik cik, angah dah mula bekerja. jadi cik dapat duit raya la. hahahahahahaahahahha.. aku gumbira. amik gamba ni.
dah pakai jubah lepas tu kena kopek?kupas?koyak? lemang. camni le ghopenyer..buruk bebeno. dah macam master yoda. eyh??
dengan angah.
dengan achik perasan hensem
with the girls.h eheheheh

ni dah start pi jalan beraya rumah sedara mara. berjalan tak hengat la kan.
dengan opah yang comel. kecomelan turun temurun.


nak cerita bebanyak kang pengsan pulak. gambar beraya memang banyak. taruk yang penting-penting je. hehehe. esok ada kenduri pulak. pengsan asik makan.

_cik kedondong