Showing posts with label western. Show all posts
Showing posts with label western. Show all posts

Sunday, March 8, 2015

Bucida Court : Kg Sg Penchala

Assalamualaikummm

wiiiiiiiii.. Lama seyh tak update kedai jalan-jalan cari makan. Baru nak update. Bila cik dok kemaskini blog, baru perasan banyak entry lama, gambar korup. Jadi gambar tak ada. Kalau nakbukak satu-satu nak upload semula gambar memang tak larat la. End up cik buang terus entry tu (:'_':) je sebab tersangat banyak. Itupun ada lagi yang tak buang. yang tu takpe lah kot. Hahahaha.

Kali ni nak cerita pasal cik gi makan kat Bucida Court Sg Penchala (cik lupa nak amik gamba signboard food court ni. hahaha. eksaited nak makan punya pasal). Bucida Court ni sebelah je dengan MOFAZ kat Penchala tu.

Sampai je cik macam suka gila sebab suasana dia agak santai sikit. Dengan angin petang nak ke senja waktu tu. Feeling habis la kan.



Lagi pulak meja dia buat dari kayu, lagi la encik somi suka nak nengok belek-belek. Kat sini jugak tak silap ada gig atau performance dari band-band lain. jadi kawasan dia yang santai memang tempat lepak orang muda.

Gerai kat sini adalah nak dekat 10 gerai kot. Beroperasi jam 5 petang sampai 2 pagi. Tapi kebanyakan gerai mula jam 6 petang gitu. Masa datang hari tu cik teringin gila nak makan Western, tapi cik nak kena makan nasi sebab lapar nasi tak makan dari pagi. Cik terus la tengok2 gerai apa yang best kan.
Apa yang cik perhatikan, setiap gerai ada specialty sendiri. Tak ada yang buat gerai yang sama. Ada kedai hot dog, kedai tomyam, western, nasi goreng, mi kari ketam, gerai air, gerai ice blended. Masing-masing berbeza. Jadi tak pening-pening nak pilih makan apa.

Bila cik review online boleh kata setiap gerai nyer makanan memang best. Setiap gerai okehsss. Tapi memandangkan cik nak makan nasi goreng dan western cik terus nampak dua kedai bawah ni. Sebelah nasi goreng sebelah wetern.
Memang mencabar keimanan. Cik belek la gerai Raja Udang Cafe ni, sebab dulu kawan cik meniaga sini, skang kawan dia pulak. Cek belek punya belek, sekali nampak Raja Udang Cafe fet Uncle Ron's Cafe yang jual western. 

Apa lagi terus order Nasi Goreng Chicken Chop, somi pulak order Nasi Goreng Lamb Chop. Servis dia agak cepat jugak, jadi dapat nasi memang terus amik gamba laju-laju sebab lapar. Hahahaha


Air cik ngan somi order. Air dia serious mahalllll weyh. Tak tau kenapa mahal dari harga kedai yang lain.
Tadaaaaaa. licin kau laki bini makan sampai habis. Nasi goreng sedap, western sedap. Lamb chop lembut, chicken chop rangup tapi tak kering kat dalam. Harga pun bagi cik berbaloi sebab portion dua-dua makanan ni besar. hahaha.

Masa makan hari tu cik tertarik dengan orang order Sizzling Western. Tak tau dia order apa, tapi dia punya sizzle tu dasyat siap berasap weyh. Mana nak jumpa dah sizzling macam tu.

Jadi verdict cik ialah:

5/5 makanan
5/5 suasana kedai

kedai ni ada sediakan surau dan jugak tandas. Dekat je dengan Bucida Court ni jugak ada kedai basuh kereta. Boleh lah korang nak hantar sambil gi makan.

Dah makan kemain lagi, memang kena telan Phytocol la kan. Bagi bakar bali 80% lemak-lemak yang baru telan tadi. Hahaha. Jadi tunggu next pulak nak gi makan tempat lain yang best.

Farida Tarmize
Shaklee Independent Distributor : ID1081732
Whatsapp / Telegram only : 0163265401

Sunday, November 24, 2013

Terjah: Wadihana Steakhouse, Bandar Baru Bangi

Alhamdulillah

Kenyang perut suka hati. Makanan yang paling best ialah makanan free. Malam semalam rezeki sekeluarga sebab angah belanja makan sempena ulangtahun perkahwinan ibu dan ayah yang ke 28. Lama seyh. Tengok la anak sulung dah umur berapa. Hehehehe.


Kata pun nak celebrate kan. Jadi tempat makan mesti lah special sikit. Cik ajak diorang gi Wadihana Steakhouse. Ada di Bandar Baru Bangi. Sebaris dengan Yati Ayam Percik. Sedap woooo. Sebab dia Islamic Steakhouse. Jadi insya Allah dijamin halal. Pekerja semua lelaki.

Wadihana ni ada 3 jenis restoran di bangi je. Belum kira cawangan luar Bangi. Ada Wadihana Islamic Kitchen (more to fussion food), Wadihana Steakhouse (western food), Foodys di Bangi Gateway (ala-ala kopitiam). Boleh lawat website Wadihana.org. Jadi korang boleh cek outlet dan menu yang disediakan.



 Masa kami sampai dah ramai jugak yang datang. Nampak macam dah penuh. Tapi ada je kosong.  Macam kami 6 orang ada jugak meja. Tapi best gila tengok ada area bersofa. Memang santai jugak lah. Servis bagi cik laju jugak sebab pekerja dia ramai lelaki. Jadi mudah bergerak.


 Memasing sibuk tengok menu. Lama gila tengok menu sebab banyak sangat. Bila pergi restoran banyak menu ni kategori masalah la buat cik. Taoi nasib baik cik dah tengok banyak blog review pasal restoran ni. Jadi cik memang aim nak makan seafood chowder in a bread je. Sebab dah lama kot tak makan chowder.

Jadi bila dah amik order, masa-masa senggang lah nak bersembang.  Sebab masing-masing dah besar dah mula sibuk. Jadi masa ni lah nak tahu hal hidup memasing. Lagi-lagi angah yang weekdays kat ofis, weekwnd kat uitm buat master. Jadi kitorang lagi lah tak tahu dia macam mana. Angah pun bukan jenis suka call bersembang. Kalau kami tak call memang lah tak tahu dia sakit ke sihat.
 Ni cik order. Chowder cream soup in a bread. Sedap weyh. Creamy gila. Tapi seafood dia tak banyak. Kentang je banyak. Huhuhu. Sedih cik. Itu pun roti dia separuh tak habis. Maka yang jadi mangsa ialah achik dan angah.
 Husna punya order. Sizzling Chicken with mushroom sauce. Rasa ayam dia macam sate. Perapan dia kot. Hehehe
 Order achik. Dia order Grilled Chicken Breast with mushroom sauce. Cik tak minat sangat bahagian dada ayam. Sebab isi banyak. Kalau salah masak dia jadi kering. Yang Wadihana buat sedap. Tak kering. Tapi biasa lah. Rempah dia mesti tak sampai ke tengah. Jadi rasa dia biasa je.
 Angah punya order. Grilled lamb kot. Ni pun angah dah makan sikit. Banyak jugak portion dia. Sebab kami masing2 muka tak larat nak habiskan. Hahaha.
 Ayah punya order. Salmon sandwich ke apa tah. Menarik gila sebab depa guna panini bread. Sedap weyyy. Pasni boleh order ni pulak.

 Kami sampai dalam pukul 8.45 ramai dah orang. Bila 9 lebih tu dah kurang la. Jadi sunyi dan romantik sikit. Heheheh. Last order adalah pukul 11.30. Jadi ada masa lagi nak datang makan dan pulun.

 Ni kawasan pizza. Cik tertarik gila tengok oven dia weyyy. Orang sebelah meja cik makan pizza. Besar sungguh. Pastu dok puji-pujian ke Yang Maha Esa nak cakap pizza tu sedap. Aihhhh.. marah betul cik. Menyesal tak order kot.  Memang kena buat trip yang lain lah.
Dah puas makan setelah memaksa jugak perut untuk habiskan jangan sampai terjadi pembaziran. Hehehe. Puas hati makan. Thank you angah belanja kami makan. Hahaha. Padahal cik yang ajak makan lepas tu suruh dia bayar. Kahkahkah.

Minta maaf lah gambar banyak noise. Cik pakai henfon je. Sedih tau. Tak pe lah. Alhamdulillah ada jugak kamera berhenfong. Jadi bersyukur sebab dah bagi rezeki. Maka kenyang perut suka hati jalan pun macam orang mengandung.


Monday, September 9, 2013

Dib: Hawaii Cafe again!!!

Assalamualaikum.

Lama seyh tak hapdet dok tayang makan kat Dib Hawaiian Coffee lagi. Kata pun tak jauh dari ofis. Sekentut je pun. Turun lif belok kanan jalan 6 langkah dah sampai. (Cik kene marah ngan kawan cik sebab tulis tak senonoh =,=")

Heheheh. Nak cerita macam mana punya dekat ofis cik ngan kedai ni. Tapi staff Gamuda dapat la diskaun. Kitorang dapat diskaun kat Baloh je. Tu pon mahal jugak. Kat mana diskaun pun tak tau.
Ok. Tak nak cerita sedih tempat makan tak sedap. Orang dah jual makan je lah. Bersyukur dapat makan sampai gemok dah ni haaaaa. Dok workout je nih. Nak bagi badan fit semula.

Cik suka makan kat Dib ni sebab suasana dia santai sangat. Siap ngan sofa bagai. Ramai gak staff Gamuda makan kat sini. Maybe sebab expats ramai. Kedai kat bawah je cik tak cuba lagi. Next time lah. Hehehe.

Hari tu cik makan breaded chicken with hawaiian sauce kot. Tapi puas hati weyhh. Sebab chicken dia rangup diluar dan ayam dia masih berjus lagi kau. Taklah kering sangat macam ada setengah orang buat. Cuma termasin sikit lah. Cik suka gila coleslaw ngn mash potato dia. Roti pon sedap hoi hoi..
Puasatiaku..

Pastu gi nyebok kat kawan cik. Dia order crumble cheese cake. Kek kat sini macam cake of the day. Kita takkan tahu kek apa yang ada. Setiap hari kek lain-lain. Kek pisang dia sedap. Classic butter cake sedap. Puas hati weyyyy. Tapi kena makan sekali sekala la. Kalau makan ni memang kena buat Insanity Cardio Circuit la jawabnya.

Memandangkan kat sini pekerja ramai hearing and talking disable jadi kene tahu lah serba sedikit nak bergaya menggunakan sign language. Tapi jangan gelabah. Manager dia ada. Selain tu, kat luar cafe ada sign language besar2. Basic pun cukup apa. Boleh belagak kalau bawak kawan makan kat sini. Hahaha.

Memandangkan cik dah lapar lepas tengok gambar, jadi cik nak gi makan. Sebelum cik lupa, business hour:
 monday - friday : 7am - 6.45pm
Saturday : 8 am - 12.45 pm
Sunday & Public Holiday : off

Saturday, June 29, 2013

#terjah: Hawaii Cafe

Assalamualaikum u olls.

Lama seyh tak datang sini. Maksud cik sini tu blog cik lah. Dah bersawang lama kot. Haih. Malas bagi alasan. Hari ni sabtu yang cik dah tak sibuk. Selama ni asyik ada kerja je sabtu ahad. Rasa macam tak ada masa berehat kat rumah langsung. Alang-alang dah ada masa nih update pakai henfon je lah. Gambar semua dari fon je. Canggih sampai hilabg taha kerajinan. Hahaha.

Cik nak cerita pasal sebuah cafe di PJ Trade Centre kat tempat cik kerja. Tapi dia di tingkat L Menara Gamuda. Apa yang buat tempat ni lain dari yang lain  sebab pekerja disini semuanya kurang upaya dalam bercakap atau bisu. Cuma owner dia je yang handle cashier. Tapi ada je staff dia yang kadang2 jadi cashier, tapi sebab ada sign language yang diajar kat pintu masuk buat kita senang faham. 
Lagi pun tempat ni tenang sangat. Makanan kat sini cik perasan lebih kepada fusion style. Western meet eastern with a touch of hawaii in every taste. Diorang masak sedap kot. Ni dah kali kedua cik datang. Dengan saiz yang besar. Lepas tu ada pulak set lunch memang pantas la kan.
Semalam cik makan Chicken Aloha set. Dia ada 3 jenis. Kalau lunch set ni dapat jugak air sekali. Setiap hari air lain2 je. Kawan cik pulak order chicken chop. Cafe ni counter and table service. Maksudnya order di kaunter, nanti dia bagi nombor korang duduk la ikut suka mana korang nak, lepas tu nanti waiter hantar makanan. 

Bagi cik portion makanan dia besar. Cik ngn kawan cik bayar 15.50 seorang untuk set skali air. Besar gila weyh bila sampai. Cik pulak spesis tangki kecik. Memang lambat je la nak habis. Tapi memang kenyang. Set ayam cik ada roasted chicken gravy dia xpasti apa. Sebab rasa masin dan hitam. Macam kicap tapi dia compliment chicken tu. Lepas tu ada nasi dengan bijan hitam tak silap cik. Tapi nasi dia sedap weyhh..
Masa 1st time pergi dulu, cik gi ngan kawan jugak. Tapi gambar tak boleh reveal la. Kang kontroversi lak. Hahaa. Hari tu cik order fish n chips. Masa ni pilihan set makan tengah hari tak banyak lagi. Tapi memang puas hati lah makan. Itu pun tak habis jugak. Seksaaaa weyhhh. Tapi sedappppp..
Kalau korang pergi cafe ni, dekat pintu masuk dia ada tunjuk sign language yang korang boleh guna yang penting2 lah. Jadi sila-sila lah datang makan bersantai. Cik lupa nak amik gambar kat luar. Smoking area. Ala2 taman ofis cik ni pun. Tapi nak makan pun time gaji lah. Kalau gaji tinggal sikit makan kat food court bawah je. Hahhaha.

Monday, February 18, 2013

The day my stomach stood still

Salam semua..
Tajuk entry haruslah tak ada kena mengena dan tidak tahu apa maksudnya. Tapi nak cerita pasal banyak nya makan pada hari kejadian yakni hari Sabtu lepas. Dari pagi lagi. Tapi tertinggal satu menu pulak mak aih..
Hehehhe..update entry pon bukan nak cerita sangat. Tapi saje nak update gambar makan. Hehehe...

Saturday, January 12, 2013

Makanan apa yang paling sedap?

Salam semua
Wahhh.. lama betul tak bercerita pasal makan kat sini. Maklumlah, dah jarang makan luar sejak menjaga kesihatan. Masak tu selalu. Tapi nak update blog tuh dah tak sempat. Ni pun update pakai handphone. Jimat masa. Hehehe
Soalan atas da jawab belum. Makanan apa paling sedap. Mesti lah yang mak kita masak. Selain tu, makan free pun memang sedap tak terhingga. Hehehhe. Malam ni dinner di belanja adik cik. Mula2 ingat nak gi Manhattan Fish Market. Tapi cik tak dapat lagi gaji bulan 12. Jadi kena tunggu duit cik la.
Jadi malam ni angah belanja kat Village View Jalan Reko. Kat sini memang tempat favorite la bab makan. Sebab suasana dia best. Nak buat tempat kahwin pun boleh. Hehehe..
Tapi malam minggu memang meriah dan ramai la. Tapi tempat mesti ada. Turn over dan servis dia pulak, kadang2 cepat kadang lambat. Tapi makan puas hati la. Tak de la tak sedap.
Jadi gambar makan pun tak berapa nak jelas sangat kan. Sebab cik pakai kamera fon. Si acik kamera da canggih tapi malas bawak. Cis. Tapi makan kat.luar dah jadi tradisi pulak. Tiap2 bulan bila dapat gaji mesti belanja keluarga. Bukan senang nak kumpul nak bertukar cerita, buli husna, dengar nasihat ibu ayah. Kenangan tu weyyy..

Friday, August 10, 2012

Berbuka Puasa: Mr Steak House

Salam Ramadhan semua.

Alhamdulillah. kita dah mula memasuki 10 malam terakhir. jadi mari kita cuba beribadat sebanyak mungkin,, tinggalkan segala urusan dunia sementara, kita cuba tumpukan 10 malam yang terakhir ni. tapi sayang, cik tengah bendera merah. tapi takpe, cik akan cuba berselawat dan berdoa semampu boleh.

memandangkan masih dalam bulan puasa, jadi lebih baik cik update entry blog ni di malam hari. kang ada yang terliur pulak kan. tapi kalau korang memang sengaja nak baca blog ni waktu siang, bukan salah cik la kan. hahaha. entry kali ni nak tunjuk gambar makanan je. tu pasal la tak boleh baca sensiang buta.

sebenarnya cik gi buka puasa di MR STEAK HOUSE, Laman Sari, Seksyen 13. banyak kali dah cik maka n kat situ. itu pun kebetulan sebab dah lama gila tak jumpa kawan baik masa start masuk LHDN. jadi kitorang satu geng la gi melepak; cik, kak eka, capiqa, ain, dan piah. gossip memang tak dapat tinggal la kan. dok cerita pasal perkembangan memasing dah kerja baru gitewwww.

lagi pun waktu tu memang teringin nak makan western dengan sizzling, memang kat sini lah dituju. sedap, murah, servis pun boleh tahan cepat jugak la. kalau sesiapa nak berbuka, silalah buat tempahan, sebab masa cik pergi, memang penuh la. nak senang, telefon je 0133401628 / 0123955048.

mai tengok apa yang kami makan.
kak eka punya. Mix Beef Steak kot. cik pon dah lupa. rasanya la. kira ada beef steak, dengan roasted chicken. rasa gravy black pepper dia memang menangkap liang-liang rasa lidah la. memang terangkat je makan. hehehe
ni si capiqa order. Sizzling Beef Steak. masa sampai, memang menggelegak je kuah dia.  capiqa makan licin okehhsss. apa pun tak tinggal. hehehe.
Sizzling Chicken Rice, ni si piah punya. sebenarnya masa order ni, cik dengan kak eka je yang ada. jadi kami berdua lah dok bermesej dengan budak bertiga ni tanya apa nak di makan. tu pasal ada makanan pelik-pelik je. tapi sedap jugak la Sizzling Chicken Rice ni. cuma nasi dia macam lebik sangat la. bila nasi dah lembik, tambah pulak kuah panas, memang cepar kenyang la kan.
ini pulak Spaghetti Seafood. maaf lah gambar tak berapa nak lawa, maklumlah, kamera henpon je. tu yang blur lah, tak menarik lah. lagi pun tempat cik kira kat koridor la, diorang tak bukak lampu lagi.

pastu cik lupa nak ambil gambar makanan cik. Sizzling Seafood Yee Mee. sebab sampai lambat jugak lah. tapi masa tu, makanan kat atas ni dah berpusing satu meja sebab nak merasa kan. bila sampai cik punya, semua mentekedarah sizzling cik pulak. tu yang lupa ambil gambar.

takpela, nanti kalau cik pergi lagi, cik ambil gambar lawa-lawa termasuk restoran dia yang lawa macam ala kedai kobpi tu.

papepon, memang kecoh habis lah kitorang 5 orang kat situ. dah macam meja 15 orang, sebab asik berborak lepas tu membahan memasing kan. lagi pun dah lama tak jumpa. kira kitorang 5 orang ni la satu geng masa kat LHDN dulu. sekarang ni 3 orang dah dapat tetap, kak eka dengan cik yang masih meneruskan perjuangan kat sana. masih mencari-cari rezeki, Insya Allah akan sampai bila waktunya.

p/s: banyak tak kuih raya korang buat?

*bon appetite*

Thursday, May 3, 2012

#anak dara belajar memasak: Cinnamon Chocolate Chips Rolls

salam semua. 

alhamdulillah. rajin jugak cik nak update blog. hehe. bukan senang nak datang mood rajin dengan segala idea entah apa-apa tah. siap cik update blog lagi satu gitewww..kagum tak? haha..macam lah ada orang baca kan? biarlah. ada blog masakan yang lagi hebat dari blog cik, sapalah yang sudi nak datang menjenguk blog cik yang macam saki baki red velvet yang orang dah malas nak makan sebab kenyang makan kek yang lain. perumpamaan pun fail atau erti kata lain gagal -_-". hati pilu.

ok. abaikanlah. cik update segala resepi supaya akan datang boleh cari je kat blog ni. Insya Allah. jangan kena hack sudah lah. penat donggg, mau menaip.

entry kali ni cik nak kongsi cik buat resepi Cinnamon Chocolate Chips Rolls. ni semua gara-gara teringatkan Chocolate Chips Rolls dekat bakeri kat Cafe Menara SSAAS, UiTM Shah Alam. lepas tu terjumpa pulak masa tengah jenjalan tengok resepi kat Joy of Baking. lagi membara la jiwa nak cuba kan.takkan nak tengok sampai terliur je.
maap je lah rupa agak buruk. tapi rasa memang terbaik la kan. ingat senang ke nak buat roti. lenguh tangan cik tau. jadi mari cik translate kan resepi. macam biasa lah. cik dah ada sumber rujukan baru, memang dah tak datang blog lain dah. hadap blog ni je lah.

Sumber: Joy of Baking
Cinnamon Rolls

Doh:
590 - 660 gm tepung serbaguna - bahagi kepada dua
7 gm yis kering - cik guna sepeket Instant Yis 11gm
240 ml susu
75 gm mentega tanpa garam
66 gm gula kastor
1/2 sudu teh garam - boleh abaikan kalau guna mentega biasa
3 biji telur - saiz besar

  1. campurkan 295 gm tepung dengan yis dan gaul rata di dalam pemukul elektrik menggunakan paddle atau tangan.
  2. di atas api, panaskan susu, mentega, gula, dan garam hingga suam atau mentega cair.
  3. kemudian, masukkan campuran susu ke dalam tepung sedikit demi sedikit sambil memukul dengan kelajuan perlahan.
  4. masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul hingga sebati. pukul selama 3 minit dengan kelajuan tinggi.
  5. kemudian tukar kepada hook, dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga lembut dan elastik dan tidak melekat. mungkin mengambil masa 3-5 minit. tambah tepung jika masih melekat atau adunan masih cair. macam mana nak tau adunan elastik? bila korang tekan sket, dia akan kembali ke bentuk asal.
  6. bentukkan adunan bentuk bulat, dan biarkan ia rehat selama 1 1/2-2 jam. tutup dengan plastic wrap atau kain lembab hingga adunan naik lebih kurang 2 kali ganda.
  7. apabila doh telah mengembang, tekan perlahan-lahan untuk mengeluarkan angin.
  8. uli doh menjadi doh empat segi. letakkan inti dengan rata dan basah kan tepi doh dengan sedikit susu atau air dan gulung dengan sekata.
  9. kemudian potong dan susun di atas dulang atau loyang. biarkan doh rehat sebentar sebelum di bakar dengan suhu 190 C selama 25-30 minit.

Inti:
160 gm gula perang
35 gm tepung serbaguna
1 sudu besar serbuk kayu manis
113 gm mentega tanpa garam - sejuk dan dipotong dadu
120 ml kismis - pilihan. cik ganti dengan chocolate chips

- gaulkan kesemua bahan hingga menjadi crumbly (apa ye ayat yang sesuai untuk crumbly?)

jadi itu lah resepi yang memang sebiji cik amik dari Joy of Baking dan menjadi pulak tu. gambar di bawah ialah apa yang cik buat. roti dia memang berbau harum lah. makan pun lembut je. tapi bila dah sejuk dia jadi keras. sebab cik terlebih tepung. semua sebab doh cik terlalu lembut. cik uli pakai tangan hokehhhsss.. ingat senang ke. berpeluh-peluh cik menguli. siap bahagi dua dengan adik cik lagi. tak terbayang macam mana mamak buat roti canai. perrggghhh..geli seyhhh.





tapi, kalau korang tak paham, boleh jugak tengok video ni. haruslah dari youtube Joy of Baking. senang nak paham cara-cara dia. tak ada lah sesat larat je. jadi, siapa dalam mood rajin, haruslah membuat nya. lepastu boleh bagi jiran-jiran, lagi-lagi tengah panas. memang seksi dan menggoda makan sambil minum teh. kawan cik pun dapat jugak. memang rezeki la dia ada kat rumah.

kih..kih..kihh..nak promote jugak kannn..



p/s: to do list pavlova tak buat lagi. bila entah nak jadi rajin.

*bon appetite*

Tuesday, November 8, 2011

# anak dara belajar masak: Cream of Cauliflower and Crouton

salam semua .

mata bersinar-sinar sebab masih jobless lagi. ada sesiapa ada kerja kosong? sejak ibu ayah cik menunaikan haji, dan cik pulak menjadi penganggur yang berjaya, cik semakin rajin memasak. sampai adik-adik cik tak larat nak makan. *padan muka korang*. 

memandangkan semalam masih cuti, cik tiba-tiba rasa nak makan makanan berkhasiat pulak kan. jadi cik masak Cream of Cauliflower. dan untuk membuatkan rasa nya bertambah sedap dan crunchy, cik buat crouton* jugak.
gambar hodoh. macam makanan baby kan? rasa pun macam makanan baby jugak.

cara nak buat memang senang giler lepas tu nak bagi baby makan pon boleh, nak bagi budak-budak yang tak suka makan sayur pon boleh. hehehe.

cik belajar buat sup ni masa cik belajar kat UiTM dulu. kira sup ni dalam kategori krim sup sebab dia ada krim.senang je nak kenal beza-beza sup ni. ada sup jernih, ada sup krim. yang cik nak ajar adalah sup jenis krim.**berapa banyak kali nak bagitau daaa**

bahan-bahan:

Kubis Bunga (cauliflower)
[tapi boleh jugak ganti dengan sayur lain. cik pernah guna lobak merah, brokoli]
bawang besar
kentang
krim kulinari (macam gambar bawah)
stok ayam - cik guna serbuk stok Knorr.
garam dan lada sulah untuk perasa.

-bahan-bahan ni cik banyak suka ikut rasa.

cara-cara:

  1. potong kecil-kecil kubis bunga, kentang dan bawang besar.
  2. masukkan dalam periuk dan isi dengan air hingga menutup dan sama rata bahan-bahan diatas.
  3. rebus hingga kubis bunga dan kentang menjadi empuk.
  4. setelah empuk tutupkan api.
  5. kemudian semua bahan tu di blend. cik guna hand blender jadi senang sikit. tapi kalau korang guna blender biasa, pastikan bahan tu dah sejuk sikit. kalau tak nanti terpancut.hehehee.blend sampai halus tau.
  6. lepas dah habis blend, pasang api semula dan masak sekejap.
  7. jadi boleh masukkan krim untuk memekatkan. tak perlu banyak-banyak. dan boleh masukkan stok ayam dan perasa kan dengan garam dan lada sulah.
  8. tekstur sup pulak mestilah nappe*
  9. bila dah ok, tutup api dan hidangkan.


hand blender cik guna

jadi masa nak hidang, cream of cauliflower ni putih je. macam dull pulak kan. untuk menambah rasa, cik buat croutons. cik buat memang senang je la. tak yah korang nak kecoh-kecoh susah kan. crouton bleh jugak guna  dengan ceaser salad.
cara membuat crouton versi cik:

roti potong dadu.
minyak masak
bawang putih dicincang halus- cik sagat je.malas nak potong.hahaha.
*kalau rajin, boleh jugak taruk herba kering atau segar.nak tabur serbuk herba pun boleh.ikot kreatif korang*

campur minyak dan bawang putih, taruk garam. kemudian gaulkan dengan roti. minyak bukan banyak-banyak, cukup untuk salut semua roti je. lepas tu boleh bakar dalam oven atau pon goreng je atas kuali leper non-stick sampai kekuningan.

selain dari tu, untuk jadi lebih menarik cik rebus spiral pasta hingga al dente*. 

cara nak hidang, mungkin korang boleh letakkan pasta,tuang sup, dan tabur kan croutons.jadi korang akan rasa kehalusan sup kubis bunga, kekenyalan pasta dan kerangupan croutons tu. 

mungkin korang boleh masak lagi-lagi untuk budak-budak kecik yang susah nak makan sayur tu.

**************

cik masak chocolate chips bread pudding untuk bawak gi rumah makcik cik. maklumlah, ibu ayah takde jadi cik beraya menumpang kasih la. resepi cik dapat dari blog Kak Ita. sedap jugak la.gambar je tak cantik.hehehe.

Glossary:
*croutons :  [A crouton is a small piece of sautéed or rebaked bread, often cubed and seasoned, that is used to add texture and flavor to salads, notably the Caesar salad, as an accompaniment to soups, or eaten as a snack food. The word crouton is derived from the Frenchcroûton, itself derived from croûte, meaning "crust" - wikipedia]

*al dente : [The term "al dente" comes from Italian and means "to the tooth" or "to the bite", referring to the need to chew the pasta due to its firmness.]

*nappe : [In cooking, nappe refers to either the ability of a liquid to "coat the back of a spoon" or the act of coating a food]

*bon appetite*