Showing posts with label biskut. Show all posts
Showing posts with label biskut. Show all posts

Sunday, August 12, 2012

Ramadhan 23

Salam Ramadhan.

Alhamdulillah, kita dah sampai ke 23 Ramadhan dah pun. cepat sungguh masa berlalu. kalau ikut ni dah kira 10 malam terakhir dimana ini adalah malam-malam kemuncak kerana kedatangan Malam Lailatul Qadar yang memberi ganjaran seribu bulan kepada umat Nabi Muhammad yang bangun malam dan melakukan ibadah. 
Rasulullah bersabda bermaksud: “Sesungguhnya bulan ini (Ramadan) telah datang kepada kamu, dalamnya ada malam yang amalan ibadat yang dilakukan pada malam itu lebih baik dan besar ganjarannya daripada amalan selama seribu bulan. Sesiapa yang kehilangan malam itu, sesungguhnya dia telah kehilangan semua kebaikan. Dan tidak akan kehilangan semua perkara itu, kecuali orang yang telah diharamkan (tidak mendapat petunjuk) daripada Allah.” (Hadis riwayat Ibnu Majah) 
 jadi, marilah kita cuba mencari malam yang hanya datang setahun sekali sahaja ni.

selain dari itu, ramai dah agaknya yang dah tak sabar nak habis Ramadhan. ada yang dah pulun buat kuih raya bagai la kan. cik pun ada buat jugak, cuma cik buat siang hari cuti la. macam sekarang ni. tapi cik tak buat banyak, sebab orang jarang datang rumah. kalau datang pun, mesti cik masak benda lain. jadi ibu cik senang beli kerepek dengan kekacang je.
kuih raya ada yang buat, ada yang tempah. ibu cik tak suka buat kuih raya malam-malam. sebab dia nak berehat dan beribadat malam. cik pun tak kisah. lagi pun siang bukan buat kerja sangat pun. jadi pulun buat kuih raya je. senang.
sekarang ni bukan dok pulun kuih raya, tapi dok buat cupcake ada kawan order. nantilah cik update.

*bon appetite*

Wednesday, July 4, 2012

#anak dara belajar masak: Chocolate Dipped Coconut Macarons

Salam rabu semua. 

selalunya orang buat Wordless Wednesday kan. tapi cik tak berapa nak rajin pulak. eyh? pulak, padahal update gambar tak payah caption. tapi ada jugak yang menyakitkan mata, gi taruk caption. kan namanya Wordless Wednesday. kalau ada caption tak wordless la namanya. korang paham tak cik tulis apa ni?

sebenarnya resepi ni secara kebetulan je cik terjumpa. sebab ibu cik ada simpan mexican dry coconut ke apa namanya dalam peti ais. cik pun tak pasti kitorang beli untuk apa. daripada terbiar, baik setelkan aja. alang-alang resepi dah ada, senang pulak tu. mari mulakan.

 Chocolate Dipped Coconut Macarons
Sumber: Joy of Baking

Coconut Macaroons:
2 biji telur (saiz besar - suhu bilik)
100 gm castor sugar
1/8 tsp salt
1 tsp vanilla ekstrak
720 ml dried coconut 

Chocolate Coating:
115 gm semi-sweet or bittersweet chocolate, (potong kasar)
1/2 tsp mentega

Cara-Cara:

  1. Panaskan oven 180 Celcius
  2. pukul telur didalam mangkuk hingga kembang, kemudian gula, garam dan vanilla ekstrak.
  3. masukkan kelapa kering dan gaulkan hingga rata. ( cik suka hati je tambahkan 1/2 cawan chocolate chips dan gaulkan sekali)
  4. buat bentuk bulat menggunakan aiskrim scoop atau sudu atau pakai tangan pon boleyhhhh..
  5. susun diatas dulang yang dialas kertas parchment atau di lengser dengan mentega pon bolehhh.
  6. kemudian bakar didalam oven selama 15-30 minit atau hingga nampak keperang-perangan.
  7. angkat dan sejukkan.
  8. cairkan coklat dengan mentega, kemudian celupkan coconut macarons yang telah sejuk dan susun kan lagi.
  9. biarkan sejuk dan boleh dimakan.



kemain huduh lagi cik buat, tapi rangup dan seksi sungguh bila makan. rasa tergoda je lah. siap bagi kawan Achik lagi dia cakap sedap. nampak sangat biskut ni memang sedap. ditambah dengan kecomelan tukang buatnya, lagi la sedap. ( sila muntah hijau laju-laju).

kalau tak paham sangat instruction cik yang dah dialih bahasa tu, korang boleh tengok video yang disediakan Stephanie. rajin tak rajin je la kannnnn!!!

*bon appetite*

Tuesday, August 16, 2011

# anak dara belajar masak: Biskut Nestum Kristal

hari ni bersemangat cik buat kuih raya.siap upload gambar2 kat fb lagi. ada dah kawan cik tanya resepi. hehehe. resepi cik dapat dari makcik cik, dia pun dapat dari internet. jadi cik tak tau resepi ni datang dari mana. tapi memang senang la nak buat, bahan pun tak banyak.


click to enlarge




Bahan A:
250 gm = 1 cup mentega 
175 gm = 1/2 cup gula castor
1 biji telur kuning
2 tbsp susu pekat - boleh kurangkan kalau tak suka manis.
1 tsp esen vanila.
bahan-bahan ini di pukul hingga kembang dan gula hancur.

Bahan B:
250 gm = 1 cup nestum
4 tbsp tepung gandum
gaul rata bahan-bahan B.

campurkan Bahan A + B dan gaul hingga rata. kalau terpaksa guna tangan, pastikan tangan tu basuh tau.
korang memang akan ttengok adunan dia macam ceroi sikit. tau tak ceroi tu apa? errr...macam gambar kat bawah ni. maksudnya doh ni tak melekat la.dia lerai je.tapi boleh la kalau korang nak kepal2 ke apa. 
 kemudian masuk kan dalam kek kertas macam kat bawah ni. jangan lupa tabur coklat urai. ikut la korang nak pakai yang warna-warni ke, coklat ke, nak taruk coklat chips ke, atau pun nak taruk ceri ke terpulang pada korang apa yang korang jumpa kat dapur tu.
 lepas tu bakar. cik bakar dalam oven elektri suhu 160 C selama 6-10 minit. kalau nak senang korang tengok la nampak macam dia da masak atau da kuning sikit. masak dia kejap je pun.
 tengoklah gambar-gambar kat bawah tu. dah siap kuih raya. rasanya satu adunan ni dapat buat dalam 50 - 80 cup kot. bergantung pada adunan dalam cup tu. korang taruk banyak ke tak.


jadi makan dia pun rangup je. lepas tu macam ada rasa chewy sikit. tekstur dia macam kuih sarang semut. boleh salah anggap ni. tapi bila dah masak, dia tak ceroi pun. jadi sedap lah.

alang-alang lepas subuh tak payah la tidur. buat la kuih raya yang senang dan kacang ni. nanti da lepas zohor tidur la kejap kan. mana la tau korang nak bagi orang ke.

*bon appetite*

Monday, September 6, 2010

# anak dara belajar masak : biskut 'aaaaaaaaaaaaaaa...arab

entry ini adalah kuih raya pertama yang cik buat..masa tu raya jauh lagi.baru beberapa hari je puasa.tapi disebabkan semangat cik yang tinggi nak jugak cuba buat kuih ni, jadi cik pun buat la lepas bersahur. sudah la cik tak ada guideline langsung.yang ada cuma resepi dapat dari internet.itu pon bukan boleh percaya.last2 cik modify sendiri.

meyh kita tengok resepi Biskut 'Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaarab [buat lenggok macam orang arab cakap.dalam kan aaaaaa dia tu ok? =P].

Bahan-bahan:


250 gm tepung gandum (ni cik ada tambah sikit dalam 20 gm, sebab bila campur, adunan jadi lembik sangat)
125 gm gula halus
125 gm minyak sapi
pewarna..merah ..kuning dan hijau (cik takde kaler merah, jadi cik biarkan je satu warna tu.

kan dah cakap resepi dia senang.tapi kalau tak tengok, memang tak tau nak buat macam mana.

Cara-Cara:


  1. gaulkan semua bahan hingga sebati.
  2. bahagikan kepada 3 bahagian dan bubuh pewarna.
  3. ambil sikit2 dan gabungkan 3 doh berlainan warna dan bulat2 kan.
  4. masukkan dalam paper cup dan bakar dalam 180C selama 20-25 minit.
  5. bila dah sejuk baru taburkan hula halus.

senang gila kan? masa cik buat ni ada la jugak cik nak mengamuk.tapi nasib sempat ditenangkan ibu cik..hahahah..nasib lah jadi..rasa pun mantap.cuma awal-awal masak dia keras sikit.lepas tu dia da rapuh dan sedap.

rasa memang manthop la.cik siap bagi en.jambu lagi.dia pun cakap sedap.mak su dia pun cakap sedap.



p/s: tambah lagi kuih raya yang akan dibuat akan datang sebab senang.
p/s2: resepi dari hanieliza.fotopages. do check that site for more recipe =)

*bon appetite*

Tuesday, June 22, 2010

famous ahmad!

selamat pagi..

semangat sungguh cik update blog padahal japgi nak gi keje dah..haih, penat..penat..kali ni nak berkongsi resepi buatan adik cik sendiri, ahmad.dia yang rajin buat biskut chocolate chip ni.sedap sangat biskut dia.dah nak sampai taraf Famous Amous dah. hahahha..sila tengok gambar, nanti cik akan terangkan bahan-bahan kalau korang nak cuba.


badam cincang.cik pun tak tau kenapa stok badam kat rumah cik banyak.jadi biskut chocolate chips ni dah jadi macam jajan pulak.mesti ada je.tak payah nak tunggu raya dah.badam ni perlu dicincang dulu ye.tak nak halus sangat, tak nak kasar sangat.biar makan masih terasa badam tu.


chocolate chips paling penting.korang bleyh guna yang chocolate ke, white choc ke, atau yang ada dua kaler tu.ikot ske hati korang la ye.janji chocolate chips.


telur jangan dilupa.cik tak tau pulak kene taruk telur.memandangkan ini resepi achik, jadi cik ikut je.

tepung.dalam ni ada 3 jenis tepung semua diayak bersama.tepung gandum, serbuk koko, tepung jagung, soda bikarbonat, garam sedikit.


adik cik guna marjerin.kalau nak sedap guna la mentega.lepas tu jangan bagi dia cair.yang beku2 elok di buat biskut.baru rangup.kalau nak buat kek boleh la yang separa cair.


gula: dalam ni ada 2 jenis gula, gula putih dan gula perang.kadang2 kalau ikot suka hati cik, cik siap masukkan peanut butter lagi.hahaha.

cara-cara dia senang je.pukul gula dengan marjerin sampai la gula hancur.pastu masukkan telur.pukul kaw2..hahaha.pastu masukkan la tepung, chocolate chips, badam.gaul sampai sebati.lepas tu tabah la esen vanilla.

bakar sampai masak kekuningan.jangan sampai rentung.


erkk..papadom.ini makanan ringan waktu lapar masa tengah masak biskut.hahaha


air ni bukan sirap tau..ni sirap campur fresh oren..memag lah takde keje.


ini lah dia tokey biskut.kami nak buat bisnes biskut raya.sapa nak order?


adunan yang dah siap dibakar menjadi biskut sedap dan rangup.

*bon appetite*