Showing posts with label #trip. Show all posts
Showing posts with label #trip. Show all posts

Wednesday, September 11, 2019

Sedap ek : Kedai Aiskrim bakal viral

Assalamualaikum & Good Morningggggg

Todiaaa. Panjang wish. Mood morning ni dia energetic lain macam sikit. Lagi2 nak dekat weekend. Lagi la macam semangat membara agituuu. 

Kali ni kakda nak share pasal kedai aiskrim ala-ala Baskin Robin orang Segamat kata. Sebab hari tu balik Segamat nak ambil ibu, sebab ibu kakda dua minggu setiap bulan akan jaga tokmak. Jadi kitorang pun balik nak amik la. Rindu kan. 

Lepas tu aunty kakda dia pegi tag pulak video dari Laparpo yang buat review kedai ni. Adoiii la.  Kerana ibu mengandung ini pantang nampak, mesti nak cuba. Padahal bukan suka sangat makan aiskrim. 


Nasib baik tak jauh dari rumah tokmak. Dia kat Taman Astakajaya je. 

Kalau korang waze cari Sedap ek! mesti jumpa. Kenapa Sedap ek! nama dia? Sebab orang johor punya slang suka ada ek blakang dia. So ni macam nak sembang aiskrim dia sedap la. 

Bila sampai je, Aisyaa dah nampak aiskrim ni dari jauh. Siap mintak tolong amikkan gambar sebelah aiskrim. Alolololo anak ibu dah besar. Lepas ni kena clear memory kak yong baby sebab nak masukkan gambar kak yong dah besar. 

Kakda sampai dalam 6.30 petang. Ingatkan banyak lagi. Sampai-sampai dah surut dah. Kakda dah la tergoda dengan egg waffle dia. Sekali sold out guyssss. So beli yang cone dia je la. 

Ada banyak perisa. Tak Mint Chocolate yang kakda suka tu dah habis pulak. Sadisss betul layanan kepada ibu mengandung. 

Whyyyy? Whyyyy???

Aisyaa kakda beli kan Premium Cookies & Cream, dan kakda punya Premium Chocolate. Seriously sedap gila sebab memang terasa premium dia tu weyyy. 

Chocolate dia rasa coklat mahal weyyy. Aisyaa punya cookies and cream pun sedap. Adik kakda beli Peanut Butter, terasa masin2 kacang tu. 

Harga dia untuk cone rm3.90 untuk biasa dan rm4.90 untuk premium. Cone dia pun celup coklat bhaiiii. Dap ahh. Tak sempat sampai rumah, selamat masuk mulut. Sian laki kakda dapat makan sikit ja. 

Hahaha. Siapa kat area Segamat try la wey. Emvironment kedai pun santai dan menarik. Kakda punya ralit makan aiskrim, lupa amik gambar dalam kedai. Hahaha. 

Siapa dah try boleh cerita kat kakda. Sedap ke biasa je. Ke dah tak sedap. Kena bantu bagi feedback pada diorang supaya boleh improve lagi. 

Kakda
- tak suka aiskrim tapi kalau free apa salahnya. 

Wednesday, July 31, 2019

Ipoh : Gerbang Malam


Assalamualaikum & Good Morning. 

Serious lama gila tak update blog. Kalau rumah ni mau berlumut dah. Nasib baik blog je. Ke perisian pun boleh berlumut? Punya lama sampai nama panggilan cik dah jadi kakda. 

Weirddd.. hahaha. 

Ok. Tak tau kenapa 3rd pregnancy ni buat mood kakda jadi suka menulis. Sebab malas nak membebel kot. Tu yang lajuuuu je menaip. Kalau orang salah faham mesti dia ingat kakda ni tengah marah ke apa lah. 

Hihihi

Entry kali ni saja nak cerita kakda jalan-jalan kat Ipoh. Korang boleh bayangkan dah 5 tahun kahwin, ni baru merasa nak pusing Ipoh. Tapi itu pun tak de la pusing mana. Sebab mood nak jalan-jalan tapi tak nak gi mall. 

Lastly pergi la ke Gerbang Malam. Kalau kat Ipoh ni famous la Gerbang Malam ni. Dia macam uptown la gitewww. Cuma Majlis Bandaraya Ipoh dah ready satu kawasan untuk orang berniaga. 



Kakda jenjalan malam sabtu yang tak ramai tau. Jarang tak ramai. Rupanya ada perlawanan bola Perak lawan Kedah. Patut la sunyi dan tak ramai. Peniaga pun masing2 tengok fon je untuk live perlawanan. 

Jadi kita jalan santai-santai je la tengok ada benda best ke tak. 


Basically lebih kurang je apa yang ada kat Gerbang Malam ni dengan kat Uptown. Beg, kasut, baju, tudung, makanan. Sama je. Tengok berkenan atau tidak je la. 



Berdating malam-malam dengan muka tembam. Anak2 baru jalan sikit dah tidur. Patah balik la hantar diorang. Hahaha. 

Suami kakda dia tengok barang-barang motor la. Helmet la, bag la. Sarung kepala la. Hahahaha. Pakai serkup kakda pun boleh je. 

Tertarik betul dengan kedai ni. Dia jual tempat garu belakang tu. Sebab Amier ni dia suka sangat suruh kakda garu belakang dia. Rasa macam nak beli. 

Tapi tengok design dia nampak tajam pulak. Tak jadi beli. Lepas tu nampak rotan. Tapi mengenang tangan kakda ni pantas, jadi baik jangan beli. Kesian kat anak. 



Kedai ni jual baju melayu dengan tanjak. Style wooo. Kakda suruh laki kakda beli dia kata raya tahun depan baru beli. 

Ok. Tahun depan baru kita jalan balik. 

Dah puas pusing takkan tak beli apa-apa kan. Sebenarnya tak sempat pusing. Sampai2 terus nampak kasut ni. Alang2 saiz ada, harga pun RM25 je, kakda beli terus la. Senang. Kang dok teringat2 la apa la, laki kakda yang tensen sendiri. Hahahaha. 

Jadi hati gembira dapat jenjalan dan kasit baru. Wiwiwiw. Ok. Lepas ni korang nak kakda cerita apa best kat Ipoh lagi ke?

Kakda
*dulu Cik Kedondong*

Monday, February 16, 2015

Mines Wellness Hotel : 8 months pregnant Honeymoon

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Berjaya mengharungi 8 bulan kandungan. Ramai kata 8 bulan dah tak larat nak jalan lah. Rasa nak tidur banyak lah. Macam-macam la kan. Tapi cik gigihkan diri jugak. Hari-hari bagitau anak nak lahirkan dia secara normal. Doakan dia baik-baik aja. Tak mau malas-malas. Jadi dia pun layan je bila mak dia asik berjalan je kan. Kebetulan  pulak ada voucher percutian ke Mines Wellness Hotel untuk 2 hari 1 malam. Memang syok la kan. Dah la expired sampai 19 Julai 2015, bulan puasa pulak tu. Memang pulun la kan dengan suami kitorang booking 14 -15 Februari 2015. Nasib la takde apa-apa Valentine's Day event.So takde la penuh sangat hotael. Kot la kan.

Kalau ikut sebenarnya En Somi dia menang Voucher ke Gambang, tapi macam expired dia pun sama je, jadi kitorang tukar lah dengan kawan. Lagipun nak ke Gambang pun dah kos jugak kan. Kalau ke sini dekat je, lepas tu tak de lah penat sangat. Jalan jauh semata nak bercuti 2 hari 1 malam kan.

Nak pergi ke Mines Wellness Hotel ni sangat lah mudah sebab hotel ni sebelah je dengan MIECC. Kalau google pon confirm jumpa. Kalau korang pergi Mines Shopping Fair pun mesti korang akan ternampak hotel ni. 
Mines Wellness Hotel dari hadapan
Tu dia pintu masuk Mines Wellness Hotel. Parking untuk tetamu ada kat bawah. Kat luar pun boleh parking, tapi panas la. Kalau korang tak kisah, parking je lah kan.
Masuk je lobi korang akan nampak bumbung setinggi-tinggi alam, lepas tu terus nampak tasik buatan tu. Rasa macam lapang terus mata ngan dada dapat berehat tengok air. 
 Receptionist kat sini pun dekat lobi, terus nampak tasik.Bila angin bersepoi-sepoi memang puas hati lah. rasa nak tidur terus. Waktu check in jam 2 petang, tapi cik sampai 1.30 macam tu, bilik dah sedia dah. Ingatkan nak cek je, boleh tak check in. Bila dah dapat kunci apa lagi, terus lah pergi bilik kitorang. Dapat bilik strategik habis, nampak swimming pool dengan tasik. Memang feeling habis dah. Siap rasa meronta-ronta nak terjun swimming pool. Tapi disebabkan kitorang dah lapar sangat kan, maka terus je lah berjalan ke Mines.

pemandangan dari bilik Tingkat 2.

Apa yang tak best hotel ni bila dia dekat dengan Mines Shopping Fair tapi agak jauh nak jalan kaki. Dah lah MIECC tak ada event, tak dapat lah nak main rentas-rentas bangunan. Jalan jauh gila kot. Hotel pulak takde sedia buggy service ke apa. Sebab kalau nak drive,kita kena keluar dari kawasan tu lepas tu masuk ke kawasan parking Mines. Padahal dekat sangat dah kot.

Disebabkan eksaited tengok swimming pool, lepas tu lapar yang amat, terus kitorang berdua nak amik gambar bilik. Voucher kitorang dapat la bilik Deluxe dengan Katil King. Tapi tuala boleh pulak diorang tak sediakan. Kena mintak dengan receptionist baru lah ada orang hantar. Nasib lah dapat jugak tuala. Kalau tak bagi memang cik diam je la. Dapat free kan. Tapi macam tak patut lah kalau diorang tak nak bagi. (Cik jenis bukan komplen pakai mulut. huhuhuh. cik susah sikit nak tegur atau marah orang depan public.)

Bilik dia mungkin cik dapat yang tak berapa nak best. Shower dia air tak panas. suam-suam nak ke sejuk dah. Bilik kat sini tak banyak sangat plug. So kalau korang banyak benda nak cas ke apa, baik bawak extension. nanti korang yang tensen.
Best gila kot tengok swimming pool dia. nama pun Lagoon Pool, lantai dia pasir. Air pun tak bau klorin. En somi kata cam air tawar biasa je. So en. somi pon pulun berenang la dia.
Memandangkan rupa pool pon dah macam tasik, kebersihan pool ni pun ala kadar je. Takde pool guard. Sampah pon ada je tak berkutip.So memang feeling mandi sungai cuma air terkepung je. Lebih lah dari 2 kolah kan kalau korang nak mandi wajib.

So memandangkan voucher dapat termasuk dengan breakfast, maka gigih lah kitorang nak gi breakfast. Cafe dia nama Abdul & Charlie's. Klasik dan moden sangat. Tapi mungkin disebabkan tetamu tak ramai so makanan dia tak banyak sangat pilihan.
dekat gila kot dengan swimming pool. tapi sebab cik nak dekat ngan buffet takde la nak duduk hujung tu. kang mengah nak amik makanan.
Pilihan makanan tak banyak tahap cik boleh makan semua jenis. hahahaha. rasa tu biasa aje lah. nak sedap kena beli a la carte. kalau buffet ni rasa dia boleh tahan lah.
suasana kat cafe Abdul & Charlie's.

lepas breakfast feeling2 nak lepak kat tepi swimming. sekali suami kata nak mandi swimming lagi.maka dia la lari balik gi tukar baju. cik layan internet je la kat tepi kolam.

Dah puas mandi harus lah packing nak balik. Check out jam 12 tengahari. 

Sebelumbalik feeling tengok lobi untuk kali terakhir. Tak tau bila nak datang lagi. Sebab dekat sangat dengan rumah. Jadi nak datang bercuti saja-saja macam idok la kan. takde nak feel sangat. kena gi pantai baru feeling release tension. hahahha


Alhamdulillah. Settle dah misi habiskan voucher. Next tunggu percutian lain pulak. Tapi lepas ni dengan baby la pulak. Insya Allah.

Kalau sesapa rasa nak melepak kat hotel ni boleh cek kat sini:

Mines Wellness Hotel
Email: resmwh@mwh.com.my
No Tel: (+60)3-89436688
Website : http://www.mineswellnesshotel.com.my/
Alamat : Jalan Dulang, Mines Wellness City, 43300 Seri Kembangan, Selangor, Malaysia.

_________________________
Semua gambar adalah hak milik peribadi. Dilarang mengambil, mencetak, memuat turun, tanpa kebenaran saya.

Ida Tarmize

Saturday, October 12, 2013

Felda Residence KT : percutian guna duit ayah

DAY 1

Assalamualaikum.

Alhamdulillah selamat sampai cik dan keluarga kat Terengganu. Misi kami ialah mengutip fatin yang dah habis belajar. Alang-alang tu haruslah berjalan kan. Ayah da nak belanja. Tak ada percutian yang paling menyeronokkan melainkan pakai duit orang. Pakai duit sendiri memang ala kadar je la kan, pakai duit orang merasa la Dok hotel lawa. Hahaha

Kami bertolak lepas solat Jumaat. Gara-gara si Husna ada exam pulak last minit. Berzaman jugaklah kitorang nak sampai. Kol 8.30 kot sampai. 

Ayah booking Felda Residence hotel sebab dekat dengan sungai. Waterfront feeling u olls. Ingatkan hotel ala kadar. But I was amazed once I walk in to their Lobby at 2nd floor. haaa kau. Keluar english weyy. Punya feeling lah kan. Hahaha. Cantik weyyy. Rupanya hotel baru jugak under Felda Travel.

The Reception Area

Penyambut tetamu yang ramah bersembang. Siap bagI cadangan tempat nak pegi, nak makan dan yang pentingggggg kopok lekor yang best.

The Lobby

Disebabkan malam jadi tak nampak sangat Lah kat luar kan. Tapi Lobby ni mengadap sungai Terengganu yang meriah dengan kapal. Siap korang boleh nampak Masjid Besi, Pasar Payang dan bot-bot nelayan. Nice!!!

So ayah book Executive Suite ada 2 bilik. Tingkat 16 atas sekali untuk bilik2. Sebab tingkat 17 sampai 19 dah ada Brasserie, Lounge dan Ballroom. Tapi bilik kitorang mengadap jalan lah. 
Ruang Tamu
Dapur
Bilik Ibu dan Ayah
Ruang tamu yang menjadi bilik achik..hahahah..
Bilik cik ngan usna.

Setiap bilik ada tv lengkap dengan Astro. Bilik air pun cantik. Sayangnya kat sini tak ada swimming pool. kalau tak awal pagi cik dah sampai dah. Hahaha.

Memandangkan kami semua dah tahap kebulur kan kitorang gi Waterfront jalan kaki je cari makan. Tapi cima Zie's Corner je bukak. Makanan biasa je lah. Takde nak gebang apa sangat. Waterfront betul2 sebelah hotel je. Kalau jalan malam memang tak rasa penat langsung. dalam 10 minit berjalan. Kalau laju dalam 5 minit pun sampai.

So readers, that's all for tonight. Balik makan je kitorang layan The Ring kat tv. Hehehe. esok sambung lagi dengan memacam kerenah.

Wednesday, June 19, 2013

#Trip : Janda Baik

Assalamualaikum semua.

Dah sebulan lebih kot trip gi Janda Baik berBBQ bersama ofismet ni. Kitorang gi 1 mei masa hari pekerja . Mana lah tak berzaman. Waktu rajinnya tak mandang pun. Hahahha.

Tanpa melengahkan masa mari tengok gambar dan baca entah pape cerita. Skang ni blogspot mobile apps da update. Jadi boleh le nyusun gamba. Tapi, jenuh jugak la. Sebab kene taip dulu atau upload gamba dulu baru boleh update. Kalau tak memang gamba tu tak boleh bergerak ke mana-mana ikut suka hati. Dia masih mengikut suka hati bolg mobile apps sahaja. Hahahha.

Kami bertolak lepas kerja nuh. Memasing muka eksaited habis nak gi berehat.kalau dah 4 orang perempuan naik satu kereta, memang wajibul ghunnah la ambik gamba comel ramai2. Jadi sila pasrah. Masing2 masih kosong. Boleh pilih..hahahha.
Perjalanan yang mengambil masa tak sampai sejam ni memang dihabiskan dengan mengambil gambat. Gambar muka sendiri, gambar kawan2, gambar kereta kawan, gambar pemandangan, segala jenis gamba lah. Tapi cik malas la nak upload. Kang ada pulak yang muntah hijau biru kuning mambang air kang. Masalah jugak tuh cik dipersalahkan.

Bila dah sampai ke Chalet Kobaik, Janda Baik ni, kitorang terus la masuk bilik memasing. Tak ada nya nak mandi. Tukar baju untuk BBQ solat segala bagai. Kang mandi pastu pakai baju lelawa pun tak ada makna kalau melekat bau asap makanan. 

Makanan disediakan oleh errrr Sally dan Joe. Kira depa ni ketua projek la. Kami ni anak buah tak sedar diri tau pi nak enjoy ja. Hahahhaha. Ayam di marinate oleh mak Joe. Nasi goreng cina dimasak tung-tang-tung-tang oleh Chef anis sudess di bantu oleh cik. Cik sipi2 manusia ja dalam cerita nih. Hahhaha.

Tu dia lentik badan bang long siap jelingan manja nak bagitau punya sedap dan banyaknya makanan kami malam tu. Sampai kenyang habis lah. Itu pun cik tak larat nak makan. Ada mushroom soup, garlic bread, bbq ayam with black pepper sauce, jagung bakar, hot dog bakar, salad, nasi goreng cina.

Banyak gila sampai la ni perut cik kembung lagi. Heheheh. Lepas puas makan, diorang dok sambung main game pulak. Buaya- biawak lah. Lepas tu truth or dare lah. Masa ni cik Memang dah mamai gila. Jadi cik masuk bilik lah tidur.


 Esoknya cik bangun awal pagi kot. Eksaited punya pasal nak tengok sungai. Bangun je bukak pintu puas hati. Dengar deruan air sungai rasa damai sungguh. Dah lama tak rasa feeling damai kan. Ye lah cik pepagi buta dah redah jam kat KL nak gi PJ. Mana lah tak rasa damai kan.

Kitorang all the girls ni jenjalan lah kat sekeliling nak tengok apa ada kat sekeliling chalet kami. Rupanya dekat je dengan D'Ark Resort. Rasa cam seriau je masa lalu 
Lepas tu mommy Sally sudah panggil suruh sedia breakfast lah. Jadi kami adik beradik pun larilah terkedek-kedek pi tolong mami masak. Kang tak dapat mandi sungai. Hahahahha.

Lepas dah puas makan kan, pe lagi. Masa untuk berjimba-jimba dalam sungai la. Sejuk gila sampai menggigil kot. Memang cik dok je kat satu tempat. Dengan hujan renyai2 lagi. Sejuk woooooo..tapi tak puas lak mandi. Hahahha.
Masa kitorang tengah mandi manda tuh, tetiba mommy Sally mesej tanya nak gi Genting Strawberry Farm tak. Kami apa lagi. Memang siap2 la nak gi sana kat. Nak gi Cameron tah tahun bila pulak kan.

Tapi sebelum balik wajib amik gambar dulu. Siap lompat2 lagi.

Bila sampai kat strawberry farm, wajibul ghunnah jugak bergambar. Sebenarnya banyak je gambar. Tapi ini je gambar yang simpan dalam fon. Yang lain banyak dah transfer. 

Cik di lavender's field. Feeling obersi sangat kan.
Dengan gadis2 jelita. Ramai masih kosong. Jadi boleh pilih. Hahahha.

Terima kasih la ofismet sudi jemput cik berfoya-foya dan berjimba dengan korang. Cik tau cik ni baru lagi. Nak bermesra pon mesti korang cam tak senang sangat kan. Jadi cik seronok sangat walau pun cik dah gemuk semula sebab banyak makan.. hahahha.

P/s: banyak lagi entry nak update. Tapi sebab apps blog ni cam gila dan menyusahkan. Dah 3 kali cik cuba upload entry tapi ada je gambar hilang. Tension.

Sunday, May 19, 2013

#Trip: Perhentian Island

Assalamualaikum semua.
Alhamdulillah akhirnya timbul jua sifat kerajinan dalam diri ku yang sekian lama terpendam nih. Banyak sangat isu yang imbul. Nak gi Perhentian ni pun sebenarnya ada isu. Tapi layan je lah kan. Nak cerita pasal trip pergi Pulau Perhentian yang dah nak dekat 40 hari berlalu dah pun. Huiihhh.. tu kalau tinggal rumah mau berpenghuni baru tuh. Hehehehehehe *gelak scary sangat kan*.
Disebabkan cik hapdet guna henpon kan, maka gambar haruslah di bawah dan berterabur ikut suka blog ni je. Padahal cik dah susun ikut sepatunya kot. Jadi pandai-pandai korang lah nak mentafsir. Dan kebanyakan gambar pulak datang dari instagram yang cik dah upload. Hapdet ni sekadar nak cerita pasal kos dan pengalaman bagai. Hehehhe..
Hari 1:
Hari 1 cik bermula dari jumaat malam. Habis kerja cik terus kutip kawan cik kat umah dia kat pantai dalam. Lepas tu terus shoot ke penang berkumpul dengan kawan2 yang lain. Dalam pukul 12.30 gak la kitorang sampai penang. Penat wooo..
Sampai je penang terus shoot ke kuala besut melalui grik dan kelantan. Sempat singgah kat hentian rehat Titiwangsa. Kawan cik la cakap. Kalau diorang tipu, sila bagitau cik, biar laju cok terajang. Hahaha.. siap singgah kelantan makan pagi laksam. Puas makan laksam originated dari kelantan gituhhh..
Dah puas makan, gi tumpat jap, amik adik kawan cik. Penat seyh. Sampai kat jeti dalam pukul 11 pagi. Tu pun settle hal bot gi jalan cucuk duit segala bagai.
Bot dalam pukul 1 petang, Alhamdulillah cuaca tak panas tak hujan. Just nice. Tapi ombak boleh tahan jugak. Lepas tu naik pulak bot laju saiz kecik, maka melambung2 lah kami macam naik roller coaster. Nasib lah cik jenis susah nak mabuk. Jadi memang enjoy sangat la kan padahal member2 lain dah menjerit-jerit. Hahahha..
Kami menuju ke Perhentian Besar sebab cik stay kat Samudra Beach Chalet. Perjalanan dalam 45 minit dari jeti. Fuhhhhh.. nasib tak muntah. Hahha.. dah sampai chalet rehat2 solat lepas tu tibai makan nasi pulak. Nasib tak makan sebelum naik bot. Kalo dak mau termuntah-muntah. Hehhe. Makanan memang puas hati. Kenyang sedap. Lepas tu kami jenjalan je la kan tepi pantai. Malam makan sedap pulak. Punah diet.
Perhentian Besar ni sesuai untuk mereka yang suka kan kedamaian. Kalau suka yang happening sikit kena stay kat Perhentian Kecil lah. Hehehe.
So overall hari pertama 13 April cik tak buat aktiviti melainkan travel-makan-jalan tepi pantai-tidur.
Hari 2:
Hari kedua bermula dengan hujan renyai-renyai dipagi hari. Sejuk wooooo.. memang rasa puas je bangun tidur. Tapi nak ngejut bebudak lelaki ni memang jenuh la kan.
Jadi kami siap-siap pakai baju nak snorkeling lepas tu gi makan dulu. Sambil tu tunggu bot yang bawak kitorang ni sampai. Hehehe. Makan pagi nasi lemak. Siap kitorang berdoa moga2 tak hujan. Sebab cuaca redup sangat tak ada matahari pun. Angin pun sejuk je rasa.
Bila encik driver bot datang dia bawak kami gi training snorkeling dulu kat area mana tah. Dia ajar macam mana nak pakai, nak bernafas, nak terapung, nak bergerak. Memang puas hati la. Dia ajar sampai pandai kot. Bila dah pandai baru bergerak ke 5 tempat snorkeling yang wajib.
Tapi sayang sangat sebab malam nya hujan, jadi air laut keruh. Itu pun siap hujan renyai-renyai. Tapi tidak mematahkan semangat nak snorkeling. Setakat hujan renyai2 pedehal la sangat. Tapi nampak jugak la ikan kan. Cuma ikan yu je dia tak nak naik. Dia berenang kat dasar je la. Heheh.
Kami snorkeling dalam 5 tempat; coral area, shark area, pastu apa tah lagi. Cik pon lupa. Kira ni kawasan marin la. Kena bayar rm5. Tu tak masuk tambang bot ke apa eyh. Nanti cik akan upload lagi gambar2 bila dah ada komputer. Kami habis snorkeling sampai la pukul 1 petang.
Sampai je kat chalet tak masuk bilik pun, terus makan tengah hari pastu naik bot balik gi ke Long Beach Perhentian Kecil. Dok lepak2 kat sana lak. Patut la orang kata Perhentian kecil ni best, ada beach bar yang meluas dan cuci mata melihat half naked minah salleh. So melepak makan sampai lah pukul 6.30 petang lepas tu balik. Malam aktiviti makan malam pulak tapi dapat BBQ. Lagi sekali kenyang makan. Kenyang perut suka hati tidur.
Hari 3:
Hari ketiga, kami dah bersiap balik pulak. Bot kami pukul 8 pagi. Jadi kena siap2 cepat dan makan pagi. Sampai kenyang baru naik bot. Nasib kali ni bot besar jadi tak delah melambung2 sangat kan. Hari ketiga ni tak adalah aktiviti sangat. Sampai jeti je terus cari souvenir. Untuk budak2 ofis.hehhe.
Baiklah. Nanti cik update lagi gambar. Mari bercerita tentang kos.
Tempat: Samudra Beach Resort & Chalet.
Kos: RM260 seorang.
Termasuk - tambang bot pergi balik, penginapan di chalet, snorkeling set, makan 2x makan pagi, 2x makan tengah hari, 2x makan malam.
Cuma marine park kena bayar rm5 sahaja.
Itu adalah kos untuk pakej termasuk penginapan. Kalau jenis backpackers, ada je dia offer bilik dan lepas tu snorkeling ke apa. Jadi kena pandai2 lah korang pilih. Kat Perhentian Kecil banyak lah offer camtuh. Kalau korang jenis kaki redah boleh je gi sana.
Nanti cik upload gambar lagi eyh?