Showing posts with label Set Bersalin. Show all posts
Showing posts with label Set Bersalin. Show all posts

Thursday, March 26, 2015

Vitalea dan Ibu Mengandung

Asssalamualaikum

Wiwiwiwi. Makin nak dekat bersalin ni makin berdebar pulak dah kan. Berdebar pun makan kena lah jaga. Supplement yang biasa ambil kena teruskan jugak. Macam cik amik set hamil Shaklee yang mengandungi:

Vitalea
Vitamin C
B Complex
Ostematrix
ESP
Omega Guard

Tapi cik nak cerita pasal Vitalea sepanjang mengandung. Cik memang konsisten makan Vitalea memandangkan cik sendiri ada masalah dengan paras hb. Doktor kata cik mungkin ada Anemia in Pregnancy. Maksudnya masa pregnant je cik akan hadapi HB jatuh bawah dari paras normal iaitu 11.

Mula cik ambil Iberet yang doktor suggest, minum dengan jus, tapi hb cik dalam 8.5 macam tu. Last-last cik tinggalkan Iberet cik konsisten 2 biji Vitalea dengan 2 biji Vitamin C. Alhamdulillah, hb cik naik antara 10.5 - 11.5 dan konsisten je. Elok amik dengan makanan mengandungi Vitamin C untuk memudahkan penyerapan iron dalam Vitalea. Macam cik, cik makan je Vitamin C Shaklee. Kalau takde, perah je la limau nipis ke, limau kasturi ke buat air. Senang.

Kalau ikut orang yang normal, confirm HB boleh naik sampai 12-14 kalau konsisten makan Vitalea dengan Vitamin C. Selain dari tu, vitalea ni juga membekalkan 12 vitamin dan 7 mineral baik untuk semua lelaki dan perempuan jugak. 2 biji Vitalea jugak mengandungi vitamin bersamaan dengan 40 jenis lauk.


Itu baru testimoni dari cik sendiri. Ni antara testimoni mereka yang dah menggunakan Vitalea sepanjang mengandung. 


Yang ni pulak testimoni dari kawan cik. Best je kan. Beza mengandung anak pertama dan anak kedua. Anak pertama makan supplement hospital tapi tak jalan jugak. Anak kedua mula tambah supplement Shaklee. Lepas tu baru nipis je buku sebab HB sentiasa la atas 11 je. 
 klik untuk besarkan.
untuk bukti lebih dekat lagi. Heheheheh

Jadi pada ibu-ibu mengandung, pilihan di tangan anda. Ada yang tak de masalah nak makan makanan biasa je untuk tingkat kan zat besi. Korang kira beruntung sangat lah kan. Tapi kalau yang bermasalah boleh cuba ambil Vitalea sebagai makanan tambahan. Sebab zat besi sangat mudah hilang lagi-lagi masa awal mengandung kerap muntah. Jadi zat apa pun tak mau lekat dalam badan.

Pada mereka yang perlukan nasihat atau nak beli Set Hamil dari Shaklee boleh whatsapp 0163265401. Saya akan bantu anda, Insya Allah. Kita mencuba sahaja, Allah yang akan menyembuhkan.



Farida Tarmize
Shaklee Independent Distributor : ID1081732
Whatsapp  : 0163265401

Thursday, March 5, 2015

Soya Bebas Kimia dengan Energized Soy Protein (ESP)

Assalamualaikum.

Memandangkan bulan ni promo ESP, macam seronok pulak nak cerita kenapa ESP ni best. Gambar 360 lagi cik amik. Bukan pakai kamera 360, gambar tong ESP ni 360. Seluruh tong cik amik. hahaha.

Sepanjang cik mengandung ni, ramai orang dok nasihat jangan minum air soya. Nanti anak lembab la. Walaupun ada yang suruh minum kalau nak anak kulit cantik putih berseri. Macam-macam lah kan. Jadi bila orang cakap minum soya anak jadi lembab,haruslah cik gelabah. cik ada ESP kot dalam simpanan. ESP pulak terang-terang kat botol tulis Soy Protein Isolate Powder.

 Gila kau tak cuak orang kata tak boleh minum soya nanti anak lembab. Lepas cik google, search, baca buku nutrisi, tanya orang, email Shaklee, akhirnyaaaaaa terjawab kenapa ESP ni digalakkan pulak kan. Jadi mari kita belek ESP ni puas-puas sampai kita semua faham sampai tergila-gila nak beli sementara promosi sebelum GST dikenakan.

Kalau korang nak tau, Shaklee la 1st company yang cipta makanan tambahan protin berasaskan soya. Dicipta oleh Dr Shaklee pada awal 70-an lagi sebab dia tahu protin soya ni boleh jadi faktor utama untuk kesihatan ungguuuuullll gitewww.
Pertama

Kacang soya yang Shaklee guna ni mengandungi non-GMO (non-Genetically Modified Organism). Cemana non-GMO ni? Takdak guna bahan kimia atau suntik2 untuk modified soya supaya cepat tumbuh membesar berkali-kali ganda dari yang sepatutnya. Dia proses pulak dengan suhu rendah. Sebab kalau industri dia akan proses dengan suhu tinggi. Bila tinggi banyak la khasiat protein hilang. Belum cerita ada yang proses dengan gunakan alkohol.

Kedua

1 tong ESP lebih kurang 30 hidangan. itupun 1 hidangan sama dengan 3 sudu besar / 28 gm. Lebih kurang sebulan kalau korang guna 3 sudu lah. kalau korang minum sehari sesudu je, dapat lah minum sebulan ke 2 bulan. Kan ke berbaloi tu. Jimat sangat dah. Harga pun berbaloi-baloi je.

Satu hidangan ESP bersamaan dengan

2 kali ganda DAGING
4 kali ganda TELUR
12kali ganda SUSU

Ketiga

ESP dari Shaklee satu-satunya produk dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tak mampu di hasilkan oleh badan manusia. Jadi tak perlu nak cari merata makananan untuk lengkap kan 9 asid amino ni. Kang merata carik, salah proses, salah masak, asid amino apa pun tak serap, badan pulak yang tembun.

 Keempat

ESP jugak diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Sesuai untuk semua peringkat umur tak kira tua atau pun muda (macam nyanyi lagu raya pulak). Tapi pada mereka yang ada ada masalah buah pinggang dan kesukaran proses protein adalah tidak digalakkan ambil ESP.

Kandungan Indeks Glisemik (G.I) yang rendah tahap 39, jadikan ESP sangat sesuai untuk penghidap kencing manis. Sebab pesakit kencing manis kena amik makanan Glisemik Indeks bawah dari 56. Memandangkan ESP takat 39 je, jadi boleh je amik kan. Takda hal.

Kelima

Last sekali, setiap tong ESP 850gm. 850 gm ni pulak guna 30kg kacang soya yang memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama. Rendah lemak,jadi tak perlu nak risau pasal lemak. Kalau makan ayam ke daging banyak-banyak, sumber protein dapat, lemak pun join sekali. Kolestrol free ni memang la. Sebab guna tumbuhan. Bila pulak la tumbuhan ada kolesterol. Sama je macam minyak masak kelapa sawit tu.  Kolesterol wujud dalam benda hidup berdarah je. Hehehehe.

Jadi ingat tau!!! ESP rendah lemak, tiada kolesterol, tiada asid urik dan mudah diserap oleh tubuh kita.

Jadi kalau korang jenis pentingkan KECANTIKAN, KESIHATAN dan ingin KEKAL BERTENAGA sepanjang hari, ESP Shaklee memang pilihan yang terbaik untuk korang. 

ESP ni paling HOT SELLING / BEST SELLING / POPULAR PRODUK / HIGH DEMAND dalam banyak-banyak produk Shaklee. Tak promo pun orang borong bertong-tong, kalau tengah promo ni lagi la. Lagi pulak next month GST pulak kan. Memang la bertambah 6% dah harga. 

Sila grab laju-laju dengan saya untuk konsultansi terbaik.

Farida Tarmize
-Supervisor Shaklee
Shaklee Independent Distributor : ID1081732
Whatsapp / Telegram only : 0163265401

Tuesday, February 24, 2015

Set Bersalin Moden + Tradisional

Assalamualaikum semua,

Nervous tak? Cececehhhhh. Siapa yang menunggu hari nak bersalin harus lah nervous kan? Cik pun dah tunggu masa je. Lagi beberapa minggu je nak sampai masa dah. Barang untuk hospital dah siap pun masuk dalam beg tinggalkan dalam kereta. Barang anak mana yang perlu dah siap beli, ada yang perlu basuh dulu lepas tu hantar rumah ibu. Cuti je tak apply lagi.

Set bersalin tradisional dah tempah kat kawan. Set bersalin moden guna dari Shaklee. Haruslah.. Sebab masa hamil dah guna set yang sama, tambah sikit-sikit dah jadi set bersalin + pantang. Mudah je kan.

Kenapa cik pilih nak berpantang dengan moden dan tradisional? Kalau nak diikutkan orang zaman sekarang ramai je kot yang dah beralih pada Set Bersalin Moden. Kalau yang tradisional pun banyak dah dimodenkan.

Yang set tradisional cik tak amik yang makan-makan. Yang tradisional takat yang guna luaran macam:

  • Pilis 
  • Param
  • Herba Mandian,
  • Berurut
  • Herba Tangas
  • Bengkung berherba
  • Bertungku

Yang moden atau supplement sepanjang bersalin haruslah:

  • B Complex
  • Vitalea
  • Vitamin C
  • Zinc 
  • Ostematrix
  • ESP
  • Alfalfa
  • Omega
  • Lecithin
Untuk Set Bersalin Shaklee ni ada asas, ada jugak yang Premium. Asas ni memang untuk sapa-sapa  yang malas nak makan banyak-banyak. Kat poster bawah ni set yang asas sekali.

Set ni elok sangat pada yang malas nak makan banyak2 supplement. Takde masalah nak makan lepas bersalin pun. Alhamdulillah  testimoni kawan2 cik yang amik set ni bagitau tak de masalah sangat. Even lepas bersalin pun diorang ada tenaga untuk bergerak. Vitalea antara yang terbaik untuk bekalkan tenaga. Tapi kita muslim digalakkan makan kurma jugak untuk tenaga Masa nak meneran dan selepas bersalin.

Untuk set yang premium pulak lebih kepada set lengkap termasuk untuk menyusu dan menurunkan berat badan selepas bersalin tanpa memberi efek kepada pengeluaran susu dan kepada bayi sendiri. Jadi terpulang pada wanita hamil nak amik yang mana. Sebab ikut keperluan masing-masing dan ikut bajet jugak.

Tapi macam cik b complex, vitalea, vitamin C, esp, ostemarix memang dah amik masa mengandung. Zinc pulak suami makan sebab nak rawat luka2 dalaman sebab dulu dia penah kena bedah apendiks. Cik cuma tambah alfalfa dengan lecithin je. Hari tu kebetulan alfalfa ada promo, cik apa lagi, terus join order la dengan kawan cik. Dapat lah harga murah sikit. Lecithin je cik tambah nanti.

Kalau nak tanya testimoni, memang google je la kan. Melambak orang share. Shaklee tak perlu duta besar untuk beritahu keberkesanan produk, sebab penggunanya ramai. Kami pengguna lah duta-duta shaklee yang dah alami kebaikan nya.

Antara selebriti yang gunakan set bersalin Shaklee, Leuniey Natasha isteri Apek dari TRW. Rita Rudaini pun dah mula guna Shaklee  siap jadi ahli lagi sejak beli Mealshake untuk anak dia (Ni cik tengok kat ig dia).


Jadi untuk kesihatan selepas bersalin memang terpulang pada diri masing-masing. Ada yang mampu nak ikut pantang yang ketat darinorang tua-tua. Tapi ibu cik memang dah baca and educated sikit bab-bab pantang ni. Jadi apa yang boleh buat dia ajar cik, ada yang macam mengarut dia cerita je untuk pengalaman.

Insya Allah.

Pada yang berminat untuk konsultasi dan nak beli Set Bersalin Shaklee boleh whatsapp / sms ke 0163265401. Insya Allah cik akan bantu. Untuk sama-sama sihat. Sihat pun untuk diri sendiri dan suami.


Farida Tarmize
Shaklee Independent Distributor - Supervisor : ID1081732
Whatsapp / Telegram only : 0163265401