Showing posts with label Terjah. Show all posts
Showing posts with label Terjah. Show all posts

Tuesday, May 17, 2016

Astana Damansara Nasi Kukus

Assalamualaikum semua.

Hehehehe. Cik nak share pasal port makan nasi kukus yang baru. Dekat je dengan ofis cik. Tak sesak. Kalau nak banding pergi Ilham tu memang jem saje la. Nak parking susah, ramai orang. Alhamdulillah rezeki dia. Kita je la teringin nak makan tak dapat. hahaha

*nangis*

Alkisahnya cik terjumpa Nasi kukus ni kat IG kasut. Hahaha. Lepas tu dia bagi link. Bila cek je alamat, Mak aii!??? Dekat je dengan ofis. Apa lagi. Terus wassap member ajak makan kat sini. Nasib la dekat. Rehat sejam pun cukup. 

Ni waktu operasi dia. 

Masa cik datang tak ramai lagi. Tapi dah ada pelanggan. Maklumlah. Rehat kol 12. Tepat kol 12 terus lari ke kereta. Tak sampai 10 minit dah sampai kedai. 

Ni adalah menu makanan yang ada kat kedai ni. Banyak jenis nasi kukus. Korang pilih je.
Lepas tu nampak pulak banner milkshake. Hati memang berbunga-bunga la nak order. 

Keadaan kedai yang lapang lepas tu belum ramai pelanggan ni memang buat rasa santai je. Kan senang macam ni. 



Kitorang memasing pilih nasi kukus ayam berempah dengan ice blended chocolicious. Alhamdulillah. Sedapppp.

Kari dia memang mengancam. Macam kari mamak. Sambal dia boleh tahan pedas jugak la. Tapi sayang ayam dia tak sama besar. Cik mintak bahagian peha, kawan cik mintak bahagian kepak.
Memang lain la saiz dua-dua. Nasib la cik jenis tak berkira. Nasi pon banyak. Sambal belacan pon pedas oiiii. Habis kitorang makan. Sedap bhaiii. Kenyang perut tengahari. 

Nasib la tak ngantuk je nak kerja. Kalau tak habis lah prestasi bekerja. Hehehehe. 

Jadi kalau korang nak cuba boleh waze Astana Damansara Nasi Kukus. Dekat Bukit Lanjan je. Macam cik kat Damansara Perdana memang dah dekat sangat. Belakang bangunan hotel yang tengah buat je. 

Selamat makan!! 




Monday, April 18, 2016

Ipoh : Ayam Goreng Seringgit

Assalamualaikum semua 

Alhamdulillah dah balik Sri Damansara. Minggu ni balik tak sempat nak terjah mana2 kedai makan. Tapi sebab nak balik kitorang singgah gerai Ayam Goreng Seringgit. 

In law dok sembang bagitau sedap sampai depa beli hari-hari. So nak try la sedap ke tidak. FIL kata gerai tu banyak cawangan dah kat area Ipoh. Maaf cik lupa pulak nak amik gambar gerainya. 

Ayam Goreng Seringgit. Kami beli sampai sploh ringgit nak bawak SD. Padahal makannya 2 orang je. 
Ayam ni tak kecik tak besar. Macam ayam potong 16. Bila jual seringgit orang rasa macam kecik dan murah je. So orang tak heran nak beli banyak2. Nampak tak psikologi kat situ. 
Kalau nak cakap pasal rasa memang sedap. Macam ayam kfc tapi malay style. Sebab dia ada rasa serai jugak. Rasa memang cukup. Garing. Rangup lagi. Even dah sejuk masih garing lagi. 

Memang puas la. Konon kitorang nak beli bawak balik SD makan dengan nasik. Gagal pulak. Dah habis makan dalam kereta. Hahaha. 

So kalau korang jalan-jalan kat Ipoh jumpa gerai jual Ayam Goreng Seringgit jangan lup singgah. Sebab sedapppp. 

Bye korang. 

Monday, March 14, 2016

Cucuk-cucuk TBS Sg Buloh

Assalamualaikum

Berjaya mengupdate blog lagi. Hehehehe. Padahal ni cerita minggu lepas baru nak update. Biarlah. Nak jugak cerita dengan korang. 


Nak share dengan korang tempat makan cucuk-cucuk yang best. 

Cik suka gila makan cucuk-cucuk macam yong taufu. Tapi yong tau fu cam mahal lepas tu terhad nak amik. 

Yang cik pergi kat TBS Sg Buloh ni secucuk rm1 je. Amik la pape pun. Sebab ada setengah tempat dia ikut jenis  harga lain. Tapi yang ni seringgit oiii. Seringgittt. Dia bukak setiap hari petang dalam kol 5 sampai malam. Malam tak pasti sampai kol berapa. 

Lori depa kat parking depan Bank Islam. Jadi kalau takde duit boleh pi cucuk duit dulu lepas tu makan cucuk-cucuk. Hahahah

Kalau makan ni mesti kuah kena sedap. Nasib baik kuah dia cukup pedas manis tu. Memang feel je makan. Kalau nak makan kat situ, depa ada sedia bangki. Kalau nak meja bawak bungkus balik je. Senang kan?

Jadi kalau korang tetiba mengidam, sila pergi menambahkan rezeki abang tu. Insya Allah dapat pahala. Hehehe

Sunday, March 13, 2016

Ketam Lembut YB Ipoh

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Rezeki balik ipoh. Hehehehe. Suami teringin nak try Burger Ketam Lembut. Sebab dok tengok kat fb nampak cam menarik je kan. Jadi mana boleh lepaskan peluang. 

Kitorang siap buat list kat mana kena cuba makan. Hehehe. Kalau orang tengok mau la berjela list kitorang. Tapi semua kat area ipoh. Padahal KL lagi melambak. 

Pilih ipoh sebab boleh bawak mak abah jenjalan sekali. Kalau kat kajang pon boleh aja. Hahahaha
Ni menu yang disediakan. Kalau ikut dia stall burger dekat kedai makan. Jadi menu istimewa mesti la ketam lembut. Tapi sayang hari cik datang tak ada pulak goreng2. Baru ingat nak makan nasi goreng ketam lembut. 
Tadaaaaaa. Ketam saiz L. Sebab cik tak pernah tengok ketam lembut rupa macam mana. Jadi saiz L dia pun kira kecik la. 
Cik dan suami yang beria amik gambar. Jadi mari mulakan review. Hahahaha

1. Rasa
- rasa tepung celup dia just nice. Tak masin, tak terlalu berempah jadi tak terlebih dari rasa ketam. 
- ketam pulak walau pun tak besar tapi tetap rasa isi ketam tu tetap ada. Kulit dia lembut tapi rangup sebab tepung tu goreng sampai rangup. 

2. Rupa
- rupa boleh la. Takde la buruk mana. Cuma sayur dia cam letak seketul kat situ. Memandangkan cik kureng sket kobis, jadi memang senang je la buang. Hahahaha
- untuk burger depa guna saiz L. Kalau nasi gireng ada saiz XL. 

3. Diorang ada jual ketam mentah jugak
- saiz M / 6 ekor / RM35.00
- saiz XL / 4 ekor / RM35.00

Cik cam rasa tak puas makan ketam tu. Sebab kecik nawww. Padahal cik aim nak makan nasi goreng. Frust terus cik. Nasib tak nangis. Hahahah

Jadi cik bagi 3.5/5 bintang. Hahahaa. Kurang markah sebab cik rasa tak puas sebab tak ada nasi goreng

Jadi kalau siapa teringin nak makan, depa bukak
Selasa - Sabtu / 8.30 - 11 malam
Area Chepor 
Nak cari kedai dia cam kena perhati sikit. Tapi kat waze ada. Kalau pergi fb Ketam Lembut YB Ipoh pon ada direction. 

Selamat makan korang!!

Monday, February 22, 2016

Sukee Sukii : Steamboat dan Grill

Assalamualaikum

Dok belek fon baru perasan lupa cerita pasal Restoran Sukee Sukii : Steamboat & Barbeku. 

Restoran ni terletak di Pusat Komersial TBS Sungai Buloh, U20. Tak faham kenapa dia U20 tapi kat Sg buloh. Hahaha

Abaikan....

Restoran ni buka seawal jam 5.00 petang tak silap cik. Sebab kitorang datang pun dalam kol 6 camtu. Dah ada pelanggan tapi tak ramai. 

Selalunya malam la ramaikan. Harga. Mahal sudah. Kalau sebelum ni dalam rm23 untuk dewasa. Tapi sekarang dah rm37 macam tu kot untuk dewasa. 

Masa dia cakap tu macam telan air liur gak la. Cik bukan jenis perut besar nak makan buffet. Jadi nak bayar rm37 untuk steamboat, memang pejam mata je la. Sebab dah sampai dan teringin. 
Setiap meja ada pemanas sup dan barbeku. Heheheh. Korang boleh pilih nak sup ayam atau tomyam. Boleh pilih salah satu je. 

Bahan mentah yang lain semua buffet. Tempat ni kemas bagi cik. Makanan yang dia tawarkan pun kemain banyak jugak. Cuma larat makan atau tak je la. 

Untuk dessert dia lebih kepada buat ABC dengan chocolate dip. Huhu. Cik dengan suami memang makan apa saja la kan. Pulak tu ada kambing, memang banyak amik kambing je la. 
Makanan kami. Nampak sikit. Tapi banyak gila sampai nak meletup perut. 
Gril dan grill dan grill. Sedap betul. 

Tak banyak pulak cik ambil gambar. Sebab aisyaa pon macam merengek kena duduk dalam baby chair. Jadi macam pasrah je la. Hahaha

Next time kalau cik pergi lagi cik ambil gambar banyak2. Cara nak pergi ke kedai ni boleh waze. Kalau tak jumpa boleh cari Pasaray Syed Sg Buloh. Kedai ni betul2 berdepan dengan pasaraya syed. 

Nak komen lebih2 pun takdela. Tapi tomyam dia pedas kot. Mungkin hari cik datang tu dia terlebih letak cili kot. 

Hahaha

Tak lawak pun. 

So kalau korang dah cuba, cer syer sikit apa yang korang suka dan tak suka 

Bye korang. 

Saturday, February 13, 2016

Ocean Houz Bangi

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Rezeki lagi Allah nak bagi. Kadang kita tak sedar, Allah sampaikan rezeki melalui banyak cara. 

Malam ni adik cik, Angah belanja makan kat Ocean Hauz. Lama dah cakap nak belanja. Tapi dok tunggu semua berkumpul. 

Kedai ni ada kat Bangi Avenue kot nama kawasan ni. Bukak malam je. Dan tak boleh booking. Tapi dia ada 2 tingkat. Jadi tak perlu risau. Servis pun pantas. Jadi turn over memang tinggi la.  

Ocean Hauz waktu siang
Ocean Hauz waktu malam. Hahaha. 

Bila sampai je korang boleh duduk. Tapi dalam beberapa orang boleh la gi pilih seafood. 
Sampai 3 orang pilih seafood. Pilihan tak banyak sangat. Jadi korang tak pening kepala. Heheheheheh. Kalau nak berkuah pun tak pening. Sebab ada 3 jenis je untuk masak. 

Tapi maaf, cik tak ingat pun nama kuah dia. sebab bukan cik yang pergi pilih bahan mentah. Hehehe. 
Diorang siap bagi kertas alas meja dengan apron plastik. Hahaha. Macam pemotong daging. 

This is the guys. 
The ladies. Hehehe. Si kecik pon masuk jugak. 
Masa sampai ingat kan diorang letak atas plastik. Rupanya lambak terus atas alas meja. Teringat kenangan kecik-kecik. Dulu kitorang selalu makan dalam talam. 

Skang nak makan dalam talam tak muat space. Bontot memasing dah lebar. Jadi makan lambak je atas meja. 
Tu diaaa. Makan kemain seyhhh. Nasib tak terbaring je angah. Hahaha. 
Mertua dan menantu. Udang besar sedapppo
Si kecik pon takmau tinggal. Tangan dia kemain lagi nak mencapai jugak. 
Alhamdulillah kenyang makan. Itupon ayah cik kata tak kenyang lagi. Hahahah

Pasrah la ayah. Makanan mahal tak boleh amik banyak. Maka tercatu la makanan ayah. Next time akak belanja pulak okehs??

Sunday, February 7, 2016

Balik Kampunggggggg : Kaw Kaw Burger

Assalamualaikum

Update lagi. Hehehe. 

Apsal tah. Trip balik ipoh kali ni asyik keluar gi jalan makan je. Hari sabtu makan maggi ketam. Ahad ni try kedai kawan cik pulak: Kaw Kaw Burger, Tambun, Ipoh. 

Kalau ikut Kaw Kaw Burger ni cawangan dari Ampang. Tapi cik tak pernah tahu pon wujudnya ampang tu. Hahaha. 


Konsep Kaw Kaw Burger ni ala ala hispter la. Apa hipster pon tak tau. Tapi memang santai jugak la. 
Laki bini kaki cuba makan. 

Interior yang moden jiwa muda mudi kononnya. 
Si kecik yang tidur lepas tu jaga. Hehehe. 

Pilihan menu tak berapa banyak. Jadi tak pening-pening. Bila tanya tuan kedai, semua tuan kedai cakap sedap. Tapi ada yang paling sedap. 
Memandangkan cik teringin makan pasta, maka cik cuba Aglio Olio. Sebab ni kira basic pasta. Kalau sedap pasta ni insya Allah yang lain sedap. Hahahaha. Sedap diorang buat pasta ni. Cuma tak al dente je. 

Harga: RM9.90
Encik somi dia teringin lamb chop. Ada 2 keping seyhhhh. Kuah melimpah. French fries sampai kemudian. Tapi sedap kentang dia. Cik non-stop makan kentang. Encik somi makan sampai puas kata dia. Berbaloi dengan harga. Sebab sedap. 

Harga: RM20.90
Layan makan sambil feeling hipster. Kahkahkah. 

Disebabkan rasa sedap dan kedai pun namanya kedai burger, cam tak sah pulak tak bawak balik burger. 
Maafkan gambar buruk sebab ni take away. Siap potong senang makan kongsi-kongsi

Ni Mr Mushroom. Ada 3 jenis mushroom. Patty burger boleh pilih nak daging / ayam / kambing. 

Harga : RM14.00

Mertua cik suka yang ni sebab dia suka mushroom. Cik tak minat sangat. Sebab tak suka after taste mushroom. Hahaha
Ni pulak Beaconizer. Ni tak boleh tukar. Sebab dia memang pakai daging, pehtu ada daging hiris nipis. Kentang tu la yang sedap sampai menjilat jari. Hehehe. 

Harga : RM14.00

Air cik amik ice lemon tea je. Jadi takde special sangat air cik. Next time datang cik nak try 4C Pasta dengan burger apa tah cam crunchy sket. Hahaha. 

Kalau korang nak buat birthday party ke apa2, diorang ada sediakan ruang kat sebelah atas kedai. Nak cari boleh guna waze 'Kaw Kaw Burger Tambun'. Dekat dengan tanah perkuburan cina. Hehehe

Cuba la korang. Tak menyesal. 

Saturday, February 6, 2016

Balik Kampunggggggg : Maggi Ketam Ipoh

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Ada rezeki nak balik kampung. Disebabkan cuti raya cina jadi 4 hari maka memang ramai lah plan nak balik kampung. 

Cik lagi lah nak balik ipoh. Lama kot tak balik ipoh. Konfiden je kan gerak awal pagi, sekali keluar je dari Tol Sg Buloh terus jem mak aiiii. Gerak pon slow je. 
Cik dengan pantas terus bukak waze lepas tu apps Plus Expressways nak temgok keadaan jalan. Last2 kitorang lalu jalan lama. 

Tapi kitorang ada silap masuk simpang, terus masuk jalan lama yang lalu Kuala Kubu Bharu semua. Rasa nak mereput dalam kereta. Gerak 7.30 pagi sampai 12.45 tengahari. Nasib Aisyaa tak meragam sangat. Kalau dak mau la kami tido tepi jalan ja. 

Hahaha. Ye sangat

Bila malam menjelma (drama sangat), encik somi ajak pi try Maggi Ketam. Kawan-kawan dia kata sedap. Pehtu tengok kat Oh! Media pon kata sedap. Kami pon cari la jalan. 
Maggi Ketam Ipoh kat Meru. Dekat dengan simpang Jelapang. Dia dalam kawasan rumah corner lot. 
Dalam waze pon ada je. Boleh cari. 
Tadaaaaa. Ni ketam sederhana. RM22.00. Dengar harga pengsan. Makan kena sampai habis. 
Maggi Udang RM8.00. 

Bagi cik la kan. Maggi dia hirupan pertama sedap. Bila dah lama-lama dia ada satu rasa manis kat lidah. MIL cik siap kata pening lepas makan. Hehehe.

Biasa la rating manis lain-lain orang kan. Jadi cik ada la rasa manis. Tapi takde la cam tak boleh nak makan. Mungkin cik tuang habis cili kicap nak bagi pedas. 
Depa bagi sekali yang pembuka ketam ni. Encik somi jela makan maggi ketam. Sebab cik malas nak bukak. Ketam dia biasa je. Takde la rasa manis macam ketam fresh. Mungkin sebab kitorang pun datang dah nak dekat jam 10 kot. 

See. Bersih encik somi makan ketam. Kalau dapat kat cik memang tidak la nak makan sebersih tu. Hahaha

Kalau sapa2 teringin nak cuba korang boleh Waze Maggi Ketam Ipoh. Tak rugi nak cuba. Hehehe

Sekian dari cik kedondong yang kaki mencari makan. Selamat datang ke Ipoh!!

*hari ni nak try ais kisar pulak kat AEON KLEBANG MALL*

Tuesday, June 2, 2015

Terjah : Milk Moustache Cafe

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Hahahaha. Seronok gila dah habis pantang. Boleh keluar jalan sana sini. Tapi takde la ligat mana kan. Makan minum still kena pantang sebab menyusukan anak.

Dah ada anak ni nak jalan saje2 mesti tak boleh. Asyik teringat anak kat rumah je. Buat masa bi tak boleh nak bawak lagi sebab carrier dia tak dapat lagi. Dok tunggu je la ofis bagi, tak bagi- bagi lagi. Hehehehe

Sebelum bersalin hari tu ada baca blog pasal cafe korea kat kajang. Memang teruja habis la kan nak gi. Suami suruh tunggu habis pantang dulu. Ni dah habis pantang, terus ajak suami gi makan kat Milk Moustache Cafe di Taman Putra Kajang. Sebaris je dengan Laman Grill dan Modest Culture milik prof Muhaya.

Cafe dia terletak di tingkat 1. Tingkat bawah dia untuk kitchen. Jadi sila terus naik atas, kang korang masuk dapur orang lak.
Cafe dia ringkas je pehtu comel je. Menu pon comel.

Menu tak banyak tapi still pening kepala nak makan apa. Hahahah. Sebab macam semua nak try. Harga bagi cik berbaloi la. Portion pon boleh tahan. Nak murah macam mi kari tak dapat la. Bahan dia ada yang beli dari korea.

Panorama view dalam MM Cafe. Comel je siap ada kartun2. Pehtu ada gamba owner melancong kat korea kot. Tak tau la melancong ke diorang tinggal ke apa kan.
Siap ada guide macam mana nak makan bibimbap.
Memandangkan cik pantang ais 100 hari, jadi cik minum Honey Citrus Tea. Encik Somi amik air apa tah dalam korea. Tapi soda float la. Tapi somi kata lain sikit rasa soda dia.
Cik order Akdong Fried Rice. Konon nak makan Jjangmyeon, sekali mengenangkan bakal kelaparan dengan pantas, cik makan la nasi.
Encik somi lak makan Jjampong. Hehehe. Lepas tu kitorang macam dok teringin nak makan deobokki, sekali sampai besar kauuu mangkuk. Untuk kitorang la. Nasib tak order, kalau dak tak habis.

Servis dia ok, tapi makanan tu lama jugak la nak sampai. Tengok meja sebelah siap dah habis air diorang baru makanan sampai. Cik punya air ade la separuh dah kena minum, tapi sebab dok ralit nengok Running Man, jadi tak sempat la air tu nak habis.

Untuk akdong fried rice dia cukup rasa, tapi macam ada rasa umami. Rasa aji je. Jjampong somi pon sedap. Tapi bak kata somi memang makanan korea la. Sebab pedas dia tak sampai. Hahahaha

Kick dia tu macam secoet je kat lidah. Jadi kalau orang cerewet sila jangan amik jjampong ke apa, kang korang frust lak. Sebab kuah dia memang takat sup rebus lepas tu letak serbuk cili je. Sebab kalau tengok korean nyer food memang macam ada satu rasa tak sampai. Hahahah. Tapi makanan dia memang rasa segar, tak berat dan sihat je rasaa.

Hari ni cik nak gi lagi belanja adik bongsu sebelum dia masuk belajar esok. Lupa ada orang Korea (adik cik lettewww) kat rumah. Hahaha. Die hard fans hallyu sangat tuh. Jadi bagi lah dia rasa. Kot2 pudar hati dengan Korea. Sebab dia tak adventurous sikit bab2 makanan, tak macam family cik yang lain. Jadi kalau tak habis cik pksa jugak dia makan sampai habis.

Nanti cik share lagi apa cik makan hari ni.  Kawan cik siap kirim Banana Uyu 2-3 kotak. Jadi kena rasa jugak la kan. Kang meleleh air liur kawan cik lama nawwww mengidam banana uyu.