Showing posts with label wedding. Show all posts
Showing posts with label wedding. Show all posts

Thursday, January 8, 2015

Mengidam nasi kenduri

Alhamdulillah.

Sejak mengandung tak pernah la mengidam nak makan benda bukan-bukan. Mungkin ikut orang jugak kot. Selalunya ikut doktor, mengidam ni disebabkan kekurangan sesuatu nutrien dalam badan. lagi-lagi ibu mengandung yang kerap muntah. Jadi lah dia mengidam macam-macam <---- doktor="" kata.="" la="" p="">
Sepanjang mengandung, rasanya mengidam cik paling dasyat skali teringin nak makan Mi Kolok Sarawak. Mengidam cik lebih kepada makanan negeri. nasib lah makcik cik orang Sarawak, jadi dia masakkan la masa cik datang rumah dia. Kenyang habis lah kan. Puas hati sampai dua kali tambah. Terus terbaring nak tertidur kat rumah dia. hahaha.

Bila dah masuk 5 bulan cik dah mula mengidam makan Nasi Kenduri. Nasib lah dah masuk musim cuti sekolah. Banyak la kenduri kendara,  Banyak jugaklah jemputan kahwin, memang tak lepas peluang dah kan. Lagi-lagi kenduri kawan sekolah, memang pergi la. Time tu la nak bergosip lah, nak bercerita apa lah kan.



Masa ni kenduri Moon kat Puchong je. Ramai gak datang kan, makanan pun banyak. Makan sampai kenyang kembung perut kauu. Sampai susah nak jalan dah masa tu rasa. Rasa nak balik terbaring kat rumah je. Amik gambar pun muka dah start tembam gila.





Yang ni pulak kenduri Enie tapi sebelah lelaki. Dah la buat malam. Meriah betul rasa. Siap ada bunga api masa acara potong kek. Pastu ramai pulak retis datang. Family Mertua enie memang jenis orang seni, ataupun buat event yang berkaitan seni jugak.

Pelamin tu family dia buat jugak. Best la kenduri malam, sejuk je. Tapi tempat duduk kena banyak la. Sebab orang akan datang ramai serentak. Maklumlah, masa terhad kan. So mungkin orang dah start datang dari awal kenduri pukul 8 tu. Jadi kitorang nak melepak masa tu tak dapat sangat la kan. Dah makan, lepastu cari pengantin nak bergambar,pastu balik. Nasib la ada kawan tu memang selalu datang jadi dah kenal keluarga mertua Enie, takdalah segan sangat kan.

Habis dah musim kenduri kahwin. Lepas ni kena tunggu bulan dua pulak baru ada kenduri lagi. Tapi kalau sesapa nak khidmat untuk Makeup ada promosi berbaloi2. Tarikh akhir booking sampai Februari, tapi boleh pakai bila2 sepanjang tahun 2015.

Bestkan? hehehe

Farida Tarmize
Shaklee Independent Distributor ID : 1081732
Freelance Makeup Artist

Friday, December 27, 2013

Wedding Allergies

Wedding Allaergies

Kejadian yang selalu berlaku dan sering dialami oleh wanita yang semakin meningkat umurnya dan belum bertemu jodoh.

Punca-punca:

Mendapat undangan perkahwinan samada melalui email, FB, atau kad yang di hantar melalui pos.

Tanda-tanda:

1. Menggigil-gigil bila tengok dalam peti surat ada sampul cantik corak2.
2. Mata merah kadang2 terdapat takungan air didalam mata bila tengok nama dalam kad.
3. Mudah marah bila orang tanya bila nak kahwin.

Kesan-kesan:

1. Menyebabkan kemurungan.
2. Mood swing yang melampau lebih2 lagi di hari kejadian.
3. Ramai cedera parah selepas bertanya bila nak kahwin.
4. Menyampah dengan pengantin.

Cara mengubati:

1. Banyakkan berdoa dan mengingat Allah. Sesungguhnya jodoh dan pertemuan telah ditetapkan.
2. Diperkenalkan dengan lelaki yang sesuai.
3. Pergi wedding dengan kawan2 bujang.
4. Buat tak tahu dengan apa yang berlaki.
5. Belajar doakan kebahagiaan orang, moga Allah akan doakan kebahagiaan kita.

Musim kahwin nak penghujung dah oiii. Banyak jemputan tak tertunai gara2 jarak. Maka kirim duit jelah buat permudahkan majlis.

Sunday, February 24, 2013

#wedding : Selamat Pengantin Baru Husna & Ashraf

Salam semua..
Huhu..lama tak update blog kan. Mana tak nya. Penat kot. Ada latihan menari lah, dengan kerja dah start bertambah, tak menyempat nak update. Tapi alasan paling valid ialah, cik tak berapa nak rajin sangat. Hahhaha.
Ok, minggu ni je kerja nya makan sahaja. Hari sabtu ada kenduri kahwin kawan cik, tapi cik datang masa nikah dia la. Sebenarnya segan je cik nak gi rumah dia, sebab dia kawan masa cik tingkatan 6. Walaupun sekejap, tapi kira cik kamcing gak la ngan dia. Lagipun dia la antara yang tak pernah jemu bagi cik semangat.
Mari layan gambar, cam biasa, gambar haruslah tunggang tebalik sebab update pakai fon. hehe..
Cik sebenarnya tak pernah tengok orang nikah. Maksud cik, tak pernah sampai cik tumpu perhatian bagai. Tapi semalam, ok, cik ngaku cik menangis masa lepas akad nikah. Berkongsi kegembiraan kawan cik. Dengan sekali lafaz, husna sah jadi isteri ashraf. Dinikahkan oleh ayah husna. Yang paking cik sedih sangat masa kawan cik salam mak ayah dia. Serious sangat sedih sampai cik pura-pura gi makan nak tutup kesedihan. Hehhee.
Lepas tu cik baru tahu khutbah nikah tu panjang. Weyh.. panas kot masa tu. Tapi kawan cik nyer khemah pelamin bagai ala-ala garden wedding. Cantik gitewwww.. berbalik pada menunggu, khutbah nikah tu cik tak berapa dengar sangat, sebab tok kadi tu cakap perlahan gila. Tapi dapat la tangkap sikit2. Dari berdiri sampai duduk. Tak tahan cik. Tambah lagi cik sakit telinga. Lagi la mak aihhh..berdenyut je kepala. Hahhaa.
Tapi sayang, cik tak sempat nak ambil gambar dengan kawan cik, sebab berkejar nak balik. Tapi masa cik nak balik tu feeling2 tak nak nangis, sekali kau, ada pulak kawan cik ucap sesuatu, terus berjurai air mata ku ini tak dapat tahan. Malu weyh nangis depan orang. Hahhaha. Balik pun air mata tahan jugaklah. Hanya Allah je tahu apa cik rasa masa tu. Huhu.
Selamat Pengantin Baru Husna dan Ashraf. Moga kekal dunia akhirat hingga ke syurga.

#wedding : Abang Ad & Kak Intan

Salam u olls.
Lambat betul nak update. Pada hal draft dah siap. Maaf lah ye, minggu ni dok sibuk prektis berjoget untuk CEO datang melawat. Comel gitew cik menari-nari. Hahahja. Perahsantan sungguh.
Tapi tak ada nak cerita apa sangat pun. Cuma kenduri abang saudara yang hari tu buat kat ipoh, yang ni buat kat putrajaya pulak. Syok woooo.. kalau buat malam mesti layan je ni. Sebab buat kat Taman Botani, putrajaya. Lepas tu tepi tasik pulak. Mana taknye, feeling pantai gitewww..cik pun makan banyak jadinya. Cuma panas sikit la.
Papehal pun, layan je lah gambar. Senang. Tapi sikit je pun, lepas tu terabur pulak.
P/s: telinga sakit lagi. Macam kena jumpa pakar je.

Sunday, February 3, 2013

Wedding: Abang Ad dan Kak Intan

Salam Ahad semua..
Hari ni penat betul cik. Attend wedding sepupu. Kami kategori menghantar la. Sebab sepupu lelaki kan. Kebetulan cik pun balik kampung Perak, jadi dapatlah join. Sebab sepupu cik kahwin dengan orang Perak.
Ni pun cik menaip dalam kereta, dalam perjalanan balik KL. Penat weyhh.. rasa nak pengsan. Walaupun bukan cik yang nak kahwin.hahaha. jadi kalau korang tengok gambar berkumpul kat bawah tu, paham-pahamlah cik hapdet pakai semakfon. Sebelum cerita jadi basi, baik cik update.
Cik sekeluarga tak sempat nak pegi nikah diorang, jadi kami berkumpul dekat rumah homestay diorang kat area Ipoh jugak. Best jugak homestay tu. Tapi dia bagitau suruh keluar last minit. Bengang jugak la kami. Jadi kami cepat2 siap2 kan pengantin lelaki ni sambil kemas rumah, bahagi hantaran apa yang patut (sempat lagi). Lepas tu terus bergerak ke rumah pengantin perempuan.
Flow agak smooth la. Dikala tak tahan panas rembang, masuk2 ambil gamba kejap, pengantin makan beradab, kami makan biadap.. tambah nasi dua kali (ehemmm.. itu cik la tu..ahhaha). Lepas tu mula lah acara bebes. Ambil gambar, muka tak malu gi makan udang cacak pengantin (ehemmm.. cik lagi nampaknya), pastu ambil gambar pengantin makan kek.
Sebelum balik, kena ambil gambar lagi dengan sepupu pompuan.. lama weyh tak amik gamba ngan dia. Dia dah kurus gitewww..cik je tembam lagi. Kene kontrol makan lagi kot. Pakai pulak jubah nampak macam orang mengandung dah. Huhuh.. biar lah. Hahahaha.. tapi sayang seribu kali sayang, tak dapat makan kek pengantin. Baru nak dapat berkat. Hahaha..
Lepas nih sebelah lelaki kat putrajaya oulak 24hb. Kena pergilah nampaknya. Bagi memeriahkan suasana. Hehehe.
Ok lah. Cik nak tidur. Jauh lagi nak sampai rumah nih. Malam ni minum Herbalife lagi la nampaknya. Nasib esok cuti. Esok gi Shah Alam. Wait for me dear friends.

Friday, January 4, 2013

Wedding at Sekinchan

Salam semua..
Sekarang ni cik banyak update blog pakai tepon..tu pasal kalau korsng tengok gambar-gambarnya duduk bawah aje..hehehe..
Dah tak berapa rajin cik nak on pc segala bagai. Lagipun gambar banyak dalam fon, jadi lagi senang la. Unless la cik memang terlebih rajin nak update ikut pc.
Berjela kau pembuka bicara. Padahal nak cerita cik pergi wedding kawan dekat Sekinchan 29hb dec hari tuh. Konvoi dengan ex ofismet kat shah alam. Kalau dengan diorang ni memang janji pelsu banyak. Tak sampai-sampai pun lagi. Janji nya pukul 11, pukul 12.30 baru nak bergerak. Sampai dalam pukul 2 lebih jugaklah.
Tapi kitorang datang pun orang dah ramai balik. Jadi tibai makan puas2 sebab lapar punya pasal, lepas tu posing kat atas pelamin. Kawan cik yang perempuan Ayu ni kenal sebab geng2 br1m. Pastu suami dia lak syamin polis bantuan kat ofis. So kenal la dua2 pengantin ni. Cuma ayu dah keje dengan imegresen. Mak ayu buat tumpi sedap woooooo.. dah tak merasa pasnih.
Lepas dah puas berposing kitorang pon balik. Tu pun sempat menyinggah Cendol Borhan. Memang tak beragak la budak-budak ni makan. Penat seyh..makan kenduri pun tak habis lagi. Gemuk cik macam nih..huhuh..
Dah puas makan, baru lah masing-masing berpecah pulang ke rumah. Ada yang gi karoke lah apa lah. Sebab malam tu ada pulak makan steamboat, tapi cik tak ikut sebab lambat sangat baliknya pun..ayah cik dah memanggil-manggil waktu tuh.
Habis dah ceritanya..sabor je lah banyak nak update. Esok lah kot. Sebab application blogger ni tak ada schedule pulak. Tak best.