Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Sunday, May 15, 2016

KFT : Kentucky Fried Tauhu

Tudiaaaaa

Dah ada anak baru nak belajar makan tauhu. Macam ni la jadinya. Hahaha. Nak bagi anak makan makanan sihat kenalah maknya makan dulu. 

Alhamdulillah Aisyaa jenis makan tak berkira. Apa orang sua dia makan. Broccoli je dia tak suka sangat. Sebab ibu dia pon x minat broccoli. Hahahaa. 

Setiap hari ahad, kalau ada kat rumah, cik wajib gi pasar pagi ahad dekat Paya Jaras. Kebetulan pulak ada satu gerai tu dia jual tauhu fresh. Cantik je. Tetiba terliur. Teringin nak makan tauhu celup tepung. Terus beli sepiring RM5 ada 10 biji. 

Balik rumah terus la buat aktiviti. Sebab nak bagi Aisyaa makan jugak, jadi cik potong la memanjang. Senang dia pegang. 

Ni style cik buat. Ibu-ibu yang lain boleh cuba jugak. Kot la kan. Budak suka tengok benda garing ni. 

Tauhu Lembut - potong ikut saiz anda suka. Kalau nak buat finger food, boleh potong macam jejari kenyang. 
Tepung KFC - (tepung gandum, serbuk black pepper, tepung beras, garam/gula kalau nak letak)
Telur

Buat nya mudah. Kalau anak dah besar boleh ajak dia tolong sekali. Celupkan tauhu dengan tepung. Kemudian telur. Lepas tu celup lagi dengan tepung. Boleh goreng. 

Kalau nak simpan, susun dalam loyang dan bekukan. Bila dah beku baru masuk daam bekas dan simpan dalam freezer. Bila nak masak boleh keluarkan. 

Mudahkan?

Friday, May 13, 2016

Bread Butter Pudding Nyum Nyum

Assalamualaikum 

Ada rezeki nak berkongsi dengan kawan2 ofis. Hehehe. Sebenarnya roti kat ofis ada sebuku yang dah nak dekat tempoh akhir. Apa lagi, akak ofis AJK makanan terus bagi cik suruh buat puding roti. 

Cik apa lagi. Zaman dah canggih. Google je la. Blog Kak Azie lagi naik. Dah 3 hari berturut resepi ikut blog Kak Azie. Hehehehe. Nasib menjadi. Resepi pun mudah je. Tapi cik mesti la modify cara-cara untuk senang sendiri. Hehehe. 

Cik masak puding roti jam 4.30 pagi kot. Bersemangat masak. Nasib sempat. Kalau nak tengok cara-cara Kak Azie buat boleh pegi blog dia aziejaya.blogspot.my. 

Resepi memang dari Kak Azie. Cara je berbeza. 

Puding Roti Bakar
6 keping roti - potong empat

2 cawan susu segar
1/2 cawan gula kastor
2-3 biji telur - cik guna gred B
Esen vanilla
Secubit garam
Serbuk kayu manis - optional

Cara-cara
1. Panaskan oven dengan suhu 180C.Sapukan loyang dengan marjerin atau mentega. Susun roti ikut suka anda.
2. Masukkan semua bahan selain roti ke dalam blender atau korang boleh guna mangkuk untuk satukan semua bahan.
3. Semua bahan dituang ke dalam loyang yang telah disusun roti. Biar rendam dalam 5 -10 minit ikut suka korang.
4. Bakar puding roti selama 45 minit - 1 jam atau sehingga kekuningan.
5. Cik buat tambahan dengan menyapu mentega cair ke atas puding roti yang baru keluar dari oven. untuk bagi rasa masin-masin sedikit.
6. Sejukkan puding roti dan siap untuk dimakan.

Tips Roti:
1. Boleh blend sekali roti supaya roti jadi halus.
2. Boleh juga panaskan susu dan rendam roti sebelum masukkan bahan lain (boleh rujuk blog Kak Azie).
3. Boleh juga sapu mentega keatas roti. Bakar sekejap sebelum disusun dalam loyang dan dimasukkan bahan yang diblend.

Cik ada buat sos vanila jugak untuk makan dengan puding ni. Ni resepi yang cik gunakan.

1 cawan susu segar
1/2 cawan gula kastor
2 sudu besar tepung kastard (kalau tak ada boleh guna 1 sudu besar tepung jagung + 1 sudu besar tepung ubi)
1 biji telur
Esen vanilla

Campurkan semua bahan. Pastikan di kacau selalu untuk elakkan tepung berketul.Panaskan atas api hingga nampak berbuih kecil di tepi (simmer). Perlahankan atau tutup api dan kacau sahaja sehingga kastard sos menjadi pekat.

Untuk elakkan sos menjadi hangus, terus alihkan ke dalam bekas lain. Jika dah hangus sedikit, tapiskan sos supaya lebih halus dan tiada bendasing.

Alhamdulillah, kawan ofis semua kata sedap macam kat hotel. hehehe. Moga-moga mudahlah resepi ni untuk sesiapa yang teringin.

Jadi Selamat Mencuba!!!


Wednesday, May 11, 2016

Pulut Mangga (Mango with Sticky Rice)

Alhamdulillah.

Merasa cik makan Harum Manis tahun ni. Dia punya teringin tu nak masuk setahun. Beli 2 biji je dengan amni. Sebab nak buat pulut mangga punya pasal. Amboiii. 


Tadaaaaa

Cik siap telefon mertua, telefon ibu, google pulak macam mana nak masak pulut. Kihkihkih. Gigih tak orang teringin ni? Nasib baik cik nampak blog Kak Azie dia ajar kukus pulut. Allahu mudah je rupanya. Selalunya cik tanak pulut, mesti ada kerak je. Tak cantik. Membazir pon ada. 

Jadi cik nak kongsikan jugak resepi yang cik dapat dari blog kak Azie (maaf  cik guna handphone. Nanti cik update link di PC)

Pulut Kukus Cantik Kak Azie
Beras Pulut
Sesudu minyak masak
Garam 

1. Rendam pulut. Saya rendam semalaman terus. Hehehe. Kalau nak buat pulut kuning, masukkan serbuk kunyit gaulkan dan rendam bersama. 
2. Masukkan garam untuk perasa. 
3. Panaskan periuk kukus hingga mendidih. 
4. Letakkan pulut yang telah di tapis ke dalam periuk kukus. Nak wangi boleh masukkan daun pandan. 
5. Kukus 15-20 minit. Keluarkan dan gaulkan dengan sedikit minyak. Renjiskan dengan air jika pulut masih mentah. 
6. Kukuskan lagi 15-20 minit atau mengikut kesukaan kekenyalan korang suka. 

Bila dah siap boleh la makan dengan mangga. Dengan durian. Sambal bilis pun sedap sampai kecur air liur suami. Paling dasat kalau makan dengan ikan kedera masin. Amboiiii. Boleh bertambah jadinya. 

Selamat mencuba!


Monday, May 9, 2016

Mi Kicap : mengidam punya pasal

Assalmualaikum

Alhamdulillah. Selamat sampai dari Langkawi. Sampai hari sabtu, ahad baru balik Sri Damansara. Boleh pulak on the way balik tu nampak papan iklan Old Town White House. Memandangkan duit banyak dah habis kat Langkawi maka terus je google cari resepi. 

Nasib baik lah resepi senang. Lepas tu ada beli pulak Vit's Dry Mee. Maka memang konon feeling je la kan. Resepi pon cik google je dari blog Cik Fiza (maaf cik update guna fon, jadi tak dapat nak sertakan link). Kalau korang google 'Mi Kicap', blog dia yang atas sekali. 

Resepi yang mudah dan cepat sangat. 

Ni cik bagi resepi yang cik guna. 

Mi Kicap
Vit's Dry mee - celur dan toskan

Bawang putih - potong dadu
Minyak masak
1 cm halia - tumbuk halus
3 sudu kicap cair
3 audu sos tiram
1 sudu kicap pekat
Serbuk pati ayam - resepi asal guna ikan bilis
Air secawan
Gula dan Garam

1. Goreng bawang putih hingga garing dan naik bau. Angkat dan toskan. 
2. Guna minyak yang sama, tumis halia hingga naik bau. 
3. Masukkan kicap cair, pekat dan sos tiram. 
4. Masukkan air dan serbuk pati ayam. Didihkan
5. Perasakan dengan garam dan gula. 
6. Nak masukkan mi untuk toskan sekali pon boleh. Nak asing pon boleh. 

Sup
1 biji bawang merang - mayang halus
1 biji bawang putih - mayang halus
Minyak
pati ayam - resepi asal guna pati bilis
Air
Fishball dan fish cake
Daun bawang 
Daun sup

1. Tumiskan bawang merah dan putih dengan minyak 
2. Masukkan air ikut suka hati. 
3. Masukkan pati ayam untuk perasa
4.  Masukkan fishball dan biar mendidih
5.  Perasakan dengan garam dan gula
6. Dah mendidih tutup api. Masukkan daun bawang dan daun sup. 

Siap sudah. Sekejap je kan? Rajin dengan tak je. Hahahah. Kalau teringin sangat boleh la buat. Kalau ada wantan korang boleh goreng jugak. Ada roasted chicken ke. Hehehe. 

Friday, March 25, 2016

Carbonara Pasta & Chicken Chop

Assalamualaikum

Masa untuk sharing lagi. Padahal resepi instant. Hahahaha. Tak kira nak post jugak. Nanti boleh rujuk balik kalau teringin. 
ini dinner kami

Kitorang kalau malam memang jenis tak makan nasi. Sebab sarapan dengan makan tengahari dah nasi yang cukup berat. Jadi malam selalunya ringan sikit la. Yang penting ada protein bagi kenyang. Kalau nak diikutkan bukan berkhasiat sangat pun dinner kami ni. Hahaha. 

Somi tringin pasta. Isteri teringin chicken chop. Buat je la. Asal puas hati. Nak makan chicken chop kat luar memang tak la. Standard harga RM10 dan ke atas. Cik beli ayam bahagian peha. Lepas tu buang tulang, tinggalkan lutut dia (part tu yang sedap tu). Kalau kat kedai dua orang makan dah RM20. Dengan amaun tu cik dapat sediakan 6 ketul chicken chop. 

Tapi sekali sekala nak makan kat kedai apa salahnya. Bagi rezeki kat orang. Okehsss. Panjang dah bebel. 

Pasta Carbonara
Linguine pasta
Carbonara dalam botol atau tin( hehehehe)
Bawang putih - cincang kasar
Sedikit minyak
Air 
Garam

1. Rebus air tambahkan garam sesudu. 
2. Dah mendidih masukkan pasta ikut kuantiti korang nak.
3. Rebus sampai lembut boleh gigit tapi bukan lembik. 
4. Jangan buang air rebusan pasta. Tinggalkan secawan. 
5. Tapis kan pasta. 
6. Panas kan kuali/ periuk. Masukkan minyak. Cik guna EVOO
7. Minyak dah panas, masukkan bawang putih. Goreng naik bau. Jangan biar hangit. Masukkan sos carbonara ikut keperluan. Kalau suka sos banyak boleh letak banyak. Kalau suka cukup2 je pon boleh. 
8. Masukkan air rebusan pasta. 
9. Air rebusan selalunya dah ada garam. Jadi rasa dulu sebelum letak garam lagi. 
Tambahan:
10. Disebabkan masa celup ayam ada lebih telur. Jadi cik tambah dalam sos dan masukkan terus pasta. Kacau hingga nampak pekat. 

SIAP!!!

Chicken Chop
Ayam bahagian peha. Buang tulang
Tepung gandum - cik guna tepung kfc. Hihihi
Telur - sebiji
Serbuk roti - kalau tak de. Beli roti (tak kisah putih atau wholegrain). Bakar sampai nampak kekuningan. Blend. Simpan dalam bekas kedap udara. 

Breading procedure:
Sediakan 3 bekas. 
Tepung ( kalau pakai tepung gandum, tambahkan garam dan lada sulah. 
Telur
Serbuk roti

Celup tepung - telur - serbuk roti. 
Kalau nak garing tepung - telur - tepung - telur - serbuk roti

Goreng dengan minyak panas / api perlahan / hingga keemasan. 

SIAPPP!!

Sebabkan carbonara dah berkuah, maka cik tak buat la kuah untuk ayam. Next time ok? Sebab ada lagi 2 ketul tak masak lagi. 

Wednesday, March 9, 2016

Sarapan Apa? : Lempeng dan Sambal Bilis

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Dikurniakan lagi satu hari untuk bernafas di bumi Allah. Moga kita sentiasa bersyukur atas kurniaan dan rahmatnya. 

Hari ni bangun je pagi terus teringin breakfast ala-ala kampung. Lempeng dengan sambal bilis. Kalau kat kampung memang laku habis la. 
Pulak tu makan pulak sambil dengar bunyi cengkerik dengan kokokan ayam. Memang feeling habis la kan. 

Lama tak masak lempeng. Kalau dapat lempeng pisang atau lempeng kelapa pun sedap jugak. Jadi kalau ada sesiapa tetiba feeling nak makan lempeng boleh la cuba. Ni cik ajar yang biasa je. 
Resepi Lempeng & Sambal Bilis Cik Kedondong

Lempeng:
Tepung gandum - ikut suka kuantiti. Cik buat 250gm tadi
Telur 1 biji
Garam & Gula
2 sudu besar Quacker Oat Instant
1 sudu besar ESP Shaklee
Air - mengikut keperluan

Campurkan semua bahan dalam blender.  Masukkan air secawan dan blend. Masukkan lagi air hingga dapat konsistensi separa cair pekat. Hahhah

Maksudnya takde la cair sangat, tak de la pekat sangat. 

Panaskan kuali atau non-stick pan. Sapu minyak sedikit jika diperlukan. Senduk atau tuang ke dalam kuali. 

Bila keliling macam terangkat maksudnya dah masak. Balikkan dan masak lagi. 

Optional : boleh jugak tambah kelapa atau pisang. 

Sambal Bilis:
Blend A
Bawang merah
Bawah putih
Halia
Cili merah
Belacan
Ikan bilis
- blend dengan air hingga halus

Blend B 
Cili kering rebus dan blend

Bawang besar Holland - potong bulat2
Ikan bilis - goreng 
Asam keping
Garam gula

1. Panaskan kuali dengan minyak setengah cawan
2. Masukkan bahan Blend A dan goreng sampai naik bau
3. Masukkan bahan Blend B dan tumis sampai pecah minyak. 
Lebih kurang macam ni. Sebab nanti warna tumisan ni akan berubah jadi gelap, air pun dah berkurang.
4. Masukkan air lebih kurang 1 cawan. Kena agak2. Jangan banyak sangat nanti berkuah pulak. 
5. Masukkan ikan bilis, bawang holland. Masak hingga bawang lembut. 
6. Perasakan dengan garam & gula then masukkan asam keping. 
7.  Rasa lagi mengikut citarasa anda

Dah sedia untuk dimakan. Kot la ada yang nak buat menjual atau bawak bekalsenang  je resepi ni. 

Jadi selamat mencuba. Nanti bagitau sedap ke tidak. Hehehe

Sunday, January 31, 2016

Sayur Bayam Tumis Air

Assalamualaikum

Kembali lagi bekal dan cara masak untuk orang tak pandai masak. Cik tak masak kalau ada jamuan atau hari jumaat. 

Memandangkan cik dan suami satu department jadi takde hal lah. 
Mesti korang tengok cam sedih je bekal kami. Orang lain kemain warna warninnhahaha. Takpelah. Janji lengkap  piramid makanan ok dah. Cuma buah je tak masukkan. 

Pehtu ni pinggan cik. Dia memang rupa macam ni. Tak seimbang. Hahaha

Hari ni masak sayur simple je. Sayur bayam tumis air. ada yang panggil sayur air bayam. Hahaha. Pelik. Yang penting rupa cenggituh. Resepi untuk yang tak pandai sangat:

Seikat bayam biasa atau bayam merah - bersihkan sampainhilang pasir
Sebiji bawang merah - hiris
Seulas bawang putih besar - hiris
Ikan bilis segenggam - tumbuk kasar
Cili merah - hiris
Air
Garam gula

Cara pon senang sajorghhh:
1. Masukkan bawang merah, bawang putih, cili merah, ikan bilis tumbuk, dan air
2. Simmer sebentar. Hmmm. Simmer ni cam panaskan hingga mendidih buih 2 kecil. 
3. Masukkan bayam yang dah dipetik atau dipotong. Takmau rebus lama2 nanti hilang vitamin. 
4. Masukkan garam gula kalau tak cukup rasa. 

Selalunya kalau masuk ikan bilis tumbuk, rasa dia dah cukup kick dah. Yang penting ada rasa ikan bilis. 

Hahaha. Senang kan? Takde alasan dah tak sempat nak masak bekal. 

Monday, January 11, 2016

Kari Mamak Ikan Merah

Alhamdulillah

Diberi peluang untuk bernafas sehari lagi. Hari ni bawak bekal Kari Mamak Ikan Merah. Tapi takde la real mamak. Ni kari tanpa santan. Indian style punyaaa

Cik dengan suami memang hari-hari bawak bekal nasi. Kitorang makan nasi sekali sehari je. Waktu lunch. Malam makan benda ringan-ringan je. 

Resepi kari ni dari kawan cik Kak Tina. Dia share sebab pak menakan dia memang bukak kedai mamak kat penang. Tudiaaaa. Memang pure mamak okehsss

Bahan-bahan mudah je :
Ikan merah - cik ada satu potong je besar je. Hehehehe. Jadilah
1 tbsp herba campur 
1 biji bawang merah - hiris
1 biji bawah putih - hiris
2 tangkai daun kari
3 tbsp kari ikan - 2 sudu jadi pes, baki biar serbuk
1 tbsp kari daging - jadikan pes
Kalau nak pedas boleh tambah 1 tbsp serbuk cili
Asam jawa
Air
Tomato
Bendi
Gula garam

Cara-cara yang mudah
1. Panaskan minyak dalam kuali
2. Tumis herba campur, bawang putih dan merah, daun kari sampai kekuningan
3. Masukkan pes kari dan serbuk kati. Masukkan sedikit air. Tumis sampai garing atau pecah minyak (kalau kak tina ajar, masuk terus air banyak dan masak smpai pecah minyak). 
4. Bila dah garing masukkan air asam jawa dan ikan merah. 
5. Bagi mendidih kemudian masukkan tomato dan bendi. Bagi masak kemudian perasakan dengan garam dan gula. 

Lepas tuuuu siappppppp. Kari mamak ni rasa rempah dia kuat tapi masam. Tak letak santan jadi dia tahan lama sikit. Tu yang lagi perangat lagi pekat lagi sedap. 

Buat sambal belacan dengan timun sedap ni. 

Saturday, January 9, 2016

When husband cooks

Bila suami memasak

Assalamualaikum semua. Jadi bini yang paling best bila suami rajin masak

Somi cik kalau dia rajin masak memang canggih gila masakan dia. Dan cik pulak jenis isteri yang tak berkira. Kalau orang bagi makan free, masam masin manis tawar cik telan je. 

Tengok la. Konon nak makan healthy. Tapi teringin burger. Jadilah. Roti pakai wholegrain. Cuma sayur je takde. Hahahaha


Thursday, January 7, 2016

Ikan Sardin Masak Kicap Cincai

Asalamualaikum

Hihihih

Gila poyo ni pon nak kongsi. Tapi nak buat camna. Saje je nak jugak share. Mana tau kot ada yang memang tahap masak dia sampai tak boleh nak fikir cara logik senang ke tidak. Maksudnya cam tak pandai masak la. Lagi pulak bahan sikit. 

Inilah ropa bekal cik. Hari- hari lain. Buah oren je tak masukkan. Hahaha

Walaupun buruk insya Allah sedap. Kalau tak encik somi tak bagi masak. Hahaha. 

Bahan-bahan yang kacang
Ikan Sardin
Bawang merah - hiris
Bawang putih - hiris
Halia - hiris
Bawnag besar - hiasan
Cili hijau - hiasan
Sos tiram
Air
Kicap manis
Kicap masin
Garam gula

Cara yang senang gilaaaa
1. Goreng ikan ikut suka korang. Nak garing ke tidak. 
2. Pehtu minyak goreng ikan tu guna buat tumis bawang merah, bawang putih, dan halia yang dah dihiris tu. 
3. Goreng sampai kekuningan atau garing
4. Masukkan bawang besar yang di potong bulat atau wedges dan cili yang potong ikut suka hati. Hahaha
5. Biar goreng kejap, masukkan air dalam secawan atau ikut suka korang. Masukkan sos tiram dan kicap manis masin. 
6. Masak sampai mendidih. Kalau nak keringkan sikit pon boleh. Nanti dia jadi pekat. 
7. Rasa dulu. Kalau tak cukup perasa masukkan garam gula dan ikan. Masak bagi sekata pehtu tadaaaaa. 
8. Masuk bekal dan bawak gi ofis

Wednesday, January 6, 2016

Ayam Masak Bali

Assalamualaikum

Kembali lagi mak cik kedondong. Hahahaha. Nak tukar panggilan cik tu macam susah. Sebab dah terbiasa. Padahal dah jadi mak orang dah. 

Jadi korang anggap je la cik tu maksudnya kecik. 

Lantakkk

Ok. Cik ni memang hari- hari gi kerja bawak bekal. Encik somi pon memang jenis suka bawak bekal. Jadi hari- hari bangun awal pagi memang masak sempoi je. 

Hari ni cik macam berkenan ada satu resepi dekat fb namanya Ayam Masak Bali. Di kongsi oleh sis Aisyah Syukor dalam page Koleksi Resepi masakan Ayam & Daging. 

Tadaaaa. Begini lah rupa dia. Agak kering  sikit. Rupa cam ayam masak kicap tapi versi rajin punya. Hahahaa

Resepi pun senang je. Cik amik je semu bahan-bahan yang cik dah siap kupas simpan dalam peti ais. Jadi mari kita mulakan. 

Bahan-bahan:
Ayam - bersihkan, kunyit garam, goreng separa masak
Segenggam cili kering - cik guna 5 biji sebab cili kering cik pedass, rebus or rendam dalam air panas
5-6 biji bawang merah - cik guna 2 biji bwng merah besar
1 labu bawang putih - cik guna 4 biji yg paling besar
1 inci halia - cik pakai 1/2 inci
Belacan - cik tak letak sebab suami tengah pantang belacan
3 - 5 batang serai - ikut saiz
Daun kari
Garam gula
Kicap - cik guna pelangi & cap kipas

Cara dia
1. Blend cili kering, bawang merah, bawang putih, halia dan belacan sampai halus. 
2. Guna minyak goreng ayam untuk lebih kickkk
3. Goreng serai sampai kekuningan. 
4. Masukkan daun kari pulak
5. Masukkan bahan blend goreng sampai garing
6. Masukkan garam gula dan kicap. 
7. Masukkan ayam dan kacau sampai masak

Tadaaaa. Terus siap bekal bawak ofis. Nak buat canggih- canggih macam bento tu macam tak berdaya pulak. Hahaha



Tuesday, January 5, 2016

Ikan Keli Masak Tempoyak

Assalamualaikum

Kali pertama masak ikan keli masak tempoyak. 

Kahkahkah 😂😂😂

Malu.

Kalau ikut hari-hari teringin nak masak tapi apa kan daya suami tak minat sangat masak tempoyak. Tapi kebetulan ada tinggal sekor je ikan keli, maka gigih lah nak jugak masak. 

Pagi buta dah google nak masak ikan keli macam mana. Hahaha


Maafkan atas kekosongan rupa masak tempoyak ku ini. Cik ikut resepi dari blog Dari Hati Bunda. Maaf lah tak dapat nak tag link sebab cik update guna blog apps kat fon. Tapi korang boleh klik link ni http://norazis2908.blogspot.my/2015/08/resipi-keli-masak-tempoyak.html?m=1

Heheheh. 

Tapi cik kongsi jugak lah tahap ringkas gila masak tempoyak untuk bawak bekal gi kerja hari ni. 

Bahan-bahan:
1 ekor ikan keli
1 batang serai
1 biji cili merah besar
1 biji bawang merah besar
1/2 inci kunyit hidup
Tempoyak ikut suka korang
Garam gula
Air untuk kuah

Cara dia senang jeeeee

1. Basuh ikan keli dengan air limau nak bagi hilang hanyir
2. Tumbuk bawang merah, cili, kunyit, dan titik serai. Masukkan dalam periuk. Letak air ikut suka korang. 
3. Cik masak dulu sampai air mendidih, kemudian baru masuk ikan keli dan tempoyak ikut suka korang.
4. Kalau tak cukup masam boleh tambah dengan asam keping. Kalau orang johor dia guna asam cepu. Sedap sikit
5. Perasakan dengan garam gula dan masak hingga mendidih

Kalau nak canggih boleh masukkan timun bagi tambah rasa. Hihihi

Kannn. Senang je nak masak. Tak de alasan taknak bawak bekal. Rajin ke tidak je. 

Saturday, March 21, 2015

Resepi : Barley Lemon

Assalamualaikum

Hehehehe. Sejak internet encik somi guna DiGi laju kemain, maka dapat la tengok youtube. Cik suka gila tengok Thirsty For by Taste Made kat youtube. Sebab diorang ajar buat air dari macam-macam negara.

Tapi ni bukan air sebarangan je. Cara dia shot video tu lagi la menarik hati rasa nak buat je. Paling cik suka buat Milo Dinasor. Tapi memandangkan dah nak bersalin tak elok pulak minum yang bulan-bukan, jadi cik macam tertarik nak buat Barley Lemon.

Lemon elok untuk detoks badan dan juga sangat baik dalam penyerapan zat besi bagi ibu-ibu mengandung. Barley pulak elok untuk elakkan kencing kotor. Masa mengandung ni memang mudah nak kena. Alhamdulillah cik tak kena nak dekat bersalin. Masa awal mengandung je kena, itupun tak tau pun mengandung. Jadi air barley la cik amalkan.

Layan youtube dulu lepas tu baru nengok air cik menjadi ke tidak. Hehehehe





Farida Tarmize
Shaklee Independent Distributor : ID1081732
Makeup Service Whatsapp / Telegram only : 0163265401
 Email : makeupbyidatarmize@gmail.com

Sunday, November 17, 2013

Nak menangis rasa: Crumble Orange Butter cake

Nak menangis rasanya sejak akhir-akhir ni.
Apa yang cik buat tak menjadi.
Kereta orang langgar. Bercalar. Masak hangus, buat kek tak jadi.
Rasa tak sedap hati je sepanjang minggu. I miss baking so bad. But I am so busy adjusting myself. Penat balik kerja. Makin lama makin lewat. Banyak kali terlelap masa drive.
Bahaya sungguh rasa. Ya Allah! Aku mohon perlindungan dari Mu.
Mungkin cik kepenatan. Jadi bagi korang jamu mata dulu. Insya Allah cik kongsi resepi.
Tapi korang tengok tekstur mungkin cantik, tapi rasa dia tak kesampaian. Kecewa sangat cik. Tu yang bertambah kesedihan.

Tuesday, November 5, 2013

Pizza laju-laju

Assalamualaikum
Cik dengan adik beradik cik dah mulakan konon "The Biggest Loser Tarmize's Clan". Tapi kami adik bradik jelah. Siapa kalah kena belanja apa yang orang menang nak. Memang tengah giat la nih.
Hari ni kami makan tengah hari lambat pulak. Gara-gara pegi beli barang punya pasal. Tu pun dok plan nak makan pizza je. Bukan makan pizza kat kedai. Ni fast made pizza punya. Senang kacang goreng petik-petik jari mesti siap. Yang penting bahan ada.
Kalau nak diikut pizza asal dari Itali. Pizza sebenarnya dia guna leftover makanan semalam. Macam kita buat nasi goreng jugak. Contoh, semalam depa makan pasta, roasted beef. Since Italiano buat doh roti ni senang, so dia buat doh, sapu sos pasta lebih2 semalam, apa roasted yang wujud, pastu cheese memang diorang ada..tabur2 campur bakar tadaaaaa terus siap.
La ni cik nak tunjuk macam mana cik buat pizza ikut suka hati cik.
1. Cik guna tortilla wrap dari Mission. Sebab ada yang tersimpan dalam peti ais kan. Baik habiskan je. Tak semestinya kena guna tortilla wrap. Kalo korang nengok roti korang berzaman nak habis, boleh jugak guna. Melainkan korang nak buat bread pudding. Takpun cucur roti. Suka hati korang.
2. Pastu tengok ada sos pasta. Kadang2 kalau ada kuah sardin pun jalan weyhh.
3. Pastu cek la kot-kot ada lauk2 lebih. Hehehe. Cik jumpa ikan goreng, pastu ada sosej. Kadang2 ada sambal sotong lah, apa lah pon jadi mangsa.
4. Tabur ikut suka hati korang.
5. Kalau ada mayonis paipkan. Ada sos taruk la ikut suka.
6. Kalau jumpa sayur pon boleh. Korang mesti boleh. Ini kisah kreativiti namanya.
7. Kalau ada cheese cam chesedale ke, mozarella pon best jugak. Pon boleh. Tak da hal punya.
8. Bakar dengan suhu 180°C selama 10 minit. Kalau nak garing bakar dalam 15 minit ikut suka korang.
9. Ikut kreativiti. Hari ni cik buat dua lapis pizza nyer. Bertali-tali kau chesedale cik. Puas hati makan.
10. Pastu potong pizza. Kalau taknak, masa panas2 tu korang gulung lepas tu boleh bungkus. Boleh buat bekal gi keje. Masa nak makan kat tempat keje boleh reheat pakai oven or microwave.
11. Pastu makannn. Kenyang. Burrpppp. Alhamdulillah.
P/s: pastikan bahan2 yang halal ye adik-adik. Dan jangan curi gambar orang.

Friday, August 10, 2012

Berbuka Puasa: Mr Steak House

Salam Ramadhan semua.

Alhamdulillah. kita dah mula memasuki 10 malam terakhir. jadi mari kita cuba beribadat sebanyak mungkin,, tinggalkan segala urusan dunia sementara, kita cuba tumpukan 10 malam yang terakhir ni. tapi sayang, cik tengah bendera merah. tapi takpe, cik akan cuba berselawat dan berdoa semampu boleh.

memandangkan masih dalam bulan puasa, jadi lebih baik cik update entry blog ni di malam hari. kang ada yang terliur pulak kan. tapi kalau korang memang sengaja nak baca blog ni waktu siang, bukan salah cik la kan. hahaha. entry kali ni nak tunjuk gambar makanan je. tu pasal la tak boleh baca sensiang buta.

sebenarnya cik gi buka puasa di MR STEAK HOUSE, Laman Sari, Seksyen 13. banyak kali dah cik maka n kat situ. itu pun kebetulan sebab dah lama gila tak jumpa kawan baik masa start masuk LHDN. jadi kitorang satu geng la gi melepak; cik, kak eka, capiqa, ain, dan piah. gossip memang tak dapat tinggal la kan. dok cerita pasal perkembangan memasing dah kerja baru gitewwww.

lagi pun waktu tu memang teringin nak makan western dengan sizzling, memang kat sini lah dituju. sedap, murah, servis pun boleh tahan cepat jugak la. kalau sesiapa nak berbuka, silalah buat tempahan, sebab masa cik pergi, memang penuh la. nak senang, telefon je 0133401628 / 0123955048.

mai tengok apa yang kami makan.
kak eka punya. Mix Beef Steak kot. cik pon dah lupa. rasanya la. kira ada beef steak, dengan roasted chicken. rasa gravy black pepper dia memang menangkap liang-liang rasa lidah la. memang terangkat je makan. hehehe
ni si capiqa order. Sizzling Beef Steak. masa sampai, memang menggelegak je kuah dia.  capiqa makan licin okehhsss. apa pun tak tinggal. hehehe.
Sizzling Chicken Rice, ni si piah punya. sebenarnya masa order ni, cik dengan kak eka je yang ada. jadi kami berdua lah dok bermesej dengan budak bertiga ni tanya apa nak di makan. tu pasal ada makanan pelik-pelik je. tapi sedap jugak la Sizzling Chicken Rice ni. cuma nasi dia macam lebik sangat la. bila nasi dah lembik, tambah pulak kuah panas, memang cepar kenyang la kan.
ini pulak Spaghetti Seafood. maaf lah gambar tak berapa nak lawa, maklumlah, kamera henpon je. tu yang blur lah, tak menarik lah. lagi pun tempat cik kira kat koridor la, diorang tak bukak lampu lagi.

pastu cik lupa nak ambil gambar makanan cik. Sizzling Seafood Yee Mee. sebab sampai lambat jugak lah. tapi masa tu, makanan kat atas ni dah berpusing satu meja sebab nak merasa kan. bila sampai cik punya, semua mentekedarah sizzling cik pulak. tu yang lupa ambil gambar.

takpela, nanti kalau cik pergi lagi, cik ambil gambar lawa-lawa termasuk restoran dia yang lawa macam ala kedai kobpi tu.

papepon, memang kecoh habis lah kitorang 5 orang kat situ. dah macam meja 15 orang, sebab asik berborak lepas tu membahan memasing kan. lagi pun dah lama tak jumpa. kira kitorang 5 orang ni la satu geng masa kat LHDN dulu. sekarang ni 3 orang dah dapat tetap, kak eka dengan cik yang masih meneruskan perjuangan kat sana. masih mencari-cari rezeki, Insya Allah akan sampai bila waktunya.

p/s: banyak tak kuih raya korang buat?

*bon appetite*

Saturday, July 14, 2012

#anak dara belajar masak: Cream Puff

Salam semua.

dah lama cik tak update blog ni kan? sebenarnya sibuk jugak cik dalam beberapa minggu ni. kawan ayah cik mintak order cream puff banyak jugak la. dengan tiramisu lagi. itu pun kawan-kawan ayah cik dah jadi macam bahan ekseperimen pulak. ye la, cream puff ni silap sikit je bahan dia, terus jadi bentuk lain.

tapi kebetulan hari ni kamera pun ada, lepas tu ada pulak kawan cik nak order untuk jamuan family dia, cik pun bersemangat sikit la nak buat kan. nanti cik akan kongsi tips-tips mengikut apa yang cik alami sepanjang buat kan order untuk orang. jadi korang boleh cuba resepi yang cik buat ni, kalau tak berapa faham boleh tanya cik. kalau malas nak buat, boleh order. tapi kawasan Kajang, Bangi, Serdang dan Shah Alam je la kot boleh jumpa mana-mana. hehehe.

Bahan-bahan:
Sumber: Buku Roti, Kek, Pastri - Pn Norani Sidek.

250 ml air sejuk
125 gm tepung gandum
secubit garam
100 gm mentega
3 biji telur (cik pastikan telur yang digunakan adalah sejuk dari peti ais. dan jumlah ni jika gunakan telur kecil)
1/2 sudu teh gula kastor - optional

jadi mari mulakan memasak sambil melihat gambar-gambar yang cik ambil.
1. masukkan air sejuk dan mentega ke dalam periuk. panaskan hingga mentega cair dan mendidih sedikit.
2. masukkan tepung dan kacau rata hingga membentuk menjadi doh dan tidak melekat ditepi periuk. doh ni akan jadi licin macam gambar kat atas.
3. sejukkan doh. cik siap rata-ratakan ketepi supaya mudah nak menyejuk. siap cik cik letak periuk ibu cik ni berendam air la, pastu sejukkan dalam freezer. sebab order nak dihantar dalam pukul 4 macam tu.

4. bila dah sejuk, masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul rata. guna senduk kayu pun boleh. jangan lupa masukkan esen vanilla.
5. kalau dah pukul rata nanti dia jadi macam kat atas. adunan haruslah macam lembik-lembik gitu. bukan cair tau. dia macam doh roti yang tak cukup tepung.
6. kemudian paipkan mengikut nozzle bentuk bunga atau bintang ke. ataupun nozel bulat pun boleh. kalau tak ada nozel, boleh gunakan plastik putih yang isi kuih-kuih tu, potong penjuru dia. jadi paipkan ikut saiz korang suka.
ni rupa yang dah habis paip atas tray.
7. bakar dalam 20 - 35 minit atau sehingga kekuningan.
8. setelah masak, sejukkan diatas redai, dan boleh paipkan inti mengikut citarasa anda. selalunya orang akan guna Krim Kastad. ada jugak buat guna inti aiskrim, paipkan, lepas tu sejuk bekukan. memang terbaik la kan.
sebenarnya nama doh untuk cream puff ialah Choux (sebut macam 'shoo') Paste. dari choux paste boleh buat cream puff, eclairs, swan, churros, croqouembuche (lupa eja macam mana) dan banyak lagi.

kalau churrozz korang cuma paip dalam minyak yang panas. goreng sampai kekuningan, tabur kan dengan icing sugar, dan boleh makan dengan celupkan dalam chocolate panas. memang terbaik bila makan malam-malam yang sejuk.

*bon appetite*

Wednesday, July 4, 2012

#anak dara belajar masak: Chocolate Dipped Coconut Macarons

Salam rabu semua. 

selalunya orang buat Wordless Wednesday kan. tapi cik tak berapa nak rajin pulak. eyh? pulak, padahal update gambar tak payah caption. tapi ada jugak yang menyakitkan mata, gi taruk caption. kan namanya Wordless Wednesday. kalau ada caption tak wordless la namanya. korang paham tak cik tulis apa ni?

sebenarnya resepi ni secara kebetulan je cik terjumpa. sebab ibu cik ada simpan mexican dry coconut ke apa namanya dalam peti ais. cik pun tak pasti kitorang beli untuk apa. daripada terbiar, baik setelkan aja. alang-alang resepi dah ada, senang pulak tu. mari mulakan.

 Chocolate Dipped Coconut Macarons
Sumber: Joy of Baking

Coconut Macaroons:
2 biji telur (saiz besar - suhu bilik)
100 gm castor sugar
1/8 tsp salt
1 tsp vanilla ekstrak
720 ml dried coconut 

Chocolate Coating:
115 gm semi-sweet or bittersweet chocolate, (potong kasar)
1/2 tsp mentega

Cara-Cara:

  1. Panaskan oven 180 Celcius
  2. pukul telur didalam mangkuk hingga kembang, kemudian gula, garam dan vanilla ekstrak.
  3. masukkan kelapa kering dan gaulkan hingga rata. ( cik suka hati je tambahkan 1/2 cawan chocolate chips dan gaulkan sekali)
  4. buat bentuk bulat menggunakan aiskrim scoop atau sudu atau pakai tangan pon boleyhhhh..
  5. susun diatas dulang yang dialas kertas parchment atau di lengser dengan mentega pon bolehhh.
  6. kemudian bakar didalam oven selama 15-30 minit atau hingga nampak keperang-perangan.
  7. angkat dan sejukkan.
  8. cairkan coklat dengan mentega, kemudian celupkan coconut macarons yang telah sejuk dan susun kan lagi.
  9. biarkan sejuk dan boleh dimakan.



kemain huduh lagi cik buat, tapi rangup dan seksi sungguh bila makan. rasa tergoda je lah. siap bagi kawan Achik lagi dia cakap sedap. nampak sangat biskut ni memang sedap. ditambah dengan kecomelan tukang buatnya, lagi la sedap. ( sila muntah hijau laju-laju).

kalau tak paham sangat instruction cik yang dah dialih bahasa tu, korang boleh tengok video yang disediakan Stephanie. rajin tak rajin je la kannnnn!!!

*bon appetite*

Friday, June 22, 2012

#anak dara belajar masak: Ayam Percik Lada Hitam

salam semua.

Ya Allah, rasa berzaman je cik nak update entry pasal masak-masak ni. rasanya cik masak bulan lepas kot. tapi disebabkan kesibukan, cik tak berapa ada mood sangatlah nak update dan nak bercerita. draft entry memang lah banyak sampai penuh satu page. tak tahu lah macam mana.

tak pelah, abaikan yang lepas, mari kita memaksimumkan kerajinan sementara cik memang tengah rajin. kerajinan sampai terpercik-percik peluh membasahi laptop. kebetulan hari tu lepas ayah cik beli kan buku 1 Hari 1 Resepi, cik dok belek bahagian Ayam Percik je. teringin betul nak makan. alang-alang resepi mudah, jadi cik mulakan operasi dengan ibu cik. ada jugak yang di oter sikit bagi menyedapkan rasa. bukan oter banyak pun, cuma oter rasa je. 
gambar menyelerakan kauuuuu..mana cik tak cuci mata tetiap hari.
Ayam Percik Lada Hitam
Sumber: Chef Hanieliza - 1 Hari 1 Resepi
Bahan A:
1 ekor ayam - potong 4 (cik pakai setengah je lepas tu potong 8.hehehe..)
2 cawan santan
1 batang serai diketuk
3 keping asam gelugur
garam secukup rasa.
Bahan B:
2 sudu makan lada hitam
5 biji cili api
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
3 batang serai
1. jadi sila kisar bahan B sampai lumat.rajin nak tumbuk boleh. tapi bahan ni agak banyak untuk setengah ekor ayam, jadi cik bahagi dua dan baki simpan dalam peti ais buat next time.
2. blend sampai lumat gitu. terima kasih Kenwood. dengan hand-blender mu kerja ku menjadi lebih senang dan tak memedihkan mata.
3. bila dah habis belender beria-ria, masukkan Bahan A dan Bahan B yang baru dikisar tadi. ratakan sampai jadi macam kat atas tu.
4. masak kan sampai lah mendidih. kemudian keluarkan ayam, lepas tu susun atas loyang untuk bakar dalam oven, atau pun kalau korang ada pemanggang pon boleh. asal di bakar.
ni lah pes nya.siap label gitewwww..rajin ke idok cik ni.

5. nak membakar pun harus konfiden. cik guna oven je, senang sekali masak. mula-mula konon nak susun atas jaring bagai, last-last cik letak atas aluminium foil. cik bakar dengan suhu 200 c sampai lah kekuningan atau masak.
6. tapi jangan excited sangat bakar sampai ayam kering. sekali sekala kena keluarkan ayam lepas tu macam sapu-sapu sikit kuah yang lebih tadi tu. pastu masak lagi sampai la korang rasa korang puas hati dengan rupa ayam tuh.
7. kuah yang lebih tadi jangan buang tau. korang biarkan dia mendidih sampai pekat, lepas tu taruklah garam or gula sikit bagi mengelokkan rasa.
dah siap pun Ayam Percik Lada Hitam. makan pulak dengan nasi panas. keluarga cik siap tambah banyak kali. sedap la tuuuuu tapi malu nak pujikan? lepas ni kena cuba masak lain supaya disayangi bakal mak mertua. #eyh?

*bon appetite*

Thursday, May 3, 2012

#anak dara belajar memasak: Cinnamon Chocolate Chips Rolls

salam semua. 

alhamdulillah. rajin jugak cik nak update blog. hehe. bukan senang nak datang mood rajin dengan segala idea entah apa-apa tah. siap cik update blog lagi satu gitewww..kagum tak? haha..macam lah ada orang baca kan? biarlah. ada blog masakan yang lagi hebat dari blog cik, sapalah yang sudi nak datang menjenguk blog cik yang macam saki baki red velvet yang orang dah malas nak makan sebab kenyang makan kek yang lain. perumpamaan pun fail atau erti kata lain gagal -_-". hati pilu.

ok. abaikanlah. cik update segala resepi supaya akan datang boleh cari je kat blog ni. Insya Allah. jangan kena hack sudah lah. penat donggg, mau menaip.

entry kali ni cik nak kongsi cik buat resepi Cinnamon Chocolate Chips Rolls. ni semua gara-gara teringatkan Chocolate Chips Rolls dekat bakeri kat Cafe Menara SSAAS, UiTM Shah Alam. lepas tu terjumpa pulak masa tengah jenjalan tengok resepi kat Joy of Baking. lagi membara la jiwa nak cuba kan.takkan nak tengok sampai terliur je.
maap je lah rupa agak buruk. tapi rasa memang terbaik la kan. ingat senang ke nak buat roti. lenguh tangan cik tau. jadi mari cik translate kan resepi. macam biasa lah. cik dah ada sumber rujukan baru, memang dah tak datang blog lain dah. hadap blog ni je lah.

Sumber: Joy of Baking
Cinnamon Rolls

Doh:
590 - 660 gm tepung serbaguna - bahagi kepada dua
7 gm yis kering - cik guna sepeket Instant Yis 11gm
240 ml susu
75 gm mentega tanpa garam
66 gm gula kastor
1/2 sudu teh garam - boleh abaikan kalau guna mentega biasa
3 biji telur - saiz besar

  1. campurkan 295 gm tepung dengan yis dan gaul rata di dalam pemukul elektrik menggunakan paddle atau tangan.
  2. di atas api, panaskan susu, mentega, gula, dan garam hingga suam atau mentega cair.
  3. kemudian, masukkan campuran susu ke dalam tepung sedikit demi sedikit sambil memukul dengan kelajuan perlahan.
  4. masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul hingga sebati. pukul selama 3 minit dengan kelajuan tinggi.
  5. kemudian tukar kepada hook, dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga lembut dan elastik dan tidak melekat. mungkin mengambil masa 3-5 minit. tambah tepung jika masih melekat atau adunan masih cair. macam mana nak tau adunan elastik? bila korang tekan sket, dia akan kembali ke bentuk asal.
  6. bentukkan adunan bentuk bulat, dan biarkan ia rehat selama 1 1/2-2 jam. tutup dengan plastic wrap atau kain lembab hingga adunan naik lebih kurang 2 kali ganda.
  7. apabila doh telah mengembang, tekan perlahan-lahan untuk mengeluarkan angin.
  8. uli doh menjadi doh empat segi. letakkan inti dengan rata dan basah kan tepi doh dengan sedikit susu atau air dan gulung dengan sekata.
  9. kemudian potong dan susun di atas dulang atau loyang. biarkan doh rehat sebentar sebelum di bakar dengan suhu 190 C selama 25-30 minit.

Inti:
160 gm gula perang
35 gm tepung serbaguna
1 sudu besar serbuk kayu manis
113 gm mentega tanpa garam - sejuk dan dipotong dadu
120 ml kismis - pilihan. cik ganti dengan chocolate chips

- gaulkan kesemua bahan hingga menjadi crumbly (apa ye ayat yang sesuai untuk crumbly?)

jadi itu lah resepi yang memang sebiji cik amik dari Joy of Baking dan menjadi pulak tu. gambar di bawah ialah apa yang cik buat. roti dia memang berbau harum lah. makan pun lembut je. tapi bila dah sejuk dia jadi keras. sebab cik terlebih tepung. semua sebab doh cik terlalu lembut. cik uli pakai tangan hokehhhsss.. ingat senang ke. berpeluh-peluh cik menguli. siap bahagi dua dengan adik cik lagi. tak terbayang macam mana mamak buat roti canai. perrggghhh..geli seyhhh.





tapi, kalau korang tak paham, boleh jugak tengok video ni. haruslah dari youtube Joy of Baking. senang nak paham cara-cara dia. tak ada lah sesat larat je. jadi, siapa dalam mood rajin, haruslah membuat nya. lepastu boleh bagi jiran-jiran, lagi-lagi tengah panas. memang seksi dan menggoda makan sambil minum teh. kawan cik pun dapat jugak. memang rezeki la dia ada kat rumah.

kih..kih..kihh..nak promote jugak kannn..



p/s: to do list pavlova tak buat lagi. bila entah nak jadi rajin.

*bon appetite*