Showing posts with label kek. Show all posts
Showing posts with label kek. Show all posts

Tuesday, September 22, 2015

Happy Birthday to Me!!!

Alhamdulillah

Syukur Allah masih limpahkan rezeki, dan dipanjangkan umur. Nak masuk 3 series tapi tak masuk lagi

Hehehe. Acaner tuh? Sipi je lagi. 

Semalam tercelebrate awal pulak dengan suami ngan aisyaa. Cam cik ni suka kek, tapi memang cerewet bab2 kek. 

Malam tu dok layan makan mi goreng seafood pattaya sedap bak hang. Tetiba en somi kata nak gi buang sampah. So biaq pi la kan tengok dia rajin. Alhamdulillah. 

Tetiba dah masuk rumah tu tak dia buat pa kat sinki tah. Masa tu cik dok ralit layan running man sambil pegang Aisyaa 

Tetiba dengar orang nyanyi Happy Birthday to Youuuu!!

Hahaha. En somi beli kek feveret kita sampai 4 potong. Lilin takdok. Taruk lampu buatan dia. Waaaa. Nangis terus kat situ. 


Kek kegemaran. Beli kat Dib Aloha kat ofis. Seriously kalau siapa suka basic or tradisional kek, sila rasa kek kat sini. 

Tak manis sangat, ada rasa crunchy ke rasa cemana nak desribe yang keras2 kat kerak atas dan tepi tu. Moist dia pon cukup je. 

Adoiii terkenang terus. Sebab dah makan 2 potong. Ada lagi 2 potong kena makan. Hehehe. 

Alhamdulillah. Seronok nya sambut hari lahir dah jadi isteri, dah jadi ibu. Insya Allah tahun depan jadi ahli perniagaan pulak. 

Aamiinnnnn

Sunday, November 17, 2013

Nak menangis rasa: Crumble Orange Butter cake

Nak menangis rasanya sejak akhir-akhir ni.
Apa yang cik buat tak menjadi.
Kereta orang langgar. Bercalar. Masak hangus, buat kek tak jadi.
Rasa tak sedap hati je sepanjang minggu. I miss baking so bad. But I am so busy adjusting myself. Penat balik kerja. Makin lama makin lewat. Banyak kali terlelap masa drive.
Bahaya sungguh rasa. Ya Allah! Aku mohon perlindungan dari Mu.
Mungkin cik kepenatan. Jadi bagi korang jamu mata dulu. Insya Allah cik kongsi resepi.
Tapi korang tengok tekstur mungkin cantik, tapi rasa dia tak kesampaian. Kecewa sangat cik. Tu yang bertambah kesedihan.

Wednesday, September 5, 2012

Birthday Alisya, Cupcake, dan Macarons Leper

salam semua.

berzaman betul nak update blog. hahaha. kalau nak diikutkan, banyak je gambar, tapi buat masa ni, ini jelah tahap kerajinan cik.

entry ni pun baru nak update. gambar dah berzaman. sebenarnya nak tunjuk gamba  (sikit je pun) cupcake dan macarons cik buat selepas di order oleh kawan cik untuk birthday party anaknya yang kedua tahun.

seriously, cik tak pernah buat macarons ok, tapi kawan cik beria-ria nak jugak, cekal kan hati baca resepi la. nasib kau menjadi untuk kali yang kedua. hahaha. warna biru je cantik, yang kuning, leper 'kaki' nya terkeluar-keluar gitew..

ni pun gambar yang cik rembat dari kawan cik nyer fb. nak gambar lain tunggu naaa?? nanti dia pas kat cik.

*bon appetite*

Wednesday, May 2, 2012

#anak dara belajar masak: Red Velvet Cupcake


salam semua...

akhirnya, cik buat lagi red velvet. dah 4 kali kot cik buat. tapi mesti tak menepati citarasa je. rasanya cik tak berapa minat makan red velvet kot. cik minat makan butter cake je. hehehe. resepi mudah cik dapat dari Joy Of Baking. tulisan pun harus lah merah nak menandakan betapa merah nya kek ni macam tumpah darah dalam kek..eeeeuuuuuwwww -_-". macam biasa lah, korang boleh klik untuk tengok resepi dan cara-cara. siap ada video lagi tunjuk cara-cara nak buat kek ni.

tapi disebabkan cik ni agak rajin la jugak. cik translate resepi ye? cik ikut cara sama macam Stephanie ni buat. macam mana video kat bawah tu, macam tu lah cik buat.hehehe.

Sumber: Joy of Baking
Red Velvet Cupcakes
Bahan A: diayak
125 gm tepung kek  
1/4 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh garam
1 sudu besar/10 gm serbuk koko

Bahan B:
57 gm mentega tanpa garam - suhu bilik
150 gm gula kastor
1 biji telur - saiz besar
1/2 sudu teh pure vanilla extract - cik pakai 2 sudu teh esen vanilla

Bahan C: dicampurkan
120 ml buttermilk
1 sudu besar pewarna makanan merah

Bahan D: dicampur sebelum masuk kan ke dalam adunan kek.
1/2 sudu teh cuka makan - cik guna cuka buatan.
1/2 sudu teh baking soda

1. menggunakan pemutar elektrik pukul sebentar mentega hingga lembut. kemudian masukkan gula dan pukul hingga gebu.
2. kemudian masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati. masukkan pula esen vanilla.
3. masukkan tepung yang telah diayak secara selang seli dengan buttermilk yang telah dicampurkan pewarna. mulakan dengan tepung dan diakhiri dengan tepung. ( tepung-susu-tepung-susu-tepung).
4. ratakan menggunakan mixer.
5. campurkan soda dan cuka, dan ia akan berbuih. masukkan dan kacau menggunakan senduk hingga rata.
6. masukkan ke dalam cawan kertas. cik buat dapat la dalam 16 cawan. 
7. bakar selama 18-23 minit atau sampai masak. masukkan lidi dan jika ditarik keluar, lidi bersih maksudnya dah masak :) ..oopsss..suhu 175 celcius.
8. dah masak, sejukkan. sambil tu buat krim.

Cream Cheese Frostings:
227 gm cream cheese - suhu bilik
1/2 sudu teh pure vanilla extract - cik pakai 2 sudu teh esen vanilla
60 gm gula ising - diayak
160 ml heavy whipping cream - yang disejukkan

1. menggunakan paddle (jika ada) pukul cream cheese hingga lembut.
2. masukkan gula ising dan pukul hingga sebati.
3. masukkan esen vanilla. 
4. tukar paddle kepada whisk dan masukkan whipping cream, dan pukul hingga kembang
5. paipkan ikut suka hati anda. tapi pastikan kek sejuk dahulu. nanti rugi je krim mencair.

jadi. diatas adalah gambar hasil daripada resepi Stephanie. memang sedap. cik dah buat 4 kali, yang ini paling menjadi, siap ada orang nak order lagi. hehe. alhamdulillah..rezeki.



p/s: entry makan kat Muara tak siap lagi. banyak sangat gambar.

*bon appetite*

Sunday, April 8, 2012

#anak dara belajar masak: Color Marble Cake

 Assalamualaikum dan salam sejahtera..

yambooiyyy..lama gila nak update blog. nak berjanggut. haha. apa boleh buat. kalau dah malas, memang apa pun tak boleh. lagi pun minggu lepas hari minggu sibuk kat ofis, konon ramai nak hantar borang last minute, ghopenye nan hado. borang beberapa kerat je.

jadi disebabkan minggu ni tak buat apa-apa, cik pun dengan rajin ajak adik cik masak kek. cik ni kalau buat kek, dalam masa 2 minit, cik boleh bertukar arah. kejap nak kek coklat la, kejap nak kek vanilla la, kejap nak kek oren la, sampai adik cik marah lepas tu cakap "ikot suke hati kau la kakak. pening kepala aku". hahaha. macam kau tak kenal kakak kau ni kan.

lepas dah fikir-fikir, lepas tu belek buku resepi, cik ikut resepi Kek Lapis Vanilla. tapi cik tukar kaler dan ising terus jadi Colored Marble Cake with Whipped Cream Topping. kemain panjang nak mamposss.. lantak korang la nak baca atau nak panggil camna. hahahaha.. -_-" kurang ajar betul kau ni cik kendondong - suara hati korang kan?.

jadi , tanpa melengahkan masa, mari mengenali bahan-bahan. bahan-bahan memang basic giler, tak payah nak pening kepala sangat pon. ada mentega, telur, gula, tepung, perisa. kan kacang je tu.hahaha.
 170 gm mentega
140 gm tepung naik sendiri
140 gm gula halus
3 biji telur
1 sudu teh esen vanilla

cik buat adunan 1 1/2, tu pasal la ada 5 biji telur..telur cik guna saiz medium, kalau besar pakai 4 pon boleh. sila timbang bahan-bahan anda konon macam korang nak buat rancangan masak-masak. bila didapur, kita harus lah perasan macam chef wan walaupun tak reti sangat. semangat Chef Wan harus menyerap dalam diri. tapi selalu memerasankan diri sebagai Anna Olsen. ok farida, berenti meraban.
 sambil tu jangan lupa panaskan oven dan lenserkan loyang dengan mentega lebihan yang terpalit kat bungkusan mentega. kita mulakan cara-cara yang senang gila yang memang asas pun kalau buat kek ni.

  1. pukul mentega dan gula halus hingga kembang. nak tau macam mana kembang tu, bila mentega dah bertukar warna ke kuning pucat atau hampir ke putih. atau pun kalau korang sentuh mentega tu, gula dia dah hancur dan sebati
  2. masukkan telur sebiji demi sebiji
  3. masukkan tepung sedikit demi sedikit. boleh kaup balik menggunakan spatula.
  4. masukkan esen vanilla.
  5. tuang ke dalam loyang dan bakar dengan suhu 180 c selama 45 minit atau hingga masak.

 kan cik dah modified sikit resipi kan, jadi cik bahagi tiga adunan, lepas tu masukkan pewarna. cik masuk pewarna ikut apa yang ada dalam laci cik lah.hahaha. pakai pewarna makanan tau, kalau korang amik watercolor adik korang, cik tak jamin ok sapa yang masuk hospital atau mati.hehe
 cara nak buat marble atau nampak macam berbelang, cik ikut cara malas cik la, cik letak adunan merah ditengah-tengah, lepastu rata sikit. kemudian adunan yang nampak macam hijau tapi sebenarnya biru kat tengah adunan merah, lepas tu ratakan sikit, last sekali letak adunan oren.dah bagii rata sikit cik macam kacau la. bukan kacau sampai habis tau, cuma adunan bercampur la.
 lepas tu masukkan dalam oven yang dah dipanaskan. ada tips cik belajar dulu, kalau korang tengok kek korang atas macam dah hitam, tapi tengah tak masak, korang tutup dengan aluminium foil lepas tu masak lagi. jadi kek tak hangus, yang tengah masak dengan cantik dan sekata. kalau awal-awal bakar nak cover dengan aluminium foil pon boleh.
 setelah masak, pastikan biar kek korang betul-betul sejuk sebelum nak letak krim ke apa. kang cair kang, dah jadi kek banjir baru korang nak nangis. kat atas adalah alatan cik guna untuk menghias kek. cik guna topping Whipped cream je. cik tak pernah berjaya pun buat topping lain. rasa macam loser je.hehehe.
bahan-bahan untuk topping:
250 ml Rich's Non-dairy Whipped Cream
125 gm Anchor Whipping Cream

pukul sampai kembang. kembang maksudnya bila korang terbalikkan mangkuk, adunan tak jatuh.
jadi cik dah belah kek kepada dua, lepas tu biarkan sejuk lagi. cik paipkan topping ikut cara Cake Boss, cara ni lebih mudah dari masa cik belajar dulu. kek bersih dan tak serabut. lepas tu letak lagi satu layer, lepas tu ulang sekali lagi. kemudian ratakan. nak bagi krim lebih rata, rendam spatula dalam air panas, lap spatula, lepas tu ratakan. nanti korang akan nampak topping korang lebih lembut jeeee...
 lepas tu bantai korang nak hias macam mana.
 kek dah lompong sebab husna tak sabar nak makan. lagi elok korang simpan dalam peti ais, lepas tu makan, rasa macam makan ais krim woooooo.. dah penat menaip, cik nak buat air kejap.dahaga. sila share pendapat korang pulak.


*bon appetite*

Monday, March 19, 2012

#tempahan: Double-Trouble Chocolate Chips Cupcake

salam malam Isnin semua.

hahaha..kemain terlambat pulak nak hapdet blog. Alhamdulillah rezeki Allah beri. kawan cik ada tempah kek jugak. dia pulak tak kesah kek apa, bentuk macam mana. jadi lah cik buat Double-Trouble Chocolate Chips Cupcake. resepi sama macam yang sebelum cuma tambah 50 gm chocolate chips je.
 yang nak jadikan cerita kelakar, cik pulak silap gi buat eksperimen frosting kat kek dia.hahaha..cik beli nozzle baru kan. kalau korang tengok kek yang tengah tu yang ada bentuk t*** tu, tu angkara nozzle baru la. sebab kan kek dah takde, memang kena tibai gelak la ngan adik cik jugak. 

dia siap kata, corak ni tak sesuai untuk frosting warne ceklat ni. nanti orang ingat apa la. kat ofis pun, memang kena bahan jugak la kan. tapi apa nak buat. tak tau la sedap ke tidak. kawan cik mendiamkan diri la pulak. tu pun tak tau dia bagi awek dia ke apa.hehehe.
boleh pulak kan kamera ni fokus gambar lain..siot betul. 
agak-agak ada yang berminat tak? COD kat area Shah Alam waktu hari bekerja, dan Kajang,Bangi waktu hari cuti.hehehe.

*bon appetite*

#tempahan:Jualan kek coklat sudah bermula!

salam semua. kemain lagi. demam-demam pun boleh update blog. ni demam penat sangat. tu yang suhu badan naik tak terkawal tu. tak larat pun sempat lagi nak update kan. sebenarnya nak kongsi pasal cik jual cupcake pada kawan sepejabat. kek yang pertama jual tak sempat nak ambil gambar, sebab dah habis kena sambar dengan budak-budak yang ada. 

jadi gambar ni adalah cupcake yang kedua, di tempah oleh Khairul nak bagi kekasih hati dia.so sweet sebab sanggup order kek lepas tu buat surprise dekat kekasih hati kat Melaka. kekasih hati dia pun kawan ofis jugak, cuma budak tu sambung belajar.
 gambar yang sangat lah obvious di edit dengan jayanya oleh Photoscapes.
 cik jual 16 biji ni dengan harga RM20. diorang marah sebab diorang kata kek ni sedap lepas tu murah sangat.haha.cik cakap harga promosi la. lagi pun hiasan dia mudah je. kalau yang sarat-sarat tu, cik pun tak pandai sangat.
ni hasil kapkek bila dah sampai Melaka. si Khairol ni bawak si Jiha berjalan merata tempat, lepas tu tinggalkan kapkek dalam kereta. memang cair meleleh la kan. tak pepasal dapat nama 'KapKek Banjir'. apolah si Kerol ni. pape pun Jiha cakap sedap. hehehe..malu pulak rasanya. thanks Kerol sebab bagi kepercayaan. pasni aku buat lagi, korang boleh order lagi eyh?

*bon appetite*

Monday, March 12, 2012

#anak dara belajar masak: Chocolate Cupcake


Chocolate cupcake top with chocolate whipped cream and glaze with chocolate ganache. 

wait for this simple recipe.
*updates*

kemain lama lagi cik nak update resepi kan? hahaha..minta maaf banyak-banyak. sejak cik bawa kek ni ke ofis, ramai pulak nak tempah. jadi cik pun balik kerja terus buat kek. nak menaip memang dah malas la kan. Alhamdulillah rezeki Allah nak bagi. harap rezeki ni berterusan je la. walau pun banyak lagi cik kena belajar.

jadi mari mulakan resepi yang senang petik-petik jari ni je. resepi ni sangat senang sebab cik ambil dari buku cupcake yang khas untuk kanak-kanak. kira macam untuk kanak-kanak la kalau nak masak. buat yang susah-susah tapi tak tahu yang kek asas pun payah jugak kan? bahan nak buat kek ni pun tak susah.

bahan-bahan:
100 gm tepung naik sendiri
1 sudu besar serbuk koko
125 gm mentega (lembut dalam suhu bilik)
125 gm gula halus
2 biji telur ( saiz besar)
2-3 sudu besar susu segar.

ok..gambar susu tak ada la pulak.

tengok. bahan tak banyak mana pun kan?hehehe..meyh kita bergerak ke cara-cara membuat pulak. cara membuat pun mudah jugak.

  1. panaskan oven dengan suhu 180 celcius.
  2. pukul mentega dan gula halus hingga kembang. (kira mentega tu akan jadi putih atau cerah sedikit berbanding warna sebelumnya)
  3. kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul hingga kembang.
  4. kemudian masukkan tepung berselang seli dengan susu dan pukul hingga rata dan kembang.
  5. masukkan kedalam kertas kek yang telah tersedia dan boleh di bakar selama 15 - 20 minit atau sehingga masak. boleh cek dengan mencucukkan lidi ke dalam. jika lidi bersih setelah ditarik keluar, bawa keluar kek dan sejukkan.
dah sia dah kek. rasanya tak sampai sejam dah dapat kek lebih kurang 16-20 biji kek kertas dengan adunan di atas. tapi bergantung jugak saiz cawan kertas yang korang gunakan. bila dah sejuk, boleh la korang buat hiasan, nak guna coklat ganache boleh, nak guna icing boleh. ikut kesukaan korang la.

lagipun ini kira asas kek koko jugak la. dah ada asas, nanti yang lain-lain mesti pandai buat jugak kan?
*bon appetite*

Monday, February 27, 2012

#anak dara belajar masak: Totally Chocalatey Brownies

salam semua.

selamat malam Ahad. esok dah Isnin, dah kena gosok baju dengan tudung nak gi kerja esok..cik memang 'rajin' sangat bangun awal pagi nak pergi kerja yang jauhnya kat Shah Alam tu. Alhamdulillah ada rezeki cik walau jauh.

ingat tak hari tu cik teringin nak buat Brownies [klik sini]? akhirnya, kuat semangat jugak cik nak buat brownies. itu pun dok belek-belek buku, sama ada nak buat chocolate kek atau brownies sebab cik tak ada walnut. cik cuma ada almond je. tapi alang-alang bahan dah dikeluarkan, cik teruskan jugak buat brownies.
 resepi brownies cik ambil dari Majalah Nur Edisi Februari 2012. padahal kawan cik ada jugak bagi resepi dari Nigella Lawson. nak cuba punya pasal, cik guna majalah punya resepi. lepas tu menyesal, sebab resepi tak lengkap langsung. rasa nak je telefon editor majalah ni tanya siapa yang bagi resepi.
 cuba korang tengok resepi kat atas tu. ada menggunakan telur. tapi kalau korang tengok cara-cara, tak tahu telur tu masuk bila. memang berapi jugak la cik tengok resepi tu. nasib lah cik ada resepi kawan cik,, terus cik bukak tengok masa bila nak masukkan telur. walau pun ada perbezaan sedikit, tapi boleh lah nak buat.

jadi untuk tak membuang masa, mari cik kongsikan resepi dan cara-cara mengikut olahan cik sendiri. akan datang cik nak guna resepi kawan cik tu pulak.

BAHAN-BAHAN:
125 hm mentega (dipotong dadu)
125 gm coklat masakan
200 gm gula perang
3 biji telur
50 gm tepung serbaguna
35 gm serbuk koko
1/4 sudu teh baking powder
150 gm walut cincang (cik pakai almond)
sedikit mentega cair untuk menyapu loyang.





CARA-CARA:

1. panas kan oven sehingga 180 c dan lengserkan loyang dengan mentega dan lapik dengan kertas.
2. cairkan mentaga dan coklat bersama, dan sejukkan sedikit.
3. pukul gula dan telur hingga kembang.
4. campur tepung serbaguna, baking powder dan serbuk koko dan ayak bersama.
5. masukkan tepung dan telur berselang seli ke dalam adunan mentega dan coklat cair yang telah disejukkan sedikitt. dimulakan dengan tepung dan diakhiri juga dengan tepung.
6. masukkan walnut dan gaul rata.
7. tuangkan adunan kedalam loyang dan bakar selam 25 minit atau hingga masak

cik ambil masa lebih kurang 45 minit sebab adunan terlalu tebal. tapi nasib baik la masak jugak. rasa memang coklat habis dan rasa kenyal. cuma almond rasa fail la.hahaha. kena cari walnut la lepas ni.

 brownies with coconut ice cream.

ini brownies resepi dari majalah, tapi langkah-langkah, ikut suka hati cik sendiri. selamat mencuba!

*bon appetite*

Saturday, February 25, 2012

#to do list: Chocolate Lava

ikhsan dari uncel Google

rasanya baru je malam semalam update 'to do list' brownies, hari ni dah upload 'to do list' lain pulak. kebetulan cik jalan-jalan kat blog orang, lepas tu tengok pulak resepi menarik-tertarik-kau-memang-da-bomb, apa lagi memang teruja semacam la kan. nasib tak naik sheikh je. 

cik ni bukan orang yang suka makan coklat atau benda-benda manis, tapi sejak akhir-akhir ni macam teringin pulak, nampak pulak coklat lava ni. dulu ada tengok kat 'Sugar', memang tergoda lah. kebetulan 'The Pink Stillettos' dah cuba resepi ni dari Betty Crocker, jadi macam wajib cuba la kan. jadi siapa yang berminat nak cuba, boleh youtube-ing atau pun boleh je gi website The Pink Stillettos untuk resepi.

nanti bila cik dah buat, cik upload dekat blog hasil tangan cik pulak.

*bon appetite*

Friday, February 24, 2012

#to do list: Brownies

ikhsan dari Google (lupa la page mana)

hari tu kawan cik, si micha omar (budak lelaki yang panggil dia macam ni sebab rambut dia kot, tak pasti lah) buat brownies dan bawak ke ofis. bukan bawak dalam bekas ok dia bawak dalam loyang yang masuk dalam oven tu. cuma cover dengan aluminium foil je. memang sempoi betul budak ni. 

cik bukan orang yang suka nak makan coklat, walaupun kek coklat. tapi sebab orang dah bawak, wajib lah merasa kan. pertama kali cik makan brownies yang sedap. bukan setakat sedap, tapi tekstur dia tu lembut dan kenyal (korang boleh tak bayang macam mana?), tekstur yang patut ada dalam semua brownies. tapi micha omar buat memang sedap lah. cik memang kena cuba la. tapi hari minggu ni nak balik kampung la pulak kan. fail betul la.

*bon appetite*

Tuesday, October 25, 2011

# anak dara belajar masak: Blueberry Cupcake

salam semua.

punya lama nak update blog ni. sekali update, beratur entry sampai korang pun tak sempat nak baca. hahaha.cik ni nak kongsi resepi KEK CAWAN BLUEBERRY. sebenarnya resepi ni cik dapat dari buku. rasanya Majalah Nur kot. edisi berapa, cik memang dah lupa. tapi kalau ikut sebenarnya resepi ni KEK CAWAN STRAWBERRY. tapi cik ubah suai. ampun pemilik resepi.
 bagi cik, cara membuat dan bahan-bahan dia memang tak banyak. senang jugak. cik dah buat kek ni 3 kali. bagi ofis mate, semua cakap sedap. tapi tak tau la kalau korang buat tak sedap.hahahaha.

Bahan-bahan:

185 gm mentega
170 gm castor sugar
3 biji telur
125 gm tepung naik sendiri
30 gm tepung gandum
125 gm susu segar
1sudu teh esen vanilla
pes blueberry / strawberry

1. pukul mentega dan gula hingga kembang dan gula hancur.
2. masukkan telur sebiji demi sebiji
3. ayak tepung naik sendiri dan tepung gandum.
4. kaup balik kan tepung dengan susu berselang seli, dan kacau hingga rata.
5. masuk kan ke dalam cawan kertas 3/4 dan letakkan pes blueberry / strawberry di atas nya. (jangan risau, sebab bila di bakar, nanti pes tu turun dan akan berada di tengah bila masak )
6. bakar selama 20 minit atau hingga kek masak, dengan suhu 180 C.


cik dah beberapa kali masak kek ni, jadi gebu dan sedaaaaaaappp sangat sebab tiba-tiba ada inti blueberry.rasa seksi tau..hahaha

*selamat mencuba*
*bon appetite*

Monday, September 5, 2011

# anak dara belajar masak: kek renyaian lemon

selamat hari isnin.

hehehe. cik masih cuti lagi. hahaha. tapi esok cik kerja T_T . benci! 

tapi semalam cik rajin gila buat kek. mana tak nya resepi pun senang je. tak sampai 15 minit cik dah siap campur adunan, lepas tu bakar dalam 20 minit. cik mula dari pukul 11 pagi macam tu, lebih kurang pukul 12 cik dah siap nak hidang pada tetamu yang datang.
 cik dapat resepi dari buku kat atas. cik beli masa Astro Fest tahun lepas. kebetulan ada booth MPH buka. cik nampak buku ni, dah tak fikir panjang dah. terus beli je.

resepi yang cik buat ni ringkas je. siap ada lagi variasi. gambar cik pun macam tak menyelerakan je. tak pela. cik baru mula nak berjinak-jinak dengan kamera kan. tapi teringin jugak nak beli kamera DSLR lepas tu belajar pasal food photography. tapi mulakan dengan kamera P&S dulu je la.hehee.

bahan kek:

125 g (4 auns) dan 1 sudu besar mentega, pada suhu bilik
130 g (4 1/2 auns) gula halus
2 biji telur besar
1 biji lemon parut kulit -cincang halus
1110 g (4 auns) tepung naik sendiri

aising :

6 sudu besar gula halus - tapi cik guna 2 1/2 sudu besar je.kencing manis woi!
1 biji jus lemon.

cara-cara:

1. panas kan oven 180 C (350 F / Tanda Gas 4).
2. gris acuan dengan mentega dan alas dengan kertas minyak

3. pukul mentega dan gula hingga pucat.
4. masukkan telur satu persatu.
5. masukkan parutan kulit lemon dan pukul lagi.

6. ayak tepung dan kaup balikkan ke dalam adunan. tak perlu guna mixer lagi.
7. tuang dalam acuan dan ratakan.

8. bakar dalam lebih kurang 20 minit sehingga keemasan dan pencucuk yang digunakan bersih apabila dikeluarkan.

9. letak kek diatas rak penyejuk.
10. cucuk seluruh permukaan kek dan tuang jus lemon yang dicampur dengan gula halus.
11. sejukkan kek dan potong berhati-hati.
minta maaf la takde gambar masa tengah buat. tapi langkah-langkah tu cik lebih kurang taip semula jugak la. kedit pada penulis buku ni. lengkap betul buku ni. dah la kecik. banyak tips lepas tu gambar pun ada. kene la jugak buat seminggu sekali kan. 

p/s: ketagih melawat blog cik munirah. dia ada lesen nak masak. cik pun tak ada lagi.hehehe.

*bon appetite*

Sunday, October 10, 2010

# anak dara belajar masak: kek parut oren

kenapa nama entry macam tu? adakah kek tu sedang memarut oren? ataupun banyak gunakan parutan oren dalam kek ni? tapi kalau sekali pandang nama kek macam "kek carut oren" kan? hahahahha..kelakar tak cik..lame -_-".

ok lah memandangkan cik rajin hari ni, jadi cik nak muat naik( mak aihhh..ayat) dan kongsi kek yang cik dah buat.resepi cik amik dekat internet, tapi cik dah lupa kat mana. cik tak tau kenapa cik suka sangat kek ada perisa oren. cik mesti jadi teruja nak masak. cik kurang sket kek coklat ke, tiramisu ke apa.nak buat tak pe la, makan kurang la kot.

jadi mari kongsi resepi.

bahan-bahan:
1 tsp esen vanilla
1 cup/250 gm mentega (pakai tatura best sikit, buttercup buat kek jadi oily)
1 cup/ 250 gm Castor sugar
1 cup/ 250 gm flour
1 tsp perahan oren sunkist
1 biji oren (diparut kulit)
1 tsp serbuk penaik / baking powder
5 biji telur [asing kuning dan putih]





cara-cara:

  1. pukul telur putih hingga gebu.
  2. pukul mentega, gula dalam bekas berasingan.
  3. ayak tepung dan serbuk penaik bersama.
  4. masukkan telur kuning sebiji demi sebiji dan pukul hingga rata.
  5. masukkan parutan kulit oren, esen vanilla, perahan oren.
  6. masukkan tepung yang sudah di ayak, kacau hingga rata.
  7. masukkan telur putih yang telah dipukul hingga gebu kedalam adunan tadi.masuk sedikit demi sedikit dan gaul rata. jangan terlebih gaul, nanti banyak sangat angin dalam adunan, dah tak jadi. [lebih baik menggunakan senduk kayu atau spatula.jangan guna mesin].
  8. sapukan loyang dengan mentega, dan tuangkan adunan ke dalam loyang.
  9. bakar selama 45 minit atau sampai masak dengan suhu 180 C.







p/s: cik lupa nak ambik gamba bila dah siap masak. tapi kawan seofis cik cakap sedap.jadi lah tu.hahahah

*bon appetite*