Showing posts with label ceritaceriti. Show all posts
Showing posts with label ceritaceriti. Show all posts

Saturday, September 7, 2019

Bye kereta ku sayang.

Hai korang. 

Setiap orang mesti ada kereta atau kenderaan pertama dia kan. Lagi-lagi yang beli dengan duit sendiri. Kadang sentimental value dia lain macam sikit kan. 

Ye la. Susah payah bergerak dengan kenderaan tu je la. Macam kakda, kereta Myvi purple ni memang first kereta kakda. Masa beli dapat pulak nombor cantik tak payah beli pun. Memang lagi la sayang sangat. 

Jadi masa nak jual tu ingat macam lambat lagi. Sekali orang yang nak beli tu tengok pagi terus nak ambil dan dan tu jugak. Memang rasa nak pecah jantung. 

Balik kerja petang terus bergambar dengan anak-anak. Suami kakda memang pagi tu  la last dia tengok kereta ni. Bergambar pun tak da. Memang sedih la. 

Sebelum kahwin dia siap bawak kereta ni balik Ipoh, amik kerepek untuk buat goodie bag. 

Belum lagi cerita lepas kahwin. Sampai anak dua. Ni dah masuk 3 tu yang kena upgrade kereta family tu. 

Aisyaa ni kita suruh dia posing elok-elok, macam2 gaya dia bagi kat kita. 

Datang pulak si Amier. Hmmmm. Sepesen je adik beradik ni. Gambar nak pelik-pelik. 

Siap mintak nak posing dulu sebelum orang ambil pagi esok. Layan kan aje lah kan. 

So kakda nak simpan gambar ni kat sini buat kenangan. Nanti boleh anak cucu tengok balik. Tau dah kereta pertama apa. Hahahha. 

Semoga tuan yang baru dapat manfaatkan kereta ni. Kakda jaga dan sayang elok tau. Jangan korang buat huru hara pulak. 

Ok. Nak nangis ni tengok kereta. Waaaaaaa. Rasa nak beli balik je. 

Farida Tarmize
Tuan kereta yang merindu

Sunday, March 4, 2018

Home : Where the family is!!

Alhamdulillah. 



Semoga dilapangkan rezeki anda juga untuk memiliki kediaman sendiri. Kediaman ni akan jadi tempat untuk kakda berkerjaya dengan Mary Kay jugak. 

Hehehehe. Siapa nak berskincare class jemput datang ke rumah kakda. 

Love sangat,
Kakda 
Mary Kay Independent Beauty Consultant. 

Wednesday, January 24, 2018

2018 : New Journey begins

Assalamualaikum & Good Morning!!!

Ya Allah! Lama sangat tak bertandang kat blog ni. Tengok last post pun tahun 2016. Sebelum mengandungkan Amier. Ni dah masuk 2018. Amier pun nak dekat setahun dah. 

Hahahahahaha. Nampak tak lamanya di situ. Kalau ikut ada je blogging, tapi lebih pada blog makeup. Tak mau la campur2 kat sini. Nanti jadi caca marba pulak. Kalau korang nak tengok boleh klik

https://faridatarmize.blogspot.com

Skema je nama blog. Hahahah. Nampak la matang sikit kan. Tu blog alter ego namanya. Sebab blog tu memang cerita bab2 kecantikan, penjagaan kulit, dan makeup. Kat sini blog ala2 mak-meroyan-anak-buat-sepah-apa-resepi-nak-cuba-hari-ni. 

Tapi insya Allah korang takde la nengok post hari2 marah meroyan tak tentu pasal. Rugi tau tulis benda negatif je ni. Nanti jadi doa. Kalau orang baca nampak kita ni macam tak bersyukur je dengan apa ada. 

Betul tak? Rasa macam berjela pulak kakda taip. Hahahaha. Ok. Kakda ada Perhimpunan Tahun Baru 2018 dekat Cyberjaya ni. Nak mencari hala tuju organisasi sepanjang 2018. 

Jadi selamat berkerja dan have fun everyone!!!

Love sangat,
Kakda

Tuesday, April 19, 2016

Kenduri Kahwin Tok Wan

Alhamdulillah

Selesai sudah kenduri tok wan. Berjaya jugak kami balik kampung. Lama kot tak balik. Last balik masa raya dua tahun lepas. Baru kahwin masa tu. 

Ni Aisyaa dah setahun baru balik lagi. Jumpa tok wan selalu dah sebab tok wan ada je turun ipoh. Tapi nak balik kampung tu takde. Kebetulan tok wan nak kahwin, balik la. Ye dakk???

Tu diaaa. Tok wan kami steady ja nak nikah. Siap kata dah 3 kali nikah kat rumah yang sama.  Hhehehe. Sebab rumah tu, rumah biras tok wan. Jadi cik pon tak faham macam mana. 

Hahahaha
Dengan sekali lafaz selamat sudah tok wan bergelar suami. Kami dapat Opah comellll. 
Selfie dari kejauhan je mampu. Huhuhu
Tok wan dan Opah comel. Sempoi ja kawen. Muda ka tua ka boleh ja buat kenduri camnih. Nak ke dak je. Kalau dok fikir orang kata, mereput la ketakutan. 
Bergambar sekeluarga. Free style gitewwwwww. Ni pon ada lagi yang tak datang. 
Siap masuk Taiping Zone. Hehehehe. 

Selamat dah majlis tok wan. Alhamdulillah. Jodoh tok wan. Ada orang boleh tengok2 kan tok wan. 

Bekal Hari Ini


Assalamualaikum

Memandangkan Aisyaa dah setahun, dia tak layan dah nasi bubur ni. Dia nak nasi lembik je. Sebab dia dah mula tumbuh gigi, jadi mungkin nak kurang gatal gusi b

Hari ni bekal ibu abah masak fucuk suhun masak lemak dengan ikan kayu goreng. Untuk aisyaa, masak lemak fucuk suhun jugak tapi sebelum letak garam. Lepas tu ibu goreng garing ikan bilis dan tumbuk hancur. Jadi la garam untuk aisyaa. 

Siap dah bekal sempoi untuk makan satu family. Alhamdulillah. 


Saturday, April 16, 2016

In-laws Birthday Celebration

Assalamualaikum

Alhamdulillah selamat sampai Ipoh dah. Awal2 kak ipaq dah mesej ada makan-makan. Memandangkan kitorang pon memang plan nak balik lepas ofis, so kita on je la. Hehehehe. 

Bila sampai je rumah tengok kemain in law masak. Rupanya nak buat birthday celebration. Hahaha. Makan lagi la. Best nyaaaaa. 

The March & April gang. Aisyaa pon masuk sekali. Muka mamai je sebab baru bangun tido. 
Tiup lilin. Gaya kena ada. 
Potong kek pulak. Gitewwww. 
Abah dapat hadiah. Yeayy. Hahahaha

Kenyang kami makan mihun sup dengan yong tau fu kak ipaq buat. Sedap mak aiii. 

Tuesday, April 12, 2016

Descendent of the Sun

Kegilaan apakah ini?

Kejam betul. Tak pepasal je cik jadi penunggu setia cerita korea. 

Cik jenis layan Variety Show sahaja. Drama sangat lah jarang. Tetiba budak-budak ofis ni ngajor tengok cerita ni pulak. 

Addicted ok. Addicted!!

Cerita ni bukan sekadar cinta dan pengorbanan je tau. Ni cerita cintakan negara lagi. 

Oh mennnn. Chemistry Joong Ki dengan Hye Kyo macam best gila dapat drama ni. 

Nak pergi Koreaaaaaaa!!!


Monday, April 11, 2016

11 April : Aisyaa Turn 1 !!!

Alhamdulillah

Barakallah. 

Tak sangka kejap je masa berlalu. Dah setahun dah Aisyaa Fitriey. Masa lahir kecik je. Keluar-keluar 2.35kg je. Nurse semua tegur baby kecik. Lepas tu ada banyak bulu. Bila check up doktor tanya baby pre-mature ke. Padahal lahir due date kot. 

Tapi takpelah. Sayang ibu abah sihat dan sempurna dah cukup untuk kegembiraan ibu abah. 

Bila dah setahun ni, maksudnya perjuangan cik menyusukan aisyaa pon dah setahun. Insya Allah sampai dua tahun. Kalau ada rezeki anak lagi, tengok macam mana. Kalau Allah ada beri rezeki untuk menyusu sambil mengandung, Alhamdulillah. 

Baju masa sebulan dulu. Menggelebeh je. Badan semua halus. Semua orang takut nak pegang dia. 

Sekarang dah nak sendat dah si kecik ni. Heheheh. 

Insya Allah. Lapang rezeki Aisyaa, ibu abah belikan baju. Bagi belajar tutup aurat sikit lah. Heheheh. 

Moga lapang rezeki anak ibu abah
Jadi anak yang solehah dunia akhirat
Moga Allah beri ilham pada ibu abah untuk besarkan zuriat2 ibu abah. 
Moga banyak sumbangan pada agama Islam, pada negara. 

Insya Allah. 

Sunday, April 10, 2016

Lawatan Delegasi Bangladesh ke PKP PJ

Assalamualaikum

Pheww!! 

Selesai sudah tugasan menjadi Ajk Sambutan & Protokol untuk lawatan Delegasi dari National Tax of Bangladesh. 

Cececehhhh. Macam la banyak sangat tugasnya. Padahal senyum je lebih. Depa pon takdak nak sembang ka apa. Depa mai buat cukup syarat jam kursus kot. Hahaha. 

Depa melawat tempat cik sebagai salah satu lokasi organisasi kerajaan yang mempunyai Pusat Khidmat Pelanggan sendiri. Jadi diorang nak belajar la sebelum diorang nak set up kat tempat diorang. 

Diorang mendengar dengan tekun penerangan encik norrizal. Pandai ke idok tak tahulah. 

Delegasi bergambar dengan bos Puan Shimo. Comel tak?

Nasib dapat makan free. Itu yang best. 

Hahahahaha

Monday, April 4, 2016

Aisyaa's Weekend

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Ada kesempatan nak update blog lagiiiii. Rindu sangat nak menulis. 

Hari minggu lepas memang tak balik Ipoh atau Kajang. Makeup job pon takde. Jadi kitorang plan nak bawak aisyaa jalan kat rumput. Rumput yang wujud dan selesa kat area Sri Damansara mestilah Taman Layang-Layang kat selayang. 

Itu je yang terdekat. Jadi petang2 terus siap nak bawak aisyaa. Alhamdulillah. Nasib kami gerak dalam kol 5 camtu. Jadi kereta tak banyak sangat. Port nak lepak pon ada je. Kitorang siap beli kopok lekor bagai nak makan. 

Aisyaa dan abah dah ready nak lepak. 

Lompat tinggi-tinggi
Sampai cucur atap
Belum tumbuh gigi
Dah pandai baca kitab

Hehehe. Layan pantun lama. 

Bergembira si kecik dapat jalan-jalan. Lagi satu sebab nak bagi deria rasa dia bertambah. Tu yang bagi dia merangkak dan bertateh kat atas rumput. 

Ye la. Zaman sekarang tak macam dulu-dulu. Dulu bebas je nak jalan kesana sini. Sekarang bahaya nak lepas sorang. 

Sabtu dah jalan kat Taman Layang-Layang. Ahad bawak gi rumah tok chik aisyaa pulak. Bagi Aisyaa swimming dengan maksu Hannah dia pulak. 

Saje cik nak bagi water confident pada dia. Belajar berenang dari baby lagi. Sebab anak aunty cik semua belajar sendiri je dari kecik. Kecik2 dah kena masukkan dalam swimming pool. 

Tapi kena ada penjaga la kan. 

Aisyaa bergembira mandi sampai kecit2 tangan kaki dia. 

Bila malam terus tidur lena. Penat sangat. Heheheh. Insya Allah. Ada rezeki masa ibu abah, bawak jalan2 lagi ye. Ibu abah bertahan je taknak main gajet sangat masa bawak aisyaa jalan-jalan. 

Maka bertabahlah. Hahaha


Wednesday, March 30, 2016

Ibu Ohsem

Assalamualaikum

Dah nak dekat setahun. 

11 April 2015 8.24 malam mencatatkan cik dah bergelar ibu. Alhamdulillah.

Looking forward for a new journey with Aisyaa and more babies insya Allah. 


Ibu Abah love you baby 

Kerana Allah

Wednesday, March 23, 2016

Makeup Service

Assalamualaikum

Hehehehe. Korang tahu tak cik ada blog lagi satu. Tapi blog ni lebih pada nak share pasal makeup sahaja. 

Pada sesiapa yang tercari-cari servis makeup last minit, boleh tengok hasil kerja di instagram / Facebook. 

Kalau ada pertanyaan atau booking boleh whatsapp / email. Insya Allah. Natural makeup look at your service. Or any types of makeup at affordable service price. 


Don't forget to check out my blog faridatarmize.blogspot.com for my rave and review about makeup. 

Bye!!

Saturday, March 19, 2016

Jaga-jaga! Panas!!!

Assalamualaikum

Rasanya ramai tahu dah amaran yang dikeluarkan berkenaan cuaca panas untuk beberapa tempoh. 

Siapa yang dok kat utara tu lagi la kena jaga sebab panas mak aiiii. Rasa nak berendam dalam swimming pool je. Hari tu cik balik Ipoh pon panas kemain. Aisyaa memang pakai baju semua lubang-lubang je. 

Kalau cik pulak memang dok perabih air masak je. Ye la, cik sendiri jenis bibir cepat kering, tekak cepat dahaga, lepas tu dengan Aisyaa menyusu je. Lagi la memerlukan air yang banyak. 

Balik dari Ipoh aisyaa dah mula batuk. Bila malam je teruk sangat batuk dia. Sampai nak muntah ada. Sampai kentut2 (ini kelakar sebenarnya. Tapi tak sampai hati nak gelak). Tapi memang boleh dengar bunyi kahak dia macam tersangkut. 
Ni poster cik amik dari fb KKM. Kalau boleh elakkan buat aktiviti masa panas2 macam ni. Kalau terpaksa jugak, pasti kan korang sentiasa ada minuman isotonik dan air masak. Minum banyak  takpe. Kencing banyak pun takpe. Jangan tak minum nanti mula lah kepala la sakit, silap2 boleh kena kencing kotor aebab kurang air. 

Kalau korang jenis tak minum air isotonik yang bergas tu, korang boleh cuba Performance Drink dari Shaklee. Sedapppp. Rasa oren, tak bergas,  boleh diminum oleh semua orang. Kalau yang aktif bersukan pon boleh jugak minum. 

Cik punya bibir memang jenis cepat kering even kerap minum air kosong. Bila jumpa doktor, doktor suruh ambil air ada elektrolit macam isotonik untuk kekalkan kelembapan dalam badan.

Jaga diri semua. Panas ni. Kang demam pulak. Cik pun demam sampai bengkak tekak. Minum air je la jawabnya. 

Shaklee Distributor anda :)

Wednesday, March 16, 2016

Bekal hari-hari

Alhamdulillah

Panjang umur lagi. Hehehe. Hari-hari bangun pagi nak siapkan bekal. Sekarang Aisyaa dah tak layan nasi bubur. Jadi memang masak nasi lembik untuk dia. 

Memandangkan tak rajin nak masak nasi banyak-banyak kali, nasi ibu abah pon lembik jugak. Hahahaa

Nasib la suami pon jenis suka makan nasi lembik. Tapi takde la hari-hari. Nangis kami. Hehehe. 

Bila cik bawak bekal gi ofis, orang ofis mesti kata rajin bangun pagi masak. 

Bagi cik semua orang boleh masak dan bawak bekal.  Nak atau tidak je. Kalau memang dalam hati NAK BAWAK BEKAL, KENA BAWAK BEKAL.  Memang automatik korang akan paksa diri bangun awal pagi. 

Kalau beli barang dapur korang akan paksa diri siap-siap siang bahan mentah, potong sayur, simpan dalam bekas ikut nak masak apa. Jadi bila bangun pagi, takde la korang kalut fikir nak masak apa. Sebab dah siap bahagi setiap hari menu apa, bekas dah siap potong ke apa. Tinggal nak tumis / goreng / rebus je. 

Jadi korang kena lah set dalam diri. Bawa bekal jimat duit. Makan insya Allah berkhasiat. Anak-anak dan suami makan hasil masakan sendiri. Skill masak makin cemerlang. Hahahaha

Jadi selamat berusaha. Yang penting niat kerana Allah. 



Sunday, March 13, 2016

Ketam Lembut YB Ipoh

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Rezeki balik ipoh. Hehehehe. Suami teringin nak try Burger Ketam Lembut. Sebab dok tengok kat fb nampak cam menarik je kan. Jadi mana boleh lepaskan peluang. 

Kitorang siap buat list kat mana kena cuba makan. Hehehe. Kalau orang tengok mau la berjela list kitorang. Tapi semua kat area ipoh. Padahal KL lagi melambak. 

Pilih ipoh sebab boleh bawak mak abah jenjalan sekali. Kalau kat kajang pon boleh aja. Hahahaha
Ni menu yang disediakan. Kalau ikut dia stall burger dekat kedai makan. Jadi menu istimewa mesti la ketam lembut. Tapi sayang hari cik datang tak ada pulak goreng2. Baru ingat nak makan nasi goreng ketam lembut. 
Tadaaaaaa. Ketam saiz L. Sebab cik tak pernah tengok ketam lembut rupa macam mana. Jadi saiz L dia pun kira kecik la. 
Cik dan suami yang beria amik gambar. Jadi mari mulakan review. Hahahaha

1. Rasa
- rasa tepung celup dia just nice. Tak masin, tak terlalu berempah jadi tak terlebih dari rasa ketam. 
- ketam pulak walau pun tak besar tapi tetap rasa isi ketam tu tetap ada. Kulit dia lembut tapi rangup sebab tepung tu goreng sampai rangup. 

2. Rupa
- rupa boleh la. Takde la buruk mana. Cuma sayur dia cam letak seketul kat situ. Memandangkan cik kureng sket kobis, jadi memang senang je la buang. Hahahaha
- untuk burger depa guna saiz L. Kalau nasi gireng ada saiz XL. 

3. Diorang ada jual ketam mentah jugak
- saiz M / 6 ekor / RM35.00
- saiz XL / 4 ekor / RM35.00

Cik cam rasa tak puas makan ketam tu. Sebab kecik nawww. Padahal cik aim nak makan nasi goreng. Frust terus cik. Nasib tak nangis. Hahahah

Jadi cik bagi 3.5/5 bintang. Hahahaa. Kurang markah sebab cik rasa tak puas sebab tak ada nasi goreng

Jadi kalau siapa teringin nak makan, depa bukak
Selasa - Sabtu / 8.30 - 11 malam
Area Chepor 
Nak cari kedai dia cam kena perhati sikit. Tapi kat waze ada. Kalau pergi fb Ketam Lembut YB Ipoh pon ada direction. 

Selamat makan korang!!

Sunday, March 6, 2016

Wedding : Abby & Shazwan

Alhamdulillah 

Selesai sudah majlis perkahwinan kawan sekolah cik. Punya la dulu cakap tak kahwin, last2 kahwin jugak. Jodoh & ajal di tangan tuhan. Lambat atau cepat je. 

Abby beri tanggungjawab untuk mekapkan dia masa majlis nikah dan sanding. Hari yang sama. Beza masa dalam 2 jam dari waktu nikah. 

Gila ke tidak?  Tapi takmau cerita mekap kat sini. Sila baca blog lagi satu. Hahahaha. 

Lepas nikah. Hahaha. Main banyak dua orang ni. Atas pelamin bergaduh comel je. 
Ni lepas mekap tapi sebelum nikah. Bergambar dulu kat photobooth + pelamin. Comel je. 
Ni sembang apa tak tau depa dua orang. 
Sneak peak makeup for abby's wedding. 
Tak sempat jumpa kawan sekolah. Diorang ni lambat pulak. Hahahaa

Cik rasa ni kali kedua cik datang kenduri kawan dari nikah sampai sanding. Hahaha. Gigih kot. Dah la kawan-kawan abby comel je. Belum start nikah masing-masing dah emo siap nangis-nangis bagai. 

Tapi memang emo la masa jumpa abby pon. Macam eyhhh. Tak caya abby nak kahwin dah. 

Alhamdulillah sekali lafaz je Nur Shazwani dah jadi isteri Khairul Shazwan. Comel tak? Nama pon lebih kurang je. 

Moga kekal bahagia hingga ke syurga. 

Insya Allah. 


Thursday, February 25, 2016

Ofisku Terbakar : Kisah Yang Tersirat

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Hampir seminggu berlalu dari kejadian yang mendebarkan jiwa, hati, jantung, isi perut, turut juga menggigilkan lutut sebab kena turun tangga dari tingkat 9. 

Hari rabu lepas (17/2/2016), tempat cik bekerja berlaku kebakaran. Kalau ikut laporan, kabel utama TNB bagi bangunan cik terbakar menyebabkan semua penghuni kena kosongkan bangunan. 

Memula macam excited la tengah jawab call tetiba letrek takde. Ingat trip ke apa, tapi macam tak mungkin sebab lama kan. Lepas tu bos cik tengok kat luar, dia perasan ada asap kat bumbung. 

Kitorang apa lagi, memang bungkus terus barang turun ikut tangga. 


Serious sangat mendebarkan. 

Cik taknak la cerita detail kan. Yang cik nak cerita kat sini pasal Hikmah. 

Yesss. 

Seminggu sebelum tu, hari yang sama. Cuma waktu pagi, kami dikejutkan dengan bunyi loceng kebakaran. Yesss. Semua terkejut. Ingat rosak. Maka masing2 pon berseronok2 turun sampai tempat berkumpul. 

Ingatkan memang ada latihan, rupanya ada pelawat luar yang datang merokok dekat bahagian lobi lif tingkat 4. Maka  asap rokok telah trigger pengesan kebakaran. 

(Sebab kalau staff depa merokok kat balkoni belakang. Jadi pelawat atau orang yang tak tau je la akan suka- suka hati merokok kat situ). 

Masa tu kitorang cam bengang gila sebab kena turun tak pepasal je kan. Rupanya Allah nak sediakan kami, apa perlu kami buat bila betul2 berlakunya kebakaran. 

Alhamdulillah, waktu kejadian semua alert kawan-kawan kiri kanan. Cek kedatangan. Sepanduk tingkat bawak. Cek tengok keadaan kawan-kawan.

Sungguhlah. Allah takkan datangkan kesusahan kalau bukan untuk sediakan kita dengan cabaran sebelum beroleh kesenangan. 

Subhanallah

Bila fikir balik banyak hikmahnya. Dari sudut pandangan diri sendiri, persediaan organisasi, dari kemudahan sistem. Banyaklah kalau difikirkan secara postif memang akan nampak. 

Alhamdulillah takde sesiapa pun yang cedera. Dan minggu ni kami dah beroperasi sepenuhnya melayan panggiln pelanggan di luar yang memerlukan khidmat organisasi kami. 

Selamat bekerja semua !!


Monday, February 22, 2016

Sukee Sukii : Steamboat dan Grill

Assalamualaikum

Dok belek fon baru perasan lupa cerita pasal Restoran Sukee Sukii : Steamboat & Barbeku. 

Restoran ni terletak di Pusat Komersial TBS Sungai Buloh, U20. Tak faham kenapa dia U20 tapi kat Sg buloh. Hahaha

Abaikan....

Restoran ni buka seawal jam 5.00 petang tak silap cik. Sebab kitorang datang pun dalam kol 6 camtu. Dah ada pelanggan tapi tak ramai. 

Selalunya malam la ramaikan. Harga. Mahal sudah. Kalau sebelum ni dalam rm23 untuk dewasa. Tapi sekarang dah rm37 macam tu kot untuk dewasa. 

Masa dia cakap tu macam telan air liur gak la. Cik bukan jenis perut besar nak makan buffet. Jadi nak bayar rm37 untuk steamboat, memang pejam mata je la. Sebab dah sampai dan teringin. 
Setiap meja ada pemanas sup dan barbeku. Heheheh. Korang boleh pilih nak sup ayam atau tomyam. Boleh pilih salah satu je. 

Bahan mentah yang lain semua buffet. Tempat ni kemas bagi cik. Makanan yang dia tawarkan pun kemain banyak jugak. Cuma larat makan atau tak je la. 

Untuk dessert dia lebih kepada buat ABC dengan chocolate dip. Huhu. Cik dengan suami memang makan apa saja la kan. Pulak tu ada kambing, memang banyak amik kambing je la. 
Makanan kami. Nampak sikit. Tapi banyak gila sampai nak meletup perut. 
Gril dan grill dan grill. Sedap betul. 

Tak banyak pulak cik ambil gambar. Sebab aisyaa pon macam merengek kena duduk dalam baby chair. Jadi macam pasrah je la. Hahaha

Next time kalau cik pergi lagi cik ambil gambar banyak2. Cara nak pergi ke kedai ni boleh waze. Kalau tak jumpa boleh cari Pasaray Syed Sg Buloh. Kedai ni betul2 berdepan dengan pasaraya syed. 

Nak komen lebih2 pun takdela. Tapi tomyam dia pedas kot. Mungkin hari cik datang tu dia terlebih letak cili kot. 

Hahaha

Tak lawak pun. 

So kalau korang dah cuba, cer syer sikit apa yang korang suka dan tak suka 

Bye korang. 

Sunday, February 7, 2016

Balik Kampunggggggg : Kaw Kaw Burger

Assalamualaikum

Update lagi. Hehehe. 

Apsal tah. Trip balik ipoh kali ni asyik keluar gi jalan makan je. Hari sabtu makan maggi ketam. Ahad ni try kedai kawan cik pulak: Kaw Kaw Burger, Tambun, Ipoh. 

Kalau ikut Kaw Kaw Burger ni cawangan dari Ampang. Tapi cik tak pernah tahu pon wujudnya ampang tu. Hahaha. 


Konsep Kaw Kaw Burger ni ala ala hispter la. Apa hipster pon tak tau. Tapi memang santai jugak la. 
Laki bini kaki cuba makan. 

Interior yang moden jiwa muda mudi kononnya. 
Si kecik yang tidur lepas tu jaga. Hehehe. 

Pilihan menu tak berapa banyak. Jadi tak pening-pening. Bila tanya tuan kedai, semua tuan kedai cakap sedap. Tapi ada yang paling sedap. 
Memandangkan cik teringin makan pasta, maka cik cuba Aglio Olio. Sebab ni kira basic pasta. Kalau sedap pasta ni insya Allah yang lain sedap. Hahahaha. Sedap diorang buat pasta ni. Cuma tak al dente je. 

Harga: RM9.90
Encik somi dia teringin lamb chop. Ada 2 keping seyhhhh. Kuah melimpah. French fries sampai kemudian. Tapi sedap kentang dia. Cik non-stop makan kentang. Encik somi makan sampai puas kata dia. Berbaloi dengan harga. Sebab sedap. 

Harga: RM20.90
Layan makan sambil feeling hipster. Kahkahkah. 

Disebabkan rasa sedap dan kedai pun namanya kedai burger, cam tak sah pulak tak bawak balik burger. 
Maafkan gambar buruk sebab ni take away. Siap potong senang makan kongsi-kongsi

Ni Mr Mushroom. Ada 3 jenis mushroom. Patty burger boleh pilih nak daging / ayam / kambing. 

Harga : RM14.00

Mertua cik suka yang ni sebab dia suka mushroom. Cik tak minat sangat. Sebab tak suka after taste mushroom. Hahaha
Ni pulak Beaconizer. Ni tak boleh tukar. Sebab dia memang pakai daging, pehtu ada daging hiris nipis. Kentang tu la yang sedap sampai menjilat jari. Hehehe. 

Harga : RM14.00

Air cik amik ice lemon tea je. Jadi takde special sangat air cik. Next time datang cik nak try 4C Pasta dengan burger apa tah cam crunchy sket. Hahaha. 

Kalau korang nak buat birthday party ke apa2, diorang ada sediakan ruang kat sebelah atas kedai. Nak cari boleh guna waze 'Kaw Kaw Burger Tambun'. Dekat dengan tanah perkuburan cina. Hehehe

Cuba la korang. Tak menyesal.