Showing posts with label renungan. Show all posts
Showing posts with label renungan. Show all posts

Wednesday, January 9, 2013

Learn to fail or fail to learn?

Salam ya akhi wa ukhti

Cik tertarik dengan gambar dibawah. Semuanya kegagalan orang yang berjaya. Tak ada siapa yang tahu nasib mereka melainkan Allah. Dan mereka tidak sekali2 menyerah kalah dan terus berusaha.

Cik percaya ada juga umat Islam yang berjaya, tapi sayangnya tak ada pulak cerita. Mungkin mereka berpegang pada sifat rendah diri, menyebabkan kita kurang mengenali mereka. Di Malaysia sendiri ramai orang2 yang berjaya selepas bangkit dari kegagalan mereka yang lepas.

Nampaknya cikpun kena belajar tidak putus asa. Kadang2 tak mudah nak bangkit semula, tapi cik pegang pada janji Allah "tiada siapa yang dapat mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan mereka sendiri". Alamak, cik lupa ayat Quran yang mana. Tapi Insya Allah cik akan cari. Lagipun, ujian atau musibah telah Allah rancang, jadi memohon pada Nya dan berusaha adalah langkah terbaik. Hanya Dia yang dapat membawa atau memberi jalan keluar dari segala ujian dan cubaan. Amin..

Moga Allah tetapkan hati kita dengan agama Nya.

Sunday, February 26, 2012

Ad-Dhuha : penawar hati yang disisih


Surah ad-Dhuha adalah penawar bagi mereka yang merasakan diri mereka disisih, ditinggalkan dan dibenci. Surah ini diturunkan sebagai menolak kata-kata musyrikin kepada Nabi Muhammad SAW bahawa Allah SWT telah membenci dan meninggalkan baginda SAW. 

Allah SWT dengan bahasa lembut menyejukkan jiwa Nabi SAW, bahawa Dia tidak tinggal dan bencikan Nabi SAW. Bagi mereka yang merasakan diri disisihkan manusia, hakikatnya,Allah tidak biarkan mereka kesepian. Dia sentiasa bersama, lalu, Dia pujuk jiwa yang disisihkan itu dengan jaminan bahawa hari esok adalah cerah dan lebih baik dari hari ini.

Ad-Dhuha pengubat jiwa manusia yang resah dan memberikan kehidupan yang lebih baik jika diamalkan selalu.

Terjemahan:
[1] Demi waktu dhuha,
[2] Dan malam apabila ia sunyi-sepi -
[3] (Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).
[4] Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.
[5] Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda – berpuas hati.
[6] Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan?
[7] Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu – Al-Quran)?
[8] Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Ia memberikan kekayaan?
[9] Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya,
[10] Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik;
[11] Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.

nota tapak kaki berkerak: sumber dari FB
_cik kedondong

Tuesday, February 21, 2012

tutuplah aurat mu, sebelum aurat mu ditutupkan.

salam semua.

cerita dibawah ini buat renungan semua lebih-lebih lagi muslim yang wajib menutup aurat. cik mengaku, adakala aurat cik masih belum sempurna, tapi cik masih dalam proses mengubah diri ke arah kebaikan dan mengikut perintah Allah.

kisah ni cik dapat dari FB Oh! Media. jadi ini buat renungan semua.

Liberal Gurlz :
“Salam ustaz…..sorry for disturbing you…I just want to ask something from you…!!”


Ustaz :
“Ok silakan……what you want to know…”


Liberal Gurlz :
“Ustaz it is true……perempuan tak menutup aurat ni jahat….?


Ustaz :
“Hmmm kalau mengikut hukum tak menutup aurat tu….memang jahat la kerana tak patuh perintah Allah.!!


Liberal Gurlz :
“No no no ustaz you ‘re really wrong……pakaian tak melambangkan perangai dan tingkahlaku….kalau ustaz nak tahu….ramai perempuan yang pakai tudung labuh nampak aje sopan…tetapi sebenarnya mereka nilah yang berperangai jahat…mereka hanya berselindung di sebalik tudung mereka…. Tu hipokrit namanya ustaz…..”


Ustaz :
“Sekurang –kurang nya mereka menutup aurat….dosa tidak menutup aurat adalah termasuk di dalam dosa besar kerana perbuatan mendedahkan aurat itu akan membuka pintu kepada zina”


Liberal gurlz :
“Ha ha ha ha ……I don’t think like that ustaz………..sebenarnya..masalah zina…rogol..sumbang mahram…..dan sebagainya yang melibatkan kerosakan akhlak kaum wanita adalah berpunca dari lelaki yang jahat dan bernafsu buas…..bukan sebab kami berpakaian tidak bertudung dan berpurdah.!!!”
“Ustaz pun tahu kan….orang lelaki ni…alim macam mana pun tapi bila tengok orang pompuan…..tercabut serban mereka……ha ha ha ha…”


Ustaz :
“Hai….macam perli saya aje ni….?”


Liberal Gurlz :
“Ha ha ha ha….ustaz tak termasuk la…..saya percaya ustaz….. kalau tak saya takkan tanya soalan ni…….ha ha ha ha……!!”


Ustaz :
“Islam mengatakan….Fitnah yang membuka pintu zina itu adalah banyaknya berpunca dari wanita yang tidak menutup aurat dan menjaga kehormatan mereka”


Liberal Gurlz :
“Habis tu ustaz…salah orang perempuan lah ye kalau…..orang perempuan diperdaya..dirogol…diragut kesuciannya oleh seorang lelaki playboy….?”


Ustaz :
"Bukan itu maksud saya…….apa yang saya nak katakana ialah…orang perempuan sekiranya tidak mendedahkan diri dengan penyebab yang menyebabkan lelaki cenderung untuk melakukan perbuatan yang jahat…maka selamatlah dirinya..dari sebarang ancaman dan gangguan seksual.”….

“Perbuatan membuka aurat itu bukankah menarik ghairah lelaki untuk melakukan sesuatu yang tak senonoh kepada seorang perempuan?”Hilangnya sifat malu seorang perempuan menyebabkan dirinya bercampur gaul dengan lelaki yang bukan mahram….menyebab terjadinya perbuatan berjumpa…berdating…berdua-duaan …..sehingga pihak yang ketiganya adalah syaitan…lalu syaitan pun membisikkan bisikan syahwat menyebabkan berlakunya perbuatan zina antara dua pasangan sejoli…!!”


Liberal Gurlz :
“Alah ustaz …itu sebab orang lelaki lah yang mulakan dulu……orang perempuan ni insan yang lemah terpaksa mengikut kehendak lelaki”


Ustaz :
“Hmmmm…itulah yang tak betul tu…..seorang wanita yang baik….mestilah tegas menjaga maruah dan kehormatan dirinya…..Allah menjadikan wanita ini dari tulang rusuk Nabi Allah Adam a.s untuk hidup mulia sebagai seorang isteri yang mempunyai tugas yang mulia iaitu sebagai peneman suami dan sebagai insan yang berkongsi suka duka bersama suami..setia berkhidmat untuk suami dengan perasaan kasih sayang yang dibina atas dasar cinta…melalui perkahwinan yang sah”

“Bukanlah kasih sayang namanya jika seorang wanita membiarkan dirinya menjadi tempat memuaskan nafsu..lelaki yang jahat….bukan cinta namanya…apabila seorang wanita membiarkan maruahnya dimusnahkan……bukanlah bahagia namanya apabila seorang wanita bersama dengn lelaki tanpa ikatan yang sah.”


Liberal Gurlz :
“Ok…ok….ustaz menang……Cuma saya nak ulangi balik ustaz pendapat saya tadi……perempuan yang bertudung pun bukannya baik sangat….ada diantara mereka ni ustaz yang lebih teruk akhlaknya daripada kami yang tidak bertudung ni….?”


Ustaz :
“Ha ha ha….janganlah disalahkan tudung jika akhlak seseorang itu buruk…..!!!....menutup aurat itu perintah Allah…sama ada manusia itu baik atau jahat…kan itu perintah Allah…kita tak boleh pertikaikan……!!”
“Jika akhlak seseorang itu jahat…..maka dia akan dikira dosanya mengikut akhlaknya yang jahat….tetapi jika dia tidak memakai tudung menutup aurat…..maka dosanya akan bertambah lagi…janganlah kita melakukan satu dosa…kemudian kita tambah lagi dosa…akibatnya derita kita di akhirat..lama kita diazab di dalam neraka…..!!”


Liberal Gurlz :
“Baiklah ustaz…mungkin tak faham maksud saya…….beginilah saya buat contoh supaya ustaz mudah faham……ada seorang wanita yang tidak menutup aurat…tetapi dia baik..rajin..pemurah ..penyayang…hormat ibubapa…..suka menolong orang…dan ada pula seorang perempuan yang bertudung…tapi jahat…suka mencaci mengata orang…..sombong…pentingkan diri sendiri…kedekut…suka cari gaduh….yang mana lebih baik ustaz……?”


Ustaz :
“Saya faham maksud awak…..oklah….tentang perempuan tidak bertudung walaupun dia..baik…buat amalan baik….pemurah…menolong orang…sememangnya dia akan mendapat pahala dengan amalan baik yang dilakukan….tetapi ingat…Nabi saw pernah menerangkan di dalam satu riwayat….bahawa diakhirat nanti apabila kita dihadapkan di hadapan Allah swt…kita akan ditanya..tentang dosa dan pahala….jika ada dosa yang kita lakukan…maka pahala kita akan dipotong….jika kita banyak melakukan amalan baik sekalipun…tetapi jika tidak menutup aurat….pahala kita akan dipotong mengikut lama mana kita mendedahkan aurat ketika di dunia ini semasa kita hidup….sehingga tiada lagi pahala yang nak dipotong..kita tanggung pula dosa orang yang rosak matanya..akhlaknya…disebabkan oleh kita yang membuka aurat….sehingga kita menjadi manusia yang paling muflis di akhirat lalu dicampakkan kita ke dalam neraka.”

“Adapun perempuan yang bertudung…dia terlepas dari dosa mendedahkan aurat…. Dan jika dia melakukan dosa yang lain…yakni seperti mencaci..mengata…sombong..dan sebagainya…maka itu dosa lain yang dia kena memohon dari Allah keampunan …agar tidak di azab diakhirat….sekiranya tidak dia akan diazab mengikut dosa yang dilakukan…..cumanya tempoh diazab itu tidaklah selama tempoh azab dosa orang yang mendedahkan aurat..kerana tempoh tinggal di neraka disebabkan oleh dosa buka aurat ni… lama sangat.”


Liberal Gurlz :
“Oh ye ke ustaz…..maaflah ustaz… saya tak pandai agama……saya cuma dengar orang bercerita…dan ada kawan-kawan saya yang menggelarkan diri mereka “ the liberal gurlz”……yang menyatakan…kalau tak boleh buang sifat-sifat……jahat dalam diri…tak guna pakai tudung labuh……munafik namanya tu……tunggulah sehingga kita benar-benar dah bersedia dan menjadi benar-benar baik….barulah kita pakai tudung tutup aurat…..”


Ustaz :
“Ha ha ha ha ha bila la agaknya tu ….baru awak jadi benar-benar baik…..bila dah masuk kubur….?”
“Satu perkara yang mesti kita ingat…dan perbetulkan persepsi kita…..berubah jadi baik dan bertaubat adalah perkara yang tak boleh ditangguh-tangguh…….berubah dan bertaubat mesti dilakukan serta merta …kerana jika kita tangguh dan tunggu dulu…..maka dikhuatiri kita tidak sempat..bertaubat dan berubah…kerana ajal maut itu tidak kita tahu bila tibanya….apakah kita boleh menjamin umur kita panjang?apakah kita boleh hidup sehingga ke detik masa kita bertaubat dan berubah……”please don’t make your life as a gambling game”jangan perjudikan hidup awak dengan hanya bersandarkan harapan yang tak pasti…..” Jika kita menyatakan kita kena tunggu sehingga dah benar-benar baik dan bersedia baru kita pakai tudung menutup aurat……maka adakah umur kita sepanjang itu untuk sampai ke detik itu????? Jika kita dimatikan Allah bagaimana?”

“Samalah macam awak tidak mahu kahwin hanya kerana awak nak tunggu calon suami yang benar-benar perfect..hensem….macho…hmmm sampai ke tua la tak kahwin jawabnya”


Liberal Gurlz :
“Hu huh u ustaz…gerun saya dengar penerangan ustaz ni…..barulah saya faham……..saya ingat apa yang dikatakn oleh kawan-kawan saya tu betul…rupa-rupanya sesat larat kita dibuatnya……!! Terima kasih ustaz…barulah saya faham….dan insyaallah saya akan berubah ….cumanya mungkin ambil masa juga ustaz….maklumlah bukan senang kita nak mulakan perubahan dan benda baru ni…..kawan-kawan saya “The liberal gurlz” pasti terkejut dan mentertawakan saya bila saya berubah memakai tudung…..aduihhhh susahnya ustaz…kalau diorang kutuk saya…mau menangis saya nanti…..”


Ustaz :
“Biarlah kita menangis di dunia ini kerana mentaati perintah Allah dari kita menangis di akhirat kerana di azab akibat mengingkari perintah Allah”


Liberal Gurlz :
“Isk…Isk…..Isk…ye lah ustaz…terima kasih….terima kasih…….saya rasa insaf sangat…..terima kasih ustaz…..semoga Allah mengampunkan dosa saya…..”


Ustaz :
“Insyaallah semoga Allah berikan awak kekuatan dan berubah dari yang baik kepada yang lebih baik……..saya akan doakan…..!!”


cik tertarik dengan video di bawah ni. cik baca dari blog Sue Anna Joe - Countthethread.  Masya Allah, dia masih muda, tapi pemikiran dia semua berlandaskan Islam. lepas tu slang English dia memang sedap lah. cik nak cakap dan tulis English, memang terabur habis lah. boleh menangis cikgu B.I cik kalau baca.


nota kaki berkerak: sama-sama kita memohon perlindungan Allah dari kejahatan dan kemaksiatan, dan diberi kekuatan menegakkan dan mengamalkan Islam. (berapa banyak dan laaaa)

_cik kedondong

Saturday, November 5, 2011

Sampah dan Rakyat Malaysia


nampak sangat rakyat Malaysia ni suka buang sampah merata-rata sampai papan tanda ni banyak dekat lampu isyarat sepanjang cik pergi Terengganu. bukan nak kata orang Terengganu banyak buang sampah. tapi bagi cik ni salah satu inisiatif yang diorang buat la. patut kat Selangor di ada banyak kot. sebab memang cam tong sampah dah cik tengok jalan raya.

cik kalau tengok orang buang sampah merata, memang kena pandangan hina la dengan cik. nampak sangat diorang tu bukan orang yang pembersih. main buang je. 

mesti ada yang bebel nak buang kat mana kan. HELLO! kalau mampu beli kereta, takkan tong sampah kecik tak mampu sedia.tak pun taruk je plastik.beli dah sampai destinasi terus buang je.kan senang tu.nak senang lagi, tak payah makan langsung, jadi tak de la kecoh-kecoh sangat nak buang sampah kat mana kan?

p/s: paling menyampah kalau mak ayah tak tegur pun bila anak-anak buang sampah merata. kata budak-budak lagi. pakcik makcik 'melentur buluh biar dari rebung'. tak kan dah jadi buluh betong baru nak lentur, silap-silap dia libas kita balik, berbirat muka.

_cik kedondong

Monday, August 8, 2011

Tragedi Sungai Ruil

ASSALAMUALAIKUM

muka depan Harian Metro 

takziah buat kaum keluarga mangsa yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh di Kg Sungai Ruil, Brinchang, Cameron Highland. cik tahu mengenai ni bila baca twitter. memandangkan kerja, cik memang agak jarang lah nak menonton tv kan.

masa cik dapat khabar berita ni, cik cuma berharap ada yang selamat. dan bagi yang terkorban cik doakan Allah merahmati mereka. cik tak tahu pun kg sungai ruil ni kat mana. cik cuma tahu ada tanah runtuh di cameron highland je.
 tapi bila kawan cik tag cik kat status facebook. 

baru cik tahu rupanya cik penah gi kampung ni. masa tu kitorang ada subjek Hubungan Etnik. jadi kami buat lah trip ke Cameron Highland. dan kampung ni termasuk dalam acara lawatan kami. memandangkan perkampungan ni perkampungan Orang Asli Muslim, jadi masuklah dalam kawasan kajian kelas cik waktu tu.

cik memang terkejut dengan apa yang berlaku. berharap kaum keluarga yang terlibat bersabar dan berdoa di kuatkan iman dalam menghadapi dugaan dari Allah.










gambar-gambar di atas semasa kelas cik melawat Kg Sungai Ruil untuk tugasan Hubungan Etnik.

dan gambar di bawah pulak adalah gambar kejadian tanah runtuh ni. ketika gerakan mencari dilakukan. gambar ihsan dari google.


tak banyak sangat gambar yang ada. berita boleh tengok dekat tv ke, surat khabar ke atau pun blog2 yang update. cik pun tak baca sangat. sebab cik ni ciwek sikit [kaki nangis].
kalau nak ringkasan boleh jugak lawat web ni ada la cerita serba sedikit.

p/s: mereka yang menghadap Nya di bulan Ramadhan di selamatkan dari seksa kubur hingga Akhirat kelak [sila betulkan jika salah]

_cik kedondong

Thursday, April 9, 2009

ADAKAH CINTA MEMERLUKAN SEBAB?


post cik ala2 cintan cintun plak sejak akher ni..[note:to all my frens..tiada kene mengena dengan apa yg sedang berlaku okehs..]..sambung balik.kawan cik a.k.a kak nad bagi satu artikel yang menyentuh hati die[cik tak de feeling plak bace.apsal ntah].ape kate korang bace? stiap orang ade penghayatan masing2 kan? jadi layan la.

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan
di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah
bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si
suami. Ini dialog mereka

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang
menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan
abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa
abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada
saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman
lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk
puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata
"Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang
merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis
dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.
Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang
disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.
Surat tersebut berbunyi begini :

"Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah
engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan
kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau
menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika
disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau
tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan
setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan
sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.
Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini,
selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik
dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia
boleh dirasai dalam hati."


tepuk dada tanyalah hati.adakah cinta kita bersebab?ThumbsUp

_cik kedondong

Friday, December 19, 2008

kisah merentap jiwa

:bofu_37::bofu_37::bofu_37:
cik nak crite satu kisah yang merentap jiwa cik dengan begitu dasyat sekali.agak terasa gak ngan soalan tuh.sebab ia datang dari seorang lelaki yang bukan muslim.tapi akhlak lebih elok dari orang muslim sendiri.die tanye kenapa perempuan islam MELAYU pakai tudung tapi:
  1. pakai baju lengan pendekFrown
  2. pakai tudung yang jarang sampai nampak rambutFrown
  3. pakai baju ketat kadang2 terdedah bahagian yang patot ditutopFrown
  4. pakai baju pendek sampai nampak 'pungkoq'[tiru loghat kedah deena]Frown
  5. sekejap pakai sekejap takFrown
  6. tapi buat prangai tak snonoh.Frown
cik tak salahkan die langsung.sebab die ada hak.cik pun tak tau kenapa cik buat camtuh.padahal cik tau hukumnya haram.cik tau pe balasannya.

soalan tuh agak menyentap sebab cik kadang2 buat gak prangai camtuh.tapi cik cube ingat kan diri supaya tak melanggar lagi.alhamdulillah nasib cik dapat kawan serumah yang boleyh menegur mane yang patot walopon kadang2 malas nak dengar.ayah cik pon tegas gak dalam hal aurat ni, tapi cik yang tak makan saman.jadi cik banyak la review balik.untok menguatkan iman.

jadi cik nak kongsi sket firman dan hadis2 yang diguna pakai untuk aurat nih:

"Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu." (al-Ahzab: 59)

kalo korang nak lagi jelas meyh lawat sini .lagi terang dan jelas.bace lah pendapat En. Zaharudin dalam bab2 aurat nih.

_cik kedondong

Friday, July 4, 2008

renungan hari jumaat

  1. Tuhan tak mencipta manusia bodoh..tetapi mencipta manusia dengan kebijaksanaan berbeza.
  2. Didunia tidak ada orang bodoh..yang ada hanya manusia malas. Yakni manusia bijaksana dan kenal kebijaksanaannya, tetapi tidak berusaha meningkatkan keupayaan.

selamat mendengar khutbah jumaat..
:wave:

xoxo
~keCiL~

Friday, June 27, 2008

mari berfikir

aku bukan lah nak ajak berfikir bende yang berat.sekadar renungan yang aku dapat dari buku yang aku bace berulang kali, AKU TERIMA NIKAHNYA.renungan ni bukan spesifik pde sesiape.tapi boleyh dijadikan panduan akan datang..

"anak yang derhaka pada akhir zaman, bermula dengan dosa ibu dan bapa yang sibuk bekerja."

"....anak kita mungkin akan gagal mengikut kata-kata ibu bapa, tetapi mereka tidak akan gagal meniru perangai dan tingkah laku kita."

" pertunangan ialah satu komitmen yang belum pasti. ia mungkin berakhir dengan perkahwinan, boleh juga tamat pada kesudahan yang tidak diharapkan."

Sabda Nabi Muhammad s.a.w "rahsiakan pertunangan dan iklankan [maklumkan] tentang perkahwinan." (riwayat Ahmad drpd Abdullah b Zubair Radhiyallahu 'anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa' al-Ghalil)

bile maken aku bace,maken banyak yang ak tak tau pasal tanggungjawab..banyak yang perlu difikirkan.perjalan untuk sehidup semati sampai akhir hayat.banyak la lagi aku nak crite.tapi crita NABIL FIKIRLAH SENDIRI da start lak.


p/s:duli ape korg nak ckp ak skema

xoxo
~keCiL~