Showing posts with label pastry. Show all posts
Showing posts with label pastry. Show all posts

Thursday, March 19, 2015

KFC Premium Dessert : Profiteroles

Assalamualaikum.

Hai korangggg.. lama tak menulis. Draft ada banyak tu, nanti insya Allah cik update buat schedule terus. Hihihiih. Banyak jugak la cerita pasal pregnancy la, working la, mission la bagai kan. Sampai siap tulis dalam henfon bila ada idea nak tulis. Tapi nak bukak laptop nya berzaman la oiii. Sadiss betul.

Dah 37 minggu ni apsal tah asik teringin makan makanan manis. Macam nak makan kuih manis, makan kek, minum air sarsi, memacam lah kan. Lepas tu dapat pulak tengok iklan KFC kat bawah ni kan memang mengundang je. 


Korang tengok tak iklan ni. Then hari tu cik gi la makan KFC kan, lepas tu tengok ada Profiteroles terus macam teringin. Terus la order kan. 

Seperti yang korang nampak dalam video dan gambar bekas, haruslah hati korang teruja sangat nak cuba kan. Tapi..............
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Bengang sangat sebab dapat tak rupa macam gambar dan iklan. Kalau luar negara memang kira cari pasal nak kena saman la kan. Walaupun dekat papan iklan kat KFC tu ada la tulis *GAMBAR SEKADAR HIASAN* tapi kecik yang amat la sangat kan. 

Bila tengok je bekas, nampak lautan krim dan coklat memang teruja habis dah la kan. Nampak tak tinggal seketul je untuk amik gamba. 2 ketul dah makan dalam kereta sambil mengomel dekat suami. Hahahah. Suami la gigih dengan cik membebel pasal takde rupa langsung macam iklan. Nak tau kenapa?

Ingatkan dalam profiteroles ni ada la jugak krim, rupanya KOSONG!! 

Kosong..kosong.. kosong.. Makan sambil nyanyi je. Huhuhu. Orang kata tak elok komplen pasal makanan, tapi nak cakap, trend orang Malaysia tunjuk gambar lawa, tapi dapatnya Ya Rabbi ada yang macam sampah je bila sampai. Bila komplen dia kata gambar tu sekadar hiasan je.

Itu tak kategori menipu ke? Boleh tolong terangkan tak? 

Bukan dari segi cik komplen pasal makanan, tapi dari segi indah khabar dari rupa ni. Patut lah wujud pepatah tu. Huhuhuh.

Untuk rasa pulak, cik tak berminat sangat, sebab krim melimpah,coklat pun melimpah. Sebab Profiteroles selalunya kecik-kecik dan krim tak banyak. Agak manis bagi cik, tapi suami kata sedap, maka suap je lah kat dia. Kan senang.

Lepas dah puas makan makanan manis, telan 3 biji Omega sorang sebab nak bakar balik lemak-lemak yang masuk. Maklumlah, bukan takat benda manis je, KFC 4 ketul jugak la makan sorang kan. Haaaaa. Jadi memang telah Omega la. Bagi cair lemak dan bakar.


Farida Tarmize
Shaklee Independent Distributor : ID1081732
Whatsapp / Telegram only : 0163265401

Tuesday, November 27, 2012

PAVLOVA!!!!!

Assalamualaikum..

Lama betul cik tak menjenguk dapur ye..bersawang dah..heheheh..eyh dapur rumah jenguk tau..tiap-tiap hari jenguk..cuma dapur blog tak jenguk-jenguk.nak kata tak ada masa, tak jugak.banyak je masa terluang.

Ini pun cik update guna handphone. Nak test power pon ada jugak. Kalau elok dan cantik, memang laju la update. Tapi selesa lagi pakai komputer. Puas hati gitwwww..

La ni nak kongsi gambar cik buat pavlova. Resepinya cik amik dari nlog bardboo..ada cik share resepi dalam blog ni..

Boleh cuba cari sebab cik tak dapat nak taip..asyik typo je pakai handphone. .sakit jiwa dah..

Tapi tu pon cik kena try dan error. Sebab bila handle putih telur untuk meringue, kena jadi orang cerewet. Lagipun cik tak minat la makan benda manis sangat ni..sakit gigi.lepas tu cik pun tak tau tekstur dia sepatutnya macam mana..kebanyakkan blog tak ajar dengan detail. Jadi nanti cik cuba lagi..

Esok baru nak bagi geng rasa.tu pon kalau sempat la..sebab diorang yu macam piranha..

***update: kawan2 kata sedap. Sebab crunchy diluar dan lembut didalam..***

Wednesday, September 5, 2012

Birthday Alisya, Cupcake, dan Macarons Leper

salam semua.

berzaman betul nak update blog. hahaha. kalau nak diikutkan, banyak je gambar, tapi buat masa ni, ini jelah tahap kerajinan cik.

entry ni pun baru nak update. gambar dah berzaman. sebenarnya nak tunjuk gamba  (sikit je pun) cupcake dan macarons cik buat selepas di order oleh kawan cik untuk birthday party anaknya yang kedua tahun.

seriously, cik tak pernah buat macarons ok, tapi kawan cik beria-ria nak jugak, cekal kan hati baca resepi la. nasib kau menjadi untuk kali yang kedua. hahaha. warna biru je cantik, yang kuning, leper 'kaki' nya terkeluar-keluar gitew..

ni pun gambar yang cik rembat dari kawan cik nyer fb. nak gambar lain tunggu naaa?? nanti dia pas kat cik.

*bon appetite*

Saturday, July 14, 2012

#anak dara belajar masak: Cream Puff

Salam semua.

dah lama cik tak update blog ni kan? sebenarnya sibuk jugak cik dalam beberapa minggu ni. kawan ayah cik mintak order cream puff banyak jugak la. dengan tiramisu lagi. itu pun kawan-kawan ayah cik dah jadi macam bahan ekseperimen pulak. ye la, cream puff ni silap sikit je bahan dia, terus jadi bentuk lain.

tapi kebetulan hari ni kamera pun ada, lepas tu ada pulak kawan cik nak order untuk jamuan family dia, cik pun bersemangat sikit la nak buat kan. nanti cik akan kongsi tips-tips mengikut apa yang cik alami sepanjang buat kan order untuk orang. jadi korang boleh cuba resepi yang cik buat ni, kalau tak berapa faham boleh tanya cik. kalau malas nak buat, boleh order. tapi kawasan Kajang, Bangi, Serdang dan Shah Alam je la kot boleh jumpa mana-mana. hehehe.

Bahan-bahan:
Sumber: Buku Roti, Kek, Pastri - Pn Norani Sidek.

250 ml air sejuk
125 gm tepung gandum
secubit garam
100 gm mentega
3 biji telur (cik pastikan telur yang digunakan adalah sejuk dari peti ais. dan jumlah ni jika gunakan telur kecil)
1/2 sudu teh gula kastor - optional

jadi mari mulakan memasak sambil melihat gambar-gambar yang cik ambil.
1. masukkan air sejuk dan mentega ke dalam periuk. panaskan hingga mentega cair dan mendidih sedikit.
2. masukkan tepung dan kacau rata hingga membentuk menjadi doh dan tidak melekat ditepi periuk. doh ni akan jadi licin macam gambar kat atas.
3. sejukkan doh. cik siap rata-ratakan ketepi supaya mudah nak menyejuk. siap cik cik letak periuk ibu cik ni berendam air la, pastu sejukkan dalam freezer. sebab order nak dihantar dalam pukul 4 macam tu.

4. bila dah sejuk, masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul rata. guna senduk kayu pun boleh. jangan lupa masukkan esen vanilla.
5. kalau dah pukul rata nanti dia jadi macam kat atas. adunan haruslah macam lembik-lembik gitu. bukan cair tau. dia macam doh roti yang tak cukup tepung.
6. kemudian paipkan mengikut nozzle bentuk bunga atau bintang ke. ataupun nozel bulat pun boleh. kalau tak ada nozel, boleh gunakan plastik putih yang isi kuih-kuih tu, potong penjuru dia. jadi paipkan ikut saiz korang suka.
ni rupa yang dah habis paip atas tray.
7. bakar dalam 20 - 35 minit atau sehingga kekuningan.
8. setelah masak, sejukkan diatas redai, dan boleh paipkan inti mengikut citarasa anda. selalunya orang akan guna Krim Kastad. ada jugak buat guna inti aiskrim, paipkan, lepas tu sejuk bekukan. memang terbaik la kan.
sebenarnya nama doh untuk cream puff ialah Choux (sebut macam 'shoo') Paste. dari choux paste boleh buat cream puff, eclairs, swan, churros, croqouembuche (lupa eja macam mana) dan banyak lagi.

kalau churrozz korang cuma paip dalam minyak yang panas. goreng sampai kekuningan, tabur kan dengan icing sugar, dan boleh makan dengan celupkan dalam chocolate panas. memang terbaik bila makan malam-malam yang sejuk.

*bon appetite*

Thursday, May 3, 2012

#anak dara belajar memasak: Cinnamon Chocolate Chips Rolls

salam semua. 

alhamdulillah. rajin jugak cik nak update blog. hehe. bukan senang nak datang mood rajin dengan segala idea entah apa-apa tah. siap cik update blog lagi satu gitewww..kagum tak? haha..macam lah ada orang baca kan? biarlah. ada blog masakan yang lagi hebat dari blog cik, sapalah yang sudi nak datang menjenguk blog cik yang macam saki baki red velvet yang orang dah malas nak makan sebab kenyang makan kek yang lain. perumpamaan pun fail atau erti kata lain gagal -_-". hati pilu.

ok. abaikanlah. cik update segala resepi supaya akan datang boleh cari je kat blog ni. Insya Allah. jangan kena hack sudah lah. penat donggg, mau menaip.

entry kali ni cik nak kongsi cik buat resepi Cinnamon Chocolate Chips Rolls. ni semua gara-gara teringatkan Chocolate Chips Rolls dekat bakeri kat Cafe Menara SSAAS, UiTM Shah Alam. lepas tu terjumpa pulak masa tengah jenjalan tengok resepi kat Joy of Baking. lagi membara la jiwa nak cuba kan.takkan nak tengok sampai terliur je.
maap je lah rupa agak buruk. tapi rasa memang terbaik la kan. ingat senang ke nak buat roti. lenguh tangan cik tau. jadi mari cik translate kan resepi. macam biasa lah. cik dah ada sumber rujukan baru, memang dah tak datang blog lain dah. hadap blog ni je lah.

Sumber: Joy of Baking
Cinnamon Rolls

Doh:
590 - 660 gm tepung serbaguna - bahagi kepada dua
7 gm yis kering - cik guna sepeket Instant Yis 11gm
240 ml susu
75 gm mentega tanpa garam
66 gm gula kastor
1/2 sudu teh garam - boleh abaikan kalau guna mentega biasa
3 biji telur - saiz besar

  1. campurkan 295 gm tepung dengan yis dan gaul rata di dalam pemukul elektrik menggunakan paddle atau tangan.
  2. di atas api, panaskan susu, mentega, gula, dan garam hingga suam atau mentega cair.
  3. kemudian, masukkan campuran susu ke dalam tepung sedikit demi sedikit sambil memukul dengan kelajuan perlahan.
  4. masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul hingga sebati. pukul selama 3 minit dengan kelajuan tinggi.
  5. kemudian tukar kepada hook, dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga lembut dan elastik dan tidak melekat. mungkin mengambil masa 3-5 minit. tambah tepung jika masih melekat atau adunan masih cair. macam mana nak tau adunan elastik? bila korang tekan sket, dia akan kembali ke bentuk asal.
  6. bentukkan adunan bentuk bulat, dan biarkan ia rehat selama 1 1/2-2 jam. tutup dengan plastic wrap atau kain lembab hingga adunan naik lebih kurang 2 kali ganda.
  7. apabila doh telah mengembang, tekan perlahan-lahan untuk mengeluarkan angin.
  8. uli doh menjadi doh empat segi. letakkan inti dengan rata dan basah kan tepi doh dengan sedikit susu atau air dan gulung dengan sekata.
  9. kemudian potong dan susun di atas dulang atau loyang. biarkan doh rehat sebentar sebelum di bakar dengan suhu 190 C selama 25-30 minit.

Inti:
160 gm gula perang
35 gm tepung serbaguna
1 sudu besar serbuk kayu manis
113 gm mentega tanpa garam - sejuk dan dipotong dadu
120 ml kismis - pilihan. cik ganti dengan chocolate chips

- gaulkan kesemua bahan hingga menjadi crumbly (apa ye ayat yang sesuai untuk crumbly?)

jadi itu lah resepi yang memang sebiji cik amik dari Joy of Baking dan menjadi pulak tu. gambar di bawah ialah apa yang cik buat. roti dia memang berbau harum lah. makan pun lembut je. tapi bila dah sejuk dia jadi keras. sebab cik terlebih tepung. semua sebab doh cik terlalu lembut. cik uli pakai tangan hokehhhsss.. ingat senang ke. berpeluh-peluh cik menguli. siap bahagi dua dengan adik cik lagi. tak terbayang macam mana mamak buat roti canai. perrggghhh..geli seyhhh.





tapi, kalau korang tak paham, boleh jugak tengok video ni. haruslah dari youtube Joy of Baking. senang nak paham cara-cara dia. tak ada lah sesat larat je. jadi, siapa dalam mood rajin, haruslah membuat nya. lepastu boleh bagi jiran-jiran, lagi-lagi tengah panas. memang seksi dan menggoda makan sambil minum teh. kawan cik pun dapat jugak. memang rezeki la dia ada kat rumah.

kih..kih..kihh..nak promote jugak kannn..



p/s: to do list pavlova tak buat lagi. bila entah nak jadi rajin.

*bon appetite*

Saturday, April 21, 2012

#anak dara belajar masak: Cream Puff

salam Sabtu semua.

terkejut tak cik rajin update blog? dah 3 hari berturut-turut dah. kalau cik rajin semacam, maksudnya entry ni entry schedule semata-mata. tapi entry ni masih belum basi lagi ok? entry cik tak ada yang basi-basi, sebab cik tak buat cerita ikut surat kabar atau gossip retis mana hala tah. entry cik, haruslah pasal makanan sahaja.

entry kali ni nak kongsi pasal cik buat Cream Puff. Cream Puff asalnya dari Choux Paste. Choux Paste tu adalah adunan dimana masa cik belajar bahasa perancis, choux maksudnya kubis. dari Choux paste ni, boleh buat macam-macam bentuk dan akan bertukarlah namanya. contoh: Cream Puff, Eclair, Swan,Churrozz.
 kalau korang tengok gambar atas ni, ada macam-macam bentuk kan? hahaha. ini sebab kadang-kadang tersalah sukat adunan. tapi masih sedap sampai kawan-kawan dok order je kat cik. terima kasih kawan-kawan cantik dan hensem semua. tekstur dia kat luar sama ada lembut atau rangup. cik lagi suka rangup, jadi cik akan bakar sampai dia kuning. lepas tu dalam kosong, tu sebab boleh paip kan krim dalam dia.

nanti cik update resepi yang cik guna. resepi ni dari cik zaman belajar lagi, sama aje, tak pernah berubah pun. tapi zaman sekarang, korang cari dalam Youtube pun dia ada ajar.
cream puff di tempah oleh ofismet yang cun jelita. thanks Kak Eka. nanti order lagi.hehehe


*bon appetite*

Saturday, March 24, 2012

#to do list: Pavlova

tambah lagi to do list cik. siapa yang nak buat boleh melawat blog BardBoo.

*bon appetite*

Friday, August 26, 2011

# anak dara belajar masak: Blueberry Cheese Tart

Salam Sejahtera semuaa...ewaahh.. 

kemain rajin pulak cik hari ni. masak Blueberry cheese tart pulak kan. padahal nak kata rajin tu memang tak la kan. cuma cik main tipu sikit la. tart shell cik beli kat kedai bakeri. nak buat memang la malas. tapi resepi ada. jadi cik kongsi resepi dengan cara la. gambar tak ada la. lain kali cik buat la.

rupanya buat blueberry cheese tart ni senang je. apsal tah cik ni malas je. padahal benda cik dah penah belajar masa dulu. mungkin dulu belajar sebab nak lulus je kot, bukan dari hati yang suci murni. tu pasal la lupa sekarang. ni cik dah duduk umah, kene mula prektis baking balik la.

Bahan kulit atau bekas:
250 gm mentega
400 gm tepung gandum
2 biji telur - dipukul
2 sudu besar air sejuk / susu sejuk.

- gaul mentega dan tepung gandum hingga menjadi seperti serbuk roti.
- buatkan bulatan di tengah-tengah adunan, dan masukkan telur yang telah di pecahkan.
- gaul perlahan-lahan hingga menjadi adunan.
-kemudian masukkan air sejuk dan uli hingga menjadi adunan doh.
- balutkan dengan plastik dan simpan dalam peti sejuk. guna bila perlu.

cara bakar kulit:
- uli doh dan alas loyang atau bekas yang mahu digunakan.
- bakar kulit dengan suhu 150 C selama 20 minit.

Bahan isi:
250 gm krim keju
80 gm gula kastor
2 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
pes blueberry




 - pukul bahan di atas hingga kembang dan sebati. 
 - masukkan bahan dalam piping bag.
 - paipkan dalam tart shell.
 - kemudian paipkan pes blueberry.
 - buatkan corak ikut suka hati korang. hahaha.
- lepas tu korang bakar dalam oven dengan suhu 160 C selama 15 minit. nanti bila dah masak dia jadi cam pejal-pejal sikit ke apa tah. tapi cik masak dah ok la. 
- simpan dalam peti sejuk, lagi sedap bila nak makan. 

selamat mencuba kalau rajin. kalau tak paham sila roger cik tau. yang tart shell tu, susah sangat cari je dekat kedai bakeri.

*bon appetite*