Showing posts with label ESP. Show all posts
Showing posts with label ESP. Show all posts

Saturday, April 25, 2015

Menyusukan Aisyaa : Pengalaman Pertama


Alhamdulillah

Misi cik nak susukan Aisyaa tercapai. Walaupun baru 14 hari, rezeki Aisyaa sentiasa melimpah ruah. Bukan senang kot nak menyusukan anak. Cik dapat susukan Aisyaa bila dia mula lahir, nurse letak je atas dada, cik terus usaha nak susukan dia. Ada rezeki dia walau sikit. 

Esoknya makin banyak susu sampai bengkak dada. Dahla first time mother, nak menyusukan tak reti, dengan Aisyaa tak pandai hisap lagi, memang berhempas pulas la. 

Sampai ada kawan kata, dia dapat susukan anak dia 7 hari lepas bersalin. Ada yang tak dapat susukan anak langsung sebab takde susu. Alhamdulillah. Mungkin berkat fikiran positif kami suami isteri sebelum kahwin lagi. 

Masing-masing bagitau kalau ada anak, nak menyusukan dia sampai 2 tahun. Bila dah kahwin, dah mengandung, hari-hari cakap dengan dia "ibu nak susukan anak ibu dari lahir sampai umur 2 tahun", hari2 doa moga susu sentiasa ada untuk anak.

Bila anak dah lahir, memang payah nak susukan, tapi kami cuba positifkan minda. Susu ibu itu hak anak. Hak untuk jadi sihat dengan susu ibu, hak anak untuk keperluan nutrisi sepanjang membesar. 

Cik bersyukur jugak sebab dapat suami yang menyokong, ibu ayah pun tak de nak bagitau anak tu tak cukup susu. Selain dari tu cik banyakkan baca buku pasal penyusuan susu ibu. Cik siap join support group macam BF Moment, Pump On The Go, banyak lagi la. Nak ilmu punya pasal kan. 

Susu ni terhasil dari rangsangan hormon. Hormon tu pulak sangat mudah terhasil dalam keadaan tenang. Kalau fikiran penuh dengan negativiti atau kepenatan, memang mudah sangat pengeluaran susu tu jatuh. Selain dari tu demand dan supply. Lagi banyak susukan anak, lagi banyak lah susu terhasil.

Cik ada jugak amik Set Menyusu Shaklee, untuk milk booster gituhhhh. Ada Alfalfa dan ESP. Buat masa ni cik tak makan lagi Alfalfa sebab anak tengah kuning. Tapi cik minum je ESP. Untuk tenaga dan nutrisi tambahan untuk badan cik. Kalau dah malam asyik jaga je nak susukan anak, siang mesti lemau je. Jadi cik pastikan minum ESP 2 kali sehari untuk tenaga tambahan dan milk booster jugak. Tapi kalau ada Alfalfa memang lagi mantap la.
Untuk supplement milk booster ni terpulang pada masing-masing. Setiap orang ada pilihan. Jadi tak yah nak gaduh orang tu amik elok, orang tu amik tak elok. Kita kongsi je apa yang dah kita ambil dan amalkan. Lain orang, lain tindak balas badan dia. Jadi kita pon jangan penatkan otak nak gaduh pasal menda kecik.

Apa yang cik belajar, nak menyusukan anak ni pon kena ada ilmu. Bila ada ilmj baru kita boleh positifkan minda. Bukan takat kita je kena ada ilmu, suami pon kena ada gak. Sebab dia support group yang paling utama. Dia yang paling dekat dan hampir. Yang penting kena ingat, rezeki itu dari Allah. Dia dah tetapkan rezeki untuk kita dan anak kita. Jadi mohon dengan Dia dan berusaha untuk beri yang terbaik buat anak kita.

Insya Allah.

Farida Tarmize
Shaklee Supervisor
Whatsapp / SMS only : 0163265401
Email : faridafathima86@yahoo.com

Tuesday, March 24, 2015

Kulit gebu dengan ESP

Assalamualaikum

Tinggal lagi 4 hari sahaja untuk promosi ESP Beli 6 percuma 1. Kalau tak mau beli banyak-banyak boleh beli 2 dapat lah diskaun 5%. Alhamdulillah, berbaloi jugak tuh kan, bukan senang nak dapat diskaun dari Shaklee. Kadang-kadang je. 

Apa yang menarik sangat dengan ESP ni sampai promosi banyak kali dah di buat. Kalau google testimonial ESP memang banyak sangat.
 Untuk kulit 
untuk hamil, 
untuk pantang, 
untuk mengandung, 
untuk menyusu, 
untuk bina badan, 
untuk kurus, 
macam tak habis pulak kalau nak senaraikan. Masing-masing jatuh cinta dengan ESP ni. Salah satu nya cik nak kongsi testimoni yang ada. Dapat dari kawan-kawan jugak. 
Kulit dah tak kusam dan berparut dah. ESP mengandungi protein dan 9 amino acids yang baik untuk membaiki sel-sel lebih-lebih lagi sel kulit.  Bila sel kulit diberi makanan yang elok, makan lebih mudah lah sel mati di ganti dengan sel baru.

Jadi nak kulit sihat boleh mulakan dengan protein yang baik dan tambahkan dengan Vitamin C yang membantu penghasilan kolagen.

Insya Allah. Kecantikan luaran bermula dari dalaman.


Farida Tarmize
Shaklee Independent Distributor : ID1081732
Freelance Makeup Service
Whatsapp / Telegram only : 0163265401
 Email : makeupbyidatarmize@gmail.com

Thursday, March 5, 2015

Soya Bebas Kimia dengan Energized Soy Protein (ESP)

Assalamualaikum.

Memandangkan bulan ni promo ESP, macam seronok pulak nak cerita kenapa ESP ni best. Gambar 360 lagi cik amik. Bukan pakai kamera 360, gambar tong ESP ni 360. Seluruh tong cik amik. hahaha.

Sepanjang cik mengandung ni, ramai orang dok nasihat jangan minum air soya. Nanti anak lembab la. Walaupun ada yang suruh minum kalau nak anak kulit cantik putih berseri. Macam-macam lah kan. Jadi bila orang cakap minum soya anak jadi lembab,haruslah cik gelabah. cik ada ESP kot dalam simpanan. ESP pulak terang-terang kat botol tulis Soy Protein Isolate Powder.

 Gila kau tak cuak orang kata tak boleh minum soya nanti anak lembab. Lepas cik google, search, baca buku nutrisi, tanya orang, email Shaklee, akhirnyaaaaaa terjawab kenapa ESP ni digalakkan pulak kan. Jadi mari kita belek ESP ni puas-puas sampai kita semua faham sampai tergila-gila nak beli sementara promosi sebelum GST dikenakan.

Kalau korang nak tau, Shaklee la 1st company yang cipta makanan tambahan protin berasaskan soya. Dicipta oleh Dr Shaklee pada awal 70-an lagi sebab dia tahu protin soya ni boleh jadi faktor utama untuk kesihatan ungguuuuullll gitewww.
Pertama

Kacang soya yang Shaklee guna ni mengandungi non-GMO (non-Genetically Modified Organism). Cemana non-GMO ni? Takdak guna bahan kimia atau suntik2 untuk modified soya supaya cepat tumbuh membesar berkali-kali ganda dari yang sepatutnya. Dia proses pulak dengan suhu rendah. Sebab kalau industri dia akan proses dengan suhu tinggi. Bila tinggi banyak la khasiat protein hilang. Belum cerita ada yang proses dengan gunakan alkohol.

Kedua

1 tong ESP lebih kurang 30 hidangan. itupun 1 hidangan sama dengan 3 sudu besar / 28 gm. Lebih kurang sebulan kalau korang guna 3 sudu lah. kalau korang minum sehari sesudu je, dapat lah minum sebulan ke 2 bulan. Kan ke berbaloi tu. Jimat sangat dah. Harga pun berbaloi-baloi je.

Satu hidangan ESP bersamaan dengan

2 kali ganda DAGING
4 kali ganda TELUR
12kali ganda SUSU

Ketiga

ESP dari Shaklee satu-satunya produk dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tak mampu di hasilkan oleh badan manusia. Jadi tak perlu nak cari merata makananan untuk lengkap kan 9 asid amino ni. Kang merata carik, salah proses, salah masak, asid amino apa pun tak serap, badan pulak yang tembun.

 Keempat

ESP jugak diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Sesuai untuk semua peringkat umur tak kira tua atau pun muda (macam nyanyi lagu raya pulak). Tapi pada mereka yang ada ada masalah buah pinggang dan kesukaran proses protein adalah tidak digalakkan ambil ESP.

Kandungan Indeks Glisemik (G.I) yang rendah tahap 39, jadikan ESP sangat sesuai untuk penghidap kencing manis. Sebab pesakit kencing manis kena amik makanan Glisemik Indeks bawah dari 56. Memandangkan ESP takat 39 je, jadi boleh je amik kan. Takda hal.

Kelima

Last sekali, setiap tong ESP 850gm. 850 gm ni pulak guna 30kg kacang soya yang memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama. Rendah lemak,jadi tak perlu nak risau pasal lemak. Kalau makan ayam ke daging banyak-banyak, sumber protein dapat, lemak pun join sekali. Kolestrol free ni memang la. Sebab guna tumbuhan. Bila pulak la tumbuhan ada kolesterol. Sama je macam minyak masak kelapa sawit tu.  Kolesterol wujud dalam benda hidup berdarah je. Hehehehe.

Jadi ingat tau!!! ESP rendah lemak, tiada kolesterol, tiada asid urik dan mudah diserap oleh tubuh kita.

Jadi kalau korang jenis pentingkan KECANTIKAN, KESIHATAN dan ingin KEKAL BERTENAGA sepanjang hari, ESP Shaklee memang pilihan yang terbaik untuk korang. 

ESP ni paling HOT SELLING / BEST SELLING / POPULAR PRODUK / HIGH DEMAND dalam banyak-banyak produk Shaklee. Tak promo pun orang borong bertong-tong, kalau tengah promo ni lagi la. Lagi pulak next month GST pulak kan. Memang la bertambah 6% dah harga. 

Sila grab laju-laju dengan saya untuk konsultansi terbaik.

Farida Tarmize
-Supervisor Shaklee
Shaklee Independent Distributor : ID1081732
Whatsapp / Telegram only : 0163265401