salam,
lama betul cik tak update blog. terlalu banyak benda yang berlaku yang cik percaya ujian dari Allah untuk menegur dan membetulkan kembali perjalanan cik. hidup ini adalah jalan yang lurus tetapi penuh liku hingga kekadang boleh menjurus kita ke jalan yang sesat.
Allah, cik tak tahu kenapa. tapi dugaan ini amat berat. hanya Allah yang tahu apa cik rasa. tapi cik percaya Allah dah tuliskan perjalanan ni buat cik. mungkin ada hikmah tersirat yang masih cik belum jumpa. tapi cik percaya hikmah itu sedang menunggu cik. banyak yang perlu cik perbaiki diri. tak ada siapa pernah menyangka dugaan ini akan datang, cik tak salah kan sesiapa. kita semua punya salah dan silap.
cik percaya Allah dah tulis perjalanan ini dari azali sebelum cik lahir lagi. cik percaya bahawa pena yang menulis di Luh Mahfuz telah kering dan diangkat ke langit sebelum cik di ciptakan. cik percaya cik perlu hadapi apa yang berlaku ni dengan bantuan dari Allah. apa yang berlaku datang dari cik sendiri. cik tak mahu salahkan sesiapa sebab cik tahu tiada siapa salah. cik sedaya upaya mengikut kata Prof Dr Muhaya untuk audit diri. apa yang berlaku adalah teguran dan ujian dari Allah.
sesungguhnya cik tak punya daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah. cik hanya berserah atas perjalanan yang telah dia tulis. cik akan berusaha sedaya upaya cik dan serahkan pada Allah untuk melaksana. Dia Maha Mengetahui dan cik hanyalah hamba Nya yang pernah menzalimi diri.
bantulah cik untuk perbaiki diri bukan untuk orang lain. tapi kerana cik ingin rasa nikmat jatuh cinta pada Allah. melihat ramai rakan berubah menuju Nya membuat cik cemburu. cik ingin merasai nikmat itu. mungkin masih terlalu jauh, tapi cik percaya Allah takkan biarkan cik.
Salam ukhuwah dari ku. walau jauh dari kamu, tapi sangat dekat dihati.
p/s: maaf cik tutup blog sementara sebab nak buang post yang tak sempurna tutup aurat. dan ada jugak post yang diarahkan buang oleh beberapa orang.
_cik kedondong
Showing posts with label jeritan hati. Show all posts
Showing posts with label jeritan hati. Show all posts
Tuesday, December 25, 2012
Wednesday, November 28, 2012
Bawa daku pergi.
Saat ini,
Aku rasa ingin pergi jauh dari sini.
Sungguh tidak akan ku maafkan diriku atas apa yang berlaku.
Aku rasa ingin pergi jauh dari sini.
Sungguh tidak akan ku maafkan diriku atas apa yang berlaku.
Maafkan aku.
Sunday, March 25, 2012
bila pengembaraan sudah hampir ke penghujung
kontrak cik dah nak berada di penghujungnya. di sambung atau tidak, masih belum pasti. cik sedar cik tak punya skill komunikasi yang baik. cik seorang yang pemalu nak bertegur sapa dengan orang lain. jadi selesakan diri dengan orang yang cik kenal.
sikap ni yang buat kan cik ni macam melukut di tepi gantang. ada atau tidak, tak beri kesan kepada syarikat. sesungguhnya bila penyelia cakap cik berada di boarder line, cik dah agak. sebab walau rajin macam mana pun cik, orang tak akan perasan sebab cik tak pandai bergaul, tak pandai mengipas, tak pandai mengampu. cik cuma tahu buat kerja yang diberikan je. cik tak kreatif. cik cuma dapat mengembangkan apa yang dah sedia wujud je.
cik sedar sikap cik ni perlu di ubah. sikap pemalu tak bertempat ni membuatkan orang tak sedar kebolehan cik,, dan cik pun rasa malu je nak mengembangkan kebolehan yang ada. belajar tinggi-tinggi pun tapi kalau skill komunikasi dengan baik tak ada pun susah. dah nak dekat 4 bulan cik keje, tapi penyelia tak ingat pun nama cik. huhuhu.. i have to change my attitude towards people around me.
_cik kedondong
Friday, February 24, 2012
aku lah si pemburu itu..
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
kemain pembuka entry dah macam nak baca berita dunia jam 10. nasib la kan, masa-masa tengah menaip ni la banyak berangan perasan pembaca berita hot gitewwwww..padahal tak hot mana pon la. lagi-lagi dah makin tembam..bam..bam ni.makan pun macam tak nak berhenti aja.
cepat betul masa berlalu, tau-tau je dah hari Jumaat. cik pikir-pikir ingat kan hari khamis, salah hari rupanya. banyak entry cik lebih kepada 'schedule post'. masa tengah banyak idea, kadang-kadang rajin je nak update kan. jadi cik buat schedule je la, jadi tiap-tiap hari akan ada entry bermakna atau pun tak. hehehe.
tajuk entry macam la cik ni nak pergi berburu apa kan. tapi kalau dah tengok gambar kat atas tu, sudah terang lagi bersuluh dengan lampu stadium, cik dalam proses mencari kerja tetap. buat masa ni cik masih lagi kontrak sambilan dengan LHDN, tapi tak dapat dipastikan macam mana nasib cik. harap ada lah rezeki buat cik.
tapi buat masa ni cik bersyukur dengan kerja yang cik ada. sekurang-kurangnya cik masih ada rezeki nak bayar pinjaman atau apa-apa hutang yang kena bayar. tak ada lah cik susah kan ayah cik. tapi cik harap dilimpahkan rezeki pekerjaan dan kewangan. nak mendirikan masjid ni banyak jugak nak guna wang. dah sehabis boleh nak rancang buat yang sederhana simple, tapi tetap banyak jugak yang keluar.
kalau sesiapa ada kerja kosong, boleh lah refer kat cik, nanti cik belek-belek.hehehe..
nota tapak kaki berkerak: terasa betul diri dah tua bila susah nak dapat kerja.
Sunday, February 6, 2011
i need more motivation
cik perlukan semangat. mana pergi semangat cik. dah lama tak update blog. tak tau la apa nak jadi dengan cik dan blog-blog cik ni.
_cik kedondong
Monday, January 3, 2011
humang aih..nak update entry pon payah
cemanalah diorang yang update blog tetiap gari tu. bersemangat tinggi betul ye?
sila berikan semangat anda pada cik. sebab cik ada 3 draft yang dah siap edit gambarnya, tok blog ni je ada 2 draft, blog dapur ada 1. tapi nak menaip tu, kemain lagi payoh bebeno.
p/s: sori blog walkers, tak sempat nak menyinggah, nak online pon terasa malasnye.nanti cik datang menyerang ye?
xoxo~ <---gile poyo nak jugak
cik kedondong
Wednesday, December 8, 2010
ini yang cik hadapi setiap hari.
p/s: hidup perlu diteruskan. cik guna coding untuk elak orang yang berkenaan terasa hati dengan apa cik kata.berharap ada yang dapat beri motivasi pada cik.
cik kedondong
Friday, October 29, 2010
tak tahu entry ke berapa macam ni
suka tengok blogger lain ada kekuatan dan kerajinan update blog setiap hari.
yang cik ada:
"rasa nak update, tapi malas la pulak.update pon bukan best sangat".
sekian
_cik kedondong
Sunday, October 17, 2010
virus attack..
siapa tahu macam mana nak buat dengan virus malware ke ape tah ni.
cik tiba2 tengok banyak blog dah kene serang..
_cik kedondong
Sunday, September 26, 2010
sakit hati melihat kamu!
dah bayar tapi masih lagi naik. kata 3% setahun.kenapa dah bayar tiap-tiap bulan naik jugak.
macam mana korang kira ni?
Friday, June 11, 2010
bila World Cup bermula

bila World Cup hampir bermula, cik dan teman sekerja tak berhenti menjawab telefon.semua nak tambah pakej la, nak tukar pakej la, nak baiki decoder la, buat pembayaran la, nak aktifkan akaun la.penat sangat sampai custoer cakap kitorang tak buat kerja.padahal call yang masuk sangatlah banyak sampai kitorang ni nak muntah dah menjwab.
dok marah-marah padahal nak tambah pakej.bila nak tolong cepat-cepat, dia marah lagi.haih..tak paham la.orang Malaysia memang suka buat kerja last minit.lepas tu pandai je nak marah orang.
p/s:hari ni wordlcup dah mula.mesti ramai lagi call nak buat complaint lagi.tahan je la telinga.
Wednesday, May 26, 2010
PTPTN oh PTPTN!

korang bayar PT tak?ke cik sorang je yang excited bayar PT dengan kadar secepat mungkin?tapi korang tau tak nak bayar PT ni melecehkan?lagi2 kalau korang ada dua pinjaman macam cik?
cik penah call PTPTN tanya macam mana nak langsai hutang diploma dan degree sekali gus.maksud cik bukan nak bayar lump sum.nak bayar 2 pinjaman sekali.korang tau ape akak tu kata?
nak selesaikan PTPTN untuk 2 pinjaman ada dua cara je:
1. bayar guna "e-fes".maksudnya korang bayar online tapi dari website ptptn.
2. bayar dekat kiosk PTPTN dekat KL SENTRAL yang bukak ISNIN-JUMAAT, 9PG - 5 PTG.
jadi cuba bayang kan cik yang kerja shift ni nak pergi susah payah bayar dekat kiosk?tentulah leceh.jadi dah ada internet cik bayar pakai online la.tapi yang menjadi masalah yang menyakitkan hati ialah bila nak bayar pakai online, dia sangat lah lembab tak tau bila boleh bayar.
cik tunggu 30 minit, masih tak lepas lagi nak bayar online.
mesti ada yang tanya kenapa kenapa cik tak bayar je kat bank macam ada dalam instruction?
jawapannya ialah:kalau bayar kat bank, walaupun korang masuk nombr rujukan pinjaman sekalipun, dia tak kan masuk dalam dua2 akaun.dia akan tolak dekat pinjaman pertama.kalau pinjaman pertama lambat nak habis, by the time dah habis, pinjaman kedua dah naik dah cukai pentadbiran ape jadah lah.itu pasal cik amik keputusan bayar dua pinjaman sekali gus.tapi macam ni pulak jadi.dok paksa orang bayar, tapi cara nak bayar menyusahkan orang.
p/s:dari aku rajin nak bayar, silap2 aku tak nak bayar langsung.b***h betul!
Wednesday, January 6, 2010
pasti akan ada...
Ya Allah! ku mohon pada-Mu,
kuatkan semangat ku, kuatkan tekad ku,
moga ku menjadi insan yang baek,
hamba Mu yang diredhai.
berikan petunjuk,
limpahkan rezki,
tetapkan iman ku..
amin..
_cik kedondong
Monday, January 4, 2010
masih mencari kerja!

nampaknya cik dah mula suka dengan keje ni.sebab SALE dah habes.jadi customer tak ramai..hahahha...[ade ke tak suke customer datang?]..
tapi walau macam mane pon cik kene jugak cari keje yang boleyh menampung perbelanjaan cik.lagi2 nak bayar PTPTN.gaji sekarang ni tak cukup la nak buat belanja satu keluarga makan.jadi kene la cari keje yang dapat menanggung hutang.ish...ish..muda2 dah ada hutang.
payah jugak ye hidup zaman sekarang?harap2 tak payah la menanggung hutang banyak lagi.sebab PTPTN cik tak lah banyak mane.kalo bleyh nak bayar cepat, leyh setel cepat.
dah takde idea nak tulis.nanti la tulis.
ouh...cik tak suke customer yang konon2 pandai mengira,padahal salah,pastu salahkan kitorang tak pandai kira.HELLO!! I BUKAN BODOH SANGAT BAB MENGIRA NI YA..DAH LAYAK KEJE NGAN LHDN..(-_-")..menjadi lebih bengang biler cik kira pakai kalkulator pon die tak leyh terima..haiyaaa!
Friday, January 1, 2010
i benci!
i benci bile:



_cik kedondong
- customer shopping last minit
- beli barang banyak nak mampos
- tak reti beratur
- tak sabar
- marah2 cashier lambat padahal die tu yang bodoh beli barang last minit
- cakap kitorang ni muke masam padahal kitorang manusia tak dapat nak kawal perasaan sebab tensen.
_cik kedondong
Thursday, December 24, 2009
kerja sampai mati!
penat jugak kerja ni walopon kadang-kadang orang tengok simple je.tapi kalo salah sendiri tanggung la.zaman keje dah tak sama macam zaman praktikal.praktikal kita belajar.apa-apa yang jadi kita takkan dipertanggungjawabkan.supervisor yang kene.pastu kite kene marah ngan supervisor.bile dah keje, sume kene bertanggung jawab sendiri.takda istilah 'itu die yang buat!'..
cik pon taktau keje ape yang cik nak sebenarnye.biler dah keje,abes blaja, baru cik tau, cik ni ada cita2.tapi dengan keadaan ekonomi,cita2 cik terpaksa diletak ke tepi.janji dapat keje rezki halal dan boleyh tanggung diri sendri dan balas jasa ibu ayah.tak banyak pon sket je la.cik nak hantar ibu ayah cik gi mekah.biar diorang pegi masa tengah kuat lagi.biar diorang dapat buat ibadah sepuas hati diorang.
itu janji cik biler keje.jadi cik harap, duit gaji cik tu dapat tampung bayar ptptn dengan hantar diorang gi mekah la.insya Allah ada la rezki cik.harap2 ada la keje yang berbaloi dengan gajinya nanti.
p/s2:taksangka cik guna ayat runsing.
_cik kedondong
Friday, November 20, 2009
wtf!
mane pergi widget senarai name blog yang cik suke bace?
semua dah hilang.cik tak ubah pape pon.sebab kat PUNCAK ALAM cik tak dapat tengok langsung..
aaaaaaaaaaaaaaarrrrrgghhhhhhhhhh
Friday, October 9, 2009
kisah hari ini

ini kawan saya...penat menunggu internet connection dan jurnal2 nak di download.
nampaknya kisah di blog cik semakin membosankan.semua nya gara-gara internet connection yang lembab macam siput babi.cik menjadi depress biler nak bukak interne.lebih2 lagi banyak assignment cik memerlukan internet sebagai sumber carian dan perhubungan.(fuhhh..lame tak blogging dah jadi skema dah...)
sila beri semangat pada cik ye..cik dah tak larat menunggu.banyak gamba yang nak di upload,tapi blog asek tak dapat masuk je.pelik betol.
nanti cik update banyak entry yang tertinggal.heeheh
malam ni dinner kat rumah KU CHIK.nanti cik amek gamba pastu upload banyak2.
tata
Wednesday, September 30, 2009
Thursday, September 24, 2009
kisah cik pada hari ini
pernahkah korang alami
korang banyak sangat gamba
pastu banyak sangat cerita
dah excited da ni nak online nak update blog
tiba-tiba...
komputer buat hal
tak dapat connect internet
padahal wireless router betol2 depan biji mata...
maka,
ini alasan cik sebab tak dapat upload gambar pasal raya
especially the food
yum..yum..
tunggu la ye..nanti cik upload
korang banyak sangat gamba
pastu banyak sangat cerita
dah excited da ni nak online nak update blog
tiba-tiba...
komputer buat hal
tak dapat connect internet
padahal wireless router betol2 depan biji mata...
maka,
ini alasan cik sebab tak dapat upload gambar pasal raya
especially the food
yum..yum..
tunggu la ye..nanti cik upload
_cik kedondong
Subscribe to:
Posts (Atom)









