Showing posts with label Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Shaklee. Show all posts

Saturday, March 19, 2016

Jaga-jaga! Panas!!!

Assalamualaikum

Rasanya ramai tahu dah amaran yang dikeluarkan berkenaan cuaca panas untuk beberapa tempoh. 

Siapa yang dok kat utara tu lagi la kena jaga sebab panas mak aiiii. Rasa nak berendam dalam swimming pool je. Hari tu cik balik Ipoh pon panas kemain. Aisyaa memang pakai baju semua lubang-lubang je. 

Kalau cik pulak memang dok perabih air masak je. Ye la, cik sendiri jenis bibir cepat kering, tekak cepat dahaga, lepas tu dengan Aisyaa menyusu je. Lagi la memerlukan air yang banyak. 

Balik dari Ipoh aisyaa dah mula batuk. Bila malam je teruk sangat batuk dia. Sampai nak muntah ada. Sampai kentut2 (ini kelakar sebenarnya. Tapi tak sampai hati nak gelak). Tapi memang boleh dengar bunyi kahak dia macam tersangkut. 
Ni poster cik amik dari fb KKM. Kalau boleh elakkan buat aktiviti masa panas2 macam ni. Kalau terpaksa jugak, pasti kan korang sentiasa ada minuman isotonik dan air masak. Minum banyak  takpe. Kencing banyak pun takpe. Jangan tak minum nanti mula lah kepala la sakit, silap2 boleh kena kencing kotor aebab kurang air. 

Kalau korang jenis tak minum air isotonik yang bergas tu, korang boleh cuba Performance Drink dari Shaklee. Sedapppp. Rasa oren, tak bergas,  boleh diminum oleh semua orang. Kalau yang aktif bersukan pon boleh jugak minum. 

Cik punya bibir memang jenis cepat kering even kerap minum air kosong. Bila jumpa doktor, doktor suruh ambil air ada elektrolit macam isotonik untuk kekalkan kelembapan dalam badan.

Jaga diri semua. Panas ni. Kang demam pulak. Cik pun demam sampai bengkak tekak. Minum air je la jawabnya. 

Shaklee Distributor anda :)

Wednesday, April 29, 2015

Set Shape Up


Promosi bulan April yang berbaloi dimiliki.

Lebih2 lagi siapa yang nak diet sebelum raya nanti kan. Ke atau yang nak kahwin.

cara makan dan tunjuk ajar akan diberikaN.

Farida Tarmize
Shaklee Supervisor
Whatsapp / SMS only : 0163265401
 Email : faridafathima86@yahoo.com

Saturday, April 25, 2015

Menyusukan Aisyaa : Pengalaman Pertama


Alhamdulillah

Misi cik nak susukan Aisyaa tercapai. Walaupun baru 14 hari, rezeki Aisyaa sentiasa melimpah ruah. Bukan senang kot nak menyusukan anak. Cik dapat susukan Aisyaa bila dia mula lahir, nurse letak je atas dada, cik terus usaha nak susukan dia. Ada rezeki dia walau sikit. 

Esoknya makin banyak susu sampai bengkak dada. Dahla first time mother, nak menyusukan tak reti, dengan Aisyaa tak pandai hisap lagi, memang berhempas pulas la. 

Sampai ada kawan kata, dia dapat susukan anak dia 7 hari lepas bersalin. Ada yang tak dapat susukan anak langsung sebab takde susu. Alhamdulillah. Mungkin berkat fikiran positif kami suami isteri sebelum kahwin lagi. 

Masing-masing bagitau kalau ada anak, nak menyusukan dia sampai 2 tahun. Bila dah kahwin, dah mengandung, hari-hari cakap dengan dia "ibu nak susukan anak ibu dari lahir sampai umur 2 tahun", hari2 doa moga susu sentiasa ada untuk anak.

Bila anak dah lahir, memang payah nak susukan, tapi kami cuba positifkan minda. Susu ibu itu hak anak. Hak untuk jadi sihat dengan susu ibu, hak anak untuk keperluan nutrisi sepanjang membesar. 

Cik bersyukur jugak sebab dapat suami yang menyokong, ibu ayah pun tak de nak bagitau anak tu tak cukup susu. Selain dari tu cik banyakkan baca buku pasal penyusuan susu ibu. Cik siap join support group macam BF Moment, Pump On The Go, banyak lagi la. Nak ilmu punya pasal kan. 

Susu ni terhasil dari rangsangan hormon. Hormon tu pulak sangat mudah terhasil dalam keadaan tenang. Kalau fikiran penuh dengan negativiti atau kepenatan, memang mudah sangat pengeluaran susu tu jatuh. Selain dari tu demand dan supply. Lagi banyak susukan anak, lagi banyak lah susu terhasil.

Cik ada jugak amik Set Menyusu Shaklee, untuk milk booster gituhhhh. Ada Alfalfa dan ESP. Buat masa ni cik tak makan lagi Alfalfa sebab anak tengah kuning. Tapi cik minum je ESP. Untuk tenaga dan nutrisi tambahan untuk badan cik. Kalau dah malam asyik jaga je nak susukan anak, siang mesti lemau je. Jadi cik pastikan minum ESP 2 kali sehari untuk tenaga tambahan dan milk booster jugak. Tapi kalau ada Alfalfa memang lagi mantap la.
Untuk supplement milk booster ni terpulang pada masing-masing. Setiap orang ada pilihan. Jadi tak yah nak gaduh orang tu amik elok, orang tu amik tak elok. Kita kongsi je apa yang dah kita ambil dan amalkan. Lain orang, lain tindak balas badan dia. Jadi kita pon jangan penatkan otak nak gaduh pasal menda kecik.

Apa yang cik belajar, nak menyusukan anak ni pon kena ada ilmu. Bila ada ilmj baru kita boleh positifkan minda. Bukan takat kita je kena ada ilmu, suami pon kena ada gak. Sebab dia support group yang paling utama. Dia yang paling dekat dan hampir. Yang penting kena ingat, rezeki itu dari Allah. Dia dah tetapkan rezeki untuk kita dan anak kita. Jadi mohon dengan Dia dan berusaha untuk beri yang terbaik buat anak kita.

Insya Allah.

Farida Tarmize
Shaklee Supervisor
Whatsapp / SMS only : 0163265401
Email : faridafathima86@yahoo.com

Friday, April 24, 2015

Sembelit lepas bersalin


Bagi ibu-ibu yang dah bersalin mesti tahu macam mana seriaunya perasaan nak membuang lepas bersalin. Lagi-lagi anak pertama kena pulak episiotomi. Kena gunting pehtu jahit kat bawah tuuu macam cik.

Seram seyh. Seram sangat. Sebab rasa ngilu ada, rasa  nak koyak balik jahitan ada. Akhirhya jadilah tahan je berak tu, konon nak tunggu luka pulih. Padahal kalau buang je masa najis lemhut tak jadi apa pun.

Bila da takut sangat sampai sembelit, makan la buah dengan sayur apa pun tak jalan dah. Najis terkumpul banyak dah. Sebelum menangis dalam jamban, cik terus telan 4 biji ostematrix. 

 Pil bukan sekadar pil kalsium. Sesuai untuk orang sembelit dan buasir. Sebab dia bantu untuk lembutkan najis dan memudahkan buang air besar. 
 Alhamdulillah.  Telan 4 biji sebelum tidur, esok bangun terus membuang. Tak yah nak teran bagai. Tapi kena minum air babyak jugak tau. Tak minum air banyak apa pon tak jalan. Najis dah lembut, tapi pelincir takdak.
Sembelit ni bahaya kalau biarlan. Boleh jadi buasir. Boleh jugak jadi toksin dalam badan. Tu yang kadang ada yang jerawat tumbuh lah, badan tak sihat la. Sebab toksin tak buang betul. Jadi membuang air besar salah satu cara untuk detoks. 

Jadi jaga perut anda betul-betul untuk kesihatan berpanjangan.

Farida Tarmize
Shaklee Supervisor
Whatsapp / SMS only : 0163265401
 Email : faridafathima86@yahoo.com

Thursday, March 26, 2015

Vitalea dan Ibu Mengandung

Asssalamualaikum

Wiwiwiwi. Makin nak dekat bersalin ni makin berdebar pulak dah kan. Berdebar pun makan kena lah jaga. Supplement yang biasa ambil kena teruskan jugak. Macam cik amik set hamil Shaklee yang mengandungi:

Vitalea
Vitamin C
B Complex
Ostematrix
ESP
Omega Guard

Tapi cik nak cerita pasal Vitalea sepanjang mengandung. Cik memang konsisten makan Vitalea memandangkan cik sendiri ada masalah dengan paras hb. Doktor kata cik mungkin ada Anemia in Pregnancy. Maksudnya masa pregnant je cik akan hadapi HB jatuh bawah dari paras normal iaitu 11.

Mula cik ambil Iberet yang doktor suggest, minum dengan jus, tapi hb cik dalam 8.5 macam tu. Last-last cik tinggalkan Iberet cik konsisten 2 biji Vitalea dengan 2 biji Vitamin C. Alhamdulillah, hb cik naik antara 10.5 - 11.5 dan konsisten je. Elok amik dengan makanan mengandungi Vitamin C untuk memudahkan penyerapan iron dalam Vitalea. Macam cik, cik makan je Vitamin C Shaklee. Kalau takde, perah je la limau nipis ke, limau kasturi ke buat air. Senang.

Kalau ikut orang yang normal, confirm HB boleh naik sampai 12-14 kalau konsisten makan Vitalea dengan Vitamin C. Selain dari tu, vitalea ni juga membekalkan 12 vitamin dan 7 mineral baik untuk semua lelaki dan perempuan jugak. 2 biji Vitalea jugak mengandungi vitamin bersamaan dengan 40 jenis lauk.


Itu baru testimoni dari cik sendiri. Ni antara testimoni mereka yang dah menggunakan Vitalea sepanjang mengandung. 


Yang ni pulak testimoni dari kawan cik. Best je kan. Beza mengandung anak pertama dan anak kedua. Anak pertama makan supplement hospital tapi tak jalan jugak. Anak kedua mula tambah supplement Shaklee. Lepas tu baru nipis je buku sebab HB sentiasa la atas 11 je. 
 klik untuk besarkan.
untuk bukti lebih dekat lagi. Heheheheh

Jadi pada ibu-ibu mengandung, pilihan di tangan anda. Ada yang tak de masalah nak makan makanan biasa je untuk tingkat kan zat besi. Korang kira beruntung sangat lah kan. Tapi kalau yang bermasalah boleh cuba ambil Vitalea sebagai makanan tambahan. Sebab zat besi sangat mudah hilang lagi-lagi masa awal mengandung kerap muntah. Jadi zat apa pun tak mau lekat dalam badan.

Pada mereka yang perlukan nasihat atau nak beli Set Hamil dari Shaklee boleh whatsapp 0163265401. Saya akan bantu anda, Insya Allah. Kita mencuba sahaja, Allah yang akan menyembuhkan.



Farida Tarmize
Shaklee Independent Distributor : ID1081732
Whatsapp  : 0163265401

Tuesday, March 24, 2015

Kulit gebu dengan ESP

Assalamualaikum

Tinggal lagi 4 hari sahaja untuk promosi ESP Beli 6 percuma 1. Kalau tak mau beli banyak-banyak boleh beli 2 dapat lah diskaun 5%. Alhamdulillah, berbaloi jugak tuh kan, bukan senang nak dapat diskaun dari Shaklee. Kadang-kadang je. 

Apa yang menarik sangat dengan ESP ni sampai promosi banyak kali dah di buat. Kalau google testimonial ESP memang banyak sangat.
 Untuk kulit 
untuk hamil, 
untuk pantang, 
untuk mengandung, 
untuk menyusu, 
untuk bina badan, 
untuk kurus, 
macam tak habis pulak kalau nak senaraikan. Masing-masing jatuh cinta dengan ESP ni. Salah satu nya cik nak kongsi testimoni yang ada. Dapat dari kawan-kawan jugak. 
Kulit dah tak kusam dan berparut dah. ESP mengandungi protein dan 9 amino acids yang baik untuk membaiki sel-sel lebih-lebih lagi sel kulit.  Bila sel kulit diberi makanan yang elok, makan lebih mudah lah sel mati di ganti dengan sel baru.

Jadi nak kulit sihat boleh mulakan dengan protein yang baik dan tambahkan dengan Vitamin C yang membantu penghasilan kolagen.

Insya Allah. Kecantikan luaran bermula dari dalaman.


Farida Tarmize
Shaklee Independent Distributor : ID1081732
Freelance Makeup Service
Whatsapp / Telegram only : 0163265401
 Email : makeupbyidatarmize@gmail.com

Sunday, March 22, 2015

GST dan Income Tambahan


Assalamualaikum

Bila sebut je GST semakin ramai gelisah. Belum pun gst rata-rata pengguna ramai mengadu, harga dah mula naik. Maksudnya harga naik sekarang, lepas GST kita pengguna akan bayar lagi tinggi. Bukan setakat barangan di kedai-kedai berjenama, barangan runcit yang dikatakan tak kena GST pun dah mula naik harga.

Kalau nak cerita pasal GST memang lah tak habis. Kita sendiri tak tahu kedudukan ekonomi selepas GST. Tapi memang akan nampak perubahan, dan agak terasa jugak lah nanti. 

Bagi menyediakan diri, lebih baik mula cari pendapatan sampingan. Pendapatan yang kita suka nak buat. Yang kita cinta, sampai hari-hari rasa nak buat je. Hari-hari seronok nak buat. 

Buat mereka yang pernah gunakan Shaklee, dah jatuh cinta, teringin jana pendapatan sampingan dengan Shaklee, boleh PM cik 0163265401. Kita sama-sama merasa pendapatan sampingan. Apa yang buat cik jatuh cinta dengan Shaklee, ialah kita dapat bonus mengikut apa yang kita usahakan. Banyak kita dapat berkongsi dan jual produk, ,maka banyaklah bonus kita. 

Insya Allah. Bak kata master cik, KAMI NAK SERIBU DAYA, KAMI TAKNAK DENGAR SERIBU ALASAN. 

Man Jadda Wa Jadda
*Siapa berusaha dia pasti berjaya*


Farida Tarmize
Shaklee Independent Distributor : ID1081732
Freelance Makeup Service
Whatsapp / Telegram only : 0163265401
 Email : makeupbyidatarmize@gmail.com

Sunday, March 15, 2015

Apa jaminan Shaklee?

Assalamualaikum

Dah lama tak update blog. Heheheh.Padahal banyak kot draft. cuma entry tu agak panjang, jadi cam update sikit-sikit. Tapi malam ni macam mood nak update jugak. Tapi macam nak cerita pasal Shaklee.

Seriously cik faham ada orang yang annoy gila dengan Shaklee lagi-lagi ada SID yang buat hal. Tapi macam cik tak boleh nak kawal perangai orang. So, kalau nak beli supplement dan dapatkan konsultansi yang elok-elok yang betul, sila cari SID yang betul macam cik.

Banyak sebab kenapa semakin ramai pengguna Shaklee ni. Sebab Shaklee sendiri bagi jaminan dengan produk dia. Ingat senang ke nak letak jaminan kat website ke apa? Orang boleh print screen lepas tu bawak saman tau kalau tak jadi. Tapi cam Shaklee berani je buat kot. Sebab apa dia berani?

Sebab dia buat dan jalankan ni:

Kami menguji setiap bahan baharu untuk mengesan lebih 350 bahan cemar berbahaya.Kami menjalankan lebih 100,000 ujian kualiti setiap tahun bagi menjamin ketulenan tertinggi sebolehnya.Kami telah melaburkan lebih $250 juta dalam ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan.

Dan apa lak jaminan yang Shaklee bagi?



 Sentiasa Mesra Alam


 Sentiasa Selamat


Sentiasa Berkesan

Yang Menyembuhkan sudah tentulah Allah. Tapi kita pun perlu berusaha untuk mencari penawar yang baik buat kita. Dan nak mencari tu bukan senang, kita dah sakit takkan nak amik yang tak tentu hala kan? Nak tambah penyakit lagi ke? Jadi untuk makanan tambahan semulajadi, memang cik pilih Shaklee. Bukan takat cik je, ibu ayah cik pun makan Shaklee jugak selain daripada makanan sunnah yang lain.

Alhamdulillah, semakin baik kesihatan diorang. Jadi cik pun tak de la ragu-ragu sangat. Kita mencuba je kan?

http://www.shaklee.com.my/about/


----------------------------
Jika anda perlukan nasihat berkenaan Shaklee, boleh hubungi saya ajen sah Shaklee anda:

Farida Tarmize
Shaklee Independent Distributor : ID1081732
Whatsapp / Telegram only : 0163265401

Thursday, March 5, 2015

Soya Bebas Kimia dengan Energized Soy Protein (ESP)

Assalamualaikum.

Memandangkan bulan ni promo ESP, macam seronok pulak nak cerita kenapa ESP ni best. Gambar 360 lagi cik amik. Bukan pakai kamera 360, gambar tong ESP ni 360. Seluruh tong cik amik. hahaha.

Sepanjang cik mengandung ni, ramai orang dok nasihat jangan minum air soya. Nanti anak lembab la. Walaupun ada yang suruh minum kalau nak anak kulit cantik putih berseri. Macam-macam lah kan. Jadi bila orang cakap minum soya anak jadi lembab,haruslah cik gelabah. cik ada ESP kot dalam simpanan. ESP pulak terang-terang kat botol tulis Soy Protein Isolate Powder.

 Gila kau tak cuak orang kata tak boleh minum soya nanti anak lembab. Lepas cik google, search, baca buku nutrisi, tanya orang, email Shaklee, akhirnyaaaaaa terjawab kenapa ESP ni digalakkan pulak kan. Jadi mari kita belek ESP ni puas-puas sampai kita semua faham sampai tergila-gila nak beli sementara promosi sebelum GST dikenakan.

Kalau korang nak tau, Shaklee la 1st company yang cipta makanan tambahan protin berasaskan soya. Dicipta oleh Dr Shaklee pada awal 70-an lagi sebab dia tahu protin soya ni boleh jadi faktor utama untuk kesihatan ungguuuuullll gitewww.
Pertama

Kacang soya yang Shaklee guna ni mengandungi non-GMO (non-Genetically Modified Organism). Cemana non-GMO ni? Takdak guna bahan kimia atau suntik2 untuk modified soya supaya cepat tumbuh membesar berkali-kali ganda dari yang sepatutnya. Dia proses pulak dengan suhu rendah. Sebab kalau industri dia akan proses dengan suhu tinggi. Bila tinggi banyak la khasiat protein hilang. Belum cerita ada yang proses dengan gunakan alkohol.

Kedua

1 tong ESP lebih kurang 30 hidangan. itupun 1 hidangan sama dengan 3 sudu besar / 28 gm. Lebih kurang sebulan kalau korang guna 3 sudu lah. kalau korang minum sehari sesudu je, dapat lah minum sebulan ke 2 bulan. Kan ke berbaloi tu. Jimat sangat dah. Harga pun berbaloi-baloi je.

Satu hidangan ESP bersamaan dengan

2 kali ganda DAGING
4 kali ganda TELUR
12kali ganda SUSU

Ketiga

ESP dari Shaklee satu-satunya produk dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tak mampu di hasilkan oleh badan manusia. Jadi tak perlu nak cari merata makananan untuk lengkap kan 9 asid amino ni. Kang merata carik, salah proses, salah masak, asid amino apa pun tak serap, badan pulak yang tembun.

 Keempat

ESP jugak diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Sesuai untuk semua peringkat umur tak kira tua atau pun muda (macam nyanyi lagu raya pulak). Tapi pada mereka yang ada ada masalah buah pinggang dan kesukaran proses protein adalah tidak digalakkan ambil ESP.

Kandungan Indeks Glisemik (G.I) yang rendah tahap 39, jadikan ESP sangat sesuai untuk penghidap kencing manis. Sebab pesakit kencing manis kena amik makanan Glisemik Indeks bawah dari 56. Memandangkan ESP takat 39 je, jadi boleh je amik kan. Takda hal.

Kelima

Last sekali, setiap tong ESP 850gm. 850 gm ni pulak guna 30kg kacang soya yang memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama. Rendah lemak,jadi tak perlu nak risau pasal lemak. Kalau makan ayam ke daging banyak-banyak, sumber protein dapat, lemak pun join sekali. Kolestrol free ni memang la. Sebab guna tumbuhan. Bila pulak la tumbuhan ada kolesterol. Sama je macam minyak masak kelapa sawit tu.  Kolesterol wujud dalam benda hidup berdarah je. Hehehehe.

Jadi ingat tau!!! ESP rendah lemak, tiada kolesterol, tiada asid urik dan mudah diserap oleh tubuh kita.

Jadi kalau korang jenis pentingkan KECANTIKAN, KESIHATAN dan ingin KEKAL BERTENAGA sepanjang hari, ESP Shaklee memang pilihan yang terbaik untuk korang. 

ESP ni paling HOT SELLING / BEST SELLING / POPULAR PRODUK / HIGH DEMAND dalam banyak-banyak produk Shaklee. Tak promo pun orang borong bertong-tong, kalau tengah promo ni lagi la. Lagi pulak next month GST pulak kan. Memang la bertambah 6% dah harga. 

Sila grab laju-laju dengan saya untuk konsultansi terbaik.

Farida Tarmize
-Supervisor Shaklee
Shaklee Independent Distributor : ID1081732
Whatsapp / Telegram only : 0163265401

Tuesday, February 24, 2015

Set Bersalin Moden + Tradisional

Assalamualaikum semua,

Nervous tak? Cececehhhhh. Siapa yang menunggu hari nak bersalin harus lah nervous kan? Cik pun dah tunggu masa je. Lagi beberapa minggu je nak sampai masa dah. Barang untuk hospital dah siap pun masuk dalam beg tinggalkan dalam kereta. Barang anak mana yang perlu dah siap beli, ada yang perlu basuh dulu lepas tu hantar rumah ibu. Cuti je tak apply lagi.

Set bersalin tradisional dah tempah kat kawan. Set bersalin moden guna dari Shaklee. Haruslah.. Sebab masa hamil dah guna set yang sama, tambah sikit-sikit dah jadi set bersalin + pantang. Mudah je kan.

Kenapa cik pilih nak berpantang dengan moden dan tradisional? Kalau nak diikutkan orang zaman sekarang ramai je kot yang dah beralih pada Set Bersalin Moden. Kalau yang tradisional pun banyak dah dimodenkan.

Yang set tradisional cik tak amik yang makan-makan. Yang tradisional takat yang guna luaran macam:

  • Pilis 
  • Param
  • Herba Mandian,
  • Berurut
  • Herba Tangas
  • Bengkung berherba
  • Bertungku

Yang moden atau supplement sepanjang bersalin haruslah:

  • B Complex
  • Vitalea
  • Vitamin C
  • Zinc 
  • Ostematrix
  • ESP
  • Alfalfa
  • Omega
  • Lecithin
Untuk Set Bersalin Shaklee ni ada asas, ada jugak yang Premium. Asas ni memang untuk sapa-sapa  yang malas nak makan banyak-banyak. Kat poster bawah ni set yang asas sekali.

Set ni elok sangat pada yang malas nak makan banyak2 supplement. Takde masalah nak makan lepas bersalin pun. Alhamdulillah  testimoni kawan2 cik yang amik set ni bagitau tak de masalah sangat. Even lepas bersalin pun diorang ada tenaga untuk bergerak. Vitalea antara yang terbaik untuk bekalkan tenaga. Tapi kita muslim digalakkan makan kurma jugak untuk tenaga Masa nak meneran dan selepas bersalin.

Untuk set yang premium pulak lebih kepada set lengkap termasuk untuk menyusu dan menurunkan berat badan selepas bersalin tanpa memberi efek kepada pengeluaran susu dan kepada bayi sendiri. Jadi terpulang pada wanita hamil nak amik yang mana. Sebab ikut keperluan masing-masing dan ikut bajet jugak.

Tapi macam cik b complex, vitalea, vitamin C, esp, ostemarix memang dah amik masa mengandung. Zinc pulak suami makan sebab nak rawat luka2 dalaman sebab dulu dia penah kena bedah apendiks. Cik cuma tambah alfalfa dengan lecithin je. Hari tu kebetulan alfalfa ada promo, cik apa lagi, terus join order la dengan kawan cik. Dapat lah harga murah sikit. Lecithin je cik tambah nanti.

Kalau nak tanya testimoni, memang google je la kan. Melambak orang share. Shaklee tak perlu duta besar untuk beritahu keberkesanan produk, sebab penggunanya ramai. Kami pengguna lah duta-duta shaklee yang dah alami kebaikan nya.

Antara selebriti yang gunakan set bersalin Shaklee, Leuniey Natasha isteri Apek dari TRW. Rita Rudaini pun dah mula guna Shaklee  siap jadi ahli lagi sejak beli Mealshake untuk anak dia (Ni cik tengok kat ig dia).


Jadi untuk kesihatan selepas bersalin memang terpulang pada diri masing-masing. Ada yang mampu nak ikut pantang yang ketat darinorang tua-tua. Tapi ibu cik memang dah baca and educated sikit bab-bab pantang ni. Jadi apa yang boleh buat dia ajar cik, ada yang macam mengarut dia cerita je untuk pengalaman.

Insya Allah.

Pada yang berminat untuk konsultasi dan nak beli Set Bersalin Shaklee boleh whatsapp / sms ke 0163265401. Insya Allah cik akan bantu. Untuk sama-sama sihat. Sihat pun untuk diri sendiri dan suami.


Farida Tarmize
Shaklee Independent Distributor - Supervisor : ID1081732
Whatsapp / Telegram only : 0163265401

Saturday, February 21, 2015

Saya dan Shaklee - Jangan Putus Asa

Assalamualaikum

Rasa macam kepenatan duduk rumah tak ada nak buat apa sangat. Tapi duduk bukan sekadar duduk. Duduk penuh angan-anga. Duduk merangcang masa depan. Bila dah ada anak ni, macam banyak plan nak buat. Banyak duit akan digunakan. Betul, setiap anak ada rezeki masing-masing. Tapi anak itu amanah Allah. Tak mau la fikir mudah je.Mesti nak rancang yang terbaik kan??

Insya Allah

Sejak dari muda lagi teringin sangat nak berniaga. Cik macam mencari apa yang cik minat tapi dalam masa yang sama cik boleh menjual. Alhamdulillah, Allah pertemukan cik dengan Shaklee. Cik ingat lagi, cik mula dengan Shaklee amik Chewable Vitamin C dengan GLA. Masa tu Sustained Release Vitamin C habis stok lepas tu dihentikan sementara untuk penambahbaikan kata diorang. Amik GLA sebab nak bagi period teratur, Vitamin C konon nak bagi kulit cantik. hehehe

Walaupun takde lah konsisten sangat dengan Shaklee, tapi cik makan jugak. Cik betul-betul serious dengan Shaklee bila Disember 2013. Masa tu dah nak kahwin kan, so amik la set diet Shaklee dengan Kak Shaeera. Cik alfalfa, Lecithin, dan Omega. Lepas tu terus join ahli dengan harga RM65 + RM10. Masa tu rasa macam mudahnya nak join Shaklee. Tak mahal sangat pun.

Bila dah jadi ahli Shaklee cik takde lah rasa nak menjual sangat pun. Tapi bila ayah cik tahu, terus dia cerita dia dulu ahli dan pengguna tegar Shaklee. Tapi masa tu handphone tak canggih lagi. Jadi bila kami pindah Kajang ayah pun macam lost contact dengan upline dia. Jadi ayah macam stop makan Shaklee.

Lepas cik join, ayah terus beli balik Shaklee. Siap ayah tengok katelog harga dia kata murah. Harga tak berubah banyak pun nak banding dulu. Terus ayah order supplement favourite ayah Vitalea, Omega dengan Vitamin C (kauuuu.. bapakku pun makan Vitamin C). Alang2 ayah dah beli point cik pun naik ke 150uv. terus kan je lah promote2, tak sangka bulan tu baru join dapat 700uv. Dapat lah cash bonus bulan seterusnya.

Lepas tu memang cik meneruskan perjalanan lah. Cik takde lah kejar sangat duit, tapi rezeki kan amik je la. Sampai lah bulan Mac cik nak kahwin cik berjaya naik Supervisor.

Tapi sayang cik tak konsisten. Rasa selesa sangat lepas kahwin kan. Momentum dan push factor tu kurang. Tapi cik tak pernah stop makan Shaklee. Sampai sekarang sayang sangat dengan Shaklee. Walaupun tak konsisten, tapi Alhamdulillah cik masih lagi aktif menjual online dan offline. Income tiap2 bulan masuk jugak atas usaha sendiri.

Tapi Insya Allah Mac ni akan teruskan usaha sebab push factor yang baru, ANAK. Cik nak bebas hutang supaya boleh bekerja dari rumah. Ada masa nak tumpukan perhatian kepada anak-anak dan suami. Insya Allah.
 
Siap buat kolaj lagi poster2 motivasi dapat dari facebook. Suami kata semak. Tapi nasib lah. Hahahahaha.

Insya Allah

SAYA BOLEH!
SAYA ORANG HEBAT!


Ida Tarmize