Showing posts with label fotogedik. Show all posts
Showing posts with label fotogedik. Show all posts

Thursday, January 8, 2015

Mengidam nasi kenduri

Alhamdulillah.

Sejak mengandung tak pernah la mengidam nak makan benda bukan-bukan. Mungkin ikut orang jugak kot. Selalunya ikut doktor, mengidam ni disebabkan kekurangan sesuatu nutrien dalam badan. lagi-lagi ibu mengandung yang kerap muntah. Jadi lah dia mengidam macam-macam <---- doktor="" kata.="" la="" p="">
Sepanjang mengandung, rasanya mengidam cik paling dasyat skali teringin nak makan Mi Kolok Sarawak. Mengidam cik lebih kepada makanan negeri. nasib lah makcik cik orang Sarawak, jadi dia masakkan la masa cik datang rumah dia. Kenyang habis lah kan. Puas hati sampai dua kali tambah. Terus terbaring nak tertidur kat rumah dia. hahaha.

Bila dah masuk 5 bulan cik dah mula mengidam makan Nasi Kenduri. Nasib lah dah masuk musim cuti sekolah. Banyak la kenduri kendara,  Banyak jugaklah jemputan kahwin, memang tak lepas peluang dah kan. Lagi-lagi kenduri kawan sekolah, memang pergi la. Time tu la nak bergosip lah, nak bercerita apa lah kan.



Masa ni kenduri Moon kat Puchong je. Ramai gak datang kan, makanan pun banyak. Makan sampai kenyang kembung perut kauu. Sampai susah nak jalan dah masa tu rasa. Rasa nak balik terbaring kat rumah je. Amik gambar pun muka dah start tembam gila.





Yang ni pulak kenduri Enie tapi sebelah lelaki. Dah la buat malam. Meriah betul rasa. Siap ada bunga api masa acara potong kek. Pastu ramai pulak retis datang. Family Mertua enie memang jenis orang seni, ataupun buat event yang berkaitan seni jugak.

Pelamin tu family dia buat jugak. Best la kenduri malam, sejuk je. Tapi tempat duduk kena banyak la. Sebab orang akan datang ramai serentak. Maklumlah, masa terhad kan. So mungkin orang dah start datang dari awal kenduri pukul 8 tu. Jadi kitorang nak melepak masa tu tak dapat sangat la kan. Dah makan, lepastu cari pengantin nak bergambar,pastu balik. Nasib la ada kawan tu memang selalu datang jadi dah kenal keluarga mertua Enie, takdalah segan sangat kan.

Habis dah musim kenduri kahwin. Lepas ni kena tunggu bulan dua pulak baru ada kenduri lagi. Tapi kalau sesapa nak khidmat untuk Makeup ada promosi berbaloi2. Tarikh akhir booking sampai Februari, tapi boleh pakai bila2 sepanjang tahun 2015.

Bestkan? hehehe

Farida Tarmize
Shaklee Independent Distributor ID : 1081732
Freelance Makeup Artist

Wednesday, December 31, 2014

2014 : in memories

 Alhamdulillah.

Dah hampir sampai ke penghujung 2014. Tak sangka betul dapat mengharung jugak. Apa entah bahasa. Hahaha. 2013 dok menangis la bagai kan. Alhamdulillah  2014 berlalu dengan penuh kebahagiaan walau ada cabaran yang melanda.

Awal2 2014 penuh cabaran sebab nak buat persiapan nak kahwin kan. Jenuh la tempah kasut la, baju pengantin la. Cari kerusi nak buat tempat bergambar bagai. Buat goodies sampai nak beertumbuk dengan adik. Hahaha. Rasa kelakar pun ada jugak.
Yang paling cik suka sekali tempat bergambar. Thank u kawan2 cik sudi datang tolong hiaskan. Panjat sana sini pasang langsir, lampu kelip. Tu amoi la yang buat. Anis tolong buat bunga dalam jar. Sebelum tu pun dia siap teman lagi beli barang2 kat IKEA. Best sungguh lah kan. Memang puas hati sangat.

 Alhamdulillah  semuanya  berjalan dengan lancar. Dengan sekali lafaz je dah jadi isteri orang. Tak sempat nak feeling terharu ke hiba ke apa. Tiba2 je sah. Misi nak buat perkahwinan yang mudah dan ringkas pun berjaya sebab ayah cik la yang banyak memudahkan kami.

Takde hantaran, takde bersanding. Lepas nikah terus bergambar je lepas tu makan beradab. Dah makan terus menyambut tetamu yang tak putus2 datang.

Terima kasih pada yang hadir.
Alhamdulillah  tak lama lepas tu Allah beri rezeki anak pulak. Dapat beraya dengan keluarga mertua. Berjalan sana sini. Rasa culture shock pon ada walaupun beraya kat Perak je. Hahaha.


Kenangan lain bila negara dikejutkan dengan kehilangan MH370 dan MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine. 

Walaupun tak ada keluarga yang terlibat tapi sangat2 bersedih hati kerana banyak nyawa yang terlibat dan majoritinya rakyat Malaysia sendiri.

Nangis je bila tengok berita. Macam mana lah keluarga nak hadapi kan. Moga Allah lapangkan dada keluarga yang terlibat. Ada hikmah di sebalik kejadian. 

Tahun ni jugak membuat kan cik berani nak join kelas mekap dan buat jugak freelance service. Sebab sebelum ni biasa je makeup, tapi tak pernah la nak mekap kan orang. Cuma tak tau bila mengandung, jadi macam minat sangat2. Join kelas kawan cik, Afidatul Anis yang dah start glemer.

Terima kasih atas ilmu yang dikongsi.
 Sebab apa buat makeup service? Sebab suka gila beli barang mekap. Kalau sendiri pakai memang  berzaman la kan nak habis. Jadi kalau mekap kan orang, boleh beli banyak2 jenis. Hahaha. Pandai tak.

Alhamdulillah. Nasib suami dah bagi green light. Dia kata buat betul2. Jangan membazir. Siap belikan kerusi untuk mudahkan mekap orang. Insya Allah.

Siapa berminat untuk makeup service boleh gi instagram saya : idatarmize atau blog faridatarmize. Apa info ke, pertanyaan ke, nak booking ke, boleh je tanya.

 Dan di penghujung tahun pulak macam semua tahu, pantai timur negara pasti akan dilanda banjir. Cuma pada tahun ini dikatakan banjir terburuk yang melanda negara. Sampaikan sekolah tempat perpindahan pun dinaiki air.

Semoga tabahlah mereka yang menghadapi musibah. Allah lebih tahu apa yang terbaik. Mungkin untuk hadirkan perkara yang lebih baik, mungkin juga untuk menyucikan diri dari dosa dan noda.

Insya Allah.

Moga tahun depan lebih baik buat diri. Dari segi agama, kewangan, dan keperibadian. Insya Allah.

Selamat Tahun Baru 2015.

Farida Tarmize
Shaklee Independent Distributor ID : 1081732
Freelance Makeup Artist

Saturday, August 17, 2013

Farewell : Another farewell party

Assalamualaikum. 

Minggu ni sedih sungguh buat cik dan geng2 e-daftar. Sebab lagi 2 orang staff dah mendapat rezeki yang lebih baik. Sudah la cepat je nak perginya. Diorang ni selalu tau buat mood cik spoil time raya. Diorang dapat tawaran pun lagi 2 hari je nak raya. Pastu nak mendaftar khamis 15 ogos pulak. Tak ke cepat namanya tu. 

Tu yang siap ada yang nangis-nangis lagi. Sedih nih. Nampak tak punya sedih, sampai cik mengulang 3 kali word sedih tu. Ni dah 4 kot. Tapi tak pelah. Diorang dah dapat tawaran pekerjaan lebih baik lagi. Jadi ini perjalanan diorang. Kita meraikan sahaja dengan makan kat kedai Tokwan kat The Curve.

 Nak pujuk diorang gi Kepsi ni payah ni. Nasib baiklah si Jaja ni naik kereta sekali ngan amoi. Jadi lagi mudah la nak bawak dia. Yang kelakarnya nak pujuk si helmi. Sampai bergaduh2 si mira ni ajak helmi hi the curve. Rupanya elmi dah tahu. Tu yang dia malas nak gi. Hehhee. Maka terjadilah gambar candid dari mamarazi selly.

Kitorang dah nampak dah diorang kat Laundry, nasib budak 2 orang ni tak perasan. Hahhaha. Kalau tak kantoi la. Nasib kepsi tak ramai orang. Memang kecoh la bila diorang tahu ni surprise.
 Nindia adik2 cik membeli kepsi. Nasib tak disuruhnya hakak belanja. Menangis air mata darah korek tabung ayam kat kedai Tokwan. Malu la hakak nanti pakai comel2 dibuli dan tiada hak untuk berkata apa-apa. Hahhaha.
 Bila dah berkumpul ramai-ramai tahu je lah kan tahap kekecohan dia. Cik ni bukan jenis berkira tempat best atau tidak. Cik lebih berkira dengan siapa cik pergi tempat tu.

Kalau tempat best sekalipun, tapi geng-geng lemau je, memang takkan best la. Kalau tempat tak best setakat kedai Tokwan, tapi dengan ofismet yang gila-gila, memang menjadi-jadi lah tempat tu kan.

 Sambil makan lah nak bersembang, amik gambar, menangis, ketawa terbahak-bahak sampai nampak anak tekak sampai orang pandang apehal budak-budak ni macam kedai Tokwan depa ja. Haaa..sampau tahap macam tu lah kalau dah kuar ngan geng-geng yang sekepala sekapal kan. Korang pun mesti ada kan. Kan?? Kann?? Elelele..jangan nak tipu.
 Dah habis makan kitorang apa lagi, amik gambar la. Habis tepi kedai The Gardens kene blasah ngan kitorang. Tu lah, sapa suruh dekoret kedai lawa-lawa sangat. Kan dah jadi mangsa studio fotoshut untuk kitorang yang takde bajet nih. Hahaha. Amik gambar puas-puas sebelum berpisah. Tapi nanti jumpa gak diorang masa jamuan raya minggu depan.
ok..ok..penutup nak bagi sedih semula selepas menyaksikan perjalanan yang menggembirakan.

Kepada Helmi dan Shaza semoga maju jaya dalam pilihan kerjaya anda. Apa yang korang tak suka tak semestinya tak baik untuk korang, apa yang baik tak semestinya terbaik buat korang. Lalui perjalanan sebab banyak yang perlu dipelajari. Shaza moga jumpa bofreng baru. Helmi ko jangan nak bangun lambat sangat. 

Adik-adik hakak yang lain jangan sedih susah hati.  Insya Allah akan sampai rezeki korang. Tinggal la hakak ni bersendirian melayan peminat korang. Sedih tauuuuu. T_T

Monday, July 1, 2013

Girls Day Out

Assalamualaikum

Hari ni mood kategori rajin lah jugak kan. Padahal entry basi dah. Cerita sabtu minggu lepas. Ini namanya schedule. Hahahha. Alasan kuat kan. 

Minggu girls day out sangat la kan. Memasing sibuk nak beli baju raya bagai kan. Lepas tu cik dengan momoi dah usha Sincerely By Us butik ni lama dah. Dok tunggu je bila dia nak release raya collection. Tu yang memasing nak ikut je. Tak pelah. Bila lagi kan.

SBU ni patutnya bukak pukul 11, tapi owner dia lambat kan. Jadi lah adegan2 menunggu pintu nak bukak. Macam kesian je orang tengok. Nak jadi yang pertama punya pasal kan. Hahahha.
Dah masuk tu memang wajibul ghunnah la rambang mata kan. Tapi cik tak membeli pun. Memandangkan gaji cik tak masuk lagi. Jadi dok diam2 kat tepi je lah. Pastu amik gambar budak2 ni macam ahopping kat pasar ikan. Hahaha.
Dah habis shopping memang wajiblah bergambar dengan segala macam sign yang ada. Alang2 diorang dah bagi kan. Hahhaa.
Dah habis shopping kat shah alam, cik bawak member cik ke sunway. Dia kata nak tukar nama sim kad apa tah. Cik pon malas amik tau. Hahah. Tapi kesian, sebab simkad tu supplementary,  maka tak dapat la nak buat segala pertukaran kalo main dia tak ada.

Maka kami pun gi menibaikan diri makan eskrem Baskin Robin. Cik ni bukan spesis suka makan eskem. Maka niat nak pau je lah kan. Sekali si mira ni paksa jugak beli. Dia belanja banana split. Pengsan weyh nak habiskan. Haihhh..nasib dia cakap taknak makan dah. Kalo tak memang pengsan. Manissssss sangat. Cik tak minat.
Lepas tu banyak sangat mengidam kan. Lepas dah makan eskem kitorang semata2 pulak gi Sg Besi nak makan Sup Meletop katanya. Ada orang nak jumpe bofreng pulakkan. Hahahha. Mendapat la cik perut sakit. Lepas makan sejuk makan sup panas pulak. Malam tak lena tidur pulak. Rezeki sungguh cik keluar. Makan eskem orang belanja, makan sup letup pon orang belanja. Moga2 dilimpahkan rezeki mereka dunia akhirat. Lepas nih kasi cik belanja pulak eyh?..


Saturday, June 29, 2013

PLKN: Reunion

Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah berjaya jugak cik update blog walaupun schedule. Tapi tak kisah lah pun kan. Takut kang tetiba cik sibuk pulak. Pada 21 jun lepas cik berjumpa kembali dengan sebahagian dari Platun 12 Kompeni Bravo PLKN Kem Kuala Kubu Bharu. Kira ni member2 kamcing jugak lah kan. Tapi ni pun tak ramai.

Dah 9 tahun kot baru dapat jumpa. Nasib ada orang sudi teman cik. Nak keluar malam memang tak mungkin la kan. Hahahha. Jadi meyh tengok rakan2 lama yang tak berubah muka diorang. Tapi cuma mengalami pertambahan berat dan saiz je termasuk cik. Hahahha.

Nik dan Priya.
Kian Kiat dan Chee Kin
Cik yang tak malu tibai makan awal2 sebab lapar. Padahal makan chocolate lava je. Hahaha.
 Sook Teng. Why?? Why??? 

Kitorang berdating di Fullhouse Sunway Piramid. Pergghhh.. lama tak gi fullhouse. Tapi sayang cik dah kenyang. Jadi tak dapat nak makan sangat. Pau pinggan orang je. Hahaha.

Bila dah berjumpa kan memang banyak lah kenangan diungkit semula. Sambil tu bercerita apa yang berlaku dan apa yang dibuat sekarang. Memasing dah berkerjaya. Ada yang dah ada bisnes, ada yang dah berkeluarga. Tapi memang rindu lah kenangan kan.
Semoga persahabatan ini kekal selamanya. PLKN membuatkan cik berkenalan dengan ramai rakan2 dari seluruh pelusuk Malaysia. Berbagai bangsa, agama, bahasa ibunda. Kitorang belajar banyak sangat sepanjang 3 bulan kitorang bersama di Kem dan UPM.

Lepas ni kita buat lagi eyh??? Tapi kena jemput ramai lagi lah. Baru kecoh sikit. Hahaha.

Thursday, June 27, 2013

KAP : Tamat lah

Alhamdulillah.  Akhirnya tamat jua kursus asas perkhidmatan selama hampir sebulan setengah.tapi tak ada lah habis sangat pun. Sebab exam bulan sepuluh kan. Jadi baru selesai kelas je lah pun. Nanti kena pulun lagi nak exam pulak. 

Bila dah last ni memang memasing la kan nak amik gambar pulak. Jadi malas cik nak cerita. Sebab majoriti yang cik bergambar cik tak tahu pun nama diorang. Tapi sebab diorang yang nak kan. Retiss sangat I u olls.. hahahah.. perasan.






Semoga berjumpa lagi KAP 31 Bil 1/2013.

Tuesday, June 25, 2013

KAP : Farewell Dinner

Assalamualaikum awak awak semua.

Hahaha. Ini masih dalam mood rajin kot. Sebab hari ni cuti kan. Jadi lah update blog pon dah lambat. Dok ke hulu ke hilir siapkan hal bank. Sakit kepala u olls lagi2 tengah jerebu ni. Ni pun hidung dah sok sek sok sek dari petang tadi. Selsema sebab jerebu kot. Ujian..ujian

Sebenarnya saya isteri dia cik dah habis kursus KAP minggu lepas. Baru terhegeh2 nak ipdate pasal dinner kan. Ni pun nasib la tak lewat sebulan. Kalau tak memang ceriita basi boleh buat orang sakit perut punya. Hahahha.

Dinner ni malam terakhir kami di APM. Memang kebanyakan peserta KAP akan anjurkan dinner ni lah. Sebab lepas nih dah susah nak jumpa kan. Next kitorang jumpa pun mungkin induksi ogos lepas raya ataupun masa exam bulan oktober nanti. Jadi faham2 je lah ada yang baru nak berputik cinta kat situ kan. Padehal bukan jauh mana pun.

Makanan disediakan oleh pihak dewan makan APM. Ada kambing bakar, udang bakar, hotdog, nasi goreng kampung. Pastu apa tah cik malas nak sebut. Kang terliur lak. Dah la cik puasa. Kang tak pepasal je nangis kan. Hahahha.
Nak menunggu saat ketibaan ni memang la payah kan. Cik duduk memang dekat ngan pintu. Wajib. Hahhaha. Senang serbu makanan. Tetamu VIP adalah TO En Syahrul. Pastu urusetia PN Ros. Peserta KAP kami tak ramai pun. Dalam 140 lebih je kot. Sabah ssarawak sekali lah.
Bila bab makan wajibul ghunnah lah laju. Cik dok amik gambar ni sebab pinggan cik telah terisi. Hahahha. Jadi amik gambar muka manusia kelaparan lah kan. 
Kambing golek2 yang sedap tapi gravy dia pekat sangat pastu masin dan pedas. Terpaksa makan dengan sos cili. Huhuhu.
Malam tu jugak ada banyak aktiviti. Diorang siap buat macam ala2 anugerah gitu. Ada anugerah Peserta paling happy @ sempoi, Pasangan peserta paling serasilah. 

Banyak gak lah. Nak dekat 10 kot anugerahnya. Lepas tu acara karoke yang dibolot mati2an oleh grace. Hahhaha. Sian dia kene bahan je. Suara sedap dah. Tapi sebab asik muka dia je semua pakat booo je. 

Lepas tu ada jugak sambutan hari lahir buat siapa2 yang lahir bulan Mei dan Jun. Kek dia sedap weyhh.  Tak tahu diorang beli kat mana. Hahha. Sebab ada aiskrim kat tengah2.


Malam tu cik menang jugak la anugerah. Hahhaha. Anugerah ke tu? Cam memasing nak kenakan cik je. Cik dapat Peserta KAP muka macam artis - katergori Wanita. Muka macam siapa tak perlulah cik bagitau. Hahhaha. Maluuuuuu. Bila tengok je soalan masa diorang edarkan kertas voting cik tahu dah mesti dorang saje je nih. Huhu..

Takpelah. Anugerah seiras tapi tak serupa. Dapat la pisau lipat boleh bawak pi camping dah. Hahaha. Banyak lagi nak update. Ada 5 entry. Macam biasalah. Schedule. Hahahah