Showing posts with label resepi cik kedondong. Show all posts
Showing posts with label resepi cik kedondong. Show all posts

Sunday, May 15, 2016

KFT : Kentucky Fried Tauhu

Tudiaaaaa

Dah ada anak baru nak belajar makan tauhu. Macam ni la jadinya. Hahaha. Nak bagi anak makan makanan sihat kenalah maknya makan dulu. 

Alhamdulillah Aisyaa jenis makan tak berkira. Apa orang sua dia makan. Broccoli je dia tak suka sangat. Sebab ibu dia pon x minat broccoli. Hahahaa. 

Setiap hari ahad, kalau ada kat rumah, cik wajib gi pasar pagi ahad dekat Paya Jaras. Kebetulan pulak ada satu gerai tu dia jual tauhu fresh. Cantik je. Tetiba terliur. Teringin nak makan tauhu celup tepung. Terus beli sepiring RM5 ada 10 biji. 

Balik rumah terus la buat aktiviti. Sebab nak bagi Aisyaa makan jugak, jadi cik potong la memanjang. Senang dia pegang. 

Ni style cik buat. Ibu-ibu yang lain boleh cuba jugak. Kot la kan. Budak suka tengok benda garing ni. 

Tauhu Lembut - potong ikut saiz anda suka. Kalau nak buat finger food, boleh potong macam jejari kenyang. 
Tepung KFC - (tepung gandum, serbuk black pepper, tepung beras, garam/gula kalau nak letak)
Telur

Buat nya mudah. Kalau anak dah besar boleh ajak dia tolong sekali. Celupkan tauhu dengan tepung. Kemudian telur. Lepas tu celup lagi dengan tepung. Boleh goreng. 

Kalau nak simpan, susun dalam loyang dan bekukan. Bila dah beku baru masuk daam bekas dan simpan dalam freezer. Bila nak masak boleh keluarkan. 

Mudahkan?

Friday, March 25, 2016

Carbonara Pasta & Chicken Chop

Assalamualaikum

Masa untuk sharing lagi. Padahal resepi instant. Hahahaha. Tak kira nak post jugak. Nanti boleh rujuk balik kalau teringin. 
ini dinner kami

Kitorang kalau malam memang jenis tak makan nasi. Sebab sarapan dengan makan tengahari dah nasi yang cukup berat. Jadi malam selalunya ringan sikit la. Yang penting ada protein bagi kenyang. Kalau nak diikutkan bukan berkhasiat sangat pun dinner kami ni. Hahaha. 

Somi tringin pasta. Isteri teringin chicken chop. Buat je la. Asal puas hati. Nak makan chicken chop kat luar memang tak la. Standard harga RM10 dan ke atas. Cik beli ayam bahagian peha. Lepas tu buang tulang, tinggalkan lutut dia (part tu yang sedap tu). Kalau kat kedai dua orang makan dah RM20. Dengan amaun tu cik dapat sediakan 6 ketul chicken chop. 

Tapi sekali sekala nak makan kat kedai apa salahnya. Bagi rezeki kat orang. Okehsss. Panjang dah bebel. 

Pasta Carbonara
Linguine pasta
Carbonara dalam botol atau tin( hehehehe)
Bawang putih - cincang kasar
Sedikit minyak
Air 
Garam

1. Rebus air tambahkan garam sesudu. 
2. Dah mendidih masukkan pasta ikut kuantiti korang nak.
3. Rebus sampai lembut boleh gigit tapi bukan lembik. 
4. Jangan buang air rebusan pasta. Tinggalkan secawan. 
5. Tapis kan pasta. 
6. Panas kan kuali/ periuk. Masukkan minyak. Cik guna EVOO
7. Minyak dah panas, masukkan bawang putih. Goreng naik bau. Jangan biar hangit. Masukkan sos carbonara ikut keperluan. Kalau suka sos banyak boleh letak banyak. Kalau suka cukup2 je pon boleh. 
8. Masukkan air rebusan pasta. 
9. Air rebusan selalunya dah ada garam. Jadi rasa dulu sebelum letak garam lagi. 
Tambahan:
10. Disebabkan masa celup ayam ada lebih telur. Jadi cik tambah dalam sos dan masukkan terus pasta. Kacau hingga nampak pekat. 

SIAP!!!

Chicken Chop
Ayam bahagian peha. Buang tulang
Tepung gandum - cik guna tepung kfc. Hihihi
Telur - sebiji
Serbuk roti - kalau tak de. Beli roti (tak kisah putih atau wholegrain). Bakar sampai nampak kekuningan. Blend. Simpan dalam bekas kedap udara. 

Breading procedure:
Sediakan 3 bekas. 
Tepung ( kalau pakai tepung gandum, tambahkan garam dan lada sulah. 
Telur
Serbuk roti

Celup tepung - telur - serbuk roti. 
Kalau nak garing tepung - telur - tepung - telur - serbuk roti

Goreng dengan minyak panas / api perlahan / hingga keemasan. 

SIAPPP!!

Sebabkan carbonara dah berkuah, maka cik tak buat la kuah untuk ayam. Next time ok? Sebab ada lagi 2 ketul tak masak lagi. 

Wednesday, March 9, 2016

Sarapan Apa? : Lempeng dan Sambal Bilis

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Dikurniakan lagi satu hari untuk bernafas di bumi Allah. Moga kita sentiasa bersyukur atas kurniaan dan rahmatnya. 

Hari ni bangun je pagi terus teringin breakfast ala-ala kampung. Lempeng dengan sambal bilis. Kalau kat kampung memang laku habis la. 
Pulak tu makan pulak sambil dengar bunyi cengkerik dengan kokokan ayam. Memang feeling habis la kan. 

Lama tak masak lempeng. Kalau dapat lempeng pisang atau lempeng kelapa pun sedap jugak. Jadi kalau ada sesiapa tetiba feeling nak makan lempeng boleh la cuba. Ni cik ajar yang biasa je. 
Resepi Lempeng & Sambal Bilis Cik Kedondong

Lempeng:
Tepung gandum - ikut suka kuantiti. Cik buat 250gm tadi
Telur 1 biji
Garam & Gula
2 sudu besar Quacker Oat Instant
1 sudu besar ESP Shaklee
Air - mengikut keperluan

Campurkan semua bahan dalam blender.  Masukkan air secawan dan blend. Masukkan lagi air hingga dapat konsistensi separa cair pekat. Hahhah

Maksudnya takde la cair sangat, tak de la pekat sangat. 

Panaskan kuali atau non-stick pan. Sapu minyak sedikit jika diperlukan. Senduk atau tuang ke dalam kuali. 

Bila keliling macam terangkat maksudnya dah masak. Balikkan dan masak lagi. 

Optional : boleh jugak tambah kelapa atau pisang. 

Sambal Bilis:
Blend A
Bawang merah
Bawah putih
Halia
Cili merah
Belacan
Ikan bilis
- blend dengan air hingga halus

Blend B 
Cili kering rebus dan blend

Bawang besar Holland - potong bulat2
Ikan bilis - goreng 
Asam keping
Garam gula

1. Panaskan kuali dengan minyak setengah cawan
2. Masukkan bahan Blend A dan goreng sampai naik bau
3. Masukkan bahan Blend B dan tumis sampai pecah minyak. 
Lebih kurang macam ni. Sebab nanti warna tumisan ni akan berubah jadi gelap, air pun dah berkurang.
4. Masukkan air lebih kurang 1 cawan. Kena agak2. Jangan banyak sangat nanti berkuah pulak. 
5. Masukkan ikan bilis, bawang holland. Masak hingga bawang lembut. 
6. Perasakan dengan garam & gula then masukkan asam keping. 
7.  Rasa lagi mengikut citarasa anda

Dah sedia untuk dimakan. Kot la ada yang nak buat menjual atau bawak bekalsenang  je resepi ni. 

Jadi selamat mencuba. Nanti bagitau sedap ke tidak. Hehehe

Sunday, January 31, 2016

Sayur Bayam Tumis Air

Assalamualaikum

Kembali lagi bekal dan cara masak untuk orang tak pandai masak. Cik tak masak kalau ada jamuan atau hari jumaat. 

Memandangkan cik dan suami satu department jadi takde hal lah. 
Mesti korang tengok cam sedih je bekal kami. Orang lain kemain warna warninnhahaha. Takpelah. Janji lengkap  piramid makanan ok dah. Cuma buah je tak masukkan. 

Pehtu ni pinggan cik. Dia memang rupa macam ni. Tak seimbang. Hahaha

Hari ni masak sayur simple je. Sayur bayam tumis air. ada yang panggil sayur air bayam. Hahaha. Pelik. Yang penting rupa cenggituh. Resepi untuk yang tak pandai sangat:

Seikat bayam biasa atau bayam merah - bersihkan sampainhilang pasir
Sebiji bawang merah - hiris
Seulas bawang putih besar - hiris
Ikan bilis segenggam - tumbuk kasar
Cili merah - hiris
Air
Garam gula

Cara pon senang sajorghhh:
1. Masukkan bawang merah, bawang putih, cili merah, ikan bilis tumbuk, dan air
2. Simmer sebentar. Hmmm. Simmer ni cam panaskan hingga mendidih buih 2 kecil. 
3. Masukkan bayam yang dah dipetik atau dipotong. Takmau rebus lama2 nanti hilang vitamin. 
4. Masukkan garam gula kalau tak cukup rasa. 

Selalunya kalau masuk ikan bilis tumbuk, rasa dia dah cukup kick dah. Yang penting ada rasa ikan bilis. 

Hahaha. Senang kan? Takde alasan dah tak sempat nak masak bekal.