Showing posts with label workaholic. Show all posts
Showing posts with label workaholic. Show all posts

Sunday, January 4, 2015

Makeup Service Promo 2015


Bismillahirahmanirrahim..

Announcing 2015 promotion 




1. Engagement/Nikah→ RM 150 

2. Reception → RM 200

3. Bertandang → RM 200

4. Nikah + Reception (same date) → RM 300 (worth RM 50)

5. Any events ( bridesmaid, dinner, convocation, post-wedding - (RM 100)

6. Add on - Bridesmaid, mak pengantin, sisters, flower girl → RM 50 each person
______________________________

1. This promotion is valid for any date in 2015 and its only limited to 20 customers only on first come first serve basis. T&C applied.
2. This deal is available if booked before end of Februari 2015.
3. I am not available on April and May
4. So hurry up dear sister, book before the deal is end. You absolutely don't wanna miss this! ______________________________

If you want to book, please WhatsApp (016- 3265401) me the following details;

Name:
Address:
Date:
Time:
Name of Service: ENGAGEMENT MAKEUP / DINNER MAKEUP etc 


Please visit my blog ida.tarmize makeup for any updates and details 

xoxo

Sunday, December 28, 2014

Dinner JKK - Wild Wild West Theme

Assalamualaikum

Ni lagi satu blog yang tak berupdate berzaman. Laptop ada dah,internet lak cam hampeh. Maka siap2 tulis dalam word, buat draft siap2,balik umah kajang baru update siap schedule lagi. Boleh la untuk update selang dua hari sampai balik next. Hahahah

So blog ni akan bergabung dengan blog dapur-menjerit kot. Tak larat la nak jaga banyak blog. Buat dua je. Nama still sama la kot, misskedondong walau takla miss sangat pun. Satu pasal daily life,satu pasal kecantikan.eh..eh.. Cantik ke? Hahaha.

Sebenarnya entry ni nak kongsi pasal gi Dinner JKK hari tu. Tema dia kemainWild WildWest. Ni pun last minit, patutnya buat Family Day kat Gambang, tapi sebab tak mendapat sambutan, maka tukar lah jadi annual dinner je.

Memandangkan mak buyong tak berapa nak rajin beli atau sewa baju, maka pakai apa yang ada je. Cuma beli baju dress floral2 feeling country girl sket. Pakai jacket jeans dah la. Suami je la yang beria kan. Moh le nengok gambar dinner kami. 









Alhamdulillah rezeki baby. Suami dapat cabutan bertuah gi Arabian Bay Resort sekali dengan tiket masuk Gambang Waterpark. Tapi valid 6 bulan je lahaiii. Mana nak sempat. Bulan 4 dah nak bersalin, pantang sampai bulan 6. Bulan 7 dah puasa. Sebelum bersalin dah bajet habis nak beli barang baby. Maka, tengok je la dulu. Hahahaha.

Insya Allah ada rezeki boleh pergi. Dinner malam tu end up dengan tukar2 hadiah, so dapat la tudung, suami dapat cadar quilt tu. Cantik wooo. Makasih en Norrizal. Hahaha.

Cik kedondong ni memang jarang la bertuah bab-bab cabutan bertuah ni. Bukan jarang, tak pernah la. Mungkin bertuah dengan cara lain kot. Alhamdulillah. Tu yang kalau nak masuk cabutan bertuah ke, giveaway ke, macam tak berharap sangat. Jadi kita pasrah je la.

Makeup dah, bergambar dah, menyanyi dah, dapat hadiah dah, makan dah, tengok persembahan dah, maka balik la dengan senang hati. Jenuh nak mengangkut barang dengan dress panjang perut boyot.  Layankan aje.

Farida Tarmize
 Shaklee Independent Distributor ID : 1081732
Freelance Makeup Artist

Thursday, October 31, 2013

Tekanan 4: Law

Yihaaaaaa

Alhamdulillah habis dah exam cik. Moga dipermudahkan. Ini masa untuk tawakkal pada Allah je atas usaha kami.

Habis je exam kena balik ofis.T_T

Wednesday, October 30, 2013

Tekanan 3: Finance

Alhamdulillah dah selesai hari ketiga.

Pueh ati sebab dapat jawab. Betul ke tidak belakang kita berkira ramai-ramai. Moga lulus lah semua kawan-kawan cik dengan cik sekali lah hendaknya. TO pun mesti muak nak nengok muka kitorang. Hahahah.

Balik study law pulak. Makin dah nak habis exam ni makin malas pulak.

Tuesday, October 29, 2013

Tekanan 2: Administration


Hari ke dua dah pun berlalu. Lagi 2 hari. Pastu masuk ofis lepas tu cuti. Hoyehhhh!!

Suasana baru nak masuk dewan. Semalam masuk lambat.

Monday, October 28, 2013

Tekanan 1 : Assessment

Alhamdulillah

Tekanan hari pertama dah selesai. Moga semua memember lulus dengan cemerlang. (Aminn..aminn)

Sambung study untuk tekanan 2 esok.

Cepatlah Khamissss..

Dalam dewan periksa sebelum mula peperiksaan.

Saturday, October 26, 2013

Taklimat Bajet 2014

Assalamualaikum.

Hehehehe. Tetiba je kan. Orang hangat dok perkatakan pasal Bajet yang baru dibentangkan semalam. Jujurnya cik bukan buat entry nak komen pasal Bajet. Cik bukan orang yang layak nak komen atau ulas. Sebab ada yang lebih faham dah lebih layak lagi dari cik.

Kalau korang dah bukak blog ni sebab nak baca pasal Bajet maap lah ye. Silalah memangkah butang X diatas penjuru kanan (hati pilu dihiris sembilu).

Hehhe..ikut koranglah kan. Cik saje nak cerita pasal hari ni cik gi Taklimat Bajet. Tapi rasanya banyak gambar je kot. Tujuan taklimat ni untuk bagi penerangan tentang apa-apa perubahan yang melibatkan kami.

Taklimat diadakan di Mutiara Grand Ballroom The Royale Bintang, Mutiara Damansara. Jemputan lebih kurang seribu orang dari cawangan seluruh Malaysia.
Unit kami wajiblah pegi. Frontline kot. Dengan Bella Jelita sejak kawin.
Masa taklimat tak berapa nak dengan sangat. Dok pulun nak stadi exam start Isnin ni. Aduhai.

Majlis dimulakan dengan ketibaan VVIP jemputan khas. Kemudian nyanyian Negaraku. Motif apa tah cik cerita. Dah macam buat karangan bahasa dah. Dengan ayat skema tak hengat kan. Ahaks.

Ucapan Aluan oleh YB Dato' Dr Siti Mariyam.
Kemudian YB Datuk Hj Ahmad Bin Maslan.
Dewan yang ada lopong sebab tengah rehat. Pakai fish eye lense. Hehehe
Taklimat oleh Yang Berusaha En. Abdul Aziz Bin Hashim.
Pastu ada pulak sesi soal jawab. Time ni cam hot sikit lah. Sebab ada beberapa pindaan dibuat lebih2 lagi untuk Syarikat. Jadi banyaklah soalan dan penjelasan yang diperlukan.

Lepas tu mestilah aktiviti paling best. Korang mesti tau kan. 

MAKANNNNN!!!

Nasiblah style makan berhidang Dome service. Takyah lah nak kekecoh nak amik makan beratur panjang.
Sup Daging.

Sedap weyyy sup dia. Rasa rempah cukup. Tak masin sangat. Selalunya ada orang buat bila rempah cukup mesti masin. Misteri sungguh. Daging pun lembut je. Rasa tak puas lak. Hehhee


Tudiaaaaa.. lauk dia baq ang. Banyak seyh. Semua sedap2.
Cik pun ikut tips Kevin Zahri. Ambil portion sikit. Untuk elak terlebih kalori dan bagi peluang perut merasa supaya tak la kempunan. Hehehe.cik suka gila ayam masak merah dia. Haihhh..
Last sekali dessert. Fried Banana a la mode. Kalau korang perasan bawah aiskrim (yang cam warne putih bulat tuh) , diorang buat guna dark choc tapi buat bentuk cam tart case tuh. Aiskrim dia taklah manis sangat. Jadi terasa pahit sungguh coklat tuh. Pastu pisang fia dah sejuk sebab lama sangat kat luar kot. Pisang dia kelat2 tapi rangup. Tapi sedap la sebab cik dok cicah kat aiskrim.

Hari ni dok pulun baca undang-undang. Rasa nak pengsan pun ada. Huhuh. Habis pun menaip. Jadi cik nak gi siap2 mandi. Japgi malam pulun lagi.

Saturday, August 31, 2013

Lomak den bortingkek-tingkek

Assalamualaikum semua.

Dah nak habis Syawal dah pun. Cuba korang cek kiri kanan atas bawah agak2 berapa tingkat lemak korang. Hahaahha. Sebab cik sangat pasti lemak cik memang bertingkek-tingkek macam lagu Waghih ngn Juzztin tuh. Tu dia baq hang. Pulun makan sebelum gi induksi. Dalam masa seminggu je weyhhhh.. tu pun dok pulun puasa ganti la bagai sebab nak kawal nafsu.


Tapi tak kawal mana pun lah. Kalau dah jamuan makanlah, pot luck lah, tak sempat nak puasa sebab diroang dah bagi menu siap2 bagi terliur dulu. Cik bab2 tahan makan ni memang tak berjaya lah. Walaupun cik makan sikit, tapi cik jenis suka merasa. Memang merasa la peha dah besar. Hahahha.
17hb ogos dah pegi makan2 kat umah Sally, pastu gi kenduri kawen aimi. Pulak tu cik sampai awal kat umah selly, memang dok makan berulang je la sebab nak tunggu budak2 lain sampai. Rasa gila je jiwa. Hahahaha.

Nasib kat rumah aimi tak makan banyak. Sebab kenduri kan ramai tunggu turn nak makan. Jadi amik buat alas perut je. Sebab lepas kenduri tu kitorang gi makan kat umah Joe pulak. Mak dia masak mi kari weyyyy. Feveret cik tuh. Mak dia masak pedas lak tuh. Fuhhhhhhh..berpeluh sampai basah keti. 
Pastu 20hb ogos lak ada Jamuan Warna Warni Merdeka Raya ke apa tema dia. Anjuran pejabat KPE. Makan besar kat Cyberjaya. Itu pun ramai sakit perut esoknya siapa yang makan Nasi Beriyani. Cik makan sesudu je dari pinggan kawan cik, perut memulas tetengah malam sampai berguling-guling. 

Pulak tu habis dari majlis kul 12 cik dah balik umah nak sediakan tempahan tiramisu dalam cup dan cup pavlova. Nasib lah kek untuk tiramisu dah di buat awal2. Kalau dak, mau pengsan cik nak buat semua tuh. 
21 hb ogos ni pulak Jamuan Raya PKP. Tapi meriah gila kot. Hahaha. Tahun lepas kat Shah Alam pun meriah, tahun ni pun boleh tahan. Terima kasih pada ajk yang bijak merancang. Siap ada pertandingan meja buffet tercantik. Sebab setiap unit ada tema masing2 lepas tu kena hias la mengikut kreativiti masing2. 

Unit cik buat Soto. Hiasan ala2 kampung gituh. Comel gila. Tapi cik tak sempat la nak amik gamba. Banyak gambar pun amik dari budak2 nih yang gila kamera. Hahahhaa. Sori ye rerakan kuhhh..
Siap ada photo area lagi. Ala-ala kampung. Pengarah dan Timb pengarah pon amik gambar ala2 comelll gitewwww. Jangan memain kauuu..hahahah.


Selain dari tu ada jugak meraikan staff yang lahir bulan Julai Ogos dan September (cik letewwww). Heheheh. Dapat jag air cap ikea yang cantik bak hang tapi cik tak ingat cik letak mana. Kene kebek kat umah lah kot.

Terima kasih pada yang sudi meraikan dan berjimba-jimba. Tapi cik tak dapat duduk lama, sebab petang tu dah kena daftar untuk induksi dengan harapan banyak aktiviti dapat kuruskan badan. Rupanya tidak, makan 6 kali sehari walaupun tak banyak, tetap menambahkan berat cik. Tapi nasib lah dah biasa minum Herbalife, terkawal jygak nafsu nafsi yang mencanak ni kan. Hahaha.

Induksi Kump 1 Bil 1/2013

Alhamdulillah
Syukur ke hadrat Ilahi. Berakhir jugak induksi selama 9 hari 8 malam. Itu secara kiraan mengikut tarikh lah. Kalau ikut jam tidur 15 hari 2 malam lah jadi nya. Hahahaha.
Sekarang pun cik masih lagi kepenatan dok mengqada tidur yang berbaki. Teruk sangat ke orang gi induksi ni. Pada pegawai kerajaan sila jangan samakan induksi anda dengan kami. Korang dok hotel 10 hari kan? Kitorang dok hutan 4 hari, dok asrama 5 hari. Jadi tak yah nak gebang korang penat induksi dengar ceramah. Dengan tidur 2 atau 3 jam je dah cukup menguji ketahanan.
Dah la 5 hari kena buat 3 event. Jem terus otak. Tapi dia mengajar kitorang bekerjasama dalam keadaan penat fizikal dan mental. Sebab kitorang akan melalui keadaan tu. Perghhh.. walaupun cik bukan ketua biro, sebagai ajk pon dah nak pengsan. Dengan dapat tugasan menari untuk pembukaan majlis, prektis 2 jam sebelum je. Pengsan weyyy..
Tapi seronok. Ni cik upload sket je gambar. Tengah tunggu gambar dari kamera fasilitator.

Friday, July 26, 2013

Iftar lagi: Cafe Istana Budaya

Assalamualaikum semua.

Berdasarkan gambar diatas,menunjukkan betapa menyampahnya sebab entry yang patut update sebelum raya di update penghujung raya. Nampak sangat mengada nak update jugak. Tu yang buat muncung itik bajet comel. Padahal penat nak pengsan berjalan teman shaza cari baju raya.
Nak cerita betapa susah payahnya mencari baju raya brsama shaza. Pusing shah alam tu berapa kali tah. Pergi SBU sampai 2 kali. Nasib jumpa jugak baju raya. Keluar dari pagi kot. Rasa melekit-lekit muka.

Tu yang lepas habis shopping terus je gi IB rehat dan solat kat surau sana. Siap ada yang buat majlis nikah waktu buka puasa. Hebakkk gila. Jimat duit kot. Hahaha.
Pastu kan, bila dah sampai macam wajwajibulghunnah La kena amik gamba banyak2. Nama pun perempuan. Kalau gambar tak 360 memang tak sah. Sekali posing mau namplohpat kali klik sampai lawa.
 
Pastu sampai pulak nak dekat buka. Amik kau. Sampai penuh meja. Dok ulang alik meja buffet. Tu pon cik amik untuk berbuka dulu. Lepas solat baru tibai semua. Sebab dok tunggu kambing golek. Sekali tak sampai pon kambingnya. Kambing dah kene potong. Iklan tipu sangat nih.
Pastuh gamba dengan makanan lak. Kitorang dipisahkan dengan dua meja panjang. Jadi macam kurang bergaul sikit la. Tu yang kalau korang tengok ada je manusia yang tiba2 menempel kat meja lain. Hahahaha.

Ni pun gambar cik amik dari kawan2 cik je. tak de mood nak amik gambar dari henfong sendiri. Jadi tumpang masuk je kat henfon orang. Hahahaha. Sebab cik dok tumpu makan je. Tapi kambing dia sedap weyyhhh. Cuma masin sikit lah bila dah sejuk. Naik darah tinggi.

Bila dah habis makan dah solat maghrib, macam biasalah, aktiviti amik gambar-pastu cakap nak balik-pastu amik gamba lagi-pastu salam2 nak balik-pastu amik lagi gamba. 

Penat wey ngan depa ni. Ajak balik tak mau. Padahal cik dah ngantok gila dah.

Wednesday, July 24, 2013

Buka Puasa PJ: kegemukan melampau

Assalamualaikum semuaaaaa..

Alhamdulillah. Dah masuk ramadhan ke 15 dah. Bila ramadhan ni tahu2 je lah. Banyaj sungguh kawan2 nak buat reunion berbuka puasa. Diorang nih macam lah tak tahu perut cik ni kecik je dan ketat. Nak makan banyak memang tak mungkin lah kan.

Pada 19 Julai 2013, PERKIS PJ telah menganjurkan majlis bacaan yassin, tahlil dan berbuka puasa bersama penghuni Maahad Al- Fateh, Klang bagi bersama2 meraikan ramadhan dengan mereka yang memerlukan.

Perrrrgghhh.. skema pulak perenggan pembukaan. Nak buat macam mana kan.

Majlis dimulakan dengan bacaan yasin dan doa tahlil. Dorang buat majlis ni kat tingkat 3 dewan hari tuh. Bahagi dua, sebelah untuk solat, sebelah lagi untuk makan.

Doa tahlil memang panjang berjela sebab imam baca untuk 17 muka surat punyannama orang. Sampai tersengguk2 terlentuk cik. Ish.ish.
Selesai je tahlil ada tazkirah yang disampaikan. Pastu dorang bagi kurma dan popia goreng untuk buka puasa sebelum menunaikan solat maghrib. Popia dia sedap weyyyy.  Sampai skang terkenang2. Dah la puasa kan.
Selesai je solat maghrib, baru lah masing2 menuju ke bahagian makan. Hahahha. Makan dalam talam weyyy. Kecik2 memang cik slalu makan ngan adik2 guna talam. Cakap ngan ibu sebab nak ikut sunnah Nabi. Padahal malas basuh pinggan. Japa punya kakak tah.
Kami dihidangkan dengan nasi beriyani, daging kambing masak kurma, ayam pedas dan pajeri nenas. Puas makan. Tapi dapat makan kambing sikit je. Sebab akak kongsi talam tu makan banyak. Frusttt..
Ni 3 orang dewasa dan seorang kanak2 punya talam. Gila habis licin weyyy. Sampai se'eh(cam senak or penuh. Orang perak dan tganu selalu guna ayat nih) perut cik kenyang gila.

Bila solat isyak dan terawikh siap tersengguk lagi. Oksigen digunakan untuk pencernaan. Jadi tak adalah oksigen ke otak. Ngantuk gila sampai kawan cik, suzy siap cubit2 cik. Bisa weyyy tangan dia. Memang terjaga terus cik.
Selesai tarawikh cik ingat nak balik terus. Sekali ada moreh. Konon2 nak kongsi je ngan suzy, skali ada bubur lambuk ngn kuih Bakar lah pulak. Dua-dua tu kegemaran cik. Pastuh cik teringin nak makan pulak. Lagi lah kan tak berkongsi lah.
Ketika moreh ni jugak turut diadakan majlis menyampaikan duit raya dan sumbangan kepada Maahad Al - Fateh.  Sejuk hati tengok anak2 ni. Pakai jubah siap purdah. Masa lapang diisi dengan mengaji. Bila lah cik ni nak perbaiki diri.
Rasa macam banyak yang perlu belajar. Alhamdulillah rezeki cik di bulan Ramadhan ni agak murah jugak. Moga rezeki yang cik terima tu diberkati Allah. Yelah, siapa tak takut kalau rezeki diberi dalam rasa benci. 

Dah selesai majlis berbuka. Nanti cik update lagi.


Saturday, July 20, 2013

Celik..celik..celik

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah selesai sudah puasa hari yang ke 5. Dan cik baru lah terhegeh2 nak update blog program 6 Julai lepas. Memang banyak alasan sungguh lah kan.

Program ni antara sebabnya adalah sebagai menambah jam kursus bagi pegawai tetap. Macam cik ni tak payah lah. Dah kategori terlebih-lebih sebab cik dah pergi KAP hari tuh. Jadi program ni lebih kepada menambah ilmu apa yang patut.

Program dijalankan hari Sabtu beberapa hari sebelum puasa di Hotel Marriot Putrajaya. Penceramah yang hadir ialah Dr Danial Zainal Abidin dan Dr Kamal Affandi (penganalisa jenayah).

Boleh kata semua staff PKP terlibat dan ada juga jemputan dari luar. Jadi ramai lah yang menghadiri program nih. Sampai2 je dengan kawan cik; amoi dan sudess, terus posing sekeliling hotel. Tapi guling2 cam Hindustan tuh takdak lah. Memang nehi lah cik nak buat camtuh kan.

Sejak akhir-akhir ni banyak gambar perasan cik amik. Hehehehehe.
Sesampai je kat Bilik Selangor ( nama bilik untuk program ke hapa kat Marriot nih), kitorang terus mendaftar, letak beg cop tempat lepas tu tibai sarapan pagi. Padahal cik dah makan kot kat rumah. Banyak pulak tuh. Tak malu dah gemokkkkk..heeee~

Tepat jam 8.30 pagi, dipengerusikan timbalan ketua pengarah PKP En Noorhelmi, kami diperkenalkan dengan penceramah pertama, Dr Danial. 
Dr Danial ni orang penang, jadi bila dia bercerita keluar jugaklah slang2 penang dia. Tapi dia mengajar memang best. Rasa teruja memang tak ada masa nak rasa mengantuk.
Memasing menumpukan perhatian je sebab setiap yang dia cerita tuh buat kita macam "Oooooo macam tuh ke". Bagaimana menjadi Minda Muslim Super tajuk yang diberi. Menyebabkan kami ni memang lahi terbuka lah mata. Selain dari tu dia jugak menerangkan kebaikan al-Quran dan solat dari segi sains. Sebab Dr Danial memang orang sains, jadi dia mengkaji kebaikannya pada umat Islam. Kagum weyyyy..
Dr jugak turut menunjukkan contoh tokoh Islam agung di zaman silam yang berpegang teguh pada Al-Quran dan Sunnah. Berkobar-kobar cik dengar cerita dia. 2 sesi yang disusun rasa macam tak puas je. Banyak lagi ilmu nak ditimba.

Lepas tu kami berehat makan tengah hari dan solat. Lepas tu pulun bergambar lah apa lagi kan. 
Hahaha. Malas nak terang banyak2 kan. Sesi petang pulak dengan Dr Kamal Affandi,  penganalisa jenayah yang cik selalu tengok kat MHI. Dah la masuk2 je lagu hindustan yang keluar. 

Tapi dia memang sporting gila. Ni pun yak boleh nak tidur. Sebab asyik gelak je tak henti2. Sambil dok bagi tips dia dok buat lawak tak hengat.
Banyak yang dia ajar berkenaan jenayah. Yang paling dia tekankan pasal wanita lah. Sebab wanita mudah menjadi mangsa. Jadi dia ajar cara mengelak menjadi mangsa rogol, ragut dan memacam lagi lah. Siap ajar teknik mempertahankan diri lagi. Janji dapat lepas lari tu yang penting. 

Ramai gak lah yang menjadi mangsa2 jenayah hari tuh. Hehehhe. Tapi banyak jugak tips dia bagi. Cuma tak ingat je. Hahha.
Cepat sungguh masa berlalu. 2.30 start tiba2 je pandang jam dah pukul 6. Memang rasa tak puas je. Tapi balik tu penting. Hahaha. Dah habis sesi dengan Dr Kamal, kami apa lagi..makan lah. Hahhaha. Lepas tu posing amik gamba. Memang tetiba menyelit je Dr yuh. Tokojot kami. Hahhaah. 

Terima kasih warga PKP yang sudi menganjurkan program yang best ni. Sehari suntuk rasa berbaloi-baloi gila. Dah lah free. Makan sedap. Kalau dapat menginap mesti lagi sedap. Hahahah.

*Lama gila cik nak update. Dah masuk 11 ramadhan baru siap. Hehehe *