Showing posts with label buku. Show all posts
Showing posts with label buku. Show all posts

Monday, January 29, 2018

Book : Mary Kay Ash

My current reading. 

Kenapa pilih buku ni? Sebab ramai beauty consultant Mary Kay bagitau kakda yang Mary Kay Cosmetic adalah satu syarikat yang sangat disukai ramai wanita. 

Jadi kakda baca untuk tahu apa yang menyebabkan dia bina syarikat kosmetik pada 1963 dan telah berkembang ke 35 buah negara. Beauty Consultant Mary Kay juga telah bertambah kepada berjuta2 orang tak mengira lelaki atau perempuan. 



Jadi takkan lah tak nak tahu kan?

Tuesday, July 24, 2012

Kod Biskut by Florence Tan

motif beli buku ni? sebab ada resepi biskut kegemaran cik. Biskut Cornflakes dan Chocolate Chips. I refuse to order both cookies because they never met my expectations. Jadi cik lebih senang buat sendiri je. lagi pun kat rumah, kitorang suka makan kerepek dengan kekacang je nak banding kan biskut-biskut. kalau gi beraya umah orang pun, kami makan nasi himpit ke apa. biskut jaraaaaaaaaang sangat nak cuba.

cik suka sangat melawat blogger yang tak disangka-sangka tinggal di Kajang jugak ni. kalau nak resepi yang best-best meyh le datang ke blog si Mun. sesungguhnya cik berharap cik mempunyai kerajinan dan ke-passion-an (punya susah nak cari makna dalam Malay) macam dia bab-bab masak ni. huhuhu.

p/s: agak-agak kalau cik jual biskut orang nak beli tak? hehehehe.

*bon appetite*

Sunday, May 6, 2012

1 Hari 1 Resepi

salam Ahad semua.

seronok betul cuti kan? dapat rehat-rehat, kemas rumah, main masak-masak untuk keluarga. ada yang pergi kenduri lah, lepas tu melawat sedara-mara, tak pun balik kampung. rindunya cik nak balik kampung. bila dah besar ni,terasa sangat nak balik kampung. lagipun opah dan tok mak cik pun dah makin tua. nak melawat diorang selalu, belajar masak makanan tradisi. tapi telinga haruslah tahan je kan.

sejak Pesta Buku Antarabangsa di PWTC bermula, rasanya banyak dah keluarga cik memborong kat situ. cik ni masalah sikit tempat-tempat sesak. cepat naik angin je cik nanti. jadi kalau kirim beli buku, hasruslah buku masakan aje. tak kira la apa jenis pun. kebetulan dah pesta buku, cik suruh adik cik cari buku 1 Hari 1  Resepi hasil himpunan resepi Chef Hanieliza.
sesiapa yang rasa dia tu tak berapa nak pandai masak lauk pauk (macam cik ni yang tak pandai langsung) haruslah dapatkan buku ni di mana-mana kedai buku Popular. berapa kali cetak dah ni. resepi memang senang-senang je. tak payah nak kecoh sangat susah ke apa. itu alasan je semata-mata.
jadi buku ni mengandungi 365 jenis resepi, termasuklah resepi istimewa dari Chef Hanieliza sendiri. banyak ke tak banyak resepi. suami pun kene tunggu setahun nak merasa masakan tu balik. menangis dia nanti lagi-lagi pulak sedap. hahahaha.

siap bagi senarai lagi segala jenis resepi. mudah sikit nak cari. tak ada lah nak mengamuk je setiap kali tengok buku masakan kan? (cik letewwww..hahahah).
selain dari tu buku ni ada jugak gambar-gambar alatan dan bahan-bahan pada siapa yang tak pandai langsung bab kat dapur ni. jadi boleh study gila-gila, bila bakal mak mertua tanya boleh jawab dengan jayanya. hahahha. gambar makanan dalam ni pun dah cukup menyelerakan, rasanya kalau lapar, tengok gambar pun dah kenyang. hahaha.

jadi, apa tunggu lagi. hadiahkan buku ni pada yang tersayang, atau pada diri sendiri. cik pun nak beli lagi satu lah. nak bagi tunang, suruh dia masak. hahaha..boleh jugak ye camtu?

lepas tu kena ucap terima kasih kat semua blogger masakan, sebab kalau tak, memang lah cik ni takkan pandai masak langsung. rasanya nak beli iPad lah, senang nak tengok resepi bila nak masak. canggih ke tidaakkk??

p/s: tengah masak ayam percik dan kerabu kacang botor, ikut resepi ni. nanti cik update.

*bon appetite*

Tuesday, January 10, 2012

cik kedondong bakal Jutawan??

assalamualaikum dan selamat pagi semua.

kemain rajin pulak cik nak update blog kan. tajuk pun kemain. insya Allah, perancangan yang betul dapat la mencapai cita-cita.hehe..

cik cuma nak kongsi buku yang cik dapat dari ayah cik. maklumlah, cik ni memang ada masalah sikit bab-bab nak rancang kewangan. boros tu ada la jugak, tapi masih berpada jugak la. cuma cik ni ada masalah nak menyimpan pendapatan je.

selalunya buku kewangan akan bosan, banyak menulis dan membangga diri je. tapi buku Nota Jutawan, Nota Kewangan tulisan Irfan Khairi memang lain dari yang lain. buku dia memang seronok di baca, tulisan comel-comel, siap ada kartun lagi, lepas tu sangat mudah nak paham.

 ini muka depan buku baru cik. nampak je boring. 'Don't judge a book by its cover' tau.
 maaf la kualiti gambar kurang. kurang pencahayaan kot. hehehe..sila tengok isi kandungan buku ni. ayat mudah, teknik pengajaran pun mudah. cuma nak laksanakan atau tidak. 
 buku ni pun hasil tulisan Irfan Khairi yang kita tahu adalah seorang jutawan internet. tapi nak jadi jutawan bukan susah, dengan perancangan kewangan yang betul semua orang tak kira, tua, muda, pendapatan rendah, dan pendapatan yang tinggi pun, kalau berani nak mulakan langkah, memang pasti akan jadi jutawan.
nanti pandai-pandai pikir la nak buat apa dengan duit tu, anggaplah itu adalah pendapatan persaraan.hehehe.
 salah satu perkara yang kerap di timbulkan atau highlight kan ialah 'Kekayaan bukan bererti berapa banyak pendapatan kita,tetapi berapa banyak kita dapat menyimpan dari pendapatan kita'. ada tak yang berani nak menyimpan 10% dari pendapatan. menyimpan sebelum bayar hutang dan bil tau. bukan lepas bayar bil semua. tapi kalau berani mula langkah, Insya Allah akan jadi mudah. cik baru nak mula sikit2 ikut tips dari buku ni.
 banyak jugak kata-kata perangsang yang dituliskan disini. Irfan Khairi bijak dalam menulis supaya pembaca tidak bosan lebih-lebih lagi berkenaan dengan kewangan. yelah, semua orang ada angan-angan nak belanja sana-sini, beli macam-macam. lepas tu, penulis bukan sekadar dari pengalaman dia saja, dia masukkan jugak pendapat dari pakar kewangan dunia macam Robert Kiyosaki (Rich Dad, Poor Dad), Suze Orman.
buku ni cik dapat dari ayah cik, jadi cik tak beli la.hahaha. tapi harga buku ni murah apa. untuk rujukan dan panduan pada yang ada masalah kewangan tu patut la beli. beli kasut, handbag, baju kemain beriban tak rasa mahal pulak.

tapi rancangan kewangan ni bukan sekadar untuk kegunaan hari tua, in case kita takde pencen ke apa kan, tapi jugak untuk elakkan kita dari di isytihar muflis. lagi-lagi anak muda sekarang ramai dah ada kredit kad walau baru mula kerja lepas tu seronok swipe sana-sini (sama la macam cik), lepas tu bayar hutang minimum (cik tak eyhhh). bahaya tu.

jadi untuk ingatan semua sekali lagi termasuk cik:

'Kekayaan bukan bererti berapa banyak pendapatan kita,tetapi berapa banyak kita dapat menyimpan dari pendapatan kita'

_cik kedondong

Thursday, February 19, 2009

tolonglah belikan

cik nak cari buku pasal food writing.banyak buku yang cik jumpe.tapi cik tak dapat gambar.pastuh banyak yang tak jual kat malaysia.kene order online.sedih nyer..
pastuh cik tak sabar nak beli buku kat atas nih..hohoho..cik kipas-susah-mati DAN BROWN

_cik kedondong

Friday, June 20, 2008

aku terima nikahnya


gambar ini hanyalah hiasan semata-mata

:please:ohohoho..sila jangan salah faham.tajuk entry ituh mengenai buku yang ak baru bace separuh tapi penuh dengan ilmu dan pengajaran.buku ini ditulis oleh HASRIZAL ABDUL JAMIL terbitan GALERI ILMU.

dah tajok buku cenggituh tentulah pasal perkahwinan.aku bace sebagai persediaan.aku tak peduli la korang nak kate ape.tapi t
erlalu banyak nasihat dari orang yang berpengalaman.mengenai cinta dan perkahwinan dari sudut islam.tentang perkahwinan, hubungan antara suami isteri, mentua, ipar duai dan sebgainya.

kat sini aku nak kongsi beberape nasihat yang menarik hati aku.lagi-lagi untok aku yang masih solo molo ni..jadikanlah panduan buat kite sebelum menghadapi gerbang perkahwinan.kalo nak bace lebih lanjut silalah beli di kedai-kedai buku berhampiran anda.
:blush:
  1. pelikkah cinta tanpa kenalan, keluar makan-makan, berbalas emel dan sms?
  2. dalam soal berumah tangga,JANGANlah terlalu memilih dan hanya mencari yang paling sempurna. jika kita mahu yang paling sempurna, maka nanti apabila kita membuat keputusan untuk menerima seseorang, kita menganggapnya sebagai seorang yang sempurna. jika rumah tangga dibina atas fikiran seperti itu, kita tidak expect sebarang kekurangan. maka selepas berumah tangga, hanya kekurangan isteri atau suami sahajalah yang sering terlihat di mata, kerana kita menjangkakan kesempurnaan.
  3. TERIMAlah seseorang seadanya. kebaikannya disyukuri, kekurangannya diredhai.
  4. seseorang lelaki dan seorang perempuan yang terlalu lama kenal, tetapi tidak menyegerakan perkahwinan, akan dengan sendirinya berubah menjadi musuh akibat fitrah perhubungan itu sendiri.
  5. biarpun seorang lelaki dan seorang perempuan itu telah bertunang, hakikatnya mereka berdua tetaplah warga asing yang tidak diharuskan bergaul bebas atau apa-apa hak yang diberikan hanya kepada pasangan lelaki dan perempuan yang telah berkahwin secara sah.
banyak lagi nasihat dan tunjuk ajar yang buleyh dibuat panduan..nak senang beli la buku ni..tak rugi pon.buleyh buat simpan, bagi hadiah, ape2 pon buleyh.buku nih kaler biru untok pengetahuan anda, kalo nak cari la.sekian saje ribiu pasal buku..nanti kalo ak rajen bace buku aku update lagi..tata..
:wave:

xoxo
~keCiL~