Tuesday, June 22, 2010

famous ahmad!

selamat pagi..

semangat sungguh cik update blog padahal japgi nak gi keje dah..haih, penat..penat..kali ni nak berkongsi resepi buatan adik cik sendiri, ahmad.dia yang rajin buat biskut chocolate chip ni.sedap sangat biskut dia.dah nak sampai taraf Famous Amous dah. hahahha..sila tengok gambar, nanti cik akan terangkan bahan-bahan kalau korang nak cuba.


badam cincang.cik pun tak tau kenapa stok badam kat rumah cik banyak.jadi biskut chocolate chips ni dah jadi macam jajan pulak.mesti ada je.tak payah nak tunggu raya dah.badam ni perlu dicincang dulu ye.tak nak halus sangat, tak nak kasar sangat.biar makan masih terasa badam tu.


chocolate chips paling penting.korang bleyh guna yang chocolate ke, white choc ke, atau yang ada dua kaler tu.ikot ske hati korang la ye.janji chocolate chips.


telur jangan dilupa.cik tak tau pulak kene taruk telur.memandangkan ini resepi achik, jadi cik ikut je.

tepung.dalam ni ada 3 jenis tepung semua diayak bersama.tepung gandum, serbuk koko, tepung jagung, soda bikarbonat, garam sedikit.


adik cik guna marjerin.kalau nak sedap guna la mentega.lepas tu jangan bagi dia cair.yang beku2 elok di buat biskut.baru rangup.kalau nak buat kek boleh la yang separa cair.


gula: dalam ni ada 2 jenis gula, gula putih dan gula perang.kadang2 kalau ikot suka hati cik, cik siap masukkan peanut butter lagi.hahaha.

cara-cara dia senang je.pukul gula dengan marjerin sampai la gula hancur.pastu masukkan telur.pukul kaw2..hahaha.pastu masukkan la tepung, chocolate chips, badam.gaul sampai sebati.lepas tu tabah la esen vanilla.

bakar sampai masak kekuningan.jangan sampai rentung.


erkk..papadom.ini makanan ringan waktu lapar masa tengah masak biskut.hahaha


air ni bukan sirap tau..ni sirap campur fresh oren..memag lah takde keje.


ini lah dia tokey biskut.kami nak buat bisnes biskut raya.sapa nak order?


adunan yang dah siap dibakar menjadi biskut sedap dan rangup.

*bon appetite*

No comments: