Monday, March 14, 2016

Cucuk-cucuk TBS Sg Buloh

Assalamualaikum

Berjaya mengupdate blog lagi. Hehehehe. Padahal ni cerita minggu lepas baru nak update. Biarlah. Nak jugak cerita dengan korang. 


Nak share dengan korang tempat makan cucuk-cucuk yang best. 

Cik suka gila makan cucuk-cucuk macam yong taufu. Tapi yong tau fu cam mahal lepas tu terhad nak amik. 

Yang cik pergi kat TBS Sg Buloh ni secucuk rm1 je. Amik la pape pun. Sebab ada setengah tempat dia ikut jenis  harga lain. Tapi yang ni seringgit oiii. Seringgittt. Dia bukak setiap hari petang dalam kol 5 sampai malam. Malam tak pasti sampai kol berapa. 

Lori depa kat parking depan Bank Islam. Jadi kalau takde duit boleh pi cucuk duit dulu lepas tu makan cucuk-cucuk. Hahahah

Kalau makan ni mesti kuah kena sedap. Nasib baik kuah dia cukup pedas manis tu. Memang feel je makan. Kalau nak makan kat situ, depa ada sedia bangki. Kalau nak meja bawak bungkus balik je. Senang kan?

Jadi kalau korang tetiba mengidam, sila pergi menambahkan rezeki abang tu. Insya Allah dapat pahala. Hehehe

No comments: