Saturday, February 21, 2015

Saya dan Shaklee - Jangan Putus Asa

Assalamualaikum

Rasa macam kepenatan duduk rumah tak ada nak buat apa sangat. Tapi duduk bukan sekadar duduk. Duduk penuh angan-anga. Duduk merangcang masa depan. Bila dah ada anak ni, macam banyak plan nak buat. Banyak duit akan digunakan. Betul, setiap anak ada rezeki masing-masing. Tapi anak itu amanah Allah. Tak mau la fikir mudah je.Mesti nak rancang yang terbaik kan??

Insya Allah

Sejak dari muda lagi teringin sangat nak berniaga. Cik macam mencari apa yang cik minat tapi dalam masa yang sama cik boleh menjual. Alhamdulillah, Allah pertemukan cik dengan Shaklee. Cik ingat lagi, cik mula dengan Shaklee amik Chewable Vitamin C dengan GLA. Masa tu Sustained Release Vitamin C habis stok lepas tu dihentikan sementara untuk penambahbaikan kata diorang. Amik GLA sebab nak bagi period teratur, Vitamin C konon nak bagi kulit cantik. hehehe

Walaupun takde lah konsisten sangat dengan Shaklee, tapi cik makan jugak. Cik betul-betul serious dengan Shaklee bila Disember 2013. Masa tu dah nak kahwin kan, so amik la set diet Shaklee dengan Kak Shaeera. Cik alfalfa, Lecithin, dan Omega. Lepas tu terus join ahli dengan harga RM65 + RM10. Masa tu rasa macam mudahnya nak join Shaklee. Tak mahal sangat pun.

Bila dah jadi ahli Shaklee cik takde lah rasa nak menjual sangat pun. Tapi bila ayah cik tahu, terus dia cerita dia dulu ahli dan pengguna tegar Shaklee. Tapi masa tu handphone tak canggih lagi. Jadi bila kami pindah Kajang ayah pun macam lost contact dengan upline dia. Jadi ayah macam stop makan Shaklee.

Lepas cik join, ayah terus beli balik Shaklee. Siap ayah tengok katelog harga dia kata murah. Harga tak berubah banyak pun nak banding dulu. Terus ayah order supplement favourite ayah Vitalea, Omega dengan Vitamin C (kauuuu.. bapakku pun makan Vitamin C). Alang2 ayah dah beli point cik pun naik ke 150uv. terus kan je lah promote2, tak sangka bulan tu baru join dapat 700uv. Dapat lah cash bonus bulan seterusnya.

Lepas tu memang cik meneruskan perjalanan lah. Cik takde lah kejar sangat duit, tapi rezeki kan amik je la. Sampai lah bulan Mac cik nak kahwin cik berjaya naik Supervisor.

Tapi sayang cik tak konsisten. Rasa selesa sangat lepas kahwin kan. Momentum dan push factor tu kurang. Tapi cik tak pernah stop makan Shaklee. Sampai sekarang sayang sangat dengan Shaklee. Walaupun tak konsisten, tapi Alhamdulillah cik masih lagi aktif menjual online dan offline. Income tiap2 bulan masuk jugak atas usaha sendiri.

Tapi Insya Allah Mac ni akan teruskan usaha sebab push factor yang baru, ANAK. Cik nak bebas hutang supaya boleh bekerja dari rumah. Ada masa nak tumpukan perhatian kepada anak-anak dan suami. Insya Allah.
 
Siap buat kolaj lagi poster2 motivasi dapat dari facebook. Suami kata semak. Tapi nasib lah. Hahahahaha.

Insya Allah

SAYA BOLEH!
SAYA ORANG HEBAT!


Ida Tarmize

No comments: