Saturday, March 19, 2016

Jaga-jaga! Panas!!!

Assalamualaikum

Rasanya ramai tahu dah amaran yang dikeluarkan berkenaan cuaca panas untuk beberapa tempoh. 

Siapa yang dok kat utara tu lagi la kena jaga sebab panas mak aiiii. Rasa nak berendam dalam swimming pool je. Hari tu cik balik Ipoh pon panas kemain. Aisyaa memang pakai baju semua lubang-lubang je. 

Kalau cik pulak memang dok perabih air masak je. Ye la, cik sendiri jenis bibir cepat kering, tekak cepat dahaga, lepas tu dengan Aisyaa menyusu je. Lagi la memerlukan air yang banyak. 

Balik dari Ipoh aisyaa dah mula batuk. Bila malam je teruk sangat batuk dia. Sampai nak muntah ada. Sampai kentut2 (ini kelakar sebenarnya. Tapi tak sampai hati nak gelak). Tapi memang boleh dengar bunyi kahak dia macam tersangkut. 
Ni poster cik amik dari fb KKM. Kalau boleh elakkan buat aktiviti masa panas2 macam ni. Kalau terpaksa jugak, pasti kan korang sentiasa ada minuman isotonik dan air masak. Minum banyak  takpe. Kencing banyak pun takpe. Jangan tak minum nanti mula lah kepala la sakit, silap2 boleh kena kencing kotor aebab kurang air. 

Kalau korang jenis tak minum air isotonik yang bergas tu, korang boleh cuba Performance Drink dari Shaklee. Sedapppp. Rasa oren, tak bergas,  boleh diminum oleh semua orang. Kalau yang aktif bersukan pon boleh jugak minum. 

Cik punya bibir memang jenis cepat kering even kerap minum air kosong. Bila jumpa doktor, doktor suruh ambil air ada elektrolit macam isotonik untuk kekalkan kelembapan dalam badan.

Jaga diri semua. Panas ni. Kang demam pulak. Cik pun demam sampai bengkak tekak. Minum air je la jawabnya. 

Shaklee Distributor anda :)

No comments: