Assalamualaikum
Alhamdulillah. Berjaya mengharungi 8 bulan kandungan. Ramai kata 8 bulan dah tak larat nak jalan lah. Rasa nak tidur banyak lah. Macam-macam la kan. Tapi cik gigihkan diri jugak. Hari-hari bagitau anak nak lahirkan dia secara normal. Doakan dia baik-baik aja. Tak mau malas-malas. Jadi dia pun layan je bila mak dia asik berjalan je kan. Kebetulan pulak ada voucher percutian ke Mines Wellness Hotel untuk 2 hari 1 malam. Memang syok la kan. Dah la expired sampai 19 Julai 2015, bulan puasa pulak tu. Memang pulun la kan dengan suami kitorang booking 14 -15 Februari 2015. Nasib la takde apa-apa Valentine's Day event.So takde la penuh sangat hotael. Kot la kan.
Kalau ikut sebenarnya En Somi dia menang Voucher ke Gambang, tapi macam expired dia pun sama je, jadi kitorang tukar lah dengan kawan. Lagipun nak ke Gambang pun dah kos jugak kan. Kalau ke sini dekat je, lepas tu tak de lah penat sangat. Jalan jauh semata nak bercuti 2 hari 1 malam kan.
Nak pergi ke Mines Wellness Hotel ni sangat lah mudah sebab hotel ni sebelah je dengan MIECC. Kalau google pon confirm jumpa. Kalau korang pergi Mines Shopping Fair pun mesti korang akan ternampak hotel ni.
Mines Wellness Hotel dari hadapan
Tu dia pintu masuk Mines Wellness Hotel. Parking untuk tetamu ada kat bawah. Kat luar pun boleh parking, tapi panas la. Kalau korang tak kisah, parking je lah kan.
Masuk je lobi korang akan nampak bumbung setinggi-tinggi alam, lepas tu terus nampak tasik buatan tu. Rasa macam lapang terus mata ngan dada dapat berehat tengok air.
Receptionist kat sini pun dekat lobi, terus nampak tasik.Bila angin bersepoi-sepoi memang puas hati lah. rasa nak tidur terus. Waktu check in jam 2 petang, tapi cik sampai 1.30 macam tu, bilik dah sedia dah. Ingatkan nak cek je, boleh tak check in. Bila dah dapat kunci apa lagi, terus lah pergi bilik kitorang. Dapat bilik strategik habis, nampak swimming pool dengan tasik. Memang feeling habis dah. Siap rasa meronta-ronta nak terjun swimming pool. Tapi disebabkan kitorang dah lapar sangat kan, maka terus je lah berjalan ke Mines.
pemandangan dari bilik Tingkat 2.
Apa yang tak best hotel ni bila dia dekat dengan Mines Shopping Fair tapi agak jauh nak jalan kaki. Dah lah MIECC tak ada event, tak dapat lah nak main rentas-rentas bangunan. Jalan jauh gila kot. Hotel pulak takde sedia buggy service ke apa. Sebab kalau nak drive,kita kena keluar dari kawasan tu lepas tu masuk ke kawasan parking Mines. Padahal dekat sangat dah kot.
Disebabkan eksaited tengok swimming pool, lepas tu lapar yang amat, terus kitorang berdua nak amik gambar bilik. Voucher kitorang dapat la bilik Deluxe dengan Katil King. Tapi tuala boleh pulak diorang tak sediakan. Kena mintak dengan receptionist baru lah ada orang hantar. Nasib lah dapat jugak tuala. Kalau tak bagi memang cik diam je la. Dapat free kan. Tapi macam tak patut lah kalau diorang tak nak bagi. (Cik jenis bukan komplen pakai mulut. huhuhuh. cik susah sikit nak tegur atau marah orang depan public.)
Bilik dia mungkin cik dapat yang tak berapa nak best. Shower dia air tak panas. suam-suam nak ke sejuk dah. Bilik kat sini tak banyak sangat plug. So kalau korang banyak benda nak cas ke apa, baik bawak extension. nanti korang yang tensen.
Memandangkan rupa pool pon dah macam tasik, kebersihan pool ni pun ala kadar je. Takde pool guard. Sampah pon ada je tak berkutip.So memang feeling mandi sungai cuma air terkepung je. Lebih lah dari 2 kolah kan kalau korang nak mandi wajib.
So memandangkan voucher dapat termasuk dengan breakfast, maka gigih lah kitorang nak gi breakfast. Cafe dia nama Abdul & Charlie's. Klasik dan moden sangat. Tapi mungkin disebabkan tetamu tak ramai so makanan dia tak banyak sangat pilihan.
dekat gila kot dengan swimming pool. tapi sebab cik nak dekat ngan buffet takde la nak duduk hujung tu. kang mengah nak amik makanan.
Pilihan makanan tak banyak tahap cik boleh makan semua jenis. hahahaha. rasa tu biasa aje lah. nak sedap kena beli a la carte. kalau buffet ni rasa dia boleh tahan lah.
suasana kat cafe Abdul & Charlie's.
lepas breakfast feeling2 nak lepak kat tepi swimming. sekali suami kata nak mandi swimming lagi.maka dia la lari balik gi tukar baju. cik layan internet je la kat tepi kolam.
Dah puas mandi harus lah packing nak balik. Check out jam 12 tengahari.
Sebelumbalik feeling tengok lobi untuk kali terakhir. Tak tau bila nak datang lagi. Sebab dekat sangat dengan rumah. Jadi nak datang bercuti saja-saja macam idok la kan. takde nak feel sangat. kena gi pantai baru feeling release tension. hahahha
Alhamdulillah. Settle dah misi habiskan voucher. Next tunggu percutian lain pulak. Tapi lepas ni dengan baby la pulak. Insya Allah.
Kalau sesapa rasa nak melepak kat hotel ni boleh cek kat sini:
Mines Wellness Hotel
Email: resmwh@mwh.com.my
No Tel: (+60)3-89436688
Website : http://www.mineswellnesshotel.com.my/
Alamat : Jalan Dulang, Mines Wellness City, 43300 Seri Kembangan, Selangor, Malaysia.
_________________________
Semua gambar adalah hak milik peribadi. Dilarang mengambil, mencetak, memuat turun, tanpa kebenaran saya.
Ida Tarmize
No comments:
Post a Comment