Wednesday, December 11, 2013

Lasak Disember : Skytrex Adventure

Assalamualaikum

Alhamdulillah dah selesai aktiviti lasak bulan ni. Pegi pun dengan budak2 ofis. Kitorang buat misi 1 aktiviti setiap bulan. Lama dah plan Skytrex ni. Afi anis lah yang dok bising kat amoi. Cik on je. Jadi meyh cik terang serba sedikit pasal Skytrex.

Skytrex Adventure

Skytrex Adventure terletak dalam Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam atau Taman Negara Botani atau nama asal Bukit Cerakah, Seksyen 8, Shah Alam. Jadi skytrex ni dalam Bukit Cerakah lah senang cerita.

Diorang buka weekend sahaja. Tapi kalau ada event nak datang masa weekdays perlu buat tempahan dengan diorang lah. Dan kalau nak datang lebih baik book online. Cik booking untuk 6 orang tapi 5 orang je dapat pergi. Burnn.. tapi takpelah. Kita merancang Allah yang menentukan.

Ada 3 pilihan iaitu Lil Adventures (untuk kanak-kanak, atau dewasa yang gayat tapi nak juga cuba), Big thrill ( ketinggian biasa sahaja, cabaran pun ok lah, Extreme Challenges (tinggi dan mencabar). Cik dah la kategori pertama kali, tapi tak hagak2 nak amik Extreme Challenges.

Jadi meyh kita tengok gambar sambil cik bercerita.
Extreme Challenges berharga rm55 tak termasuk Gloves rm3 dan Entrance fee rm3. Jadi sila sedia duit lebih. Bila dah masuk je, boleh tengok papan tanda Skytrex Bus Stop. Sebab laluan dia berbeza. Kalau korang datang awal rasa nak berbasikal ikut korang lah.
Ni aktiviti wajib perempuan. Semua benda nak amik gambar. Sampai adik amoi tensen nak layan kitorang.
Gambar dalam bas. Abaikan cik nampak tembam.
Dah sampai. Alhamdulillah.  Hati melonjak2 kau. Tapi kena sampai setengah jam awal sebelum masa korang booking. Cik booking sesi pukul 10 pagi. SetIap sesi cuma ada 25 orang je. Jadi korang boleh tengok dalam web diorang Skytrex Adventure untuj maklumat lanjut. Tapi kalau korang google pun mesti jumpa.
Sampai2 je kitorang lari laju2 nak pergi check in. Tips: sila print medication form dan isi untuk mempercepatkan proses pendaftaran korang.
Tasik yang ada di area skytrex. Laju2 kitorang berlari sebab nak amik harness.


Selfie ni memang wajib bagi perempuan. Puas nak amik gambar adik amoi, tak dapat. Jadi kena amik gamba curi2.
Aktiviti permulaan dia akan bagi briefing dulu. Apa fungsi harness, fungsi carabiner,  fully ke apa tah. Korang dapat satu set. Maksudnya semua korang pasang sendiri dekat setiap check point. Kumpulan cik yang terakhir, tapi cik depan sekali. Semua ini training dulu. Rendah je.
Belajar jalan atas titi.

Flying fox. Ini yang percubaan. Sampai je platform pertama, bermulalah extreme Challenges nyer.
Tinggi weyh. Purata ketinggian tak silap 22 meter. Separuh jalan naik tangga ni cik dah mengah. Sampai atas memang tak larat je la kan.
Siap2 pasang dekat tali lepas tu terus flying u ollssss. Nak jerit tapi malu. Hahahaha. Tapi puas weyh. Siapa yang gayat memang keje nye menjerit lah. Sapa rasa kawan dia gayat tolonglah jangan bawak. Sebab korang boleh menyebabkan orang belakang lambat. Depan grup cik ada grup yang gayat. Asyik menjerittttt je. Memang dah tahap gedik lah. Lepas tu boifreng dia konon dok bagi support. Please la wey. Orang macam tu sila bawak gi Lil Adventures. Itu pun ada jugak yang menjerit.
Tak tahu checkpoint ke berapa. 4 kot. Yang ni cam simple je.
Sempat kitorang amik gambar lagi.
Yang ni masa awal2 je mencabar. Bila dah tahu macam mana nak melangkah memang senang. Siap main hayun2 lagi konon main buai. Hahaha.
Afi anis muka cuak tapi control..hehehe
Kat sini paling susah bagi cik. Nampak je batang pai ni besar. Tapi ada yang senget benget je diorang pasang. Kena pantas melangkah sikit.
Sempat lagi selfie. Ish.ish.ish.
Bila bab wayar macam ni memang cik malas. Lenguh tangan kot. Dah la tinggi. Kalau siapa yang tinggi tak ada la terasa sangat. Cik rasa kebas keti. Hahaha. Tipu sangat.
Part ni macam senang sikit.
Bila banyak gambar selfie ni maksudnya kitoang dah penat rehat dekat platform. Tapi tak semua boleh duduk ramai2. Ada yang maksimum 2 orang, ada yang 3 orang campur sorang instruktor. Ada dia letak pelekat dekat setiap platform. Ini untuk elak dari lebih muatan lah. Hehehe.
Ni dah nak bbalikdah nih.

Ni main swing2. Yang ni tangan cik memang tak daya dah. Cik takut terlepas je. Tangan nak grip memang tak kuat dah. Cik lalu tepi2 je.

Bila dah habis kena cepat2 lah pulangkan harness. Sebab nanti next session ada orang nak guna.

 Sementara nk tunggu bas kitorang paksa adik amoi amik gambar kitorang puas2.
 Minum air sebab dahaga gila weyhhh.
Balikkkk. Muka penat tapi tak puas. Hahaha. Rasa macam nak flying fox tu banyak2 je. Memang lawak la. Rasa naknpergi lagi. Sebab betul2 menguji ketahanan mental dan fizikal. Alhamdulillah cik tak ada gayat. Jadi memang layan la kan.

Siapa berminat nak tahu berkenaan Shaklee? Produk dan Bisness? Roger cik:

Farida Tarmize
Shaklee Independent Distributor
ID : 1081732
Email : cik.kedondong@gmail.com
Shaklee's site: http://faridatarmize.blogspot.com
FB: Cik Bedah Mart

No comments: