Assalamualaikum
Best sungguh hari sabtu. Tapi cik macam terkejar-kejar sebab nak kemas bilik. Minggu ni ada kursus. Lepas tu balik lambat. Jadi banyak lah nak kena kemas. Bilik sendiri kemas. Tak mau orang lain masuk kemaskan walau macam mana bersepah pun. Sebab nanti tak tau barang mana letak. Hahahaha.
Kursus dua hari je pong. Tapi dia punya timbunan baju, mak aih. Macam 2 minggu punya. Tak pasti datang dari mana.
Kursus cik yang best gila ni buat kat Hotel Premiera, Jalan Tunku Abdul Rahman Kuala Lumpur. Nampak je Jalan TAR terus terbayang shaza kat dbkl. Boleh jumpa. Wiwiwwiiw.
Memandangkan kursus 2 hari je, khamis jumaat, dan sah-sah la jumaat rehat lama, maka cik ajak la jaja-bing jumpa rehat sama. Nasib la memasing tengah kekenyangan. Maka kitorang jalan laju-laju. Sebab mission cik nak cari pil casing dengan bedak kompak Pixy tu kat watson. Pulak tu watson ada kat Semua House je. Cisss.
Masuk Watson memang cari yang diperlukan lah. Kemain cik ngan jaja bisik-bisik antara satu sama lain bila tetiba kitorang terpandang benda yang menarik (pompuan biasalah, beli benda tak perlu..hahaha),
" jangan jaja, benda tak perlu tu".
Budak cashier watson tu siap gelak lagi sebab cara kitorang macam dalam tv bila orang baik tengah nasihat. Dok kat belakang cakap betul2 kat telinga tapi kuat gila sampai orang dengar. Otomatik otak terus fikir, " eyh. Betul la tak perlu." Pastu gelak-gelak.
Bila dah kat kaunter, sah-sah la ada je benda yang menarik. Boleh pulak kat cashier watson tu ada Vaseline Lotion dalam bentuk tube. Cik memang cari jenis tu. Sebab tak minat dalam botol. Besar sangat. Sekali ada pulak. Suruh si jaja tanya budak kaunter tu, cik bajet dalam rm3.80 ke apa kan. Sekali dia cakap "singgit je kak". Berdarah tau hati cik. Haha. Terus beli dua jenis. Pandai betul diorang nih. Dah jadi impulse purchase.
Lepas tu pegi teman jaja gi Avon. Konon nak tengok je. Sekali dah sampai. Bammmm.. nampak ada promo mascara dan eyeliner baru Avon Extra Lasting. Cik ni memang dah la tengah cari liquid liner. Tapi cam takut nanti eyeliner dia tak best.
Ada setengah liquid liner kena celup banyak kali baru dia jadi pekat dan cantik. Tapiiiiiiii Ever Lasting Shimmring Storm yang cik amik ni memang best lah. Sekali celup je cover dua-dua mata siap tebal lagi ohoiiiii. Mula-mula tengok berkilat, lepas tu dia tukar kaler biru weyyy. Cantik gila kat mata sendiri rasa nak pi peluk Neelofa ketat2 sebab best gila eyeliner ni. Pueh ati weyy. Cam nak beli lagi dua kaler tapi xtau nama apa.
Lotion untuk tangan. Pasnih kalau yak pakai jugak tak tahu nak kata apa. Ni pun tahan je nafsu beli dua je. Kalau ikut nak beli 6 tahu tak. Dalam beg mekap, beg telekung, handbag, kat ofis, beg telekung ofis, kat bilik, dalam kereta. Nampak tak betapa besarnya nafsu.
Ni lagi satu impulse purchase. Tapi berbaloi-baloi. Siap gelak jahat lagi bila jaja cakap cantik. Kihkihkih. Cam kena beli lagi je. Dah la harga RM29.90 je untuk mascara dan liquid liner. Memang senyum lebar lah. Sebab dapat beli barang dalam bajet rm50. Itu pun ada lebih lagi. Hahaha
Tu dia baq ang. Cik pakai kamera jajabing nih. Nampak tak eyeliner tuh? Tu nipis gak cik letak. Sebab tadi saje2 touch up lepas solat kan. Jadi taruk aka kadar je sebelum sambung kursus semula. Bila dah nengok macam ni, memang cik akan pakai tebal-tebal la.
Ini belian kegemaran cik bulan ni. Weeehoooo. Cik suka.
No comments:
Post a Comment