Sunday, November 24, 2013

Terjah: Wadihana Steakhouse, Bandar Baru Bangi

Alhamdulillah

Kenyang perut suka hati. Makanan yang paling best ialah makanan free. Malam semalam rezeki sekeluarga sebab angah belanja makan sempena ulangtahun perkahwinan ibu dan ayah yang ke 28. Lama seyh. Tengok la anak sulung dah umur berapa. Hehehehe.


Kata pun nak celebrate kan. Jadi tempat makan mesti lah special sikit. Cik ajak diorang gi Wadihana Steakhouse. Ada di Bandar Baru Bangi. Sebaris dengan Yati Ayam Percik. Sedap woooo. Sebab dia Islamic Steakhouse. Jadi insya Allah dijamin halal. Pekerja semua lelaki.

Wadihana ni ada 3 jenis restoran di bangi je. Belum kira cawangan luar Bangi. Ada Wadihana Islamic Kitchen (more to fussion food), Wadihana Steakhouse (western food), Foodys di Bangi Gateway (ala-ala kopitiam). Boleh lawat website Wadihana.org. Jadi korang boleh cek outlet dan menu yang disediakan.



 Masa kami sampai dah ramai jugak yang datang. Nampak macam dah penuh. Tapi ada je kosong.  Macam kami 6 orang ada jugak meja. Tapi best gila tengok ada area bersofa. Memang santai jugak lah. Servis bagi cik laju jugak sebab pekerja dia ramai lelaki. Jadi mudah bergerak.


 Memasing sibuk tengok menu. Lama gila tengok menu sebab banyak sangat. Bila pergi restoran banyak menu ni kategori masalah la buat cik. Taoi nasib baik cik dah tengok banyak blog review pasal restoran ni. Jadi cik memang aim nak makan seafood chowder in a bread je. Sebab dah lama kot tak makan chowder.

Jadi bila dah amik order, masa-masa senggang lah nak bersembang.  Sebab masing-masing dah besar dah mula sibuk. Jadi masa ni lah nak tahu hal hidup memasing. Lagi-lagi angah yang weekdays kat ofis, weekwnd kat uitm buat master. Jadi kitorang lagi lah tak tahu dia macam mana. Angah pun bukan jenis suka call bersembang. Kalau kami tak call memang lah tak tahu dia sakit ke sihat.
 Ni cik order. Chowder cream soup in a bread. Sedap weyh. Creamy gila. Tapi seafood dia tak banyak. Kentang je banyak. Huhuhu. Sedih cik. Itu pun roti dia separuh tak habis. Maka yang jadi mangsa ialah achik dan angah.
 Husna punya order. Sizzling Chicken with mushroom sauce. Rasa ayam dia macam sate. Perapan dia kot. Hehehe
 Order achik. Dia order Grilled Chicken Breast with mushroom sauce. Cik tak minat sangat bahagian dada ayam. Sebab isi banyak. Kalau salah masak dia jadi kering. Yang Wadihana buat sedap. Tak kering. Tapi biasa lah. Rempah dia mesti tak sampai ke tengah. Jadi rasa dia biasa je.
 Angah punya order. Grilled lamb kot. Ni pun angah dah makan sikit. Banyak jugak portion dia. Sebab kami masing2 muka tak larat nak habiskan. Hahaha.
 Ayah punya order. Salmon sandwich ke apa tah. Menarik gila sebab depa guna panini bread. Sedap weyyy. Pasni boleh order ni pulak.

 Kami sampai dalam pukul 8.45 ramai dah orang. Bila 9 lebih tu dah kurang la. Jadi sunyi dan romantik sikit. Heheheh. Last order adalah pukul 11.30. Jadi ada masa lagi nak datang makan dan pulun.

 Ni kawasan pizza. Cik tertarik gila tengok oven dia weyyy. Orang sebelah meja cik makan pizza. Besar sungguh. Pastu dok puji-pujian ke Yang Maha Esa nak cakap pizza tu sedap. Aihhhh.. marah betul cik. Menyesal tak order kot.  Memang kena buat trip yang lain lah.
Dah puas makan setelah memaksa jugak perut untuk habiskan jangan sampai terjadi pembaziran. Hehehe. Puas hati makan. Thank you angah belanja kami makan. Hahaha. Padahal cik yang ajak makan lepas tu suruh dia bayar. Kahkahkah.

Minta maaf lah gambar banyak noise. Cik pakai henfon je. Sedih tau. Tak pe lah. Alhamdulillah ada jugak kamera berhenfong. Jadi bersyukur sebab dah bagi rezeki. Maka kenyang perut suka hati jalan pun macam orang mengandung.


2 comments:

ridzuan said...

Terbaik sedapnyer. ..........

Papa-NtiQ said...

Hi ...saya pun baru jer upload pics masa makan kat wadihana steakhouse tapi branch Johor Bahru di www.blogmakanbest.blogspot.com
Senang2 tu singgah le yer....blog saya nih cakap pasal makan jerrr 100% takde topik lain hehe dan kalau bolih follow la yer TQ bebanyak...