Sunday, September 12, 2010

raya punya cerita

sudah raya weyh..entry masa puasa pun tak update, dah cerita pasal raya.gila la PEMALAS cik ni kan.tapi tak kira jugak.nak cerita pasal raya jugak.sebab raya best. walaupun hakikatnya raya tahun ni cik dah start bagi duit raya kan, tapi best jugak.sian budak-budak yang tak dapat duit raya dari cik.tunggu la dik non oiy.raya tahun tak tahu bila korang merasa la duit raya dari cik kedondong.

tahun ni cik raya kat PERAK.kampung sebelah ayah.memandangkan ibu ayah cik asal dari tempat lain, jadi kami beraya selang seli lah.senang tak gaduh.jadi tahun depan baru raya JOHOR sebelah ibu cik.

apa yang cik suka pasal raya, bila dapat makan lemang dengan rendang.kalau Johor banyak makan Lodeh.itu paling best tu.

jadi mari mula bercerita dengan gambar.macam biasa la.cik bukan suka sangat tulis panjang-panjang.MALAS!
hahahahhaha
bangun je pagi raya,acara pertama ialah [selain dari solat subuh] mengisi kuih dalam bekas.memandangkan kuih banyak sangat kan, jadi isi je lah.sambil tu makan.isi dengan rajinnnya, sebab cik malas nak masak kat dapur.hahahah..
tengok tu.jangan kata kuih, kek pun ada taw!
dah mula dah.posing budget lawa sebab nak tunggu ambil gambar keluarga.
tengah rancak berbincang pasal kahwin sepupu cik.nampak tak awek berbaju purple tu? dia la yang bakal kawin.jadi cik pun menadah je la telinga orang dok tanya "kamu ni bila lagi? budi dah, nolie dah nak dekat.tinggal kamu dengan ain je."
budi tu pun sepupu cik.dia kawin lagi awal wooooo..ain pun sepupu cik.kira cik ada sepupu yang sebaya 3 orang la.itu pasal la diorang dok tanya cik bila turn cik pulak.nak turun kajang katenye.ewahh.tak yah kenduri kawen pon kome boleh jugak turun kajang jugok [ececec..nak cakap perok pulaks.]
bergelak sakan pulak abang apiz ni.dok kat laut dah tak jumpe perempuan.

bermulalah aktiviti mengambil gambar keluarga.setiap keluarga ada tema kaler masing-masing.bila nak bagi duit raya, orang jerit macam panggil umah sukan lak.
rumah hijau diwakili oleh keluarga Ahmad Tarmize
ambil gambar dengan opah dan makcik pulak.
rindu dengan opah la pulak.bila la dapat raya dengan opah lagi.
Rumah Oren diwakili Nor Laily dan keluarga a.k.a maksu.

ini rumah oren memang susah nak handle.sebab budak kecik ramai.nak suruh diorang duduk satu tempat tu, humang aih, nak berpinar mata.sudah la kaler oren.
berjaya jugak rumah oren duduk diam-diam.
gambar selingan.
rumah errrrr... pelangi kot.diwakili keluarga Basardin a.k.a cik din.
pakcik by ni cikgu disiplin kaw! memang garang.cakap pon stok sentap mantap je.selalu jugak la cik amik hati ape dia cakap.kecik hati tak yah cakap la.sabar aje lah.tau niat dia nak nasihat.
ini adegan azeri buat lawak korek hidung.kecik-kecik dah buat lawak ganas.
rumah pink+hijau diwakili oleh keluarga Abdullah Zaini a.k.a pak lah.
pak lah cik pun cikgu jugak.tapi dia style cikgu kelakar yang sempoi la.

sekarang ni masa ambil gambar dua budak kecik ni pulak.susah nak duduk diam.ambil gambar pun ala-ala ganas macam America's Next Top Model. ye la.ambil banyak2 lepas tu baru dapat pilih.
 
gambar pertama: azeri muka ganas, izyani muka mafia nak buat 'peace' tak jadi.
gambar kedua: azeri muka comel, izyani masih gaya terkangkang dan 'peace' ada 3 jari.
gambar ketiga: azeri buat 'peace' dan muka ceria, izyani masih dengan 3 jari 'peace'.
gambar keempat: masih lagi gaya sama.malas nak terang.
gambar terakhir: sopan sikit tapi izyani masih mengekalkan muka mafia.
cam whoring kedua rumah oren berlatar belakangkan rumah opah. dah ready nak gi jalan beraya.

ada teka-teki.apa benda yang makin lama makin bertambah?

jawapannya: tengok gambar kat bawah ni.
mula-mula 3 orang je.
lepas tu 4.
lepas tu 6.
sekarang dah cukup 7.

yeay!cik suka beraya sebab dapat ambil gambar satu family.itu pun masih tak cukup.ada lagi 3 adik beradik ayah yang tak balik. jadi memang ambil gambar tak pernah nak cukuplah. janji ambil gambar.bukan senang nak amik gamba ramai-ramai ni.kecoh betul.hahahha.


_cik kedondong

No comments: