Assalamualaikum
Alhamdulillah. Dikurniakan lagi satu hari untuk bernafas di bumi Allah. Moga kita sentiasa bersyukur atas kurniaan dan rahmatnya.
Hari ni bangun je pagi terus teringin breakfast ala-ala kampung. Lempeng dengan sambal bilis. Kalau kat kampung memang laku habis la.
Pulak tu makan pulak sambil dengar bunyi cengkerik dengan kokokan ayam. Memang feeling habis la kan.
Lama tak masak lempeng. Kalau dapat lempeng pisang atau lempeng kelapa pun sedap jugak. Jadi kalau ada sesiapa tetiba feeling nak makan lempeng boleh la cuba. Ni cik ajar yang biasa je.
Lempeng:
Tepung gandum - ikut suka kuantiti. Cik buat 250gm tadi
Telur 1 biji
Garam & Gula
2 sudu besar Quacker Oat Instant
1 sudu besar ESP Shaklee
Air - mengikut keperluan
Campurkan semua bahan dalam blender. Masukkan air secawan dan blend. Masukkan lagi air hingga dapat konsistensi separa cair pekat. Hahhah
Maksudnya takde la cair sangat, tak de la pekat sangat.
Panaskan kuali atau non-stick pan. Sapu minyak sedikit jika diperlukan. Senduk atau tuang ke dalam kuali.
Bila keliling macam terangkat maksudnya dah masak. Balikkan dan masak lagi.
Optional : boleh jugak tambah kelapa atau pisang.
Sambal Bilis:
Blend A
Bawang merah
Bawah putih
Halia
Cili merah
Belacan
Ikan bilis
- blend dengan air hingga halus
Blend B
Cili kering rebus dan blend
Bawang besar Holland - potong bulat2
Ikan bilis - goreng
Asam keping
Garam gula
1. Panaskan kuali dengan minyak setengah cawan
2. Masukkan bahan Blend A dan goreng sampai naik bau
3. Masukkan bahan Blend B dan tumis sampai pecah minyak.
4. Masukkan air lebih kurang 1 cawan. Kena agak2. Jangan banyak sangat nanti berkuah pulak.
5. Masukkan ikan bilis, bawang holland. Masak hingga bawang lembut.
6. Perasakan dengan garam & gula then masukkan asam keping.
7. Rasa lagi mengikut citarasa anda
Dah sedia untuk dimakan. Kot la ada yang nak buat menjual atau bawak bekalsenang je resepi ni.
Jadi selamat mencuba. Nanti bagitau sedap ke tidak. Hehehe
No comments:
Post a Comment