kenapa nama entry macam tu? adakah kek tu sedang memarut oren? ataupun banyak gunakan parutan oren dalam kek ni? tapi kalau sekali pandang nama kek macam "kek carut oren" kan? hahahahha..kelakar tak cik..lame -_-".
ok lah memandangkan cik rajin hari ni, jadi cik nak muat naik( mak aihhh..ayat) dan kongsi kek yang cik dah buat.resepi cik amik dekat internet, tapi cik dah lupa kat mana. cik tak tau kenapa cik suka sangat kek ada perisa oren. cik mesti jadi teruja nak masak. cik kurang sket kek coklat ke, tiramisu ke apa.nak buat tak pe la, makan kurang la kot.
jadi mari kongsi resepi.
bahan-bahan:
1 tsp esen vanilla
1 cup/250 gm mentega (pakai tatura best sikit, buttercup buat kek jadi oily)
1 cup/ 250 gm Castor sugar
1 cup/ 250 gm flour
1 tsp perahan oren sunkist
1 biji oren (diparut kulit)
1 tsp serbuk penaik / baking powder
5 biji telur [asing kuning dan putih]
cara-cara:
- pukul telur putih hingga gebu.
- pukul mentega, gula dalam bekas berasingan.
- ayak tepung dan serbuk penaik bersama.
- masukkan telur kuning sebiji demi sebiji dan pukul hingga rata.
- masukkan parutan kulit oren, esen vanilla, perahan oren.
- masukkan tepung yang sudah di ayak, kacau hingga rata.
- masukkan telur putih yang telah dipukul hingga gebu kedalam adunan tadi.masuk sedikit demi sedikit dan gaul rata. jangan terlebih gaul, nanti banyak sangat angin dalam adunan, dah tak jadi. [lebih baik menggunakan senduk kayu atau spatula.jangan guna mesin].
- sapukan loyang dengan mentega, dan tuangkan adunan ke dalam loyang.
- bakar selama 45 minit atau sampai masak dengan suhu 180 C.
p/s: cik lupa nak ambik gamba bila dah siap masak. tapi kawan seofis cik cakap sedap.jadi lah tu.hahahah
*bon appetite*
No comments:
Post a Comment