Wednesday, January 1, 2014

It's 2014 u olls!!

Alhamdulillah.

Diberi peluang nak menghirup udara segar 2014. Terima kasih ya Allah atas segala ujian dan nikmat yang Kau berikan, atas segala rezeki dan kegembiraan yang Kau limpahkan.


2013 cik bermula dengan dugaan yang hebat. Nak kat cik menangis tu tak payah cakap lah. Boleh banjir KL tapi nasib baik tak banjir. Hahahaha.

Dengan pengalaman baru di tempat kerja tak sangka berakhirnya setahun dah. Banyak pengalaman cik timba, perkenalan dan perpisahan yang berlaku. Biasalah, adik2 sambilan dapat kerja. Sedih kot kena tinggal. Tapi diorang macam cik. Cik pun dulu sambilan, dapat tawaran kerja tetap takkan nak tolak kan?


Dah sedih2 awal tahun, dah hujung2 gembira happy horey2 semula. Alhamdulillah. Andai ini jodoh cik, biarlah dia bimbing sampai syurga. Malu nak cakap. Hihihihi. Tapi pepandai lah kan teka. Jadi rahsiakan je lah kan. Dah sampai masa baru lah hebah2kan. Simple2 je sudah. Yang penting tak membazir syariat terjaga.

Lepas tu sebelum cik tamat nak cakap ni, sesapa yang nak beli Shaklee atau berminat nak jadi ahli atau ejen, boleh lah roger cik. Bukan sekadar daftar dan tinggal korang terkontang kanting. Tapi akan masuk dalam support group yang akan membantu dalam bagi semangat dan product knowledge. Boleh berkongsi maklumat dan isu-isu terkini. Selain dari mendapat income yang lumayan.

Mana ada orang kaya dengan senang. Kena ada usaha. Tapi bila dah ada atas highway siap smart tag baru lah senang nak memecut menuju ke matlamat. Insya Allah.

Farida Tarmize
Shaklee Independent Distributor ID : 1081732
Email : cik.kedondong@gmail.com
Shaklee's site: http://faridatarmize.blogspot.com
FB: Cik Bedah Mart

No comments: