Alhamdulillah
Kenyang perut suka hati sebab dapat makan free. Hahahah. Sebenarnya cik dari Ikea shopping dengan ibu dan adik perempuan. Sejak food court ikea tak halal dan kami kena balik cepat terus menuju ke Prima Saujan sebab ayah cik dia dok shopping lampu.
Pastu nak masak makan tengah hari memang idok le sempat kan. Terus ajak ayah gi makan Kedai Kopi Borak. Siap promote dia ada plug Jalan-Jala Cari Makan.
Kekadang ada je kedai dah dapat plag tu bila kita gi tak sedap pun. Tapi kat sini memang sedap berbaloi baloi oiii oiii.
Cik makan Yee Mee Kungfu. Cik kategori hantu mi kungfu. Wajib rasa kat mana saja. Dan di sini adalah yang terbaik dari ladang bagi cik. Hahahah. Kalau siapa rasa ada tempat sedap boleh roger.
Tapi silap la, cik tak amik gambar makanan ibu ayah ngan adik2 cik. Makanan depa pun sedap. Harga tak mahal. Mi kungfu cik rm4.50 jeeeee. Tapi semua sedap. Mi kari memang berempah kari dan pekat. Mi hailam tak de rasa kapur. Nasi goreng banyak lauk.
Pueh ati weee makan. Kalau sesiapa tahu Giant Prima Saujana, Kedai Kopi Borak ni sebelah je. Sebaris dengan Kolej Komuniti Hulu Langat. Kalau belah atas ada Fitness For Women. Dah sesuai sangat tuh. Hahaha
5 comments:
nak update. draft gambar banyak dah. tak sempat menaip je. huhuh
keren blog nya, kunjungi juga ya http://busanamuslim.co/
keren blog nya, kunjungi juga ya http://busanamuslim.co/
Yummy!!!....sedapnya.... hi lama x singgah cni bw kn?? take care dear
Ingin menyewa walkie talkie dgn kadar yg murah? boleh layari blog: sewa-walkie-talkie-blogspot.com
Post a Comment