Assalamualaikum
Hehehe. Sapa kawan-kawan kat fesbuk mesti tau cik tengah pulun stadi nak exam nih. Tapi nak redakan tekanan update blog mengarut sikit lah. Banyak je dalam otak cik ni nak buat. Betul kata orang, perempuan ni otak dia macam kelam kabut sikit sebab semua benda nak rushing buat dalam satu masa.
Dalam otak cik sekarang ni ada banyak benda tinggal nak keluar je. Tu yang sampai sakit leher macam urat kena tarik. Tapi slow-slow cik belajar nak susun atur mana yang penting. Maka terjadilah senarai nih:
1. Study exam. 21-27 oct
2. Exam. 28-31 oct
3. Makan nasi kukus dengan budak2 sha alam.
4. Betulkan label blog. Buat label penting je.
5. Nak mula cardio lepas habis kerja
6. Nak gi family day pkp
7. Nak skytrex
8. Cek blog lagi. Melawat blog orang.
9. Baking untuk budak ofis.
10. Buat tapisan keselamatan. (Eyh. Ni patutnya tempat ketiga. Kang tak sah jawatan).
Memandangkan cik ni manusia yang tiada laptop mahu pun desktop, maka banyaklah urusan tergendala. Cik ni bila dalam hati takde lah stress pun, tapi orang kata cik stress. Bila cik stress diorang kata muka cik tak nampak stress pun. Haih..pelik namanya tuh. Hahaha. Selalu nya memang obvious la.
Kalau nampak sangat tu maksudnya cik memang dah betul2 stress sampai dah malas nak fikir. Padahal menda kecik je. Nasib la henpong canggih boleh donlod note kaler2. Jadi senaraikan lah mana yang penting. Tak lah serabut kelapa je cik nih. Siap rambut menggerbang macam nenek kebayan dah.
Tanda-tanda:
1. Cik akan rasa otot dahi cik macam berkerut. Padahal tak pun. Kadang2 terasa sungguh. Waktu ni yang orang kata tak nampak pun cik stress.
2. Ni dah teruk sikit. Rahang cik sakit sebabb cik banyak ketap gigi. Masa ni mudah sangat marah.
3. Belakang sakit terutama sekali tulang belakang. Selalu nya kalau dah tahap ni, cik mudah marah, mudah menangis. Ni moody habis2.
4. Sembelit, kurang selera makan. Masa ni orang tengok cik macam stress, tapi dalam hati kosong.
Cik penah alami stage 2 smpai 4 ni masa kerja astro dulu. Tak tahu kenapa. Tu 1st time lah. Tu kena belajar stress management.
Tapi bila dah lama cik lupa. Cara nak ubati stress ni bagi Muslim mudah sangat. Ambil wudhuk, buat solat sunat mohon Allah permudahkan dan beri kekuatan menjalani ujian. Ni pun dah lepas habis kena basuh dengan ayah. Bila dah lama-lama baru boleh adapt dengan situasi. Lama-lama nanti jadi kebiasaan dan Keseronokan nak solat sunat. Tapi cik masih lagi proses membaiki diri. Tak mudah, perlu kekuatan, tapi Insya Allah, selangkah kita pada Dia, seribu langkah Dia pada kita.
Ok. Nak sambung study. Gambar dari stegram cik jer. Tak daya dah. Hahahah
No comments:
Post a Comment