Sunday, September 26, 2010

off day yang tak off day

selamat hari ahad -_-" .
walaupun lambat dah malam tapi cik nak wish jugak.hari ni cik off day. jadi sebolehnye cik rasa nak rehat, tapi tak dapat jugak.sebab ikut ibu ayah cik gi makan, makan, shopping, makan. memandangkan dah gaji kan, jadi cik pun ikut je la.tak rugi pun.hahaha.

seperti biasa, entry cik kalau bersemangat mesti ada gambar. entry yang pendek-pendek je selalu tak ada gambar. baru melambangkan malas dan tak sempat.hahaha. pemalas!

jadi hari ni cik mulakan dengan ikut keluarga cik gi jogging. dah lama dah tak gi jogging walaupun cik tak jogging pon.cik cuma berjalan je.tapi tak kesah la.janji keluar peluh walaupun memang tak keluar pun.

lepas jogging kitorang gi cari restoran nak brekfast pulak. tapi korang tau la kan, kedai melayu mana nak bukak pagi2.diorang bukak kedai nak dekat tengah hari sampai la nak pagi.jadi ibu ayah cik tak nak la makan kat kedai mamak. pusing punya pusing punya pusing kitorang satu bandar baru bangi, last-last kitorang berenti dekat Restoran Sharifah. ni cik tak tau la pulak dia seksyen berapa.tapi dekat dengan CK Rahim, Bangi. makanan dia boleh tahan jugak la.tapi kene tunggu rasa makan makanan panas, baru cik boleh bagi rate.hahahah.


dah puas makan, kitorang balik, siap-siap sebab nak gerak gi rumah makcik cik kat shah alam.makcik sayang bucuk-bucuk masak laksa sarawak weyh.ingat senang ke nak dapat.


masa sampai nasib la sepupu cik ada kat sini.dah lama tak jumpe diorang. lepas tu kesayangan cik pun ada.

kamu berdua kesayangan mak yong =p

lepas dah puas makan, makan, makan, makan, dan makan lagi, kami pon bergerak pergi Alamanda, Putrajaya. ayah cik nak beli perabot.cik pulak cuci mata tengok perabot.cik jadi berkenan sangat dengan perabot kaler merah. vogue gitu..



dah puas berjalan, kitorang gi jalan-jalan tengok rumah pulak.cik ingat nak beli rumah sekarang.memandangkan rumah harga cepat naik.jadi kalau lambat, tak dapat la cik beli rumah kat kajang ni. ayah cik bawak cik jalan sampai Alam Sari.tak jauh pun.belakang UKM je pun.tapi cik memang suka la rumah tu.tapi gaji cik macam tak mampu la pulak nak bayar bulan-bulan.kalau cik beli jugak, alamatnya cik tak boleh la nak jadi housewife.hahahaha.

aku sudah jatuh cinta padamu. kamu tahu?

click to enlarge

nasib ada rumah contoh. tapi ayah cik suruh cik beli rumah ikut kemampuan bukan kehendak.jadi cik kene la cari betul-betul.bukan senang nak cari.lagipun harga rumah makin naik.jadi kene ada target. cik target tahun depan nak beli rumah.

p/s: cakap bersemangat, padahal dah beli baju 2 pasang dekat online butik.memang mati la aku ni kene marah dengan ayah, ibu, en.jambu.

_cik kedondong

No comments: