selamat malam semua..hehehe..semangat tinggi betul cik hari ni.semalam lagi semangat, sebab tiba-tiba rajin buat tiramisu.tajuk entry ni sendiri menunjukkan sangat lah kacang nak buat.bahan pon senang nak cari.rajin atau tidak je.sapa nak ambil resepi mana la tau nak menawan bakal hati mak mertua ke, sila lah amik. adik cik siap ingat cik pakai ais krim lagi.sedap sebab tak la terasa sangat cheese dia.sebab ada orang dia tak tahan rasa cheese kan?
ok..jadi mari mulakan resepi.
bahan-bahan:
lady's finger.ini biskut tau? jangan gi beli kacang bendi pulak.tak pun pegi potong jari mak..JANGAN buat macam tu..waaaa..sian mak orang nanti.nanti cik kedondong yang dipersalahkan. biskut ni boleh didapati dekat pasaraya atau pon kedai yang menjual barangan bakeri.mesti ada la.
cik rasa satu bungkus dapat buat dua loyang kot.saiz loyang cik pakai agak besar jugak la.
ini paling penting.philadelphia cream cheese.yang ni pon boleh dapat kat pasaraya jugak.bukan susah nak cari.tapi tiramisu paling sedap, bila guna mascarpone cheese.tapi mahal kot.kalo phila pon dah rm10 lebih, ni kan pulak mascarpone. yang ni pakai sekotak la.250 gm.
uht creme.yang ni pon boleh jumpa jugak.kat giant ke, tesco ke, mesti ada punya.yang ni pakai 2 cup sahaja a.k.a 500 ml.
gula castor.ini lagi la ada dekat pasaraya.kalau tak jumpa, alamat nya 2 jumaat lagi la tu.yang ni pakai 100 gm sahaja.nanti manis sangat pulak.
cara-cara:
senang je.sila tengok gambar.cik akan terang sket2 je.tapi korang bleyh paham kot.
creme cheese dan gula castor.
pukul sampai gula hancur dan creamy.
masukkan creme.
tengok.pukul sampai jadi creamy and fluffy.sekejap je kalau pukul pon.tak lama.
susunkan lady's finger.ouh, cik lupa nak amik gamba lagi satu benda.korang bancuh 1 sudu nescafe dengan secawan air.jangan taruk gula ok.lepas tu sapu kan atas lady's finger.tak yah tuang byk2.nanti lemau.korang sapu2 je rata-rata.
tarukkan cream cheese yang dah dipukul tadi.lepas tu rata kan.tak yah taruk banyak2.sebab korang akan layerkan.kalau ikot saiz loyang dan bahan yang cik guna, cik dapat dua layer.
dah rata, ayak pulak serbuk koko.
bila dah sejuk, jadilah macam ni.korang nampak tak layer dia?sebab cik tak nampak.hahahah
yang ni nampak tak?1st layer biskut, sapu air nescafe, taruk cream cheese, 2nd layer, biskut lagi, sapu air nescafe, taruk cream cheese lagi.siapppp..
dah siap pun tiramisu selama 30 minit.tak yah bakar pon.sejukkan dalan peti ais je.bila nak makan, keluarkan, potong.macam ais krim.sedaaaappp
5 comments:
aku slalu buat lebih kurg cmni..my sis pun sama..tapi kitorg xpakai lady's finger.. pakai biskut marie je..n ade benda tambahan..nway, tgk ni aku rasa nak try!!!!!!!!!!
lady's finger tu tok base je.aku penah gak guna lebihan sponge cake..sedap jugak la..memang layan..ni basic resepi tiramisu je..kalo da tringin sgt, buat yg ni je..
sedap ke tiramisu tu..tak pernah makan..rasa2 nak jugak try sekali..
sedapppp..kene la cuba..
Thanks tak sabar nak buat nie hukhuk!
Post a Comment