Tuesday, October 8, 2019

Cuci Mesin Basuh : korang buat tak?

Assalamualaikum & Good Morninggg

Tudiaaa. Lepas baca pasal germs yang terlekat dekat mesin basuh terus teringat dah lama xbasuh mesin. 

Haaaa. Nak basuh mesin bukan kena buat selalu. Kakda buat 6 bulan sekali tau. Basuh dia bukan kena keluar mesin tu amik berus sental. Dia senang je. 

Pencuci dia korang boleh je beli dekat Daiso. Macam kakda punya ni sesuai untuk jenis upper drum. Lepas tu satu kotak ada 2 paket. Boleh la korang guna setahun. Hahaha. 

Ni sabun yang kakda beli tu. 

Sebelum tu korang keluarkan dulu penapis ni. Penapis ni sepatutnya untuk menangkap kotoran atau bendasing yang masuk bersama baju kita. 


Haaaa. Tudia tengok la kotor dia. Ni baru sikit. Keliling drum mesin basuh tu kalau boleh tengok lagi la kemain kotor nya diaaa. 

Kakda selalunya akan simpan berus gigi yang amik kat hotel untuk bersihkan kotoran macam ni la. 

Lepas dah cuci jangan lupa pasang balik tau. Hahaha.

Lepas tu masukkan je sabun ni dalam mesin basuh. 

Lepas tu tengok setting mesin basuh korang ada tak Tub Hygiene / Tub Cleaner ke camtu. Tempoh nak bersihkan ni selalunya lama. Kakda kadang buat malam je. 

So esok boleh basuh baju. Korang jangan memandai nak masukkan baju konon sambil2. Kangggg merana jiwa tengok baju busuk lepas tu hitam. 

Macam mesin kakda dia amik masa lebih dari dua jam camtu. Sebab kadang kakda tak dengar pun dia bergerak. Rupanya dia berendam air je. 
Ni keadaan air masa dia tengah membasuh. Nampakkan kotor2 tu semua keluar. So mesin ni akan keluarkan semua dan bersihkan mesin. 

Nanti lepas dah habis korang akan tengok mesin korang bersih sikit. Bila basuh baju pun tak de la rasa gatal je walaupun baru lepas basuh. 

Kalau korang dah beli 3 tahun fikir2 la berapa lama punya kotoran melekat dekat mesin basuh tu. Kena rajin basuh la. Masa kali pertama kakda basuh, dia punya bau busuk mesin tu tak boleh bendung. 

Sampai kakda kena buat dua kali tub hygiene tapi yang kali kedua pakai air bersih biasa je. Baru ok. 

Jadi korang pun kena rajin cuci jugak tau. Setahun dua kali je masuk sap sap soi. Apa adahal. 

Wednesday, September 11, 2019

Sedap ek : Kedai Aiskrim bakal viral

Assalamualaikum & Good Morningggggg

Todiaaa. Panjang wish. Mood morning ni dia energetic lain macam sikit. Lagi2 nak dekat weekend. Lagi la macam semangat membara agituuu. 

Kali ni kakda nak share pasal kedai aiskrim ala-ala Baskin Robin orang Segamat kata. Sebab hari tu balik Segamat nak ambil ibu, sebab ibu kakda dua minggu setiap bulan akan jaga tokmak. Jadi kitorang pun balik nak amik la. Rindu kan. 

Lepas tu aunty kakda dia pegi tag pulak video dari Laparpo yang buat review kedai ni. Adoiii la.  Kerana ibu mengandung ini pantang nampak, mesti nak cuba. Padahal bukan suka sangat makan aiskrim. 


Nasib baik tak jauh dari rumah tokmak. Dia kat Taman Astakajaya je. 

Kalau korang waze cari Sedap ek! mesti jumpa. Kenapa Sedap ek! nama dia? Sebab orang johor punya slang suka ada ek blakang dia. So ni macam nak sembang aiskrim dia sedap la. 

Bila sampai je, Aisyaa dah nampak aiskrim ni dari jauh. Siap mintak tolong amikkan gambar sebelah aiskrim. Alolololo anak ibu dah besar. Lepas ni kena clear memory kak yong baby sebab nak masukkan gambar kak yong dah besar. 

Kakda sampai dalam 6.30 petang. Ingatkan banyak lagi. Sampai-sampai dah surut dah. Kakda dah la tergoda dengan egg waffle dia. Sekali sold out guyssss. So beli yang cone dia je la. 

Ada banyak perisa. Tak Mint Chocolate yang kakda suka tu dah habis pulak. Sadisss betul layanan kepada ibu mengandung. 

Whyyyy? Whyyyy???

Aisyaa kakda beli kan Premium Cookies & Cream, dan kakda punya Premium Chocolate. Seriously sedap gila sebab memang terasa premium dia tu weyyy. 

Chocolate dia rasa coklat mahal weyyy. Aisyaa punya cookies and cream pun sedap. Adik kakda beli Peanut Butter, terasa masin2 kacang tu. 

Harga dia untuk cone rm3.90 untuk biasa dan rm4.90 untuk premium. Cone dia pun celup coklat bhaiiii. Dap ahh. Tak sempat sampai rumah, selamat masuk mulut. Sian laki kakda dapat makan sikit ja. 

Hahaha. Siapa kat area Segamat try la wey. Emvironment kedai pun santai dan menarik. Kakda punya ralit makan aiskrim, lupa amik gambar dalam kedai. Hahaha. 

Siapa dah try boleh cerita kat kakda. Sedap ke biasa je. Ke dah tak sedap. Kena bantu bagi feedback pada diorang supaya boleh improve lagi. 

Kakda
- tak suka aiskrim tapi kalau free apa salahnya. 

Saturday, September 7, 2019

Bye kereta ku sayang.

Hai korang. 

Setiap orang mesti ada kereta atau kenderaan pertama dia kan. Lagi-lagi yang beli dengan duit sendiri. Kadang sentimental value dia lain macam sikit kan. 

Ye la. Susah payah bergerak dengan kenderaan tu je la. Macam kakda, kereta Myvi purple ni memang first kereta kakda. Masa beli dapat pulak nombor cantik tak payah beli pun. Memang lagi la sayang sangat. 

Jadi masa nak jual tu ingat macam lambat lagi. Sekali orang yang nak beli tu tengok pagi terus nak ambil dan dan tu jugak. Memang rasa nak pecah jantung. 

Balik kerja petang terus bergambar dengan anak-anak. Suami kakda memang pagi tu  la last dia tengok kereta ni. Bergambar pun tak da. Memang sedih la. 

Sebelum kahwin dia siap bawak kereta ni balik Ipoh, amik kerepek untuk buat goodie bag. 

Belum lagi cerita lepas kahwin. Sampai anak dua. Ni dah masuk 3 tu yang kena upgrade kereta family tu. 

Aisyaa ni kita suruh dia posing elok-elok, macam2 gaya dia bagi kat kita. 

Datang pulak si Amier. Hmmmm. Sepesen je adik beradik ni. Gambar nak pelik-pelik. 

Siap mintak nak posing dulu sebelum orang ambil pagi esok. Layan kan aje lah kan. 

So kakda nak simpan gambar ni kat sini buat kenangan. Nanti boleh anak cucu tengok balik. Tau dah kereta pertama apa. Hahahha. 

Semoga tuan yang baru dapat manfaatkan kereta ni. Kakda jaga dan sayang elok tau. Jangan korang buat huru hara pulak. 

Ok. Nak nangis ni tengok kereta. Waaaaaaa. Rasa nak beli balik je. 

Farida Tarmize
Tuan kereta yang merindu