Friday, May 13, 2016

Bread Butter Pudding Nyum Nyum

Assalamualaikum 

Ada rezeki nak berkongsi dengan kawan2 ofis. Hehehe. Sebenarnya roti kat ofis ada sebuku yang dah nak dekat tempoh akhir. Apa lagi, akak ofis AJK makanan terus bagi cik suruh buat puding roti. 

Cik apa lagi. Zaman dah canggih. Google je la. Blog Kak Azie lagi naik. Dah 3 hari berturut resepi ikut blog Kak Azie. Hehehehe. Nasib menjadi. Resepi pun mudah je. Tapi cik mesti la modify cara-cara untuk senang sendiri. Hehehe. 

Cik masak puding roti jam 4.30 pagi kot. Bersemangat masak. Nasib sempat. Kalau nak tengok cara-cara Kak Azie buat boleh pegi blog dia aziejaya.blogspot.my. 

Resepi memang dari Kak Azie. Cara je berbeza. 

Puding Roti Bakar
6 keping roti - potong empat

2 cawan susu segar
1/2 cawan gula kastor
2-3 biji telur - cik guna gred B
Esen vanilla
Secubit garam
Serbuk kayu manis - optional

Cara-cara
1. Panaskan oven dengan suhu 180C.Sapukan loyang dengan marjerin atau mentega. Susun roti ikut suka anda.
2. Masukkan semua bahan selain roti ke dalam blender atau korang boleh guna mangkuk untuk satukan semua bahan.
3. Semua bahan dituang ke dalam loyang yang telah disusun roti. Biar rendam dalam 5 -10 minit ikut suka korang.
4. Bakar puding roti selama 45 minit - 1 jam atau sehingga kekuningan.
5. Cik buat tambahan dengan menyapu mentega cair ke atas puding roti yang baru keluar dari oven. untuk bagi rasa masin-masin sedikit.
6. Sejukkan puding roti dan siap untuk dimakan.

Tips Roti:
1. Boleh blend sekali roti supaya roti jadi halus.
2. Boleh juga panaskan susu dan rendam roti sebelum masukkan bahan lain (boleh rujuk blog Kak Azie).
3. Boleh juga sapu mentega keatas roti. Bakar sekejap sebelum disusun dalam loyang dan dimasukkan bahan yang diblend.

Cik ada buat sos vanila jugak untuk makan dengan puding ni. Ni resepi yang cik gunakan.

1 cawan susu segar
1/2 cawan gula kastor
2 sudu besar tepung kastard (kalau tak ada boleh guna 1 sudu besar tepung jagung + 1 sudu besar tepung ubi)
1 biji telur
Esen vanilla

Campurkan semua bahan. Pastikan di kacau selalu untuk elakkan tepung berketul.Panaskan atas api hingga nampak berbuih kecil di tepi (simmer). Perlahankan atau tutup api dan kacau sahaja sehingga kastard sos menjadi pekat.

Untuk elakkan sos menjadi hangus, terus alihkan ke dalam bekas lain. Jika dah hangus sedikit, tapiskan sos supaya lebih halus dan tiada bendasing.

Alhamdulillah, kawan ofis semua kata sedap macam kat hotel. hehehe. Moga-moga mudahlah resepi ni untuk sesiapa yang teringin.

Jadi Selamat Mencuba!!!


No comments: