Monday, April 11, 2016

11 April : Aisyaa Turn 1 !!!

Alhamdulillah

Barakallah. 

Tak sangka kejap je masa berlalu. Dah setahun dah Aisyaa Fitriey. Masa lahir kecik je. Keluar-keluar 2.35kg je. Nurse semua tegur baby kecik. Lepas tu ada banyak bulu. Bila check up doktor tanya baby pre-mature ke. Padahal lahir due date kot. 

Tapi takpelah. Sayang ibu abah sihat dan sempurna dah cukup untuk kegembiraan ibu abah. 

Bila dah setahun ni, maksudnya perjuangan cik menyusukan aisyaa pon dah setahun. Insya Allah sampai dua tahun. Kalau ada rezeki anak lagi, tengok macam mana. Kalau Allah ada beri rezeki untuk menyusu sambil mengandung, Alhamdulillah. 

Baju masa sebulan dulu. Menggelebeh je. Badan semua halus. Semua orang takut nak pegang dia. 

Sekarang dah nak sendat dah si kecik ni. Heheheh. 

Insya Allah. Lapang rezeki Aisyaa, ibu abah belikan baju. Bagi belajar tutup aurat sikit lah. Heheheh. 

Moga lapang rezeki anak ibu abah
Jadi anak yang solehah dunia akhirat
Moga Allah beri ilham pada ibu abah untuk besarkan zuriat2 ibu abah. 
Moga banyak sumbangan pada agama Islam, pada negara. 

Insya Allah. 

2 comments:

Cik Puan Eka said...

Happy birthday Aisyaa yg comel. Moga menjadi anak yg solehah

farida tarmize said...

Thank u aunty eka

Hihihi

Aamiinn