Wednesday, September 11, 2019

Sedap ek : Kedai Aiskrim bakal viral

Assalamualaikum & Good Morningggggg

Todiaaa. Panjang wish. Mood morning ni dia energetic lain macam sikit. Lagi2 nak dekat weekend. Lagi la macam semangat membara agituuu. 

Kali ni kakda nak share pasal kedai aiskrim ala-ala Baskin Robin orang Segamat kata. Sebab hari tu balik Segamat nak ambil ibu, sebab ibu kakda dua minggu setiap bulan akan jaga tokmak. Jadi kitorang pun balik nak amik la. Rindu kan. 

Lepas tu aunty kakda dia pegi tag pulak video dari Laparpo yang buat review kedai ni. Adoiii la.  Kerana ibu mengandung ini pantang nampak, mesti nak cuba. Padahal bukan suka sangat makan aiskrim. 


Nasib baik tak jauh dari rumah tokmak. Dia kat Taman Astakajaya je. 

Kalau korang waze cari Sedap ek! mesti jumpa. Kenapa Sedap ek! nama dia? Sebab orang johor punya slang suka ada ek blakang dia. So ni macam nak sembang aiskrim dia sedap la. 

Bila sampai je, Aisyaa dah nampak aiskrim ni dari jauh. Siap mintak tolong amikkan gambar sebelah aiskrim. Alolololo anak ibu dah besar. Lepas ni kena clear memory kak yong baby sebab nak masukkan gambar kak yong dah besar. 

Kakda sampai dalam 6.30 petang. Ingatkan banyak lagi. Sampai-sampai dah surut dah. Kakda dah la tergoda dengan egg waffle dia. Sekali sold out guyssss. So beli yang cone dia je la. 

Ada banyak perisa. Tak Mint Chocolate yang kakda suka tu dah habis pulak. Sadisss betul layanan kepada ibu mengandung. 

Whyyyy? Whyyyy???

Aisyaa kakda beli kan Premium Cookies & Cream, dan kakda punya Premium Chocolate. Seriously sedap gila sebab memang terasa premium dia tu weyyy. 

Chocolate dia rasa coklat mahal weyyy. Aisyaa punya cookies and cream pun sedap. Adik kakda beli Peanut Butter, terasa masin2 kacang tu. 

Harga dia untuk cone rm3.90 untuk biasa dan rm4.90 untuk premium. Cone dia pun celup coklat bhaiiii. Dap ahh. Tak sempat sampai rumah, selamat masuk mulut. Sian laki kakda dapat makan sikit ja. 

Hahaha. Siapa kat area Segamat try la wey. Emvironment kedai pun santai dan menarik. Kakda punya ralit makan aiskrim, lupa amik gambar dalam kedai. Hahaha. 

Siapa dah try boleh cerita kat kakda. Sedap ke biasa je. Ke dah tak sedap. Kena bantu bagi feedback pada diorang supaya boleh improve lagi. 

Kakda
- tak suka aiskrim tapi kalau free apa salahnya. 

No comments: