Saturday, March 28, 2015

Tips Bersalin Normal




Assalamualaikum

Rasa berdeborrr je kan nak bersalin. Dah masuk bulan terakhir dah kot. Cik dah 37 minggu dah, orang kata bila-bila masa boleh bersalin. Kalau dalam Islam 9 bulan 10 hari tu dah cukup matang dah untuk bayi keluar.

Bayi cukup matang, ibu abah dia pun kena sedia jugak. Seriously sampai sekarang cik tak pergi pun Antenatal Class. Cik tak teringat pun nak cari, sebab dok ralit baca buku ni. Nervous habis dah. Tapi nurse kata boleh lagi nak cek kelas kat Hospital Selayang, tapi sampai hari ni cik tak call pun. Perangaiiiii...

Cik banyak jugak rujuk buku ni lagi-lagi tips nak bersalin secara normal. Sebab penulis ni bersalin SEMBILAN ORANG ANAK secara normal. Kalau zaman dulu mungkin takde heran sangat, tapi zaman sekarang dengan anak 9 tu macam pelik, normal pulak tu kan.

Ye lah, zaman dulu, tengok gaya hidup nenek-nenek kita, mengandung pun turun sawah, menoreh getah lah, basuh baju kat sungai, masak semua pakai kayu api. Makan pun ala kadar je. Zaman sekarang majoriti ibu-ibu mengandung duduk je kat kerusi ofis, makan tak payah cakap, malas masak makan kedai je. Jadi perbezaan cara hidup dan pemakanan sangat mempengaruhi cara nak bersalin.

Jadi tips bersalin normal ni lebih kepada tips dari sudut keagamaan. Insya Allah. Cik cerita sikit je. Nak banyak-banyak sila lah beli.

1. Memohon kepada Allah
Pasangkan niat untuk melahirkan anak secara normal dan fitrah

2. Mencari redha Allah semasa mengandung
Sibukkan diri dengan menunaikan perintah Allah dengan khusyuk dan menjauhi larangan Allah.

3. Husnul dzan (kuasa minda)
Kita sebenarnya boleh memilih sama ada unsur positif atau negatif.

4. Banyakkan rukuk dan sujud
Posisi rukuk berperanan menyamakan otak dan jantung berkeadaan sejajar, dimana ia akan melancarkan aliran darah.
Posisi sujud menjadikan jantung berada lebih tinggi daripada kepala menyebabkan darah mengalir lebih terpacu dan merupakan posisi terbaik memudahkan oksigen sampai ke otak.

5. Tidur mengiring mengikut sunnah
Tidur sebagaimana yang telah diajar Rasulullah. Mengiring sebelah rusuk kanan, sebagaimana cara tidur Rasulullah.

6. Redha suami menggamit redha Allah
Menjaga setiap kehendak dan maruah suami, boleh mendatangkan redha suami kepada isteri.

7. Sokongan dan semangat suami
Sokongan suami di sisi semasa kontraksi akan membantu meningkatkan keyakinan kita.

8. Teknik berdiri
Digalakkan banyak berdiri semasa menunggu saat akhir bersalin.

9. Teknik hembusan nafas ketika kontraksi 
Elakkan menahan nafas atau mengerang. Disyorkan menghembus nafas sekuat-kuatnya semasa kontraksi sedang berlaku.

10. Bisikkan kepada bayi dalam kandungan
Amalkan menyebut perkataan yang baik-baik.

11. Kalimat "GERAM"
Seolah-olah berteriak menyebut 'geram' berulang kali dan menggunakan bahagian perut untuk meneran, buksnnya dada atau suara tekak.

Sekian tips sedikit daripada buku Nikmatnya Sakit Bersalin. Ini cik letak sikit je. Kalau ikut banyak lagi dan bersekali dengan doa-doa untuk mudah bersalin. Insya Allah boleh.




Farida Tarmize
Shaklee Independent Distributor ID : 1081732
Freelance Makeup Artist
Whatsapp : 0163265401

1 comment:

Puan Eka said...

Assalamualaikum awak. Waa tahniah dah 37 weeks. Tak lama dah. Kita baru jer bersalin awal bulan aritu. Mmg indah sakit bersalin ni. Kita dah update pengalaman bersalin. Jemput baca ye. Banyak2 baca doa nabi yunus tau. Semoga dipermudahkan. InshaAllah..