Thursday, March 26, 2015

Vitalea dan Ibu Mengandung

Asssalamualaikum

Wiwiwiwi. Makin nak dekat bersalin ni makin berdebar pulak dah kan. Berdebar pun makan kena lah jaga. Supplement yang biasa ambil kena teruskan jugak. Macam cik amik set hamil Shaklee yang mengandungi:

Vitalea
Vitamin C
B Complex
Ostematrix
ESP
Omega Guard

Tapi cik nak cerita pasal Vitalea sepanjang mengandung. Cik memang konsisten makan Vitalea memandangkan cik sendiri ada masalah dengan paras hb. Doktor kata cik mungkin ada Anemia in Pregnancy. Maksudnya masa pregnant je cik akan hadapi HB jatuh bawah dari paras normal iaitu 11.

Mula cik ambil Iberet yang doktor suggest, minum dengan jus, tapi hb cik dalam 8.5 macam tu. Last-last cik tinggalkan Iberet cik konsisten 2 biji Vitalea dengan 2 biji Vitamin C. Alhamdulillah, hb cik naik antara 10.5 - 11.5 dan konsisten je. Elok amik dengan makanan mengandungi Vitamin C untuk memudahkan penyerapan iron dalam Vitalea. Macam cik, cik makan je Vitamin C Shaklee. Kalau takde, perah je la limau nipis ke, limau kasturi ke buat air. Senang.

Kalau ikut orang yang normal, confirm HB boleh naik sampai 12-14 kalau konsisten makan Vitalea dengan Vitamin C. Selain dari tu, vitalea ni juga membekalkan 12 vitamin dan 7 mineral baik untuk semua lelaki dan perempuan jugak. 2 biji Vitalea jugak mengandungi vitamin bersamaan dengan 40 jenis lauk.


Itu baru testimoni dari cik sendiri. Ni antara testimoni mereka yang dah menggunakan Vitalea sepanjang mengandung. 


Yang ni pulak testimoni dari kawan cik. Best je kan. Beza mengandung anak pertama dan anak kedua. Anak pertama makan supplement hospital tapi tak jalan jugak. Anak kedua mula tambah supplement Shaklee. Lepas tu baru nipis je buku sebab HB sentiasa la atas 11 je. 
 klik untuk besarkan.
untuk bukti lebih dekat lagi. Heheheheh

Jadi pada ibu-ibu mengandung, pilihan di tangan anda. Ada yang tak de masalah nak makan makanan biasa je untuk tingkat kan zat besi. Korang kira beruntung sangat lah kan. Tapi kalau yang bermasalah boleh cuba ambil Vitalea sebagai makanan tambahan. Sebab zat besi sangat mudah hilang lagi-lagi masa awal mengandung kerap muntah. Jadi zat apa pun tak mau lekat dalam badan.

Pada mereka yang perlukan nasihat atau nak beli Set Hamil dari Shaklee boleh whatsapp 0163265401. Saya akan bantu anda, Insya Allah. Kita mencuba sahaja, Allah yang akan menyembuhkan.



Farida Tarmize
Shaklee Independent Distributor : ID1081732
Whatsapp  : 0163265401

No comments: