Monday, March 30, 2015

Checklist : Beg Bawa ke Hospital

Masa sudah sampai.

Assalamualaikum.

Dah masuk 9 bulan, ibu cik dah suruh siap2kan beg yang nak bawa ke hospital. Siap-siapkan lepastu letak je dalam kereta. Jadi tak perlu la kalut bila tiba-tiba nak bersalin kan. Terus je jalan gi hospital.

Jadi ni check list yang cik dapat setelah google dan tanya orang. Kena lah tanya orang kan, kalau tak memang ke laut lah beg cik nanti. Kang orang tengok apahal budak ni siap bawak beg tarik gi hospital padahal duduk kejap je.

Jadi baik bertanya sebelum menyusahkan diri.

1. Buku Pink

Buku pink ni penting lagi-lagi kalau check up kat klinik kerajaan kan. Kalau klinik swasta ada kad diorang sendiri. Kalau pi hospital kerajaan mesti diorang nak buku ni. Sebab ada maklumat kesihatan semua. Jadi diorang boleh tahu apa sejarah sepanjang mengandun. Ada sakit ke apa kan, jadi doktor tahu la nak rawat macam mana.

2. T-shirt lengan panjang / lengan pendek

Tshirt untuk guna bila nak balik lepas bersalin. Sebab hospital ada yang bagi baju hospital. Jadi bawak je lebih sebab mungkin korang tak pakai baju hospital pon.

3. Kain batik

Kalau korang berani nak pakai seluar boleh la nak bawak seluar. tapi kalau dah ceaser ke, atau berjahit ke apa, kang korang tak selesa lak pakai seluar. Jadi pandai-pandai la membiasakan diri pakai kain batik.

4. Sweater

Sweater ni ibu cik kata untuk bagi badan hangat. Tak boleh biar open sangat nanti masuk angin. Kalau boleh biar bagi peluh keluar. Huhuhuh. Cik kena google lagi lanjut la pasal ni.

5. Stokin

Stokin kena pakai untuk elakkan badan masuk angin. Ibu cik kata angin ni masuk ikut kaki. Jadi lepas je bersalin terus pakai stokin.

6. Panties and Nursing Bra

Ni harus lah kena ada, takkan nak biar dalam-dalam tak pakai pape pulak kan. Cari yang selesa dan sesuai, cik siap beli panties maternity yang pakai buang lagi.

7. Maternity pad

Boleh cari dekat farmasi atau kedai-kedai jual barangan baby ke. Kat pasaraya ada tapi mungkin tak banyak. Cik beli jenis kotex. Tapi cik ada jugak order untuk jenis pakai buang. Ibu cik ajar guna je kain batik. Memandangkan pad moden mengandungi bahan kimia, jadi cik kena la koyakkan mana-mana kain batik yang tak berapa nak lawa sangat.

8. Tudung

Sila bawak kalau korang menjaga aurat. Cik bawak sebab kot la nanti dari ofis tengah pakai tudung belit bagai. Jadi bawak je tudung sarung senang sikit. Nak bawak tudung bawal kang kalut jugak nak pakai.

9. Selipar

Cik bawak in case cik dari ofis dok pakai kasut cantik bling-bling pulakkan. Jadi bawak je selipar takde masa dah nak pakai kasut canggih.

10. Bengkung Moden

Bawak bengkung moden bentuk zip zap je senang. Kalau lepas bersalin takde masa dah nak pakai bengkung panjang berjela ke apa. Yang bertali pun cik tinggal kan kat rumah. Senang. Yang cik beli bengkung moden ni jenis boleh pakai jugak walaupun kena bedah. Tapi cik beli online lah pulakkan.

11. Toilettories

Hehehehe. Ni kena bawak jugak tau. Nak gosok gigi, basuh muka, sabun ke apa. Kita tak duduk hotel ye. Kecuali la korang duduk hospital swasta yang memang sediakan peralatan macam ni.

12. Baju anak

Baju anak kena la bawak. Dalam 5-6 helai kot. Anak punya baju kecik je, jadi takde hal la nak bawak bebanyak pun.

13. Mandian / Minyak2 anak

Bawak jugak mana tau tak dapat free gift dari hospital. Hehehehe. Jadi bila nurse nak mandikan ke, atau kita nak mandikan anak ke dah ada barang dah. Ibu baru macam cik haruslah tak tahu macam mana nak mandikan anak baru lahir. Sebab diorang tengah lembut lagi.

14. Barut anak

Ibu cik suruh bawak je, bagi nurse pakaikan kat anak. Kalau kita nak la pakaikan kat anak.

15. Tuala anak

Tuala untuk mandikan anak. Takkan la nurse nak sediakan pulakkan. Ingat hotel ke diorang nak sediakan tuala bagai.

16. Bedung anak

Bedung untuk mereka yang nak bedungkan anak macam orang dulu-dulu. Sebab sekarang ramai dah tak nak anak berbedong sebab diorang kata anak rimas. Tapi cik banyak baca bedong elok untuk anak baru lahir. Jadi cik pilih nak bedongkan anak.

17. Bakul makanan

Nampak tak suka sangat makan. Heheheh. Haruslah bawak. Lepas penat meneran nanti lapar. Jadi banyak galakkan bawak biskut ke, kurma ke, bawak jugak serbuk bancuhan supaya boleh buat air. Sebab perlukan tenaga jugak bila nak susukan anak. Makanan hospital kene tunggu masa makan. Kalau swasta boleh lah nak request ke apa kan.

Jadi sekian senarai-senarai yang ibu cik bagitau suruh bawak dalam beg bawa ke hospital. Kalau ada tertinggal boleh suruh suami bawakkan. Kalau rumah dekat lah. Kalau dak baik sedia siap-siap. Tu pun cik dah simpan beg ni dalam kereta. Maklumlah nak bersalin tak tahu bila. Jadi sediakan dalam kereta terus.

Semoga selamat bersalin normal, Insya Allah. Hanya pada Dia kita memohon.

Farida Tarmize

No comments: