Saturday, September 3, 2011

Juadah hari raya yang bikin cik gila bayang

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.

dah 5 hari Syawal menjelma. rasanya ramai dah mula pulang ke tempat bekerja dengan perut buncit dan poket rabak macam cik. tapi ramai tegur cik dah kurus. hahahaahaha.. *kembang hidung*. kene berusaha turunkan berat badan ni.  biar lambat janji kekal je.

bila dah balik raya, lagi-lagi balik kampung, berkumpul dengan sanak saudara pulak kan, memang banyak la dok masak. konon nak jamu tetamu yang datang.  padahal, sendiri makan tak henti- henti. cik dah dua tahun raya balik malam raya sebab tuntutan kerja. jadi cik memang terlepas la moment gotong royong sehari sebelum raya.

jadi tahun ni raya istimewa lah sikit. sebab tahun ni nasi beriyani masak sendiri. auntie yang masak. selalumya tiap-tiap tahun tokmak tempah je. tapi kali ni, auntie cik rajin pulak nak masak, memang layan je la. sedaaapppp weyyyhhh. itu pun tak cukup rasanya. 



 nasi beriyani dan kari daging. rasa yang ummpphhh sampai cik terpaksa minum air banyak-banyak nak elak dari makan banyak punya pasal.

 nasi impit + lodeh + kuah kacang
yeay!! kegemaran cik yang ada dua tahun sekali je. pasal apa dua tahun sekali, sebab cik balik raya kat  Segamat dua tahun sekali. yang lagi setahun cik balik Perak. maklumlah ibu ayah dari lain-lain negeri. jadi kene take turn la nak balik raya. nasib la cik tak pernah hadapi pergaduhan balik raya ibu ayah cik. jadi cik kene la ikut demokrasi diorang bila cik kawin orang jauh nanti. tapi tak tau la kalau dapat laki yang memang tak bertimbang rasa, memang kene cabut awal-awal la.
 apa tah nama manisan ni. manisan india.
  baklava..dah lama tak makan baklava.
pemanis mulut dari Australia. di bawa khas ni oleh auntie cik. tu pun siap tokmak salah letak, jenuh mencari.tapi memang la manis kan. nasib tak bagi budak kecik. kalau tak, memang jadi hyper active la nanti. yang budak kecik pun ada sorang je. senang nak kawal la. kalau dulu, masa semua tengah kecik-kecik memang la bising kan. sekarang bising sebab semua dah bersembang gaya mak-mak je. hehehee.
siapa kenal ini apa? hehehe..sedap weyh. rugi la siapa yang tak rasa. memang makanan wajib masa Hari Raya  di Johor. Laksa Johor ni bukan macam laksa biasa. laksa biasa boleh la nak jumpa mana-mana. Laksa Johor ni dapat bila ada jamuan je tapi jamuan pun jarang jumpa. Hari Raya je jumpa.

macam semua tahu, Laksa Johor pakai spaghetti instead of mi laksa macam laksa yang lain. lepas tu, kuah laksa pekat macam bolognaise punya kuah. takda cair-cair ye. tapi masih pakai ikan sebagai bahan asas. lepas tu, mesti ada sambal belacan. perrghhhhh.. cik dah lapa.

pada sesiapa yang berminat nak  masak lodeh ke, kuah kacang ke atau laksa Johor, mai datang blog Kak Ita. sudah la gambar cantik, memang korang akan terliur la. bawah ni link dia. sila klik-klik dan melawatlah. semua makanan dia gambar cantik dan menyelerakan. lepas ni nak cuba masak mi rebus pulak.

*bon appetite*

No comments: