Saturday, September 3, 2011

kisah duka si penjawab talifon

 Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.
mohon ampun salah silap terkasar bahasa, tersilap kata sepanjang semua membaca blog cik ni. mana tau cik ada keluarkan kata-kata sentap ke. minta maaf jugak sebab lambat nak update.hehehe

cuti tahun ni cik dapat 2 hari je. kalau ikut hari raya pertama je cik cuti. tapi nasib la hari raya kedua tu cik off day. jadi dapat la dua hari. lepas tu sambung lagi sabtu, ahad, isnin. hahaha. tapi itu pun cik balik malam raya dengan adik-adik cik yang lelaki. nasib jugak la diorang nak teman. kalau tak cik raya berseorangan je la. hehehe.
 cik datang kerja memang dalam keadaan tekanan la. ye la orang sibuk cuti panjang, cik kerja lak. datang-datang tengok teknikal beeping pulak memang jadi panas je la hati. memang sah la cik yang kene cover. padahal cik ni line general je. jawab teknikal memang gagap la.
 reda sikit la bila hijau. kalau merah memang cik rasa nak balik je. tapi nasib sampai malam idle dalam 120++. kalau merah jugak memang pening kepala la cik.
 yang kerja pun tak ramai. mana la call tak tinggi.kemain lagi diorang suruh plot cuti masa planner keluar tahun lepas, alih-alih kene pilih lagi cuti. kalau raya haji ni diorang tak bagi cuti, memang cik buat MC je nanti. cik dah apply tau tak.
pantry pun kosong je. tak de orang berjual. nasib la cik masak sebelum datang kerja. itu pun makan air mata mengalir sebab sedih kene kerja. keluarga cik ada yang tak balik lagi.

tapi sekarang semua dah balik la. cik pun dah sambung cuti lagi. jadi cik pergi beraya dekat kL pulak. haha.

_cik kedondong

No comments: