Monday, January 10, 2011

yang pertama dihati

assalamualaikum

mulakan entry pagi ni dengan salam. biar sejuk sikit korang nak baca ni. entry kali ni macam mengulit kenangan lama sikit lah. hati cik dalam kepiluan, kerinduan, kebingungan, ke…. errr… ke apa lagi cik nak gambarkan ye? abaikan je la.

korang penah tak mengalami pengalaman pertama? apa2 je lah. masuk belajar jadi orang pertama ke, kerja orang pertama ke, cucu sulung pertama masuk universiti ke, apa-ape jelah yang pertama kali.

buat masa ni cik rasa banyak perkara yang berlaku pertama kali dalam hidup cik kot. orang selalu kata, yang pertama itulah yang selalu dikenang walau teruk macam mana pun.

mari kita mulakan senarai pertama:

1. cik anak sulung / pertama.

adik beradik cik ada 5 orang. jadi cik anak sulung walau pon cik lagi kecik dan lagi comel antara diorang semua. hahahhaa. jadi cik kategori merasa semua dulu lah. bila adik2 lahir dorang amik bekas2 cik je. hahahha.

IMG_5645

2. batch pertama teknik (pengurusan makanan)

masa tingkatan 4 cik masuk SEK MEN TEKNIK ERT, Setapak. kalau nak ikut ramai orang tak tau kewujudan sekolah ni. kalau sebut SEK MEN VOK SRT, Setapak, ramai la kenal. kira masa cik masuk, cik 1st batch untuk kos Pengurusan Makanan lepas tu 1st batch pulak budak teknik kat sekolah tu.

so adegan buli membuli budak teknik banyak la dilakukan sampai ramai budak teknik  berhenti sebab asik kene ‘sound’ ngan senior je. tak sangka cik bertahan sampai SPM kat sekolah tu.

itu pon ramai je nasihatkan cik keluar dari sekolah tu, sebab keputusan PMR cik sangatlah baik dan dapat tawaran MRSM. tapi sayang sangat dengan sekolah baru kan, mana tak nye, tiap2 hari budak2 katering menjual dari kelas ke kelas. korang ingat senang ke nak dapat roti, western, mi kari sedap dan murah nak mampus lalu lalang dalam kawasan sekolah?

last2 cik dok sekolah tu cik banyak main je. akhirnya cik terkandas kat SPM. haihh… menyesal pun tak guna dah.

KONICA MINOLTA DIGITAL CAMERA18156_1199872553722_1135790575_30530359_7775862_n

3. 1st batch PLKN, Kem Bina Semamangat, Kuala Kubu Bharu.

lepas habis je SPM memang dah di war2kan lah ada PLKN dan macam biasa budak tahun 1986 lah menjadi perintisnya. sudah lah 1st batch, dekat kuala kubu bharu pulak tu. masa kitorang start masuk memang banyak la reporter tengok kitorang buat aktiviti. asik2 amik gamba2, macam paparazzi dah.

tak yah cakap surat khabar la, tv lagi tiap2 hari ada je berita pasal PLKN. ibu bapa tak setuju anak2 masuk la. takut kene ragging la. padahal kitorang enjoy gila kot. makan puas, aktiviti macam2 buat. cuma program dulu tak sama macam PLKN sekarang. dulu memang semangat berpasukan tu kuat sangat. sampai kitorang mogok bila ada orang nak pecahkan kumpulan kitorang.

memang kenangan betul la PLKN ni. kenangan sampai mati. tapi dalam ramai2 hanya beberapa orang je yang cik masih contact. yang lain semua dah hilang.

platun 12the girls23

4. 1st batch UiTM Puncak Alam

bila cik dah masuk U masih ada lagi kejutan2 1st batch ni. waktu tu cik masuk ijazah. ada pulak fakulti buat minor. selama ni diorang panggil elektif. sekarang ni dah jadi minor subjek. jadi subjek tak leyh tukar2 la. kene ikut je apa yang dah disusun. ada ke camtu. patot boleh la nak tukar2. sebab minor tu la buat cik stress yang amat sangat.

bila final semester lagi kejam. kitorang budak foodservice diarahkan berpindah kampus baru kat Puncak Alam. ceruk giler kot. tak ada apa pun masa kitorang masuk. kalau nak tau korang leyh baca entry masa cik daftar Puncak Alam ni. diorang kata sekarang dah ada McD dah. ish..ish.. dah canggih dah budak2 Puncak Alam ni.

tapi banyak kenangan kat situ. sebab dah duduk hostel. jadi memang jadi rapat la dengan kawan2 sekelas. kalau nak study pon memang terbaik la kat situ.

raye 178IMG_1480IMG_1491IMG_1223

5. pengalaman kerja.

yang ni pengalaman kerja pertama. maksud cik betul kerja lama. bukan praktikal bukan part time. ini bethol-bethol punyerrrr…

kerja contact centre ada team2 sendiri. tapi cik dapat team memang the best la. sekarang ni kitorang da berpecah sebab team kene re-shuffle. jadi semua dah masuk team lain. tapi kenangan dengan diorang terbaik la. satu kepala gila-gila remaja kan. dapat TM pon tak nak kalah gila-gila memang layan la.

bila dah nak dekat habis kitorang dapat jugak jadi top 3 team performance terbaik untuk ABC (All Asia Broadcast Centre). memang tak sangka lah. tak sesia bantu membantu antara satu sama lain, pastu TM pun tak jemu2 bebel kat telinga kitorang ni.

walaupon kadang2 kitorang dah tensen keje ni rasa nak cari kerja lain je. tapi sebab ada team mates yang best jadi tahan dulu. sekarang dah tukar team, perasaan nak cari kerja baru membuak2 balik. sebab yang pertama dah tak sama dah dengan yang selepasnya.

IMG_1616IMG_1641IMG_1813

cuma en jambu bukan yang pertama tapi dia yang terbaik buat cik, buat masa ni. insya Allah kalau jodoh panjang, ada lah rezeki.

p/s: maafkanlah kualiti gambar.sebab ada yang curi dari album kawan-kawan.diorang scan gambar kot.

cik kedondong

2 comments:

Semi said...

Awak plkn platoon bpe ye?sy pn siri 1 kkb 2004 platun 12.

farida tarmize said...

Hmmm. Orang panggil awak apa eyh?

Saya platun 12 jgk la. Nampak awk post kat group plkn kkb. Org panggil adik. Slalu ngn nik, priya, dinie, saddam