Thursday, February 25, 2016

Ofisku Terbakar : Kisah Yang Tersirat

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Hampir seminggu berlalu dari kejadian yang mendebarkan jiwa, hati, jantung, isi perut, turut juga menggigilkan lutut sebab kena turun tangga dari tingkat 9. 

Hari rabu lepas (17/2/2016), tempat cik bekerja berlaku kebakaran. Kalau ikut laporan, kabel utama TNB bagi bangunan cik terbakar menyebabkan semua penghuni kena kosongkan bangunan. 

Memula macam excited la tengah jawab call tetiba letrek takde. Ingat trip ke apa, tapi macam tak mungkin sebab lama kan. Lepas tu bos cik tengok kat luar, dia perasan ada asap kat bumbung. 

Kitorang apa lagi, memang bungkus terus barang turun ikut tangga. 


Serious sangat mendebarkan. 

Cik taknak la cerita detail kan. Yang cik nak cerita kat sini pasal Hikmah. 

Yesss. 

Seminggu sebelum tu, hari yang sama. Cuma waktu pagi, kami dikejutkan dengan bunyi loceng kebakaran. Yesss. Semua terkejut. Ingat rosak. Maka masing2 pon berseronok2 turun sampai tempat berkumpul. 

Ingatkan memang ada latihan, rupanya ada pelawat luar yang datang merokok dekat bahagian lobi lif tingkat 4. Maka  asap rokok telah trigger pengesan kebakaran. 

(Sebab kalau staff depa merokok kat balkoni belakang. Jadi pelawat atau orang yang tak tau je la akan suka- suka hati merokok kat situ). 

Masa tu kitorang cam bengang gila sebab kena turun tak pepasal je kan. Rupanya Allah nak sediakan kami, apa perlu kami buat bila betul2 berlakunya kebakaran. 

Alhamdulillah, waktu kejadian semua alert kawan-kawan kiri kanan. Cek kedatangan. Sepanduk tingkat bawak. Cek tengok keadaan kawan-kawan.

Sungguhlah. Allah takkan datangkan kesusahan kalau bukan untuk sediakan kita dengan cabaran sebelum beroleh kesenangan. 

Subhanallah

Bila fikir balik banyak hikmahnya. Dari sudut pandangan diri sendiri, persediaan organisasi, dari kemudahan sistem. Banyaklah kalau difikirkan secara postif memang akan nampak. 

Alhamdulillah takde sesiapa pun yang cedera. Dan minggu ni kami dah beroperasi sepenuhnya melayan panggiln pelanggan di luar yang memerlukan khidmat organisasi kami. 

Selamat bekerja semua !!


4 comments:

Cik Puan Eka said...

fuh terkezut je kan kalau gitu. Dahla terbakar pulak tu. Dgn asap lagi. Mmg cemas n cuak gile.

Selamat bekerja cik kedondong.

Awk keje bahagian khidmat pelanggan ke

farida tarmize said...

Tahu takpe. Dah la loceng tak bunyi lagi.

Yep kat Pusat Khidmat Pelanggan

:)

Cik Puan Eka said...

kalau loceng tak bunyi lagila takutt.

Ohh sama bidang la kita. Cuma saye takde la kat pusat khidmat pelanggan. saye kat opis gov tapi cust service

farida tarmize said...

Ouhh. Hehe.