Tuesday, July 3, 2012

#trip: Family Day BR1M - Port Dickson

Salam semua.

dah berzaman pun cik pergi Family Day, baru sekarang rajin nak update. itu pon blog makan tah bila nak update nya. nak merajinkan diri tu payah yang amat. bila M tu semakin besar, lagi lah kannnn.. banyak sangat benda nak buat, kek la, tempahan orang, cerita yang direkod lagi tak habis tengok, movie lagi, kan ke banyak kerja cik. belum kira laptop tak ada lagi. hamboihhhhh, alasan je dah jadi satu perenggan panjang. kalau periksa mesti dapat 8 markah tau. belum tolak bahasa dengan tatabahasa segala bagai lagi.
ekceli nyer pun, Family Day BR1M ni macam tertangguh aja. macam-macam tempat lah bebudak ni plan, akhir nya menjadi jugak. Ketua Projek ialah Kemal, Asst Ketua Projek si Haziq. memang kecoh gila la cik rasa nak confirmkan kedatangan. tapi akhirnya berjaya jugak paksa diorang. tapi tak semua la dapat pergi, walau pape pon meriah jugak la.

gambar di atas di ambil di Pantai Tanjung Biru Port Dickson. masa ni cik nak ambil gambar matahari terbenan, lepas tu cik tertarik dengan gambar dua orang kapel ni tengah ambil gambar. masa ni, air pantai dah surut tapi nak pasang jugak lah ( ape kejadah cik meraban tah!), jadi cik cepat-cepat lah snap. mohon komen bagi mereka yang professional. hehehe.

kitorang gi family day pada 9-10 June 2011. punya lama cik nak update kan. jadi kitorang gerak dengan kenderaan masing-masing la. kira car pool gitewwww..jimat duit, jimat minyak, menjaga persekitaran. yang perempuan gerak dari Shah Alam ada 4 orang, cik, dila, ain dan kak eka. nama orang yang join aktiviti ni sama je macam entry lepas. si mira gerak lambat sikit.
kitorang naik kereta kak eka, tapi berkumpul kat rumah dila. sebab rumah dila adalah pusat pengumpulan barang-barang barbeque nanti. jadi baik tunggu kat situ je. senang, tak ada lah berat si dila nak angkut barang kan.
perjalanan dimulakan dengan hati riang gembira. yang the jantans (kemal, bob, haziq, ameen,) cakap nak konvoi sama tunggu dekat RnR Dengkil. tapi, nan hado lah diorang nak datang dengan pantas. llepas tu suruh kitorang gerak dulu dan tunggu kat RnR Seremban. tapi masa cik turun dari simpang KLIA ke Lebuhraya PLUS menghala ke Seremban, jalan dah jem. dari kitorang tunggu, lebih baik bergerak terus ke PD. lagi pun bukannya cik tak tau jalan ke PD.
akhirnya sampai di PD. tapi tak sempat snap, dapat Port Dick je, kejadah apa entah.
bergantung pada GPS Garmin handphone cap Nokie E72, berjaya jugak kitorang menjumpai tempat penginapan Blue Lagoon Condominium. jadi jangan ingat perempuan tak pandai cari jalan sangat. buat masa ni Alhamdulillah, Garmin cik dah berjasa banyak dengan cik. kebanyakkan tempat cik dapat sampai dengan jayanya!
alang-alang dah sampai, kitorang pun berjalan-jalanlah. mana tak nya, nak tunggu all the boys yang membuat tempahan penginapan tu datang, harus lah lama lagi. sebab masa kitorang sampai tu, diorang baru nak masuk tol PD.
tempat ni cantik jugak la, ada food court yang malam nya meriah dengan cina, sebab ada kedai cina kat sini. kalau nak pergi sini, pergi menghala ke Teluk Kemang, tapi terus lagi dalam 10 minit, korang akan jumpa papan tanda, Pantai Tanjung Biru. ikut je papan tanda tu. senang.
Pantai Tanjung Biru ni pun boleh tahan cantik jugak. lagi cantik dan bersih dari Teluk Kemang. nak barbeque pun boleh, lepas tu redup sangat sebab banyak pokok. tapi tak berapa luas la, jadi memang ikut nasib la kalau nak piknik kat sini.
bila all the jantans arrived, kitorang pun menunggu nak check in. sebab ada rumah yang tak ready lagi. tempat ni lebihh kepada Condominium dan Apartment. rasanya orang beli lepas tu lengkap kan dengan perabot dan sewakan. kira pengurusan sini la yang handle. sebab setiap rumah lain barang-barang nya. cik dapat rumah tak berapa nak elok la, tapi boleh la nak tidur.
dua dari kelab jantans BR1M.
apa yang cik suka kat sini, swimming pool dia. tak perlu nak pakai baju renang sangat, asal pakai baju kau boleh masuk dan terjun tapi sila jaga diri masing-masing.
masa sampai memasing kebulur tak hengat. lagi-lagi si Kemal. kebulur kemain sampai beli mihun dengan rencah, nak suruh kitorang all the ladies ni masak. haih, memang kami masak la. sorang masak masam, sorang masak masin. bila dicampur dan digaulkan, memang perfect togather la jawabnya.
kitorang menyewa 4 buah rumah. masa ni kitorang ke rumah jiran sebelah iaitu rumah the jantans, sebab dapur diorang besar sikit.
gambar makan tak sempat amik, sebab memasing dah kebulur. lepas makan tak sempat rehat, kitorang terus berlari dengan riang gembira macam kanak-kanak pergi mandi kat swimming pool. dalamm jugak pool dia. time tu lah nak belajar berenang lah, terapung lah, memacam lagi.
gambar update baru dapat dari mira..hehehehe..

bukan setakat main terapung je, bebudak laki ni pulak dok buat gaya macam-macam. kamera cik pun si Ameen dah pegang. dia hustler sket kan ngan kamera. jadi memang eksperimen la jawabnya.
gambar cik bersama pipi tembam haruslah ada.

dah puas mandi kat swimming pool, diorang ajak gi main frisbees. masa sampai tengok air laut dah surut. jauh gila dia surut lak tuh. sampai ke tengah kau kitorang pergi. main pun dah macam hape je. ganas u olls. memang nasib la 2 orang pompuan yang join tuh.
gambar yang atas ni, kitorang masuk balik dalam swimming pool lepas penat main frisbee. lama gila berendam dalam ni.haih.
lepas dah berehat, solat maghrib semua, kitorang pon mulakan memasang api nak buat barbeque. ingat nak buat kat dalam kawasan condominium tu, tapi sebab port dia dah penuh, terpaksa kitorang bawak barang ke pantai. tapi tak dok pantai sangat lah. kitorang dok kat kedai diorang berniaga. diorang pun dah tutup kedai kan.
tengok ha kitorang. dah macam mangsa banjir dah. siap ada YB datang melawat lagi. YB Ameen Lee. glemer u olls.

banyak jugak makanan yang dibakar kitorang. ada ayam ( dila perap ayam ni, sedap sangat, patut la ehem sayang..hehehe), ada hotdog, lepas tu bertimbun otak-otak. penat nak membakor, penat lagi nak memakan. nasib baiklah adik beradik aisyah ada datang. jadi bertambah lah orang yang tolong makan. hehehe. lepas dah puas makan haruslah balik bilik tidur. tapi the jantans ada yang keluar gi melepak mana entah.
sempat lagi tu amik gambar kat papan tanda haaa..

bangun je pagi, kitorang dah kejut budak laki suruh bukak pintu sebab nak amik barang nak masak sarapan pagi. tak sangka pulak mak ayah aisyah nak beli kan nasi lemak. banyak pulak tu. kitorang pulak dah buat sandwich sampai dua buku. belum kira otak-otak ada lebih banyak lagi. memang sarapan maut betul kitorang.

lepas sarapan kitorang tibai mandi lagi. kat laut sekejap, lepas tu kat swimming pool. kena lepas gian dulu, baru lah boleh check out.

masa nak balik pun tiba. dapat goodies dari aisyah..thanks aisyah sudi buatkan goodies untuk kami..dapat tuala boleh bawak pi jogging. hehehe.
pastu kami tibai amik gambar segala jenis papan tanda. tapi biarlah gambar tu jadi kenangan. cik taruk gambar ni je. mana lah tau korang berminat nak datang, boleh la tepon diorang.
sebelum balik haruslah bergambar dulu. tapi ni pun ada yang dah balik. jadi tak semua la ada. ni bergambar dengan keluarga Aisyah. terima kasih mak ayah Aisyah belanja kitorang nasi lemak sedap.hehehe

p/s: leher sakit macam ada benjolan je.dah lama benjolan ni.

_cik kedondong

No comments: