Wednesday, March 16, 2016

Bekal hari-hari

Alhamdulillah

Panjang umur lagi. Hehehe. Hari-hari bangun pagi nak siapkan bekal. Sekarang Aisyaa dah tak layan nasi bubur. Jadi memang masak nasi lembik untuk dia. 

Memandangkan tak rajin nak masak nasi banyak-banyak kali, nasi ibu abah pon lembik jugak. Hahahaa

Nasib la suami pon jenis suka makan nasi lembik. Tapi takde la hari-hari. Nangis kami. Hehehe. 

Bila cik bawak bekal gi ofis, orang ofis mesti kata rajin bangun pagi masak. 

Bagi cik semua orang boleh masak dan bawak bekal.  Nak atau tidak je. Kalau memang dalam hati NAK BAWAK BEKAL, KENA BAWAK BEKAL.  Memang automatik korang akan paksa diri bangun awal pagi. 

Kalau beli barang dapur korang akan paksa diri siap-siap siang bahan mentah, potong sayur, simpan dalam bekas ikut nak masak apa. Jadi bila bangun pagi, takde la korang kalut fikir nak masak apa. Sebab dah siap bahagi setiap hari menu apa, bekas dah siap potong ke apa. Tinggal nak tumis / goreng / rebus je. 

Jadi korang kena lah set dalam diri. Bawa bekal jimat duit. Makan insya Allah berkhasiat. Anak-anak dan suami makan hasil masakan sendiri. Skill masak makin cemerlang. Hahahaha

Jadi selamat berusaha. Yang penting niat kerana Allah. 



2 comments:

Cik Puan Eka said...

rajinnya. Kita pjj ngn husband, makan pon sllu beli. Tringin nak masak2 gini

farida tarmize said...

Kena jugak la merajinkan diri. Jimat pun jimat