Saturday, April 25, 2015

Menyusukan Aisyaa : Pengalaman Pertama


Alhamdulillah

Misi cik nak susukan Aisyaa tercapai. Walaupun baru 14 hari, rezeki Aisyaa sentiasa melimpah ruah. Bukan senang kot nak menyusukan anak. Cik dapat susukan Aisyaa bila dia mula lahir, nurse letak je atas dada, cik terus usaha nak susukan dia. Ada rezeki dia walau sikit. 

Esoknya makin banyak susu sampai bengkak dada. Dahla first time mother, nak menyusukan tak reti, dengan Aisyaa tak pandai hisap lagi, memang berhempas pulas la. 

Sampai ada kawan kata, dia dapat susukan anak dia 7 hari lepas bersalin. Ada yang tak dapat susukan anak langsung sebab takde susu. Alhamdulillah. Mungkin berkat fikiran positif kami suami isteri sebelum kahwin lagi. 

Masing-masing bagitau kalau ada anak, nak menyusukan dia sampai 2 tahun. Bila dah kahwin, dah mengandung, hari-hari cakap dengan dia "ibu nak susukan anak ibu dari lahir sampai umur 2 tahun", hari2 doa moga susu sentiasa ada untuk anak.

Bila anak dah lahir, memang payah nak susukan, tapi kami cuba positifkan minda. Susu ibu itu hak anak. Hak untuk jadi sihat dengan susu ibu, hak anak untuk keperluan nutrisi sepanjang membesar. 

Cik bersyukur jugak sebab dapat suami yang menyokong, ibu ayah pun tak de nak bagitau anak tu tak cukup susu. Selain dari tu cik banyakkan baca buku pasal penyusuan susu ibu. Cik siap join support group macam BF Moment, Pump On The Go, banyak lagi la. Nak ilmu punya pasal kan. 

Susu ni terhasil dari rangsangan hormon. Hormon tu pulak sangat mudah terhasil dalam keadaan tenang. Kalau fikiran penuh dengan negativiti atau kepenatan, memang mudah sangat pengeluaran susu tu jatuh. Selain dari tu demand dan supply. Lagi banyak susukan anak, lagi banyak lah susu terhasil.

Cik ada jugak amik Set Menyusu Shaklee, untuk milk booster gituhhhh. Ada Alfalfa dan ESP. Buat masa ni cik tak makan lagi Alfalfa sebab anak tengah kuning. Tapi cik minum je ESP. Untuk tenaga dan nutrisi tambahan untuk badan cik. Kalau dah malam asyik jaga je nak susukan anak, siang mesti lemau je. Jadi cik pastikan minum ESP 2 kali sehari untuk tenaga tambahan dan milk booster jugak. Tapi kalau ada Alfalfa memang lagi mantap la.
Untuk supplement milk booster ni terpulang pada masing-masing. Setiap orang ada pilihan. Jadi tak yah nak gaduh orang tu amik elok, orang tu amik tak elok. Kita kongsi je apa yang dah kita ambil dan amalkan. Lain orang, lain tindak balas badan dia. Jadi kita pon jangan penatkan otak nak gaduh pasal menda kecik.

Apa yang cik belajar, nak menyusukan anak ni pon kena ada ilmu. Bila ada ilmj baru kita boleh positifkan minda. Bukan takat kita je kena ada ilmu, suami pon kena ada gak. Sebab dia support group yang paling utama. Dia yang paling dekat dan hampir. Yang penting kena ingat, rezeki itu dari Allah. Dia dah tetapkan rezeki untuk kita dan anak kita. Jadi mohon dengan Dia dan berusaha untuk beri yang terbaik buat anak kita.

Insya Allah.

Farida Tarmize
Shaklee Supervisor
Whatsapp / SMS only : 0163265401
Email : faridafathima86@yahoo.com

1 comment:

Puan Eka said...

Tahniah dah bersalin. Ada masuk group #bfmembers kat FB tak?

Saye salah seorang yg susu ada masa hari 7. Selepas urut. Alhamdulillah. Bila colostrum keluar, melompat rase nak bagi anak. Titisan emas. hehe.

Skang baby dah 4 bulan. Still nyusu badan. Masuk office, pam hari2 hehe